Tuesday, May 22, 2001

Maraba kampung Kedayan yang makmur

22 Mei, Beaufort - Kg Maraba, Kira Kira 12 KM dari Bandar Beaufort merupakan salah satu kampung Kedayan yang makmur kerana rncangan pembangunan kampung yang sesuai dan bertepatan dengan masanya.

Pada tahun 70an dahulu, kampung ini tidak berbeza dengan kampung Kedayan yang lain. Mundur, tiada bekalan elektrik, bekalan air dan dihubungkan dengan sebatang jalan tidak berturap ke Beaufort. Pada ketika itu kebanyakan penduduknya menoreh getah disamping mengusahakan tanaman padi.

Taraf hidup penduduk di sini mula berubah apabila mereka terlibat dengan kegiatan tanaman nanas pada awal tahun 80an. Kita akui bahawa program penanaman nanas berjaya dilaksanakan berbanding dengan penanaman Kopi, Koko dan kayu pulpa di Sipitang.

Ketika itu, Maraba adalah satu satunya kawasan di Pantai Barat Sabah yang mengusahakan tanaman ini secara berkesan. Selain dari mempunyai kawasaan yang luas dan sesuai untuk ditanami dengan nanas, penduduknya juga bersatu dan menubuhkan koperasi / persatuan mereka sendiri untuk menjaga turun naik harga nanas di pasaran, demikian dimaklumkan oleh Sdr Jaidin Tamin, anak jati Maraba yang juga Setiausaha Agung KEDAYAN PUSAT.

KOL mengucapkan syabas kepada mereka kerana usaha yang gigih dan bersungguh sungguh ini. Tetapi, apa yang paling penting sekarang pekebun nanas Maraba patut menjaga kuaaliti nanas mereka selain daripada peka terhadap perubahan citarasa pengguna yang sentiasa berubah ubah. Baka nanas harus sentiasa dipertingkatkan supaya mutu nanas Maraba sentiasa menjadi perhatian pengguna. Apatah lagi KOL difahamkan Maraba baakal menghadapi persaingan dari kawasan Lumaat di dalam pengeluaran nanas.

KOL

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Temuramah Si palui dengan Si gup Danhil, PTI dan Aku

Part 1

Prelude:

Batah sudah ku  nda menulis  di dalam KOL. Bukan kerana pasal inda lagi ingin bersama sama KOL tapi kesibukan tugas kala kala payah kan mbahagi masa menyumbang artikel.

Tapi kakal jua ku malihat KOL ni bilang minggu. Bangga jua la, Kol berkembang dengan pesat. Tapi palihatanku dua tiga minggu ani makin batah baahao tia Kol ba update. Haatinya sumbangan atu kuang la baa tu. Sebagai sebahagian sari tenaga pengasas KOL, ani inda dapat di biaa kan. Jadi biaa pun aku sibuk, ani tah kku ngantat artikel pasal temuramah ku jan tiga “oang”. Temuramah ani kubuat pasal alum batah ani ada banyak operasi penguatkuasa termasuklah membentras rokok seludup.

Sipalui: Apa habaa mu gup. Cuba caitakan dikit apa kian siapa yang banaanya kau ani

Si gup:  Damaku yang bananya Daanhil, tapi uja dangan sigup nganya.

Haaga ku mulih pokok di kilang 80 sen nganya, tapi taukeh kompani  kami ngambii untung RM1.40. Lapas tu paintah nganmbii cukai RM2.20 jadi tia haaga kami sabungkus RM4.60

Sipalui: Ehh, apa haatinya kian ni Gup?

Si gup: Payah banaa batutuan jan kao anni. Haatinya jalama yang mbali sigup tu bukan mbaai haaga sigup nganya. tapi mbaii untung kompani  kami sama kaajaan. Cuba kao lihat sigup bilai tu pulang , muah nyanya sababat. Sababat sababat pulang kana buat akan sumpal. Tapi cuba kao lihat, mana ada dangan ba sumpal kan Danhil.

