Monday, June 25, 2001

Bahasa KOL kasar?

25 Jun , Kota Kinabalu- Sekadar mengimbas kembali bukannya kan ngungkit.

Kami di KOL kakal ingat pasal aii mula mula kami nyiar akan beberapa artikel biani. Banyak yang muji, inda kuang jua yang inda puas hati. Ujaa basia KOL bahasanya kuang matang, inda sasuai jan oang melayu/ kedayan yang berbudi bahasa, diperalatkan yang paling teruk KOL dilacurkan….ingat tu… DILACURKAN!.

Andangnya KOL bukan diberi konsep bersopan santun. Konsep kami  atu tah yang diinginkan, untuk menjadi medan yang adil bagi semua pihak. Jadi sabab atu tah kami minta aah yang ngomplen tu ngantat baita. Mun inda ba emel ba suat, mun inda pandai ba suat batelefon. SAMPAI KAANGANI ALUM TIA ADA…apa yang kan disiar akan?

 Tapi yang  banaanya bukan ani yang ku kan nyaita akan. Sekali ani

Cuba kamu lihat baita ani… apa gaya bahasanya, siapa yang dikutuknya, manis kah inda: 

Artikel 1          

Memo Untuk Ibrahim Ali: Rampas Kelantan Kembali Baru Cakap Besar
Posted on Saturday, June 23 @ 09:00:18 MYT by kuntakinte

rhg writes

"Ibrahim Ali sepatutnya malu dengan diri sendiri. Dia kalah pilihanraya dan orang kelantan sendiri dah tak berapa nak sokong dia, ada hati pula nak jadi Ketua Pemuda. Kalau Ibrahim Ali lebih hebat dari Ketua Pemuda mengapa dia boleh kalah dan kenapa tak gunakan kehebatannya untuk menjatuhkan pas di Kelantan?

Oleh:RHG Nampaknya Ibrahim Ali begitu bersemangat membahaskan usul menyokong ucapan dasar Presiden hari ini. Beliau begitu lantang bersuara dan paling ketara ialah apabila dia menyuruh Pemuda lebih bersemangat mempertahankan survival UMNO bagi menghadapi pilihanraya 2004.

Memang apa yang nak dikatakannya itu boleh diterima dengan baik oleh Pemuda tetapi bukan dengan menghina dan melecehkan Hishamuddin.

Apakah motif sebenar Ibrahim Ali yang digelar 'KATAK' oleh pas bila menganggap Mahfuz lebih ' power ' dari Ketua Pemuda UMNO dan menyuruh Hishamuddin menjadi lebih baik dari Mahfuz dan Mat Sabu?

Apakah pada pandangan beliau Mahfuz dan Mat Sabu adalah contoh pemimpin yang baik atau Adakah Ketua Pemuda kita tak baik?

Dan yang paling syoknya apabila dia mencabar Hishammuddin meyerahkan jawatan kepadanya sekiranya Hishammuddin tak mampu.

Sepatutnya sebagai orang lama yang keluar dari parti lepas itu lompat balik, Ibrahim Ali tidak sepatutnya menghina Ketua Pemuda sebegitu, sebaliknya beri idea bagaimana untuk menguatkan lagi Pemuda bukannya dengan menghentam.

Lebih mengecewakan dalam bahasnya dia jugak merayu agar Tengku Razaleigh diberi jawatan dalam kerajaan.

Itu biarlah PM yang putuskan. Ibrahim Ali tahu sekiranya Tengku Razaleigh mendapat jawatan senanglah dia.

Ibrahim Ali sepatutnya malu dengan diri sendiri. Dia kalah pilihanraya dan orang kelantan sendiri dah tak berapa nak sokong dia, ada hati pula nak jadi Ketua Pemuda. Kalau Ibrahim Ali lebih hebat dari Ketua Pemuda mengapa dia boleh kalah dan kenapa tak gunakan kehebatannya untuk menjatuhkan pas di Kelantan?

Cakap Tak Serupa Bikin



Artikel 2

EZAM BACUL DAN KURANG AJAR,TAN CHUA SAMPAH MASYARAKAT CINA
Posted on Tuesday, June 19 @ 03:17:15 MYT by kuntakinte

Anonymous writes
"OLEH : TEPAK BERSULAM

Kata-kata keramat 'Lawan Tetap Lawan' oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kekuatan untuk memupuk hati rakyat tanpa mengira kaum bangun untuk mengatakan sokongan padu sehingga mencapai kemenangan besar.

Kata mereka, Perdana Menteri tidak lagi releven untuk mengetuai negara ini kerana terlalu bersikap keras kepala dan membelakangkan demokrasi. "Ingat slogan 'Lawan Tetap Lawan' akan terus terpahat dalam sanubari kami.

petikan dari harakah daily.com 18 june2001.

Slogan 'Lawan tetap Lawan' sebenarnya hanya bagi mereka yang bacul dan penakut.Sepatutnya sekira mereka benar benar berani selogan mereka adalah 'Lawan terus Lawan'.

Ezam sebenarnya adalah manusia yang bacul.Ketika pemimpin beliau ditangkap Ezam serta teman teman bacul mereka yang lain seperti Saifuddin dan juga Dr Ghaus telah menghilangkan diri, lari kerana takut di tangkap.

Setelah keredaan dan sikap tolerensi kerajaan baru lah Ezam berani pulang ke tanah air.Namun apabila menyaksikan sokongan sebahagian rakyat maka Ezam mula menunjukan kejantanan nya kerana kerajaan banyak mengambil sikap toleransi dengan kerenah nya.

