14 Feb , Kota Kinabalu. Ramai pembaca KOL mengeluh kerana KOL semakin lembab dikemaskini. Diantara aduan mereka yang paling kerap diluahkan ialah
1) KOL lambat dikemaskini sejak bulan Disember yang lepas
2) Borang borang Pendapat yang dikirimkan mengandungi server error element
3) Berita untuk ruangan Malaysia tidak boleh didapati
Di dalam satu kenyataan KOL mengucapkan terimakasih di atas sokongan yang berterusan para pengunjung sejak julai 2000. Mengenai masalah yang timbul, KOL telah menerangkan punca punca masalah ini berlaku seperti berikut
1) KOL lambat dikemaskini sejak bulan Disember yang lepas
KOL perlu lebih ramai sukarelawan untuk menjadi responden dan editor dari semua kawasan .
Diperingkat KOL, Tiada masalah sebenarnya untuk mengemaskinikan laman setiap hari. Walaubagaimanapun, sebahagian besar tenaga KOL juga merupakan ahli KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah). Berdasarkan hal ini, Perancangan KEDAYAN untuk mengemaskinikan pentadbiran dan struktur organisasinya ke arah menjadi organisasi yang disegani juga menyebabkan para responden dan editor menumpukan tenaga ke sana untuk sementara ini.
2) Borang borang Pendapat yang dikirimkan mengandungi "server error element"
Server geocities baru sahaja mengemaskan pentadbiran mereka, terutama pembahagian sektor laman web dan pengagihan klasifikasi sistem laman web, termasuk perubahan URL subdomain. KOL ketika ini belum menggunakan sistem “cgi” di dalam pengurusan borang. Insyaallah kita akan melakukan perubahan apabila masanya sesuai nanti.
3) Berita untuk ruangan Malaysia tidak boleh didapati
Masalah ini disebabkan server Berita Malaysia yang tidak aktif, bukan KOL.
KOL
END
No comments:
Post a Comment