Friday, April 13, 2001

Projek Bandar Sahabat Sindumin - Marapok Diteruskan

13 April, Sindumin. ADUN Sindumin baru baru ini mengumumkan Projek Bandar Sahabat akan diteruskan. Berita ini agak mengejutkan, bukan kerana ianya berita baru yang ditunggu tunggu, tetapi kerana ia sudah terlalu lama sehingga ramai di kalangan penduduk Marapok dan Sindumin yang lupa lupa ingat mengenai projek berkenaan. Berikut KOL mendapat satu emel daripada pembaca mengenainya

Emel 1

Terima Kasih email mu atu beesamangat hantap ku asanya. Inda apa,indalagi batah sihat taku baaini,mudah-mudahan. Ada yang ku fikirkan kangani mun kau nulis di kolom mu fasal bandar sahabat bandar bahau atu di sindumin jaan marapok. 

Bunyinya kan kana bangunkan.  baik jitu yang aah kampong, aah jelama kedayan banyak kita huar-huarkan mun dapat di capatkan.

Sama mun pandangan ku sindumin atu baik di jadikan Daeah Damit (Pentadbiran Daerah Kecil) yah .......

Bah atu nganya dahulu nanti ku email lagi ,...... Bahau taku bakaja seminggu baini.

Hj Bagul

Apa pun, jika Projek ini memang hendak diteruskan, wajarkan ianya dimulakan sekarang. Ini kerana beberapa projek sebelum ini mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan. Contohnya lebuhraya Papar Sindumin dahulu. Jalan tersebut telah dinaikkan tarap menjadi lebuhraya kelas A - Lebuhraya Pan Borneo(?)sejak tahun 1985, tetapi menunggu lebih 14 tahun untuk diaspalkan.

Kalau tidak silap Projek Bandar Sahabat ini telah bermula sejak tahun 1984 lagi, dengan perasmian YAB Perdana menteri pada masa itu. Diantara langkah langkah yang sudah diambil (?) adalah seperti berikut

1) Mewujudkan padang unik yang cuma satu satunya di dunia, di mana garisan tengah padang berkenaan adalah sempadan antara Sabah dan sarawak.

2) Pembinaan Masjid Bandar Sahabat yang diuruskan oleh  Kg Sindumin dan Kg Marapok

3) Rancangan Pembinaan Lot Kedai di sebelah Sindumin

Di kawasan kedai sindumin pula, sebuah pasar am mini telah diwujudkan tetapi tidak bertahan lama

Persoalannya, apa rupa Bandar Sindumin - Marapok ini nanti?

KOL merasakan potensi setempat perlu diambil perhatian di dalam melaksanakannya. Dalam hal ini Pelan Induk Bandar Sahabat perlu mengambilkira sumber pertanian dan memajukan sektor agro-tourism penduduk. Memandangkan projek ini sudah dirancangkan lama dahulu, Pelan Induknya, jika ada adalah dibuat pada awal tahun 80an. 

Masalah perancangan di Malaysia pada tahun 70an dan awal 80an termasuklah di Sabah ialah terlalu menekankan persamaan diantara Urbanisation dengan infrastructure sebagai proses otomatik. Maksudnya, bina saja bangunan, jalanraya, bandar akan tumbuh. Tetapi keadaan sebenarnya tidak begitu. Contohnya klasik pembangunan sebegini ialah Bandar Muazam Shah di Pahang. Di Sindumin juga tidak terkecuali dengan pembinaan pasar amnya yang gagal total.

Beberapa perkara yang boleh diambilkira di dalam projek Bandar Sahabat itu nanti ialah seperti berikut

1) Sekolah menengah

2) Pusat pengajian tinggi awam / swasta

Kedua dua ini perlu untuk mengukuhkan kewujudan Sindumin di masa yang akan datang. Pasaran Sindumin dan sarawak amat kecil untuk hidup dengan sihat secara sendiri. Oleh itu keupayaan pasaran tempatan ini perlu ditingkatkan dengan menubuhkan sekolah / pusat pengajian tinggi.