Namun perhitungan Ezam kali ini tersilap.Beliau menjadi keras kepala dan kurang ajar dan menganggap toleransi kerajaan kerana takut akan sokongan yang ada di belakang beliau.Beliau menggangap seolah olah negara ini telah tiada undang undang.

Namun Ezam lupa jika Bekas Timbalan Perdana Menteri juga tiada kekebalan ini kan pula Ezam anak hingusan.

Dalam masyarakat cina Tan Chua boleh lah dianggap sebagai sampah masyarakat.Masyarakat cina yang terkenal dengan sikap kuat berkerja tidak akan mencampuri soal soal yang tidak mendatangkan faedah ini.

Namun kerana Tan Chua seorang yang malas, gagal untuk memperbaiki tahap ekonomi dan memajukan diri terpaksa mengambil satu jalan alternatif untuk jadi popular.

Tan Chua akan mencari publisiti publisti murahan bagi dikenali ramai seperti tidur di hadapan kenderaan polis bagi menghalang tugas polis.

Apakah sebenarnya perjuangan Tan Chua?Apakah kerana DSAI atau apakah sebenarnya Tan Chua mahukan keadilan ?Siapa kah DSAI kepada Tan Chua sebelum DSAI dijatuhkan hukuman.Mungkin DSAI juga tidak mengenali Tan Chua.

Mengapakah keadilan yang dituntut oleh Tan Chua yang tidak di tuntut oleh masyarakat cina yang lain?

Sebenarnya Tan Chua mencari peluang untuk mempopularkan diri didalam kemelut yang melanda politik negara ketika ini.Perjuangan Tan Chua hanya untuk kepentingan diri nya.

Sememangnya tepat sudah tempat kamu disana. "


Sekali lagi aku kan batanya… lemakkah. Maniskah bunyinya….?

Ani ku dapati dari sebuah laman web rasmi yang dilancarkan   pada 01 April yang lalu. dengan amanat rasmi presidennya

Namanya “Laman Web Rasmi Kelab Maya UMNO” dan laman ini boleh dikunjungi di http://www.kmu.net.my

Artikel 1

http://www.kmu.net.my/article.php?sid=654&mode=thread&order=0

artikel 2

http://www.kmu.net.my/article.php?sid=628&mode=thread&order=0&thold=0


Dan yang sangat menarik, ianya dimuatkan Di MUKA DEPAN laman web berkenaan.

Mungkin ia kelihatan kasar…..dan mengejutkan tetapi ianya bukan satu kesalahan.

Jadi apakah pengajarannya?

Konsep berita ini memang disengajakan.

Mengapa?

Kerana golongan sasaran media alternatif bukan seperti pembaca suratkhabar. Mungkin KOL agak kasar selama ini, tapi kalau nak dibandingkan,  KOL masih anak anak, amatur berbandingf dengan persembahan mereka……….

Engkek- ani manunjukkan pamimpin bulih dikritik, bukannya MAKSUM...Anipun KOL payah sudah kan napis ni. Mun kami kaluaa akan nuut yang kana antat aah kami, mun yang mudah kapisan sudah tia kapisan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Windows ME, system restore

Nota KOL- Isu yang hendak diutarakan pada kali ini ialah mengenai

Windows ME, system restore – monster that’s grows and eat up your hard disk

Beberapa ketika yang lalu kami mengutarakan mengenai keupayaan winME untuk memulihkan sistemnya sendiri apabila dilanda masalah. Bagi anda yang baru memiliki PC ini adalah sesuatu yang baik kerana dua sebab:

1)   PC anda akan dibaiki sekiranya menghadapi masalah melalui keupayaan safe mode dan system restore

2)   Hard disk  yang biasa sekarang ini adalah di dalam lingkungan 15 GB dan 30 GB

Tetapi masalah bagi power user yang mengupgrade dari windows 98 / 95 dan Cuma mempunyai hard disk sebesar 1.2 GB. Apa yang penting di sini anda perlu menjadikan system restore ani tidak aktif atau ‘disable’. Bagi anda yang merasakan system restore masih perlu, anda boleh menghadkan ruangang yang boleh digunakan oleh system restore ini kepada saiz minimum iaitu pada kadar 200 MB sahaja. Caranya? Tunggu keluaran KOL yang akan datang.

KOL

END

Perlukah kita mengupdate windows 95 ke 98 atau ke windows me?

25 Jun- K.Kinabalu-anitah persoalan yang sering bermain di kepala kita. Kelebihan dunia IT; atau juga kelemahannya ialah kerana ia sentiasa bertuar dengan cepat, dan kita jadi pening. Baru saja kiat nak membiasakan dengan satu satu program yang kita beli dengan harga beribu ringgit, sudah tia ketinggalan pasal versi baru sudah dikeluarkan.

Jadi persoalannya, apa yang kita harus lakukan? Upgrade ke tidak?

Berikut ialah satu artikel yang KOL rasakan perlu kita baca sebelum kita mengubahsuai sistem perisian PC kita dari sistem windows 98 ke windows ME


Ah, the great question...should you upgrade to Microsoft's latest and greatest version of Win9x?

First, let me say that I like WinME (Windows Millennium Edition.)  It is as much of an upgrade (or as little) as Win98 was to Win95.  One of the best features is System File Protection.  I hope this will go a long way towards solving the whole DLL hell issue!

While some people are having problems with Internet Explorer 5.5 when installing it on an existing system, I've found it to be very stable and quick in WinME.

If you have Win95C or older, are getting ready to wipe and re-install, or just like to have the latest and greatest, then I think it's a safe bet to get WinME.

