Monday, February 26, 2001

Sdr Aaron: Kedayan dari Majapahit kah?

Terdapat dua emel dr Sdr Aaron yang telah lama dikirimkan kepada KOL . Malangnya kerana sebab sebab teknikal, emel beliau baru sahaja kami jumpai dan disiarkan di bawah ini untuk tatapan para pembaca. KOL memohon maaf di atas perkara ini. Terimakasih.


Emel Pertama

26 Feb 2001

Guten tag.
Willkommen zu Kedayan Online.

Kebanyakan kita mengatakan bahawa Kedayan berasal dari Majapahit yakni sebuah kerajaan keindiaan di Jawa. Betulkah? Atau teori ini sengaja di ada-adakan untuk menunjukkan betapa hebatnya umat Kedayan ini? Maaf lagi sekali andainya pendapat ini agak keterlaluan. Walaubagaimanapun....Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit andainya dapat dibuktikan yang umat Kedayan ini datang ke Brunei dari Pulau Jawa sebelum tahun Masihi 1517. Jadi pendapat yang mengatakan bahawa umat Kedayan ini adalah keturunan Puteri Lela Menchanai (Sumber Sarawak berkata baginda berasal dari Jawa) adalah tidak tepat. Lebih-lebih lagi di katakan bahawa Baginda adalah jelmaan dari buih lautan. Peristiwa itu berlaku sekitar 1524 Masihi. Kalaupun benar Kedayan adalah pengiring beliau tidak mungkin mereka berasal dari Majapahit. Mengapa? Kerana... Majapahit berakhir pada tahun 1517 Masihi akibat diserang Kesultanan Demak.


Emel kedua

26 Feb 2001
Assalamualaikum....Guten tag!!!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat pagi dan selamat berbahagia kepada saudara sekalian. Apa khabarnya? Wie geht's?(German). Saya di sini sihat lagi afiat. Kali ini saya ingin menyambung kembali perbincangan atau pun mengenai ulasan yang telah saya kemukakan minggu lepas. Ada beberapa bahagian di dalam tulisan saya untuk kali ini. Ia merangkumi penentangan pendapat mengenai ulasan responden terdahulu mengenai Kedayan dan sebagainya yang berkaitan.


Alak Betatar bukannya Dayak Kendayan seperti yang pernah diutarakan oleh Saudara Arimi Sidek(?). Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menyangkal pendapat saudara sebelum ini. Es tut mir leid. Saya juga ingin memohon beribu-ribu ampun andainya tulisan saya ini menjatuhkan kewibawaan saudara. Setahu saya Alak Bertatar bukanlah dari suku kaum Dayak Kendayan tetapi beliau ialah seorang Bisaya. Itu adalah pendapat yang amat popular.


KOL

End

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...