Saturday, December 30, 2000

Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Luagan

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Luagan, Sipitang







Malam Mesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam

30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.

Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Lingkungan

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Lingkungan, Sipitang







Belia Kg Lingkungan sedia bekerjasama untuk memajukan KEDAYAN

30 Dis, Lingkungan- Sdr Baharudin Hj Lamit, Pengerusi JKKK Kg Lingkungan Laut menyatakan bahawa beliau bersama sama belia Kampung ini bersedia untuk bekerjasama dengan KEDAYAN demi memajukan bangsa. Perkara ini dinyatakan kepada Presiden KEDAYAN Sdr Amde sempena Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2000/2001 Anjuran Belia JKKK Kg Lingkungan yang diadakan pada hari ini.
Kesediaan beliau turut disokong oleh pengerusi Penganjur, Sdr Abu Bakar Hj Lamit. Dalam majlis berkenaan, pelbagai acara diadakan termasuklah Pertandingan Ratu Fesyen Kanak Kanak, Pertandingan Lagu Lagu 60an, Bintang Kanak Kanak dan Pertandingan Bunga Hati Hati. Penyampaian hadiah bagi acara acara sukan yang telah dipertandingkan pada sebelah siangnya turut diadakan.

Antara tetamu kehormat yang berkunjung pada malam itu termasuklah ADUN N.23 Lumadan, YB Pn Surinam Hj Sadikum, Sdr Amde Sidek dan Sdr Ahmad Hj Mumin.

KOL

END

Friday, December 29, 2000

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Bangsal

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Bangsal, Sipitang













Majlis Malam Mesra KEDAYAN KG Bangsal Mengalami gangguan Elektrik

29 Dis, Sipitang- Majlis meriah yang diadakan di Kg Bangsal, kira kira 19 KM dari sini tergendala kira kira 35 minit kerana gangguan elektrik yang bermula kira kira pukul 9.55 malam.

En Husin Sahat, Kakitangan SESB yang turut berada di majlis berkenaan menerangkan bahawa perkara ini agak di luar kawalan SESB kerana loji bekalan tenaga elektrik datang dari SFI Industries Sdn Bhd dan bukan dari SESB sendiri.

Kejadian berkenaan menimbulkan rungutan dari ramai hadirin yang menyatakan ianya sering terjadi di kawasan kampung, terutama di musim perayaan seperti ini.


Di dalam perkembangan lain pula, Sdr Amde , Presiden KEDAYAN yang menjadi tetamu kehormat malam berkenaan menyatakan kepada KOL bahawa beliau merasa bangga kepada Cawangan KEDAYAN Kg Bangsal kerana komitmen mereka untuk bergiat aktif di dalam persatuan demi memajukan bangsa. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Kedayan yang akan tampil untuk menabur bakti dan mengaktifkan persatuan.

KOL

END

Friday, December 22, 2000

Kedayan boleh?

Pengalaman selama Lima bulan bersama AJK KEDAYAN 2000
Arimi Sidek

Ramai rakan rakan intelek saya suka berdiskusi secara provokatif dan sinis bila menyentuh KEDAYAN. Ada satu soalan yang paling , paling ringkas merupakan favorite mereka dalam setiap diskusi. Soalan berkenaan ialah

Sehingga kini  apakah rupa KEDAYAN secara deskriptif?

Soalan ini ringkas, tetapi ia mengundang kebijaksanaan untuk dikupas secara jitu.

Selaku Setiausaha Penerangan saya perlu menonjolkan imej yang terbaik untuk persatuan saya. Setahu saya pula rupa kedayan bermula dari 22 Julai 2000 dengan AGMnya yang pertama. Dalam masa yang sama  saya selalu teringat seruan Sdr Presiden pada Mesyuarat AJK Pusat  pertama bahawa budaya pengurusan telus perlu diamalkan.