Sipalui: Kia kiaa kau ani popular jua lah…

Si gup: Popular tu inda jua Lui, tapi cuba kau kia, di Malaysia ani ada kuang labih 6 juta yang basigup. Yang besigup Danhil saja kuang labih 2.4 juta oang.

Jadi  usin basia di Malaysia kana pakai kan mbali kami ialah

Sahaii RM11.04 juta,

Sabulan RM331.2 juta,

Satahun RM3.974 bilion.

Atu bahau aku tu , Danhil. Alum lagi paadianku Maaboro, binsin. Wait Hos….

Sipalui:Baapa untung kompani mu tu ahhh?

Si gup: Inda kau mbawa kalkulator kah?

Cuba kia dahulu…..aku congaak saja pun pandai. Satahun kami untung RM1.2 billion

Sipalui: Kaajaan baapa yang basia dapat kian?

Si gup: Dai Danhil saja basiaboleh dapat cukai RM1.9 bilion

Sipalui: Mun samuha kompani baapa tah juakannay tu ahhh….

Sigup: Kita kia tia purata RM 3 sabungkus sigup kali 6 juta baapa satahun tu ahh?

Sipalui: 6.4 billion….ehhh kau ani akukah yang namuramah atau kao

Sigup: Baik tah paintah mbuat kementerian bahau… kementerian sigup.

Banyak kakal yang kan ku tanyaakan aah Si gup ,tapi menyamal tia pulang. Jadi isu akan datang aku kan ngaluaa akan pulang caita pasal tamuramah jaan PTI.

KOL

END

Sunday, May 20, 2001

Kauhai Jan Kaawai

20 Mei K.Kinabalu - Ani kau kan bapadah pasal dua lulu yang hampii jan oang Kedayan daii mulanya. Sampai kaangani pun ada, nganya kuang sudah laaa. Ada bezanya ni kedua dua hamba Allah ani.

Kauhai sejenis buung. Bulunya baahinu. Lawa, taabang tinggi. Warnanya hitam, jan gadung, ada dua ikungnya yang dinamakan lakai laai laai bila ya taabang. Saiznya basaa basaa hayam. Munnya taabang bunyinya nampaik, bapadah akan yang ia taabang di atas langit. Dagingnya baik lagi asanya daii daging hayam.

Kakal ku ingat ai kami kakal badamitan mulanya, asal asa Kauhai taabang samhua malangui.. Siuk….

Tapi yang banaanya ani caita nini jua nganya.. Aku pun alum masaii makan daging Kauhai, malihat daii hampii pun ku alum masaii, tpai tapi ndangaa bunyi haiknya atu adalaaa dua tiga kali.. 

Kaawai ni mun kan tahu ialah dai lulu serangga. Mulanya mun aii di masjid, iski hantap ia ni mahaga lampung gas. Basa tubuhnya  kuang labih macam samut gandang. Panjangnya kuang labih 255mm (sainci) libaanya 5mm alum campuu sayap. Sayap kii jan sayap kanan bila dicampo kuang labih 510mm. Warna tubuhnya? kuning baat baat ka miah. Kuang kabih oren la jua tu, campuu campuu hitam. 

Bacampuu tia jua tu sama-sama kulintutu ibun-ibun. Kaistimewaan lulua ani ialah kekuatannya nyangat. Bisa liau. Mun taluus aii angai inda baik ada yang sampai paning kana sangat, ada pulang jua yang sampai kapisan.. Ada yang mbaii pitua. Mun kan mgambii Kaawai ani, pigang jan tangan kii inda kana sangat. Mun kana sangat pun inda baapa bisa. Ani alum ku mancnba la. Tapi yang kulihat biani mun malam batadauus ada jua liau liau yang baani migang lulu ani jan tangannya. Pingsaa jan pandidik basi, sampai mati. Tapi kala kala yang kan mingsaa atu tia yang kana sangat. 

Aku pun masaii kan  sangat ulih Kaawai ni.. Sakit liau, aii dating jua lagi. 