Here are some of the biggest changes/features in WinME:

System File Protection

System Restore

Windows Media Player 7.0

Windows Movie maker

Below is a short FAQ I've made up.  If you have any other questions feel free to contact me .

Is WinME a must have upgrade?
The short answer is ...nope!  If you have a good, stable install Of Win98 or Win98SE then I'd wait if I were you.  When you decide (that's when, not if) to wipe and start over I'd plan on upgrading to WinME.

Is WinME more stable?
In my opinion, yes it is.  Plus with System File Protection, you have a better chance of it remaining stable for a longer period before it's time to wipe.

Is WinME better than Win2K (Windows 2000)?
That's like comparing apples to oranges!  Win2K is the natural upgrade path for Windows NT.  WinME is the natural upgrade path for Win9x.

As for which one you should go to... Win2K is more stable, has higher system requirements, has a higher learning curve, is not as good for gaming (yet), doesn't support as much hardware, and is much harder to configure than WinME.

So unless you have a strong reason to do so, I'd go with WinME (I plan to upgrade all the Windows 'puters in my house to WinME.)

Is WinME hard to install?
Nope.  Check out my Win98 install page and use method one.  NOTE: I recommend always doing a fresh install rather than installing over the top!  (More info to come later...)

IS WinME harder to use than ...?
Nope.  WinME looks just like Win98 or Win98SE.  As for Win95, there are small changes all over the place but no real learning curve.

Will I have to buy new software to use WinME?
For the most part the answer is no.  Some software my have to be replaced or upgraded like anti-virus software, and various utilities (Speed Disk, Norton Disk Doctor).  But normal games and other software should work fine.

Is my 'puter able to run WinME?
Well, while I don't know what hardware is in your 'puter, I've installed WinME on the laptop that this page was written on.  It's an old P150MMX with 80 megs of ram and a 1 meg Cirrus Logic video card.

In general, any newer 'puter (3yrs old or newer) should have no problems with WinME.  I recommend having at least a Pentium 150 with 64 megs of ram or better.  Once you get into the Pentium II range you should have no worries.

How much disk space will I need?
Plan on at least 500 megs of disk space.  If you install everything, plan on at least 800 megs.  If you install over the top you may need more.

How much memory does WinME need?
Microsoft sets the minimum memory requirement at 32 megs of ram, or 64 if you plan to use Media Player or Movie Maker.

That said, look at it this way, it comes down to ram VS speed.  The more ram you have the faster your 'puter will feel.  Personally, I'd set the comfortable minimum at 128 megs, and I feel that for gamers or power users 256 megs is more reasonable.

On this laptop that this page is written on, (80 megs of ram) I have the following APPs open and running..

FrontPage 2000

Outlook Express

Ws_FTP Pro

One explorer window open

AOL Instant Messenger

Microsoft Personal Webserver

WinME Help

Three instances of Internet Explorer 5.5

System Monitor

Paint Shop Pro 4.14

As you can see by the following image,

Here is the current stats while writing this page.

I'm into the swap file to the tune of 7.3 megs.  While this is not a fire breathing monster, it is very usable this way.  The 'puter has been booted up for about 4hrs with no slow downs or problems.

Will really old software work on WinME?
That's a good question.  If a DOS program can run in a DOS window under Win9X then it *should* work under WinME.

So far, all the older software I use has installed and ran flawlessly under WinME

IN WinME can I "boot to DOS"?
Nope!  I think Microsoft made a major boo-boo here but there's no more "MS-DOS" mode.

But you can still use a boot disk!  (any boot disk, want to download one?) If you really want a WinME boot disk you'll have to do it the hard way... by creating a "startup disk" then deleting what you don't want, and adding what you do want, since they killed the /SYS switch in the FORMAT command.

What is System File Protection?
From the WinME help file:

System File Protection (SFP) is a feature implemented in Windows that ensures files critical to system operation are not replaced by older versions or versions not approved by Microsoft.

This means that even applications developed by Microsoft cannot replace "protected" files with older versions. It also means that a third-party product can replace system files, but only if the file is shipped with a catalog signed by Microsoft that references the newer file.

This information is also available in the Microsoft Knowledge Base. If you would like to view this information online, see Knowledge Base article number Q253571, " Description of System File Protector."

What is System Restore?
From The WinME tour:

Sometimes the unexpected happens. You install a product or program— perhaps from a CD or the Internet—and suddenly your once reliable computer starts acting up. Sometimes even when you uninstall the program, your problems continue.

Now you can return your computer to a state you specify, prior to when your problem started. Just use System Restore. You don't lose your work, such as e-mail messages or any changes you've made to existing documents. You just get your computer's great performance back, and you avoid the frustration of having to go through a lengthy computer support call.

For more information, type System Restore in the Search box in Help and Support.

What is Windows Media Player 7.0?
From Media Player help:

The Windows Media Player is a center for playing and organizing multimedia on your computer and on the Internet. Windows Media Player provides multimedia options for your operating system that were previously unavailable. It’s like having a radio, movie store, CD player, and information database all in one application. Use the player to listen to radio stations all over the world, play and copy your CDs, look for movies that are available on the Internet, and create customized lists of all media on your computer. Use the following links to get started.

NOTE:  This is available as a free download!

What is Windows Movie maker?
From the WinME tour:

You can use Microsoft Windows Movie Maker to capture audio and video material (such as home video from conventional or digital cameras), which you can edit and arrange to create movies. Your movies can provide news or entertainment, sell products, communicate business messages, or enable distance learning. You can even create a slideshow of individual frames or by importing pictures.

Ehsan putergeek.

