Friday, December 22, 2000

Kedayan boleh?

Pengalaman selama Lima bulan bersama AJK KEDAYAN 2000
Arimi Sidek

Ramai rakan rakan intelek saya suka berdiskusi secara provokatif dan sinis bila menyentuh KEDAYAN. Ada satu soalan yang paling , paling ringkas merupakan favorite mereka dalam setiap diskusi. Soalan berkenaan ialah

Sehingga kini  apakah rupa KEDAYAN secara deskriptif?

Soalan ini ringkas, tetapi ia mengundang kebijaksanaan untuk dikupas secara jitu.

Selaku Setiausaha Penerangan saya perlu menonjolkan imej yang terbaik untuk persatuan saya. Setahu saya pula rupa kedayan bermula dari 22 Julai 2000 dengan AGMnya yang pertama. Dalam masa yang sama  saya selalu teringat seruan Sdr Presiden pada Mesyuarat AJK Pusat  pertama bahawa budaya pengurusan telus perlu diamalkan.

Agak malang bagi saya berbanding dengan AJK lain kerana saya perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat daripada mereka. Pertama, sama seperti AJK lain, saya perlu menggerakkan Biro yang baru sahaja diwujudkan. Semua kerja biro perlu saya lakukan sendiri sebaik mungkin. Yang amat penting, sehingga kini perbelanjaan kerja persatuan adalah saya tanggung sendiri. Kedua kerana presiden kebetulan adalah abang saya yang sulung. Biasanya orang lebih cenderung melihat saya berada di dalam KEDAYAN kerana abang saya, bukan kerana kebolehan saya sendiri. Dilema begini juga dialami oleh Dr Jeffery G Kitingan, Anak anak Datuk Seri Dr Mahathir, Anak Lee Kuan Yew dan ramai lagi.

Berbalik kepada persoalan tadi, biasanya saya cuba menerangkan secara begini:

Rupa KEDAYAN yang saya kenali terbahagi kepada 5 muka:

1. Muka Penuh- Semua AJK bersetuju KEDAYAN perlu mendapatkan sumber kewangan. Tanggungjawab berat menunggu Sdr Abd Rahman!

2. Muka Utama- Majoriti AJK pusat ingin melihat KEDAYAN menjadi badan yang bebas, kontemporari dan pro aktif.

3. Muka Besar- AJK juga berpendapat disamping perkara di atas, KEDAYAN perlu menumpukan kepada hal hal pembangunan ekonomi.

4. Muka Kecil- Sebilangan AJK berpendapat KEDAYAN harus menguatkan kedudukan ahli ahli politik Kedayan yang ada, harus menyokong  dan mendampingi mereka.

5. Muka Corot- KEDAYAN seharusnya menumpukan perkara asas terlebih dahulu untuk menguatkan foundationnya. Ini bermaksud, ambil ahli, pungut yuran, kemaskan pentadbiran, cekapkan komunikasi dan gerakkan biro masing masing. 

Jika anda tertanya tanya, saya akui saya berada di dalam muka 5!

Arimi Sidek

Setiausaha Penerangan KEDAYAN

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...