Monday, January 1, 2001

‘High Way’ Beaufort –Sipitang Sudah Siap?

-Mandau

01 Jan, Sipitang-Mungkin masih kita ingat, hampir tiga tahun yang lalu Presiden KEDAYAN menulis artikel mengenai masyarakat Sipitang yang terabai tanpa jalan raya yang bertar, sedangkan kita sudah merdeka selama lebih 30 tahun.

Artikel yang serius itu ditulis di penghujung tahun 1997, dengan menyenaraikan nama pempimpin-pemimpin Sipitang maupun wakil-wakil rakyat Kedayan  di Harian Express dalam bahasa Inggeris bertajuk “Sipitang Tragedy”.

Tulisan beliau turut disokong oleh pelbagai lapisan mesyarakat Sipitang mau pun penduduk tempatan Sabah terutamanya, termasuk RTM yang mengetengahkan pendapat beliau.

Perbahasan tentang tulisan beliau di surat khabar tersebut dimuatkan setiap minggu selama lebih kurang tiga bulan yang memaksa menteri Perhubungan Negeri Datuk Yahya Hussain dan Menteri Perhubungan Jalanraya Persekutuan  Dato Sammy Vello turun ke Sipitang beberapa kali.

Sebenarnya beliau banyak kali  diundang dalam perbahasan-perbahasan yang melibat yang melibatkan ‘common good’ seperti ini.


Mandau-Sudah  siapnya Jalanraya ini, maka banyak tia hayam bakukuak, bapadah basia yang mbuat, lapas tu mun inda ada basia, inda tia ada jalan batar ka sipitang ani.

MANDAU

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...