KOL

END

Skim Cepat Kaya dan saudagar mimpi

25 Jun, K. Kinabalu – Kerajaan Malaysia bahauu ani ngumum akan supaya akta yang berkaitan dengan hukuman pengendali skim cepat kaya diubah supaya penganjur yang mbuat skim ani disebat  (kana hacut) sebagai hukuman.

 Hukuman ani kan kana laksanakan pasal makin banyak sudah dangan yang kana tipu  oleh skim ani daii biani. Yang melabur tunggang langgang, aah jalan melabur tu sanang linang macam Pak Man Telo biani. Kana tangkap; tapi usin ulihnya labih daii RM70 juta…! KOL berharap supaya oang oang dii jaan tah tuut tuutan aah skim yang inda bafaedah ani.

 Mun nuut kajian kami, ada banyak gaya yang dapat dikelaskan sebagai skim cepat kaya ani, bukan pasal melabur nganya. Sekali ani KOL bapadahkan sabuting gaya yang paling popular skim cepat kaya. Iinda dangan baapa tapasaii yang ani  ni skim capat kaya. Ani tah pengalaman dan ulasan sawang oang kita yang masaii jadi palui tuut aah skim yang inda bapaidah ani.

 Makai indung usin (ibu duit)

1.1  Modus operandinya macam ani

 Ada sawang yang jadi guru ( kepala Penyamun tah tu bah). Guru ani tah yang kana ucap pandai malagau usin. Basia ani sikapnya bukan oang sini.

 Jadi mana mana jalama yang kan kaya tapaksa tah ngooda (jemput)  oang ani, tambangnya di baaii, hotelnya dibaaii sama makan ditanggung, koleksin , sama sama nanggung guru ani sampai tia datang aah basia, sampai  ya mulih samaada usin datang atau inda..

 1.2  Alum cukup jan atu

 Sabalum datang mesti ada persediaan pulang. Mesti ada penyeri, barang barang yang “istimewa” – of a rare species yang dihimpun kan supaya lagauan guru atu menjadi. Macam macam tia barang yang inda masuk akal yang disuuh mahimpunkan, tamasuk tajau lama, paiyuk mulanya, usin jipun, tanduk kaabau balaa, usin 10 sen 1971, (ani usin mana lah kan ada, pasal kerajaan Malaysia inda mencatak usin siling 10 sen pada tahun 1971), tikaa…. basia ni tapaksa pusing kaliling bang lubuk bang antau malihat mana mana aah yang  ada.

Kala kala baatus inggit usin mbali barang barang ani. Yang untung atu tah siapa yang ada barang tauhan macam ani ani. Apa inda untung mun paiyuk mulanya yang sudah sumbing, bubus pun sanggup kana bali sampai RM3,000. Paiyuuk macam atu mun  dijual timbang pun bahauu 30 sen sakilo. Kan jalan mahantak akan nasi pun inda lagi dapat…paling paling jalan nauh lauk masin nganya.

1.3  Sudah guru atu datang….

Samuha lagi mbai usin, mahimpun akan usin contohnya RM1,000 sawang. Gunanya kan jadi pamundul. Jadi, usin yan kana jadi akan pemundul ani mun ada 10 oang tuut kan mundul sudah RM10,000.

Sampai guru tia sudah. Barang barang pun sudah ada, usin pun sudah dihimpun akan, ada tia gayanya lagi yang lain. Ada yang kana puasa sunat, ada yang kana mandii, ada yang kana suuh puasa inda makan nasi, ada tia yang inda kana suuh makan sia; sama ada tiga haii, tujuh haii ampat balas haii. Guru tu tinggal la di hotel, paling kuang tinggal di umah kepala pamundul, dilayan macam aaja. Maklum tah, oang yang mendatangkan tuah konon. Sikapnya ia inda kan baamal macam pamundul pamundul atu, pasal uja nya yang guna usin bukan ia . Yang gunalah yang masti puasa, baamal, bnaa jua kan...

1.4  Sampai masa yang dinantikan

Malam yang dinantikan, samaada di umah, surau lama, junjung yang inda bajalama…bahimpun tia saudagar mimpi jan pamundul (kami tah tu bah). Barang dihimpun akan, usin ditukup jan kain atau tikaa, siap jan ngambii wudhu, samuha pamundul bahimpun. Antaii siang puasa…ada yang kakal baik asanya makan, makanan pun alum usai masuk ka paut.

1.5  Klimaks

Uja guru, syaratnya hati masti bersih, jaan tamahaa. Jaan putus wirid, zikir, jaan putus aing sembahyang. Dai pohon malamaii sampai tia ka tangah malam, Kamayan pun tabun tabun asapnya….. usin yang kana tukup bagagaa…..kain kuamut kuamut. Usin! ! usin! Usin datang!!!!!!!!!!!

Lapas samuha yang penuh suspen tu, tambah lagi kepayahan puasa…duduk pun antuk antuk. Kemungkinan untuk salah seorang pemundul ani mbuat silap memang tinggi. Pamundul mangantuk, tambah lagi jan asap kemayan, tambah lagi lapas puasa, paut balum mampat, masti kan bakantut.

Lapas pukul 12 si Kamal talalap, si Umbat paning sasak napas nahan kan bau kamayan. Si Amat apa lagi talihat kuamut kuamut sudah panutup usin yang dijadikan pundul atu. Sapuluh iibuu tu…uja si Amat dalam hati. Mun ku inda salah dangaa antaii uja guru; saibu boleh jadi RM100,000.00 Mbali kaita, mbali tv, baiki umah,, kawin ku lagi sawang baik ni, Uja Siamat dalam hati.