Katakan sekolah menengah dengan 1,500 penuntutnya berbelanja RM3 (untuk tambang, makanan dan lain lain, tambahan pusingan wang ke kawasan ini sehari ialah RM4,500)

Sementara itu pusingan yang lebih besar boleh didapati dengan adanya pusat pengajian tinggi. Katakan, sebuah pusat pengajian tinggi mempunyai 5,000 pelajar. Perbelanjaan harian mereka adalah besar, dan kita andaikan di sini pada jumlah purata RM10 seorang, maka pusingan tambahan yang boleh kita dapati ialah RM15,000. Apabila kedua dua ini kita campurkan, purata pusingan wang harian di Sindumin ialah RM19,500. Jumlah ini jika ditambah dengan pasaran semasa cukup untuk menjana pertumbuhan sederhana di kawasan ini.

3) Laluan jalanraya baru ke Sarawak

Laluan yang lain dari sekarang akan menjadikan Sindumin lebih menarik untuk dilawati dari Sarawak. Ini kerana pada masa ini pelawat terpaksa melalui 8 pos imigresen termasuk pos antarabangsa (brunei ) untuk pengunjung dari Kucing datang ke sindumin.

4) Agro dan Eco-tourism

Perhatian juga perlu dibuat supaya perkara ini dilaksanakan di Sindumin.

Apa komen pembaca?

KOL

Saturday, April 7, 2001

Apa Tanggapan Orang lain kepada Masyarakat Kedayan?

7 April, K.Kinabalu; KOL telah mengutarakan perkara ini kepada para pembaca beberapa minggu yang lalu. Tujuannya ialah untuk melihat beberapa persepsi masyarakat terhadap kita. Yang mana baik kita kukuhkan, mana yang buruk kita betulkan. 

Berikut ialah respon pembaca:

"Kamik di Kuching, Sarawak anik pun ada tanggapan lain terhadap uang kedayan, labih-labih lagi mun uang-uang tuhak datang bedudun ah umah kami.....mbaik tetawa juak bah...ada yang minta aing, minta ubat dan macam-macam lagik.satu kisah benar, jiran uang sebelah umahku,iparnya samseng, peminum dan indak usai ulahnya....suatu petang iak tahuk kami kedayan....taus minta ubat.....mbaik tetawa..ujak bapa "samseng anik mauk ditewaik kah"... jangku ..."tewaik tiak sajak". lapas atuk bapa mbaik aing ah butul...suuhnya minum.......kuasa tuhan, 2 bulan lapas atuk adak basiak datang lagi bepadah yang uang atuk baik sudah dan kaang anik bebinik tiak, caitak kedayan pun besambung-sambung.....kami indak pandai anik pun kanak ucap pandai, kongsi caitak

bah cukup dahulu"

Yunus Hj Taib

END

Isu mengenai Nama Nama Kedayan

7 Apr, K.Kinabalu; (Sensitive kah Subject yang ku kamukakan ani?) Aku kan ngumpul nama-nama asal uang kadayan maksud ku nama-nama yang ongol; misalnya mun saja kita tadangaa atau tabaca nama atu kita sudah (most likely) tahu yang uang atu bangsa kadayan. Contohnya Si Bulat atau Si Ahad.

Kaang ani kabanyakan uang kadayan inda mbaii nama anak-anaknya nama uang kadayan (aku sandii inda namaii anakku nama uang kadayan)

Jadi mun kawan-kawan dapat mbaii list nama-nama ani baik jua untuk simpanan...

Atu saja mangkali dahulu.

arkin

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Pendapat Sdr Arkin Mengenai Anak Anak Kedayan di Pusat Pengajian Tinggi

7 Apr, Kota Kinabalu; Dalam tahun-tahun 60an,70an dan 80an banyak banaa anak-anak kadayan daii Sipitang yang sekolah di Semananjung, UK, Australia, US dll.

Mengikut sumbar-sumbar yang "reliable" kaang ani inda ada lagi uang-uang kadayan Sipitang yang balajaa di sekolah /institusi /universiti ani. Inda ku tahu sajauh mana banaa nya. Cuba check list pemaggang dermasiswa /biasiswa /pinjaman daii Yayasan Sabah atau Kerajaan Negeri dll agensi.