Agak malang bagi saya berbanding dengan AJK lain kerana saya perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat daripada mereka. Pertama, sama seperti AJK lain, saya perlu menggerakkan Biro yang baru sahaja diwujudkan. Semua kerja biro perlu saya lakukan sendiri sebaik mungkin. Yang amat penting, sehingga kini perbelanjaan kerja persatuan adalah saya tanggung sendiri. Kedua kerana presiden kebetulan adalah abang saya yang sulung. Biasanya orang lebih cenderung melihat saya berada di dalam KEDAYAN kerana abang saya, bukan kerana kebolehan saya sendiri. Dilema begini juga dialami oleh Dr Jeffery G Kitingan, Anak anak Datuk Seri Dr Mahathir, Anak Lee Kuan Yew dan ramai lagi.

Berbalik kepada persoalan tadi, biasanya saya cuba menerangkan secara begini:

Rupa KEDAYAN yang saya kenali terbahagi kepada 5 muka:

1. Muka Penuh- Semua AJK bersetuju KEDAYAN perlu mendapatkan sumber kewangan. Tanggungjawab berat menunggu Sdr Abd Rahman!

2. Muka Utama- Majoriti AJK pusat ingin melihat KEDAYAN menjadi badan yang bebas, kontemporari dan pro aktif.

3. Muka Besar- AJK juga berpendapat disamping perkara di atas, KEDAYAN perlu menumpukan kepada hal hal pembangunan ekonomi.

4. Muka Kecil- Sebilangan AJK berpendapat KEDAYAN harus menguatkan kedudukan ahli ahli politik Kedayan yang ada, harus menyokong  dan mendampingi mereka.

5. Muka Corot- KEDAYAN seharusnya menumpukan perkara asas terlebih dahulu untuk menguatkan foundationnya. Ini bermaksud, ambil ahli, pungut yuran, kemaskan pentadbiran, cekapkan komunikasi dan gerakkan biro masing masing. 

Jika anda tertanya tanya, saya akui saya berada di dalam muka 5!

Arimi Sidek

Setiausaha Penerangan KEDAYAN

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Tahniah Kedayan Online ~Kasim Rajab

Kasim Rajab

TAHNIAH ... kerana ada juga orang prihatin terhadap uang bohor. Keep it up , I 'll tell paadian yang lain about this and sekurang-kurangnya kita dah masuk era IT .

Tahniah sekali lagi

 Oang di Central Borneo - Bintulu

END

Tabigan: Kedayan berasal dari hamba

Ani bacaita pasal asal usul bangsa Kedayan.Kalau inda ku salah ada di antara yang menulis di KOL ani bapadah bahawa Kedayan atu berasal daripada pekerjaan maupun jawatan yang disandang pada suatu zaman yang lampau sehingga ianya kekal seolah-olah sebagai keturunannya. Perkara ini memang ada logiknya dan inda pulang ku menafikan.

Tapi macamana pula dengan apa yang pernah ku dengar daripada seorang Pensyarah di 'U' yang mana janya Kedayan ani kemungkinannya berasal dari sebelah Indonesia dan orang-orang ani telah dijual atau diperdagangkan sebagai hamba di kedai-kedai pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana menjadi kebiasaan orang-orang ani dijual di kadai macam baang-baang runcit jadi orang yang dibali oleh tuannya ani dinamai sebagai Kedai-an (Kedayan) untuk membezakan orang ramai daripada orang yang asalnya dijual di kadai-kadai ani. 