Sadang sadang samuha jan halnya masing masing…. PUUUUUUUUUUUTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!! Nah bakantut tia si Kalam. Bapangaii bunyinya…cukup jan bau bau macam kaduau.

Guru taus ba kuitik,  “Wahh,   udahhhhh, bubar lagi ini malem. Saya kan udah bilang bapak semua ngak bisa bikin onar gini. Yahhh….kalian liat ini bawah kain, uang kalian juga ilang lagi gara gara tidak ikut aturan. Sepatutnya ini malam perfect dong yah. Kita juga sama sama liat itu uang udah dateng”

Kilaa!, jan usin usin lasap. 

1.6  Ahh, nggak apa apa, bisa coba lagi

Atu tia jadinya bilang kali kami mundul usin. Kuang labih 3 tahun ku tuut tuutan ani, inda cukup daii Indonesia, daii Palipin kami odaa. Inda cukup dai Palipin, dai Semananjung kami odaa. Samua guru yang hebat hebat di dalam malagau usin. 

Yang labih hibat, barang yang diminta lain lain, sakajap paiyuk, sekajap usin, sekajap tabung, sampai bubu mulanya, quran buuk, tampuung abis kami angkut.

 Kumpulan kami ani kala kala mikin banyak, daii 8 oang sampai ka 15 oang. Biasanya yang usin kan pamunq      dul tu inda tatap, tapii andah andahpun RM500 ada yang sampai RM5,000 nuut kamampuan sama nuut baapa banyaak usin yang digunaii. (Mun kana kana… uja dangan RM1,000 boleh jadi RM100,000……… bukannya inda banyak tu liau!)

Tapi ani alum cukup jan balanja bakongsi mbali barang istimewa sama balanja ngodaa guru ani. Kuang labih bilangkali sawang mau jua ngaluaa akan RM300 sebagai tambahan ngodaa belanja tambang sagala sama mbali barang lama supaya mangasi, usin datang.

Dalam 3 tahun ada 7 kali kami mundul. Kan bilang kali usin yang kana tukup kuamut kuamut, sakali tu usin tu kana tauh di bawah tikaa bagagaa pisinnya. TAPI ADA TIA NGANYA SALAHNYA, JADI USIN INDA MASAII DATANG. Aku saja balanja ku inda kuang dai RM10,000. Ani kakal baik mun dibandingkan sama si Kalam kawan kami yang takantut atu. Ia kuang labih RM40,000 kan abis usin EPF nya yang sudah kaluaa. Si Amat bakalahi laki bini pasal abis sagala galang bininya dijual, tanahnya pun digadaiakannya.

Sudah batah tu langu ku jua mbubut mimpi kan jadi jutawan yang inda pandai datang. Sadaa laa jua. Sabuting nganya yang alum ku pasti, apa katah gayanya mbaii kuamut kuamut usin di bawah kain  atu. Tapi ada ampat buting yang ku paham kaangani:

1)      Usin yang kununnya hilang tu memang kana ambil, bukan giin yang ngambil, tapi paasaanku guru yang hantap pandai atu.

2)      Kedua adaa aja yang nda ngam bilangkali muja/ mundul usin tu. Tapi sudah ku pikie akan kaangani, apa jua gayanya kan ngam, kana suuh puasa aii siang, bajaga ai malam, lapas tu mangantuk inda dapat, bakantut inda dapat. Aii siang sudah tah kaduuk kaduuk paut inda baisi, tapi sudah makan angin paut kana mampat akan baisi masti jua angin kan kaluaa.

3)      Niat yang inda bik kunun. Ani tah alasan guru yang paling sanang dibuat. Cuba pikie akan, siapa yang inda baaniat mun sudah kuamut kuamut usin kan datang….

4)      Yang untung guru, yang palui kami. Baik pulang mahat.


KOL

END

Saturday, June 9, 2001

Orang Kedayan Mundur!

KOL mendapat emel seorang pembaca menyatakan pendapat beliau mengenai orang kedayan. Isi emel beliau adalah seperti berikut

Setelah ku tilik ku pandang pandang, taang banaa tah yang oang Kedayan ani inda pandai maju maju sampai kaangani. Dausah tah dibandingkan jan oang Kina, banding saja jan oang oang sabah yang lain, payah banaa kan timbul…tinggalam adalah. Ngapa yah?

 robust@mailcity.com

Berikut ini ialah jawapan KOL mengenai persoalan yang beliau kemukakan

Sdr robust,

Kedayan memang kelihatan mundur dibanding jan bangsa lain yang lebih maju, kita akui. Tapi di KOL kita inda kan alah macam atu nganya aah tanggapan yang semacamani. Mula mula sekali kita patut luaskan skop caita ani mun kan bana bana bacaita pasal kemajuan sama caita Kedayan. Aku cadangkan tah kita bacaita tambahan dahulu pasal dua tiga topik sama sama mun kan babincang

Topik yang ku cadangkan anitah, sama aku kan mencuba skeleton discussionnya, mana tahu ada yang kan nyambung lapas ani:

 1)   Apa tamadun?

 Jadi mun kan di ucapakan kita kuang maju, haatinya kita ani kuang batamadun bai tu….

 Ada kuang labih 15 tamadun yang paling basaa di dunia sampai kaangani. Ani yang banaanya, bukan ku badusta, tamaadun yang paling muda ani tia yang kaangani ani. Secara rasmi, tamadun kaangani ani kana ucap mula mulai daii French revolution pada 1793. Alum batah hantap kan, kuang labih 200 tahun yang sudah sampai kaangani. Pasaan kita, anitah yang paling modern. Tapi yang kita inda paham, bahau 200 tahun minyak di dunia kan abis sudah. Kayu balak kan abis, sama lapisan ozon sampai jadi balubang pasal tamadun ani.