Mun banaa ... dimana silapnya ????

Adakah kadayan generasi kaang ani sudah hidup mewah, inda lagi berusaha gigih?

Adakah anak-anak kadayan ani luan mudah terpangaruh oleh aktiviti inda sihat zaman ani? 

Adakah ianya disebabkan oleh keadaan politik (USNO, BERJAYA, PBS, BN)?

Atau disebabkan "Persaingan" yang tinggi?( Inda kian uang kadayan ani mampu bersaing??)

Masalahnya: Siapa yang akan jadi palapis/pengganti nanti untuk memaggang jawatan-jawatan penting yang berkamahiran seperti kedoktoran, kejuruteraan, keugamaan, pentadbiran, YB dll seperti yang kita ada sekarang!

Bah baii tia pandangan kamu agar kita boleh menyelasaikan masalah ani sama-sama.

Jumpa lagi aii lain.

Arkin Hj Garai

END

Lagi Perbincangan Mengenai Standard Ejaan Kedayan

7 April, K.Kinabalu; Isu ini dibincangkan secara berterusan oleh pembaca KOL. Ramai juga yang menyuruh isu ini dihentikan, tetapi KOL berpendapat, selagi ada perbincangan, perkara ini patut diputuskan supaya aliran fikiran sebenar para pembaca boleh diketahui. Berikut ialah beberapa pendapat yang diutarakan.


Surat 1

Uja nyabut bahasa kadayan ani complicated......inda sama kadayan disana dan yang disini....banaa itu ujamu atu.

Dulu sudah aku sabut-sabut mengenai standard ejaan bahasa ani dan dibincang oleh Presiden Persatuan Kadayan sini (sila rujuk attach file) Aku cadang uang yang bagas-bagas atu buat penyelidikan (find a solution for this problem) join venture (Sabah, Sarawak, Labuan & Brunei) mun inda sampai kandila pun macam atu jua gayanya.

Inda usah jaulah ngambil contoh perbedzaan dilek (uja bunyi nyabut); kala-kala uang Ulu Sipitang atu lain gayanya nyabut dibanding uang Kg Pantaiuntuk haati yang sama (misalnya "naada" membawa erti "inda ada"). Apa tah lagi mun kadayan dai sebalah Sarawak, banaa uja sdr. Fouzay tu banyak ngunakan "k" dihujungnya mun melihat tulisan email basia. Aku pun ingau mbaca.Perkataan yang ku maksudkan seperti juak, indak, hajik, tahuk etc.

Satu lagi yang lain perkatan yg ku petik dari surat sdr Fouzay ialah "udah" ; mun kami sini lebeh selesa dikatakan "sudah"

Yang kedua aku mahu bubuh (tambah) ialah perkataan "anik" membawa erti "kecil" tapi jaan lupa "anik" inda sama (not excatly) macam "damit" walau pun kedua-duanya generally ertinya "kecil" Pendapatku "anik" digunakan bila bilangan benda atu banyak (yg kecil-kecil) sementara "damit" digunakan kpd benda yang juga kecil tapi mungkin satu atau dua saja bilangannya.

Yeah memang terdapat juga perkatan yang sama bunyinya dalam perkataan tapi membawa haati yang berlainan misalnya, perkatan 'basia"......cuba perhatikan ayat berikut ani:

"baii basia kaang lauk tu"

ini boleh membawa dua makna; 

1. simpan garam kepada ikan itu

2. kasih diaorang ikan itu 

Jadi konklusi nya tutuan kadayan ani complicated........atu belum lagi yang nyindir-nyindir tu misalnya: "abus hayam" inda sama dengan "hayam baabus" 
Komen tia mun inda ngam ujangku atu.

Atu saja dahulu.

Arkin Hj Garai


Surat 2

Untuk pengetahuan kedayan Sarawak....

Kami kedayan di Sabah (terutamanya orang Sipitang) tidak menggunakan seolah-olah huruf (k) dihujung sebutan untuk perkataan seperti TAHU, ANI, BAHAU dll kecuali ia benar-benar bunyi 'k' seperti ANIK (kecil).