Jadi lama-kelamaan apabila Agama Islam telah masuk ke Asia Tenggara maka sistem jual orang ani telah hapus sedikit demi sedikit. Justru ramai jualah yang telah dimerdekakan orang-orang Kadai-an ani oleh tuan-tuan mereka. Oleh kerana mereka pun tidak mengetahui asal usul suku kaum sebenar mereka maka apabila mereka berkahwin dan beranak pinak, apabila ditanya apa bangsa keturunanmu maka telah dikatakan sebagai Kadai-an (Kedayan). Penjualan hamba ini sebenarnya tidak terhad di Indonesia, malahan telah dibawa juga oleh pedagang ke Brunei, Sarawak dan Sabah kerana para pedagang ini berkeyakinan bahawa orang yang hendak dijual (Kadai-an) ani pasti laku kerana mereka kuat  bekerja, rajin serta mempunyai komitmen yang jitu ke atas amanah yang telah diamanahkan. 

Oleh sebab atu orang Kedayan kaang ani jika ada peluang untuk berjaya pasti berjaya. Janya orang Saawak Kedayan ni imbas-imbas Foo Chow. Bana kaitu. Mungkin selama ani hidup dalam tekanan atau sengaja ditekan oleh bangsa lain.Jadi terpaksalah bakaih labih dikit supaya dapat hidup lebih baik sedikit. Kalau inda ibarat 'asal bapucuk atau balunggah kana papat'. sabab atu biani ada yang terpaksa bajala mantak,guis, dsb. kalau inda, inda ada paluang bah kan hidup bausai-usai dikit kan  kana ucap akan tia nganya.

Bah sudah dahulu ilain lagi.Caitaku tu mungkin jua dongenglah sebab aku tadangaa secara lisan nganya.

Tabigan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2000

KOL Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dan Selamat Tahun baru 2001.




Kemaskini KOL yang akan datang hanya akan dibuat pada 5.1.01 kerana Webmaster mulih ke kampong. Aah ku alum ada letrik jamu!

Ani kad kiiman dai Siengkek jan Sipalui kan kamu samuha....bergembira

CASH Kena Belasah Teruk

22 Dis, Kota Kinabalu; Presiden Cash  abis kana karoyok dalam dua minggu ani, sampai sampai tia baanti dai Cash. Presiden KEDAYAN pun inda baapa satuju gayanya malihat ulah Cash sakali ani. 

Caitanya macamani. Cash minta siapa siapa yang kan ngomplin masti mbaai RM10 inggit aahnya. Jadi samuha dangan inda baapa iski pasal macam inda patut apa yang dibuatnya.

KOL sependapat jan KEDAYAN mun pasal Cash ani. Mun dipike akan pun oang yang kan ngomplin tu bananya sudah kasusahan baitu. Mun pasal iski, inda ada dangan saja saja kan ngomplin.

Kadua, kaaja yang dibuat oleh Cash pun bukan payah bana. Apa yang kana komplin, samuhanya di passing akan ka Kementerian hal ehwal pangguna. KOL pun dapat mbuat mun macam atu nganya.

Katiga, Cash tu mun inda salah badan sukarela nganya. Patut basia balaja dai CAP- Persatuan Pengguna Pulau Pinang, yang kana galati sampai ka Luar Negara pasal ia ngusaha bilang buting komplin usai usai.

Monday, December 18, 2000

Hj Bagol dimasukkan ke IJN

ehsan Habaa KEDAYAN

18 Dis 2000, Kota kinabalu.; Tn Hj Bagol, Pen. Bendahari KEDAYAN telah berlepas ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan jantung.

Sebelum itu, beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth selama seminggu sebagai persediaan untuk rawatan berkenaan. Ketika ditemui, beliau sempat memaklumkan bahawa rawatan ini merupakan lanjutan siri rawatan sebelumnya di Sabah Medical Centre (SMC), pada awal tahun ini.

Habaa KEDAYAN turut mendoakan kesejahteraan beliau.

HK

END

Tuesday, December 5, 2000

Siaran KOL Vol 18 Lewat

Maaf kerana KOL Vol 19 agak lewat terbit kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Teruskan bersama Kami...

Sudah berlanggan Habaa Kedayan?

RM2 senaskah!

Berikan alam pos penuh kepada webmaster sekarang. Kerahsiaan anda adalah terjamin

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan sebenarnya dari Kayangan!

