Wednesday, January 10, 2001

Muzium merangka kerjasama dengan KEDAYAN

10 Jan, Kota Kinabalu; Muzium Labuan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan KEDAYAN bagi mengusahakan projek pengumpulan bahan bahan kebudayaan Kedayan untuk Muzium Labuan yang bakal ditubuhkan.

Kurator Muzium, En Azmi Dullah menyatakan bahawa pihak muzium menyedari bahawa Kaum Kedayan merupakan suku kaum majoriti di Labuan. Oleh itu, bukan sesuatu yang asing jika pihak muzium menggambarkan perkara ini di dalam bahan bahan yang akan dipamirkan nanti.

Sehubungan itu juga KEDAYAN di atas arahan Sdr Presiden dijangka akan membuat persediaan termasuklah membentuk Jawatan kuasa Pelaksana untuk mencari bahan bahan / peralatan trasisional, bahan bahan bacaan mengenai Kedayan serta memulakan dokumentasi ke atas koleksi yang bakal dikumpul nanti.

Semua proses ini mungkin akan mengambil masa lebih dari enam bulan.HK®

Habaa KEDAYAN

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...