Oleh yang demikian kami tidak memerlukan tanda huruf untuk membezakan maksud tulisan.

Jampili Tuyan

KOL-Group
END

Sengketa Dayak- Madura di Kalimantan

7 April, K.Kinabalu; KOL telah menerima berita dan gambar gambar yang menarik mengenai sengketa yang berlaku di Palangkarya dan Sampit untuk tatapan para pembaca.

Beberapa gambar dikirim kepada KOL , bukan bertujuan menyebarkan kabar angin yang tidak baik, sekadar memaklumkan kepada pembaca mengenai keadaaan yang berlaku di sana. Juga sebagai iktibar kepada kita supaya tragedi seperti ini tidak berlaku di sini.

Beriktu ialah cerita dan gambar yang disebutkan










Cerita 1

uang dayak anik asal uang borneo....macam iban,bidayuh dan orang ula saawak, sama juak macam dusun, murut di sabah atuk.

madura anik pendatang daik Madura, di hantar oleh kerajaan Indonesia untuk mengurangkan kepadatan penduduk di sana dan di tauhnya di Kalimantan, basiak anik beragama Islam, rajin bekerja dan menjadi orang mewah di Kalimtantan sehingga mengunggat dan "mengaimbuankan" uang Dayak. Mun sudah kaimbuan macam-macam hal boleh terjadi, yang bisai pun bidak, yang luus pun salah.....akibatnya timbul konflik etnik, sudah dua kali tercetus dan ini kali ke dua, dengar khabar anak uang dayak terlanggar lori oleh uang madura, hantap bana tuk...yang damit jadi basa....barangkali adak hasutan pihak tertentu.

tapi, harus dingat juak...uang Madura anik bangsa yang EGO dan keras kepala 

aik lain lagik
akuk ada caita bana mengenai kedayan sibuti lawan bugis dan madura

Yunus Hj Taib

P2220024.jpg (39938 bytes) P2220025.jpg (46083 bytes) P2220026.jpg (44241 bytes) P2220027.jpg (52120 bytes) P2220028.jpg (42102 bytes) P2220029.jpg (45501 bytes) P2220030.jpg (45115 bytes) P2220031.jpg (17999 bytes)

(gambar gambar kiriman sdr Foudzay Adis)

Cerita 2

bah....hantap bana kan tahukmuk yah...
macam anik....
bianik (1980an), di CDC(Miri)adak uang handal Bugis, guru silat, indak masuk ditatak...kabal jinyak .Guru silat anik suka ngacau binik dangan. Uang lain samuha takut, indak baanik.Suatu sambat,jam 5 pagi....iak duduk kan binik uang kedayan (damaknya rahsia).Jadi uang kedayan anik maah kan biniknya, terjadilah pergelutan dan cabar mencabar,Guru silat anik angkuh dan takbur....indak masuk ditatak dan iak ada pisau belatik. Tapi kuasa Tuhan.....hamba Allah KEDAYAN hanya menggunakan "maang penabas" dan akhirnya bugis atuk matik di tatak...PUTUS PAUT BALINGKAnya....uang kedayan anik taus ke balai polis dan apabila disiasat iak pun manang. Kaang anik samuha uang bugis di CDC(Miri) takut kan uang kedayan.

kisah benar

Yunus hj Taib

KOL

END

Edaran Habaa KEDAYAN Isu 4 dan Isu 5 terlewat

07 April, K.Kinabalu; Setiausaha Penerangan KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek mengumumkan perkara ini di dalam kenyataan akhbarnya kepada KOL pada hari ini.

Menurut beliau, kelewatan ini adalah berkaitan dengan percetakan Habaa KEDAYAN untuk kedua dua isu berkenaan akan dilakukan oleh Syarikat percetakan luar. Kaedah ini juga akan digunakan untuk semua isu Habaa KEDAYAN yang akan datang, untuk menjamin mutu naskah yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli ahli dan pelanggan Habaa KEDAYAN secara bulanan boleh bersabar menunggu Habaa KEDAYAN dengan wajah yang lebih menarik dan bermutu. Kedua dua isu berkenaan akan diterbitkan pada hujung bulan ini.