Kali ini KOL mendapat pendapat yang sangat unik di boardroom. Bagi saudara yang mengunjungi ruangan forum, ikuti pendapat beliau di bawah:

'Banarkah orang kadayan kana galar orang kaya ani kan,

Ada masih kah orang kaya kadayan di sabah?

Khas untuk kadayan sajakah?

Banar jua lagikah kadayan ani darah kerabat diraja brunai,yang mula2 maintah bunai?

Adakah raja darat?

Dan satu lagi kan mambaitahu asal kadayan ani yang bananya dai kayangan dan ada lagi rahsianya inda dapat dibaitahu kecuali suatu hai nanti.


Jelama Kedayan

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Bahasa Kedayan adalah lebih maju dari Berunai

Aaron Bonafides

Assalamualaikum..

Kali ini saya akan membicarakan mengenai bahasa Kedayan yang lebih Melayu berbanding bahasa Brunei. Mungkin ianya agak mengejutkan tetapi itulah hakikatnya. Maklumat ini saya perolehi daripada tulisan Encik Julaihi Bujang yang membentangkan mengenai hubungan di antara Melayu dan Kedayan di Sarawak di dalam Simposium Melayu dan Melanau ke 2(?) pada tahun 1993.

"......bahasa Kedayan hidup sebagai bahasa pertuturan atau pengucapan sahaja di kalangan etnik Kedayan. Ia dikatakan mirip dengan bahasa Melayu Brunei " (A.B Ahmad,1978). 

Menurut Soepomo (1990), elemen linguistik di antara bahasa Melayu Brunei dan Kedayan hampir sama dengan kognat melebihi 94%, sebaliknya bahasa Melayu Brunei sebagai satu dialek Melayu mempunyai kognat kira-kira 80% dalam hubungan dengan Bahasa Melayu Baku.

Sedangkan menurut saudara Arimi Sidek, kehampiran di antara bahasa Kedayan dengan Bahasa Melayu Baku ialah 84%. Nah..ini menunjukkan yang Bahasa Kedayan itu lebih Melayu berbanding dengan Bahasa Brunei.

Manakala Aadelar(1990) dalam kajiannya mengenai dialek Salako menyatakan bahawa ia berkait rapat dengan 'kendayan'**. Menurut Aadelar, Salako juga berkait rapat dengan bahasa Banjar. Lantaran bahasa Melayu Banjar itu mempunyai kaitan dengan bahasa Melayu Brunei maka diyakinkan bahawa asal-usul etnik Kedayan mungkin terjawab dalam kajian lanjut ke atas elemen dialek-dialek tersebut.    

***Mengenai adakah Kedayan dan Kendayan adalah etnik yang sama, saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Ini adalah kerana bagi pihak Indonesia Kendayan digolongkan ke dalam kumpulan etnik Dayak. Elemen Melayu di dalam budaya dan bahasa Dayak Kendayan adalah elemen pinjaman. Dikatakan adat perkahwinan mereka dipengaruhi oleh unsur-unsur animisme iaitu harus meminta izin daripada 'yubata' dan membayar adat pada leluhur serta makhluk ghaib. 

Saya berpendapat demikian adalah kerana walaupun ada unsur-unsur lama(sebelum Islam) di dalam masyarakat Kedayan tetapi tidak ada unsur-unsur pemujaan leluhur dan makhluk ghaib.

Mengenai kemungkinan bangsa Kedayan berasal dari Borneo saya tidak berani mengiyakan pendapat  tersebut. Walaubagaimanapun, mungkin ianya ada kebenarannya. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melanau dan Melayu Sarawak. Ini adalah berdasarkan kisah lagenda masing-masing. 