 Ada lima ciri yang digunakan untuk ngukur satu satu tamadun iaitu

a)     Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan

b)    Kesusasteraan dan tulisan

c)     Agama

d)    Sistem politik

e)     Pencapaian teknologi

( mun salah maap tah, batah sudah ku inda sikulah ani)

Yang kita payah kan tahu jua, kita mungkin bukan yang paling modern…banyak misteri yang kita alum mampu mbuka. Contohnya oang Atzec dan oang Inca kuang labih 3,000 tahun yang lapas pandai mahaap batu macam  mahaap bawang. Gaya basia ngulah ngulah akan batu sama macam kita ngulah ngulah akan kayu kaangani. Bateri kana jumpai di Iraq umoonya lebih daii 3000 tahun, alum lagi dikia jan pyramid yang paling mbaii hijap daii segi kejuruteraan. Lampung masjid di Andalusia (Spain) dapat nyuluh dalam lingkungan 2 batu persegi mbaii balampung dangan ka masjid.

Jadi mun kan dicaitaakan dunia kaang ani aii ani tah yang paling baatamadun, yang paling canggih sebanaanya kita belum dapat mempastikannya di dalam konteks ketamadunan yang banaa. Yang kita buat sekarang ani ialah mendakwa, kita Cuma mendakwa sahaja bahawa kita lah yang paling baatamadun.

 Kedayan kuang maju?

 2)    Apa kemajuan?

Antaii kita manyimpang dikit pasal kita bacaita sepupu kemajuan iaitu tamadun. Ani kita bacaita pulang pasal kemajuan. Kuang labih tah tu jan tamadun. Oang kaangani pun kakal makai kriteria yang sama mun bacaita pasal tamadun. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun ialah basia yang mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan, Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi.

 Tapi tamadun, kemajuan kita kaangani taautama yang kita ada ai ani daii era French Revolution inda lagi original. Sahuma kita pinnjam samaada dai Oang Arab, Oang Yunani sama Oang India!. Yang njadikan kita labih maju dan baakembang ialah meupayaan kita untuk membaharui dan menokok tambah saja sehingga kita dapat sampai ke tahap sekarang ani.

Boleh faham?

 3)    Kefahaman pasal Oang Nusantara

 Nusantara adalah bumi yang makmur. Kita inda payah baasaing untuk hidup. Kemakmuran ngajaa kita bukan untuk baasaing, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Apabila zaman airbatu terakhir kia kia 10,000 (?- sori aaah lagaan ku ni jadi reference ku ida dapat ku sabut usai usai) tahun yang lalu, tiba tiba kemahiran membuat tembikar sebagai asas ketamadunan tersebar ke Australia, Amerika dan Eropah secara meluas dan tiba tiba, sebagai satu fenomena yang menakjubkan.

 Teori sebahagian ahli arkeologi ialah kerana kenaikan aras laut menenggelamkan bumi Nusantara sehingga menjadi gugusan pulau pulau dan penduduk yang terselamat terpaksa baapindah ke bahagian lain di muka bumi. Jadi kalau begitu pusat asas tamadun juga ialah bumi nusantara!

 Ptolemy menyatakan Semananjung Tanah Melayu ialah Semenanjung emas. Kisah Kalilah wal Daminah dan Kisah Pengembaraan Sinbad dikabarkan mendapat inspirasi dari keadaan bumi Nusantara…

Lebih dari itu bumi Nusantara tetap penting sejak zaman baazaman sebagai pusat persinggahan laut yang terkemuka. Apa masalahnya? Masalah yang paling utama ialah ia membantutkan kreativiti Oang Nusantara sandii. Semua bentuk Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi inda perlu lagi dicipta sandii tetapi diimpot dari oang luar ani sebab pertembungan budaya yang terjadi begitu meluas. Sanang kita kan Faham kan?  Kesusasteraan kita import dari India, Arab dan Yunani termasuklah tulisannya. Dulu liau liau moyang kita makai tulisan Sanskrit dan pali, lapas tu tulisan Arab dan sekarang roman. Agama kana import dai Hindu-budhha, Islam lapas tu Kristian…

Bukan setakat ngimport, kita Oang Nusantara membaikinya sama nyasuai akan dalam persekitaran tempatan.

Sabuting nganya yang tinggal. Kita inda banyak bangunan dan bidang kejuruteraan, tapi tetap ada, Angkor wat, Borobudhur? Ok lah, tetap kurang terutamanya yang dapat dibanggakan. Sebabnya kita banyak kayu dan keadaan iklim. Kayu senang dibuat rumah, dan iklim tropika menjadikan kayu adalah satu satunya bahan terbaik untuk digunakan sebagai rumah. Inda picaya? Cuba pulang kamu pajah akan suis utama karan di opis kamu yang lawa tu. Mun inda kapaa kapaa kahangatan inda ku picaya. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun di nusantara mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan yang terlalu tinggi inda begitu diperlukan. Hangat, mun hujan tanah pulang yang lumpo...

 4)       Kefahaman pasal oang Kina

Basia adalah oang yang basaing. Pada zaman Manchu, pedagang dan peniaga adalah oang yang paling rendah statusnya di negeri cina. Yang paling tinggi ialah petani. Sebabnya ialah basia dianggap oang yang inda nghasilkan apa apa, inda produktif. Keadaan hidup yang terlalu susah, makanan yang inda mencukupi, pemerintah yang menindas basia, iklim dan bencana alam yang melampau dan masalah kongsi gelap memaksa basia baausaha lebih, lebih keras baaganda ganda untuk hidup.