Tapi yang kan penyambung kua ani biasa laa. .KOL ni kan memang ditubuhkan untuk membawa arus perubahan. Jadi caita d iatas inda lengkap mun inda ada moralnya. Kauhai buung yang gagah perkasa, taabang dilangit dan menjadi kemegahan dimana maana. Masalahnya ia sudah pupus. Yang ada tingaal caita. Jadi buat apa jadi Kauhai. 

Baik kita jadi Kaawai. Damit nganya tapi bisa. Lagi basia ni fleksible dengan keadaan. Aah lampung gas ok, pilacut ok, kaaangani aah fluorescent lamp (lampung kalimantang) pun ok. 



KOL

END

Sunday, May 13, 2001

Selamat Menyambut Hari Ibu

13 Mei, Labuan - Seorang pembaca mengirimkan artikel ini kepada kita sempena menyambut Perayaan Hari Ibu pada 13 hb Mei yang lepas. Beliau menegskan bahawa surat ini bukan untuk mengutuk siapa siapa, tapi sekadar untuk memberikan KOL satu “Artikel Tema” yang bersesuaian sempena Hari Ibu

BILA KALI YANG PALING LAST KAU MULIH malihat liaumu? Kalamaii? Saminggu? Sebulan? Satahun? 

INGAT KAU Aii kita makan  di paya mulanya?. Siuk kan. Mama jan bapa aii atu bapadi, kita bamain di junjung. Bahata mama sikapnya basia tauh aah upih. Aku pun inda ku tahu ngapaa ya aah upih atu kian , tapi masa atu atu tia nganya paling baik aasanya mun makan. 
Main tiup  tiupan daii batang padi. Ambil batang padi kia kia-sabuku. Lapas tu kaat dikit hujungnya  aah batang siing buku  taoi manimpus gayanya, kan jadi lidahnya mbaii baabunyi.. Lapas tu tiup tia. Baik bunyinya tu. 

Dai junjung ani tah kita bajalan batis ke sikulah. Inda bakasut inda basitukin. Basalipaa lapik lapik atu pun dibincang pasal mun aii tanah liit inda dapat diapakai. Lakat aah tanah kuning. Jambil warna hijau. Kala kala kana baii 10 sen kala ala inda payah. Sampai ka  sikulah kana suuh mapat umput, nyabut umput dahulu. Atu tah mun ka sulilah kana suuh mbawa maang. Apahal laa cigu nyuuh mbawa maang ka sikulah. 

Tapi tahu ku, kau andang pandai. Hagut dapat lombo satu di sikulah.. Sakali lapas atu kau ka sikulah menangah sudah. Payah liaumu mbalanjai, walaupun kau dapat scholarship tapi kala kala ada ua kakal tu tambus minta usin. 

Baapa gaji mu kaangani liau? Ku dangaa dangaa RM8,000.00 labih sabulan. Tapi jangan kau maah ah aku kan baibun nganya ni. Aku di kampung ani mun aii musim duyan ada jua la luih pabalasan iibu. Tapi status tu kau labih tinggi laa. 

Ada sawang kawanku yang bacaita. Gajinya adalah jua RM7,000 sebulan. RM1,700 pambaainya umah, RM3,500 kan pambaainya kaita…potongan potongan diopis RM1,500. Kredit kat RM500, jadi RM200 lagi ia minta aah bininya bilang bulan..

Bapike ku, apa gayanya kan malihaa indungnya yang sudah tuuha? Salah pakah tu yah liau. Pasal mulanya aii bapadi inda jua liau kita njual abis padinya. Atu tah yang basia mbuat duung tu. Gunanya kan diambie sepanjang tahun mun aii kan makan. Tapi kawanku tu macam inda baduung tu liau. Jaan kau mbuat macam atu ihh.

 Tapi aku tahu, kau baik kan indungmu… kau mimang anak yang baik. Tapi kau batah sudah inda. Jadi sempena Hari ibu ani..mulih tah ka kampung. Lawat mamu….


