Saturday, May 27, 2000

Setiausaha KEDAYAN mengundur diri

27 mei 2000, Kota Kinabalu. En Mahmud Osman, Setiausaha KEDAYAN mengumumkan keputusan beliau untuk mengundurkan diri dari jawatan Setiausaha Agung KEDAYAN bermula Jun 2000. Perletakan jawatan ini berkaitan dengan polisi tempat kerja beliau yang tidak memungkinkan untuk memegang jawatan utama dalam persatuan. 

En Mahmud walau bagaimanapun tetap menegaskan bahawa beliau tetap akan bergiat aktif dengan KEDAYAN walaupun sebagai ahli biasa. Sumber kita bersetuju dan yakin dengan pandangan beliau kerana selama ini pun beliau adalah salah satu  tunggak utama persatuan. 

Pada majlis yang sama Tuan Presiden mengumumkan bahawa tempat beliau akan digantikan oleh En Munai Hj Mamit, seorang tokoh kedayan yang tidak kurang hebatnya. Dengan berat hati kita mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada En Mahmud . Kepada En Munai, 

Syabas dan selamat berjuang!



PAADIANinc. & Kedayan Online

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...