Mandau
01 Jan 01, Kota Kinabalu -Persatuan Kedayan Sabah ; KEDAYAN yang baru berusia lima bulan ini telah banyak menerima pertanyaan -pertanyana dari negeri-negeri jiran. Setakat ini KEDAYAN telah menerima beberapa undangan untuk mengadakan dialog.
Mereka berpendapat bahawa Persatuan ini telah melangkah jauh dan berbeza dari masa-masa lalu, dan mereka ingin berkongsi formula.
Manakala Presiden KEDAYAN bila ditanya berpendapat "sememangnya kita mau perbedaan dan kita mau persatuan ini dinamik. Tetapi saya juga berpendapat bahawa kemampuannya bergantung kepada orang Kedayan itu sendiri.
Orang-orang Kedayan yang berminat untuk melibatkan diri dalam persatuan ini harus tampil ke hadapan semaada melalui cawangan-cawangan, maupun secara langsung berhubung dengan Jawatankuasa pusat, kata beliau.
Terlalu awal untuk menerima pujian. Tetapi kita yakin kalau orang-orang Kedayan boleh sama-sama perjuangkan idea ini, sekurang kita ada platform untuk masa depan.
Jangan pula amalkan teori ketam yang tidak mau orang-orangnya sendiri bekelebihan sedikit."
KOL
END
No comments:
Post a Comment