KOL

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Thursday, May 10, 2001

Mengapa Bangsa kita lemah

10 Mei, K.Kinabalu. KOL Group menerima beberapa emel mengenai isu terbaru yang mereka bincangkan disana. Sudahkah anda menyertai forum ini?


Emel 1

kul_mamit@yahoo.com
Yang aku tahu, kita tidak lamah, Yang aku tahu kita suka bersendiri, Yang aku tahu kita kurang komuniti, Yang aku tahu kita payah bersatu, yang aku tahu ..... bah sambung tia.. Sababnya .......

Emel 2

jumabas@kedayan.every1.net
Sabanaa nya kita inda hilang
yang hilang tu hanyalah
perasaan diri
kuang pertimbangan, hantapkan manang saja,
inda ada tolak ansuo-tu tah jadinya... 


Emel 3

"jampili"

Saudara  sekalian,

Nulis tah kusemula  dalam dialek  kedayan dan  mungkin  tidak sepenuhnya ,sebab  aku  orang  yang  lebih  gemar menyampaikan mesej  dalam  situasi  yang  boleh  difahami  oleh  semua.Pada saya  bahasa  yang  boleh  difahami  oleh  semua  masayarakat Malaysia ialah  bahasa  Melayu. Pun  begitu  memang aku  sanjung dan  aku  agungkan  keunikan  dialek  kedayan (mungkin selepas  ini saya  akan  dikritik  kerana  tidak  menulis dalam dialek  kedayan). 
Macam kamu  jua  aku  ni  sibuk  seharian, setelah  kutinjau laman web kita , macam  nda  hidup lagi..mungkin  kita  mempunyai  agenda  yang  tersendiri  untuk memenuhi  tuntutan  hidup,  atau  mungkin  komunikasi  kita melalui  lam  web  hanya  di  kalangan  ahli  akademik  sahaja atau  mungkin  lebih  tepat  dikalangan  ahli-ahli yang mempunyai  kemudahan  IT  sahaja.  

Penyertaan rakan  di  sarawak  amat  menggalakkan  walaupun terdapat  kelainan dari segi bunyi  pertuturan  yang diutarakan.  Pada  keseluruhannya  kita  masih  membincangkan beberapa  perkara  yenag  remeh  contohnya soal  siapa  yang layak  dikatakan  sebagai  kedayan  tulin.  

Walaupun  pada dasarnya  hal  itu  ada  keperluan  untuk  dibincangkan  supaya kita  jelas  siapakah  sebenarnya  yang layak  mengaggotai persatuan  kedayan.  Adakah  dengan  semangat dia mahu mengaku  bahawa  dia  seorang   kedayan  kerana  menuturkan dialek  kedayan  layak  untuk  diterima  sebagai  ahli  kedayan yang  tulin.  Dalam  memberi  definisi   berhubung  hal ini ia masih  dalam  keadaan  yang  subejktif. Pada  saya  hal ini boleh  dibincang  diperingkat  MT  kedayan  yang bertanggungjawab  menjelaskan  dan  membincangkan  isu-isu seperti  ini.

Berbalik  kepada  orang-orang  yang  menjelajahi  laman  web dan  menyertai  perbincangan  dalam  laman  web, bolehkah  kita  berbangga  dengan  penyertaan  yang ada walaupun  ia memang  harus  kita  beri  sokongan  sebagai  pendokong generasi  kedayan  yang  ingin  melihat bangsa  terus 
berkembang  maju  dalam  semua  arena. 

Dalam kesempatan  ini eloklah  orang  kita  yang  mempunyai  kedudukan  sama  ada mempunyai  kekuatan  dalam  bidang  ekonomi  dan  juga  dalam bidang    politik  terus  kita  sokong  dan  libatkan  mereka secara  terus.  Saya  yakin  mereka  yang  saya  nyatakan  itu sehingga  hari  ini  tidak  menunjukkkan  tanda-tanda menyertai  kita dengan  serius. Kalau pun  ada  kita  tidak 
siapa  dia?? Apakah  usaha  kita  kearah  itu??  Di  samping itu  tenaga  kita  yang  mempunyai  bidang  akademik  yang mampu  dijadikan  sebagai  penyumbang  idea  dalam  arus globalisasi  kini  perlu  kita  jana  dan  libatkan  bersama. 