 Alternatif yang paling baik bagi basia ialah baahijrah ke negara luar, termasuklah ke bumi nusantara yang baatuah ini. Di sini basia terpaksa baausaha empat kali ganda lebih keras dari oang lain kerana, basia terpaksa menyara dii basia sendii, ngirimkan sebahagian pendapatan kepada keluarga yang kakal tinggal di Cina, membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap bagi menjamin kerukunan hidup dan membayar hutang perbelanjaan basia belayar dari Cina ke nusantara.

 Cucu cicit basia sekarang inda lagi merasakan keperitan ini. Malah basia bangga njadi rakyat Malaysia dan baajaya sekali dalam apa apa bidang yang diceburi. Tetapi semangat baausaha sudah ditanam jan kukuh di dalam dii basia dan basia dihormati, disegani dan kaya…

5)    Paham pasal Kedayan

Sila fahami oang Kedayan, hormati pegangan hidup basia. Kedayan tetap Kedayan. Macam jua Oang Nusantara yang lain, kita inda payah baasaing untuk hidup. Kedayan inda payah basaing untuk apa apa jua sekalipun. “Baik mati daii supan” pepatahnya. Keutamaannya (priority) bukan baasaing untuk ngaut sebanyak mungkin harta, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, di sadakahinya saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang kampung. Oang Kedayan miskin? Memang basia miskin tetapi kaya jiwa. Greed memang bukan budaya kita. Mangkali kamu inda iski yang ku tulis ani, tapi ani memang budaya Kedayan dan masih diamalkan dikampung kampung.

Kedayan tahan kana tekan, kena tindas. Sikap inda apa sama pemaaf membuatkan basia tahan kadaa, sampai satu peringkat di mana penindas “ has gone offlimit” atau “crossed the red line”. Penyelesaiannya, mangamuk! Siap la kamu, Kedayan mangamuk bukan terhad kepada natak dangan sama maang, tapi tamasuk lah pantak jan sapupu pupunya.

Jadi ke mana bentuk Kedayan yang kita mahu ni? Menyuruh basia baaniaga. Ia bukan sesenang yang difikirkan, kerana kita perlu ngubah cara hidup dan “urges” basia sekaligus. Sudah tentu ada Kedayan yang baajaya, ku akui. Tapi yang paling ku pasti samuha kita ingin Kedayan kekal jan budaya tulusnya, dalam masa yang sama pula baajaya di dalam perniagaan…cuba tah kita mancipta Kedayan yang macam ani. Mangkali budaya mengamuk tu yang patut kita cucuk. Cucuk biaa ya sakit hati lapas ti mangamuk tia inda sadaa kan dii taus babisnes. 

Tapi jaan tah kita bandingkan kedayan sama Kina. Macaam iti jan hayam bah ni.Itik mana lah kamu bandingkan sama hayam

Hidup KOL, mun kamu baani nyiarakan apa yang ku tulis ani!



Biik Biik

KOL

Ehhh....ngapa pulang inda baani, Anyway si Biik biik ni pakar di dalam bidang sejarah dan perhubungan antara bangsa - Editor

 ----

Temuramah Si palui dengan Si gup Danhil, PTI dan Aku Part 1 part 2 belum dapat disiarkan pada kali ini kerana masalah teknikal. Harap Maaf - KOL

 ----

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Long Pa Sia menjadi tumpuan

09 Jun, Sipitang- Long Pasia menjadi tumpuan media dengan lawatan YB Datuk Wences Anggang ke kawasan berkenaan pada 6 Jun yang lepas. Diantara yang dilaporkan termasuklah rasa beruntung penduduk kerana mendapat jalan yang menghubungkan kawasan ini dengan pekan Sipitang dan dunia luar, Bekalan Tenaga Solar ke rumah dan juga bilangan penduduk Long Pasia yang ketika ini berjumlah 400 orang.

Cukupkah semua itu untuk Long Pasia? Terutama setelah kita merdeka selama 38 tahun dan Long Pasia pula terletak di dalam pentadbitan Daerah Sipitang. Apakah Pelan Pembangunan Sipitang memperuntukkan apa apa bahagian atau pelan pembangunan untuk kawasan ini? Kalau belum adalah perlu kita mengorak langkah tertentu untuk membangunkan kawasan berkenaan yang amat berpotensi untuk agro dan eco-tourism. Cameroon Highland 60 tahun dahulu adalah kawasan hutan yang cuma didiami oleh orang asli sehingga ia dibangunkan untuk menjadi kawasan persinggahan dam pusat peranginan.

Apa yang paling penting, setiap projek pembangunan di Sipitang harus mengambil kira potensi kawasan ini yang juga merupakan kawasan pentadbirannya. Sipitang telah mempunyai jalinan jalanraya yang baik, bekalan elektrik, hotel premis kedai, kawasan tarikan pelancong yang berpotensi dan sebuah lapangan terbang ( di Long Pasia!). asasnya sudah ada, jadi yang penting ialah peningkataan. Satu lagi persoalannya, kenapa YB kedayan tidak mengorak langkah untuk memanafaatkan kawasan dengan menekankan pembangunan pelancongan bagi membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat?

Kita tidak boleh selama lamanya hanya berbangga dengan kewujudan SFI Sdn Bhd. Kita akui SFI merupakan pencapaian terbesar Sipitang 17 tahun yang lepas. Tetapi harga yang kita bayar juga adalah tinggi, dengan mengorbankan beratus ribu hektar tanah sebagai kawasan konsesi, penebangan hutan yang berleluasa dan pencemaran yang mungkin ditanggung oleh generasi di masa hadapan. Apakah pencapaian pembangunan Sipitang untuk alaf baru?