Sebelum ini saya pernah menulis bahawa penduduk asal Brunei adalah  orang Kedayan berdasarkan buku 'Oya Melanau'. Ianya diceritakan oleh seorang tua Melanau pada tahun 1950. Adapun kisah itu pula yang berkaitan dengan kemunculan Alak Betatar dan Awang Semaun ke Brunei dikatakan berlaku 30 generasi yang lalu. Andaikata satu abad ada 4 generasi maka kisah itu berlaku kira-kira 400 tahun yang lampau. Kalau satu abad pula ada 2 generasi maka kisah itu berlaku kira-kira 800 tahun yang lampau. Namun ianya lebih kepada cerita lisan masyarakat Melanau Oya.
      
Berdasarkan Hikayat Merpati Jepang pula dikatakan bahawa Brunei diasaskan oleh orang Kedayan. Datu Merpati Jepang merupakan ketua masyarakat Melayu Sarawak pertama. Adalah dipercayai beliau hidup sekitar abad ke-15(?). Keturunan beliau inilah yang dianugerahkan oleh Sultan Brunei dengan gelaran Datu Patinggi. '....Diceritakan bahawa pada suatu masa lampau seorang puteri telah terdampar di Miri apabila kapal yang baginda tumpangi telah karam. Puteri itu dijumpai oleh orang Kedayan lalu dipelihara oleh mereka sehingga dewasa. Apabila telah dewasa, orang Kedayan ini telah berpakat untuk mencari jodoh bagi puteri tersebut. Mereka berpakat untuk ke Singapura. Lalu mereka telah membina sebuah kapal yang besar lagi indah dengan segala perhiasan. Lalu dilantik beberapa orang tua Kedayan yang paling pintar lagi bijaksana untuk belayar ke Singapura lalu mencari calon suami untuk puteri tersebut. 

Setelah tiba di Singapura, mereka menghadap Adipati iaitu ketua Singapura. Baginda menpunyai 7 orang putera. Untuk memilih calon yang sesuai, mereka meminta izin untuk membawa setiap putera itu mengelilingi pulau Singapura secara bergilir-gilir.  Setiap pusingan bijak pandai Kedayan ini akan bertanyakan beberapa solan untuk menguji kepintaran putera-putera tersebut. Apabila sampai giliran putera ke tujuh yang juga ternyata tertampan dan terbijak lalu mereka menukar haluan dan terus belayar ke Miri(?). Apabila Adipati mendapat tahu bahawa puteranya telah dilarikan orang baginda amat murka tetapi sudah terlambat. 

Setibanya di Miri(?) baginda dikahwinkan dengan puteri. Pada suatu hari ketika sedang berburu sang putera sampai ke suatu daerah yang subur lalu mencadangkan agar dibuka penempatan di situ. Pada waktu yang sama orang Kedayan sedang sibuk berinai, lalu dinamakan daerah itu Berinai. Putera itu telah dilantik oleh orang Kedayan sebagai raja.

Lama-kelamaan daerah itu dipanggil Brunei." Namun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan kerana ianya lebih berunsur cerita mitos walaupun Datu Merpati Jepang memang wujud.

Sekian dahulu untuk kali ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan tulisan saya ini.

Terima Kasih.

Aaron Bonafides ibni Safar ibni Boben al-Haj ibni
Dohak al-Haj ibni Abdul Ghafur al-Haj.
Miri-Sibuti.

END

AKAR, kan ka mana kao ni?

5 Dis,Kota Kinabalu;

Mikin kami tiga oang ni kan bapike kan ka mana tuju paati AKAR ni kian? Ikuti apa yang ditutuankan oleh siengkek, mandau jan sipalui bila basia ngalimut pasal AKAR

Mandau: 

26 Nov dalam paasidangan paati pawakilan bapadah picaya tia basia kan presiden , YB DAtuk Pandikar yang umpunya tahu kan njadi akan AKAR ani apa upanya

28 Nov YB Datuk Jeffrey bapadah--mun kan masuk, masuk tah oang AKAR ni aah PBRS

Inda batah lapas atu, YB Tan Sri Dompok mula tia ngail, ... banyak oang AKAR ulihnya

Engkek:

Paasaan ku presidennya tu andang kan masuk UMNO ni. Baik jua. AKAR ni yang banaanya andang inda kuat dai mulanya. Inda pasti yang semangat awal AKAR diwarisi oleh Datuk Pandikar, tapi yang ku tahu, Datuk  Mark Koding mengasaskan AKAR jaan taasnya hatred politic! test power jan PBS biani.

