01 September, 2000. Persatuan Kedayan Sabah, melalui Biro Penerangannya memutuskan untuk membuat laman web rasmi untuk persatuan sendiri mulai dari hari ini. Laman baru ini dikenali dengan nama Laman Kedayan dan boleh anda kunjungi di alamat URL
Laman ini akan dikendalikan terus oleh persatuan melalui Jawatankuasa Kecil Penerangan dan dijangka akan dikemaskini dua kali sebulan.
Sehubungan itu pihak Persatuan Kedayan Sabah mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Kedayan Online yang telah sudi menawarkan khidmat menyelanggarakan laman web untuk persatuan Kedayan selama ini.
Di dalam perkembangan yang lain, jurucakap PaadianInc. berkata pengasingan ini akan membolehkan KOL berkembang dengan lebih jauh dan bebas di dalam melaporkan berita. KOL sendiri pada masa ini telah mempunyai sejumlah pengunjung setia yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat kedayan.
END
KEDAYAN ONLINE
No comments:
Post a Comment