Friday, September 1, 2000

Latarbelakang Persatuan Kedayan Sabah

KEDAYAN ditubuhkan pada tahun 1993, bagi menggantikan SEDAYA (nama persatuan Kedayan sebelumnya) yang telah dimansuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1991 tiga hari selepas mengadakan Perhimpunan Agungnya di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kemunculan KEDAYAN adalah merupakan usaha lanjutan sekumpulan anak-anak Kedayan yang prihatin dan bercita-cita besar untuk melihat orang Kedayan mempunyai persatuan, dan memainkan peranan didalam persatuan.

Struktur pengurusan KEDAYAN berbeza dari yang dahulu, selain dari mempunyai jawatankuasa induk ianya mempunyai cawangan. Tujuan utama kenapa organisasi ini diperkenalkan ialah untuk memperolehi pengelibatan yang lebih menyeluruh dari seluruh kawasan di mana masyarakat Kedayan berada. 

Tetapi setelah tujuh tahun adalah diamati bahawa carta organisasi sebegini membuatkan pengurusan KEDAYAN banyak mengalami kerumitan terutama bagi menguruskan pendaftaran persatuan secara keseluruhannya. Maju mundur persatuan seperti ini banyak  bergantung kepada penglibatan cawangan-cawangan. Terdapat juga segelintir cawangan yang telah lulus pendaftarannya tidak begitu ‘responsive’ untuk menggiat usahakan cawangan masing-masing.

Dalam keadaan begini AJK induk hanya  boleh memberi khidmat nasihat agar jangan sampai cawangan ini dimansuhkan oleh pendaftar pertubuhan.

Masyarakat Kedayan  menyambut baik kehadiran KEDAYAN, sambutan dari kebanyakan cawangan tidak kurang hebatnya dengan ‘ready’ wajit, punjung dan kalupis.

Walaupun dengan sumber yang serba kekurangan ahli-ahli Jawatan Kuasa KEDAYAN telah dapat melawat ke semua cawangan yang telah berdaftar dan memiliki  sijil.

Ketika ini sebanyak 22 cawangan ditubuhkan di daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. Banyak lagi permintaan dari kampung-kampung Kedayan yang belum sempat di tunaikan oleh AJK induk. Diharap dengan rasminya pembentukan KEDAYAN ini ianya  akan memberi ransangan yang berterusan kepada kita.

Mengikut kajian1 bangsa Kedayan tidak terserlah, sejarah mengenai Kedayan baik dari peringkat negeri apatah lagi negera memang tiada mengetengahkan bangsa Kedayan.

Namun demikian kewujudan Kedayan bermula dan seiring dengan kelahiran tamadun Brunei. Melihat kepada kehadiran Kerajaan Brunei yang telah berusia lebih dari 500 tahun, kesimpulan awal kita ialah bangsa Kedayan ini telah juga berusia sedemikian .- lihat artikel akan datang


Lihat juga:

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...