KOL

END

Isu penculikan oleh Abu Sayyaf

09 Jun, K.Kinabalu - Abu Sayyaf Sekali  lagi menggegarkan Filipina dengan kes penculikan. Mujur kali ini ia tidak melibatkan rakyaat Malaysia. Ia bermula dengan penculikan di sebuah usat peranginan. Kemudiannya diikuti satu lagi penculikan  di pusat peranginan yang lain. Belum cukup Abu Sayyaf bertindak lagi dengan penculikan di sebuah gereja Protestan dan hospital sehingga kali ini melengkapkan bilangan mangsa culik dan tebusan seramai 200 orang.

Siapa Abu Sayyaf ni? Khabarnya ia diasaskan oleh seorang yang bernama Abdulrajak Janjalani. Beliau pada awalnya ialah anggota kumpulan dakwah Tabligh dan kemudian mendapat latihan ketenteraan di Libya. Beliau meningga dunia di dalam satu pertempuran dengan tentera Filipina. Pada masa ini kumpulan berkenaan dipimpin oleh adiknya, Khadafi Janjalani yang juga diberitakan cedera parah di dalam pertempuran yang berlaku pada minggu lepas.

Kenapa kumpulan ini memilih penculikan sebagai modus operandi utamanya?

Kita kena faham budaya di Filipina agak berbeza dengan di Malaysia, mungkin kerana pengaruh penjajahan yang berbeza. Berbanding dengan Malaysia yang di jajah oleh British, Filipina berada di bawah penjajahan Sepanyol selama hampir 400 tahun sebelum dijajah oleh Amerika yang kemudiannya menjajah lebih dari 80 tahun sehingga 1947.

Sepanyol mempunyai agenda keagamaan yang penting semasa menjajah mana mana negara yang menjadi mangsa. Berbeza dengan penjajah yang lain mereka tidak menyembunyikan misi mereka “ to enlighten the world from infidelity”. Selain dari itu sikap mereka adalah anti  Islam yang amat ketara, kerana sejarah konfilk mereka dengan orang Islam. Mereka sendiri dijajah oleh orana Islam selama 800 tahun sebelum berjaya membebaskan diri pada lebihkurang  tahun 1092.

Semua negara tanah jajahan mereka dikristiankan. Sebahagian besar kawasan Latin Amerika manjadi saksi ke atas polisi ini dan  tidak terkecuali dengan Filipina sendiri. Ini menimbulkan masalah yang besar bagi orang  Filipina yang beragama Islam, menyebabkan mereka sentiasa ditekan dengan layanan yang amat berbeza jika dibandingkan dengan layanan penjajah kepada orang Filipina yang lain. Bagi orang Islam di sana tindakan perang ke atas orang Kristian adalah satu perkara yang diwarisi kerana mereka tidak mengakui kekuasan Filipina ke atas negeri mereka.

Sementara itu kegiatan penculikan pula amat lumrah di Filipina. Kegiatan ini malah dilabelkan sebagai ‘lucrative business” di Filipina. Kegiatan penculikan adalah berleluasa dilakukan oleh pemberontak Isam, Pemberontak Kristian, Pemberontak Komunis dan Kumpulan kumpulan Samseng begi memenuhi objektif mereka masing masing. Kita tidak menyokong sebarang tindakan penculikan dan keganasan yang dilakukan oleh mana mana pihak sekalipun. Tetapi adalah salah untuk melabelkan bahawa pemberontak Islam memonopoli kegiatan penculikan di Filipina.

Yang paling penting sudah tiba masanya hak hak orang Islam di Filipina dihormati dan keadaan hidup mereka di baiki oleh kerajaan mereka. Ini kerana, jiran Filipina yang terdekat iaitu Sabah – negeri kita ini  telah menanggung keperitan dan beban yang besar akibat pergolakan tanah moro sejak sekian lama. Mungkin kerajaan kita juga perlu melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan ini dengan melabur dan membuka peluang pekerjaan di kawasan berkenaan supaya mereka tidak perlu lagi dating ke sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.


KOL


END

Friday, June 1, 2001

Raja Nepal dibunuh dengan kejam

01 Jun – Katmandu, Raja Nepal iaitu raja Bairendra Shah Dev dan tujuh orang ahli keluarganya telah dibunuh oleh anaknya  sendiri yang juga merupakan Putera Mahkota Nepal iaitu Raja Dipendra. KOL dapat merasakan sebelum ini kita kurang mengetahui pun mengenai kerajaan yang terletak di utara India ini.

Sekadar untuk pengetahuan terdapat dua lagi kerajaan kecil yang juga merdaka dan mempunyai raja berdekatan dengan Nepal iaitu Sikkim dan Bhutan. Terdapat juga kerajaan separa-autonomi lain di kawasan ini, seperti Tibet dan Mustang yang “tidak sempat” merdeka sewaktu berlaku era kemerdekaan banyak negara dahulu. Nepal lebih terkenal kerana di sinilah terletaknya Gunung Everest iaitu gununga yang tertinggi di dunia.

Dinasti Shah di Nepal ini bermula sejak 200 tahun yang lalu dan Raja yang teubunuh ini merupakan raja yang pentting dan disayangi oleh rakyat Nepal kerana beliaulah yang bekerjasama memenuhi keinginan rakyat untuk mewujudkan pemerintahan raja berperlembagaan di sana pada tahun 1994 dahulu.

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...