Selain  itu  kita  perlu  kembali  semula keperingkat  "grassroot"  kerana   golongan  inilah  yang  paling  banyak memerlukan  bantuan  dan  mereka  mesti kita  utamakan.
Melalui cara  ini  saya  yakin  suku  kaum  kita  yang terdapat  banyak  dipinggiran  sekarang  ini  sama  ada  di Sabah  dan  sarawak  dan juga  dimana-mana  dapat  disatukan menjadi  suku kaum  yang  kuat  dan  mampu  menanagani  semua permasalahan  yang  timbul  pada  masa  yang  mendatang.

Soal  penyatuan  sering  kita  laung  tetapi  malangnya, ada juga  suara-suara  sumbang  yang  juga  sering  mempertikaikan usaha  ke arah  itu.  Saya  harap  suara-suara sumbang  itu  bukanlah  yang  datang  daripada  kepimpinan  kita persatuan kita  sendiri.

Perkara  yang  penting  usaha  kita  hendaklah  sampai keperingkat  akar  umbi  agar  ia akan  lebih  bermakna  dan lebih  mendatangkan  kesan  yang  berpanjangan.

Harap  respon  hali  ini  dari   sudut kepentingannya  kepada suku  kaum  kita.

Terima  kasih.

(maaf yah, petikan ku ani alum lagi batantuan, nanti ku ngusai on our next update)

KOL & KOL Group

END

Habaa Kedayan yang lebih mencabar

10 Mei, K.Kinabalu. Habaa Kedayan, lidah rasmi masyarakat kedayan nampaknya maju setapak lagi mulai dari keluaran ke 4 ini. Para pelanggan tetap Habaa Kedayan diharap bersabar di atas kelewatan ini. Anda akan menerima naskah anda dalam tempoh sehari dua ini. Sdr Arimi memaklumkan bahawa semua naskah untuk pelanggan tetap Habaa Kedayan telah dikirim pada hari ini.

Untuk anda semua, dimaklumkan bahawa Habaa Kedayan telah terbit dengan wajah baru. Harganya masih sama RM2 senaskah. KOL difahamkan pihak Muzium negeri dan perpustakaan negeri sabah telah menempah Habaa Kedayan untuk tempoh satu tahun mulai dari isu ke4 ini. Syabas untuk Persatuan Kedayan Sabah.

KOL

END 

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

KOL Is Back!

10 Mei, Kota Kinabalu. KOL kini kembali setelah sekian lama menyepi selama satu bulan (kemas kini terakhir KOL ialah 07 April 2001). Terdapat 673 emel yang dikirim bertanya, tak puas hati dan ingin tahu kenapa KOL tidak dikemas kini begiru lama. KOL tidak pandai membuat alasan. Pertama sekali kami memohon maaf di atas perkara ini. 

Cuma satu yang kami ingin nyatakan untuk semua pengunjung setia KOL, KOL sebenarnya belum berkubur! Terima kasih kerana terus bersama sama KOL. Kami maklum bahawa KOL perlu diteruskan, malangnya komputer yang kami gunakan menghadapi masalah di dalam tempoh ini. 

Oleh itu Sdr Arimi telah bermurah hati mendermakan PC beliau untuk tujuan ini. 

Sekarang kami mempunyai PC yang agak canggih juga, dengan processor terkini Pentium IV 1GB dan memory 512MB, wow, terima kasih, dan diharap lebih ramai lagi pengunjung yang tampil untuk merealisasikan wawasan KOL untuk mempunyai server sendiri. 

www.kedayanonline.com adalah wawasan KOL!

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...