Sipalui:

Baiktah masuk UMNO! Datuk Pandikar kan ada karisma dikit. Karisma tu mun kan tahu, atu tah kakuangan yang patut di tampal tampal akan aah umno kaangani ani. Mun nganya mbai usin ai kan pilihanraya supaya dangan ngundi, dausah tah. Mahat pun ku luih usin jua.

KOL 

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, December 1, 2000

Pasangan Kedayan dari Sindumin karam dilaut!

01 Dis , Labuan; Perahu En Ali Diris 30, dan isteri beliau Jamilah Dullah yang berasal dari Kg Luagan Sindumin telah karam semasa  mereka di dalam perjalanan ke Labuan untuk menjual buah buahan kira kira 20 batu nautika ke Timur Labuan. Peristiwa ini bermula pada hari selasa 21 November yang lepas.

Peristiwa berkenaan telah menyebabkan mereka terapung di laut selama 3 hari dua malam sebelum di selamatkan berdekatan Pulau Papan oleh sebuah kapal  pukat tunda yang kebetulan menangkap udang  di kawasan berkenaan.

Disepanjang keadaan yang mengerikan itu, En Ali terpaksa berpaut pada bot mereka yang terlungkup akibat pukulan ombak; manakala isteri beliau yang tidak tahu berenang dan mengandung pula berpaut pada gelen dan di bawa arus ke sana ke mari sehingga sejauh kawasan Kuala Lawas.

En Ali menyatakan pada mulanya gelen yang dipauti isteri beliau terikat pada bot mereka yang berukuran 18 kaki itu, tetapi beliau telah melepaskan ikatan berkenaan supaya isterinya boleh terdampar ke pantai. Malangnya arus yang tidak menentu di kawasan berkenaan menarik semula isteri beliau kepadanya pada keesokkan harinya.

Ketika ini beliau telah kembali ke Kg beliau dan bersyukur kerana peristiwa malang berkenaan belum memisahkan mereka suami isteri

KOL

END

KEDAYAN perlu mengadakan Gerakan Pengambilan Ahli

Ehsan Habaa KEDAYAN

01 Dis 2000, Kota Kinabalu; KEDAYAN adalah disarankan supaya mengadakan gerakan pengambilan ahli secara besar besaran supaya lebih ramai lagi bilangan anggota masyarakat Kedayan dan KEDAYAN sendiri mendapat faedah dari perkara ini.

Rata rata anak Kedayan yang ditemui oleh Habaa KEDAYAN sependapat mengenai perkara ini.

Mereka menyatakan bahawa sebagi permulaan, perkara yang perlu ditekankan oleh AJK Pusat KEDAYAN ialah mengemaskinikan rekod keahlian dan kemudian menghebahkan kepada umum mengenai kekuatan sebenar KEDAYAN sebagai juara Msyarakat KEDAYAN Sabah dewasa ini.

Diantara langkah yang boleh diberi perhatian oleh para pemimpin KEDAYAN termasuklah:

Menyisipkan meja pengambilan ahli ketika aktiviti Aktiviti KEDAYAN seperti memancing, Golf dsb.

Menyisipkan borang permohonan keahlian ke dalam edaran Habaa KEDAYAN

Membekalkan AJK Cawangan dengan sekurang kurangnya sekeping borang untuk difotostat

Mempromosikan kedayan ke sekolah dan IPT

Habaa KEDAYAN

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...