KOL

End.

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

KEDAYAN berpolitik?

07 Apr,Kota Kinabalu: Persatuan Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai kumpulan dan  ahli-ahli politik tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum Kedayan.

Isu yang dikemukaan ialah mengenai pandangan  KEDAYAN adakah  terlibat dalam menentukan sesiapa yang akan menduduki AJK bahagian UMNO Sipitang untuk pemilihan tahun ini.

Presiden KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata:

“KEDAYAN tidak mengambil peranan apa-apa dalam parti politik bukan keutamaan persatuan, walaupun terdapat ada cawangan persatuan ini dipengerusikan oleh orang yang sama yang juga selaku pengerusi cawangan UMNO atau parti politik yang lain namun saya lihat selama ini mereka boleh memainkan peranan yang berlainan, seperti kepentingan KEDAYAN ialah untuk kebajikan kaum Kedayan.

Kepentingan persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan dari parti politik mana, inilah  misi utama persatuan ” sambung beliau.

“Namun begitu  kita tidak menyekat ahli-ahli atau AJK KEDAYAN yang terlibat, malah kita bantu secara professional, nesihat dan latihan supaya menjadi seorang pemimpin yang bermutu  tinggi dan ever ready to move in bila-bila diperlukan.

Ketika ini persatuan sudah mempunyai pakar dalam berbagai bidang dan sudah agak consolidate diharapkan pengamaskinian pentadbiran dan pengurusan KEDAYAN yang sedang dibuat ini selesaikan dalam sebulan dua dimana, sistem baru pentadbiran dan pengurusan dapat di implementasikan” tambah beliau.

Tinjaun KOL ke kampung-kampung Kedayan baru-baru ini terdapat satu ‘euphoria’ atau semengat baru tentang kehadiran KEDAYAN masyarakat kampung dengan tidak banyak cerita selepas mendengar penerangan wakil persatuan  untuk mengisi borang dengan bayaran yuran sekali dan ini pertunjuk yang baik dan merangsangkan yang belum pernah berlaku.

“KEDAYAN akan membuat sesuatu yang monumental  dalam panggal ini walaupun persatuan ini cuma dirasmikan dibulan Julai yang lalu yang membolehkan kan saya memain kan peranan untuk memimpin” kata Presiden.

 KOL

 End.

Sunday, April 1, 2001

Caita Kina Hailam (jenaka)

Sekadar kan tuut meriahkan laman siengkek. Caita ni mangkali 18SX dikit, tapi yang banaanya inda ku maksudkan macamatu. Tapulang tia aah Webmaster nanti, mun inda sasuai kamu delete pulanggg….

Ani asalnya caita banaa banaa. Tangahku yang bacaita, kajadian ni ada kuang labih tahun awal 50 an lah macamatu di Sipitang. Ada saoang Kina Hailam tinggal di kampung Kadayan. 

Damanya Si Asin. Kaajanya bakampung, ia nganya Kina yang tinggal sama sama oang Kadayan batahun tahun sampai tia mahaati kan tutuang Kadayan. Batutuan Kadayanpun nya pandai, ngany hantap kinanya kakal bunyinya.

Tajuk: CAITA KINA HAILAM
Dai: halimb@tm.net.my
Subject: Ada kina hailam

Sahaai atu tangahku jan kawannya dai kampung lain bajalan tajumpa tia jan Si Asin ani lagaan hantap upanya. Inggang inggang bamaang panabas nggiit buluh. 

Batanya tia tangah “ Dai mana luahmu Sin” 

Languk languk Si Asin njawap, “Haiyaaaa….! Hamput sinalik puki” 

Tangah tahu ya kan tutuan Si Asin, jadi nyambung tia tutuannya, “Baapa kao ka bukit?” 

“atat puki cina ata bulu baaaa” 

Kawan tangahku nda tahu apa haatinya, pikenya Si Asin ni maacak inda usai. 

Sudah mulih bahao tia bakiah paut tatawa.

Last Revision: Feb 27, 2001

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...