Friday, December 1, 2000

Pasangan Kedayan dari Sindumin karam dilaut!

01 Dis , Labuan; Perahu En Ali Diris 30, dan isteri beliau Jamilah Dullah yang berasal dari Kg Luagan Sindumin telah karam semasa  mereka di dalam perjalanan ke Labuan untuk menjual buah buahan kira kira 20 batu nautika ke Timur Labuan. Peristiwa ini bermula pada hari selasa 21 November yang lepas.

Peristiwa berkenaan telah menyebabkan mereka terapung di laut selama 3 hari dua malam sebelum di selamatkan berdekatan Pulau Papan oleh sebuah kapal  pukat tunda yang kebetulan menangkap udang  di kawasan berkenaan.

Disepanjang keadaan yang mengerikan itu, En Ali terpaksa berpaut pada bot mereka yang terlungkup akibat pukulan ombak; manakala isteri beliau yang tidak tahu berenang dan mengandung pula berpaut pada gelen dan di bawa arus ke sana ke mari sehingga sejauh kawasan Kuala Lawas.

En Ali menyatakan pada mulanya gelen yang dipauti isteri beliau terikat pada bot mereka yang berukuran 18 kaki itu, tetapi beliau telah melepaskan ikatan berkenaan supaya isterinya boleh terdampar ke pantai. Malangnya arus yang tidak menentu di kawasan berkenaan menarik semula isteri beliau kepadanya pada keesokkan harinya.

Ketika ini beliau telah kembali ke Kg beliau dan bersyukur kerana peristiwa malang berkenaan belum memisahkan mereka suami isteri

KOL

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...