10 Mei, K.Kinabalu. KOL Group menerima beberapa emel mengenai isu terbaru yang mereka bincangkan disana. Sudahkah anda menyertai forum ini?
Emel 1
kul_mamit@yahoo.com
Yang aku tahu, kita tidak lamah, Yang aku tahu kita suka bersendiri, Yang aku tahu kita kurang komuniti, Yang aku tahu kita payah bersatu, yang aku tahu ..... bah sambung tia.. Sababnya .......
Emel 2
jumabas@kedayan.every1.net
Sabanaa nya kita inda hilang
yang hilang tu hanyalah
perasaan diri
kuang pertimbangan, hantapkan manang saja,
inda ada tolak ansuo-tu tah jadinya...
Emel 3
"jampili"
Saudara sekalian,
Nulis tah kusemula dalam dialek kedayan dan mungkin tidak sepenuhnya ,sebab aku orang yang lebih gemar menyampaikan mesej dalam situasi yang boleh difahami oleh semua.Pada saya bahasa yang boleh difahami oleh semua masayarakat Malaysia ialah bahasa Melayu. Pun begitu memang aku sanjung dan aku agungkan keunikan dialek kedayan (mungkin selepas ini saya akan dikritik kerana tidak menulis dalam dialek kedayan).
Macam kamu jua aku ni sibuk seharian, setelah kutinjau laman web kita , macam nda hidup lagi..mungkin kita mempunyai agenda yang tersendiri untuk memenuhi tuntutan hidup, atau mungkin komunikasi kita melalui lam web hanya di kalangan ahli akademik sahaja atau mungkin lebih tepat dikalangan ahli-ahli yang mempunyai kemudahan IT sahaja.
Penyertaan rakan di sarawak amat menggalakkan walaupun terdapat kelainan dari segi bunyi pertuturan yang diutarakan. Pada keseluruhannya kita masih membincangkan beberapa perkara yenag remeh contohnya soal siapa yang layak dikatakan sebagai kedayan tulin.
Walaupun pada dasarnya hal itu ada keperluan untuk dibincangkan supaya kita jelas siapakah sebenarnya yang layak mengaggotai persatuan kedayan. Adakah dengan semangat dia mahu mengaku bahawa dia seorang kedayan kerana menuturkan dialek kedayan layak untuk diterima sebagai ahli kedayan yang tulin. Dalam memberi definisi berhubung hal ini ia masih dalam keadaan yang subejktif. Pada saya hal ini boleh dibincang diperingkat MT kedayan yang bertanggungjawab menjelaskan dan membincangkan isu-isu seperti ini.
Berbalik kepada orang-orang yang menjelajahi laman web dan menyertai perbincangan dalam laman web, bolehkah kita berbangga dengan penyertaan yang ada walaupun ia memang harus kita beri sokongan sebagai pendokong generasi kedayan yang ingin melihat bangsa terus
berkembang maju dalam semua arena.
Dalam kesempatan ini eloklah orang kita yang mempunyai kedudukan sama ada mempunyai kekuatan dalam bidang ekonomi dan juga dalam bidang politik terus kita sokong dan libatkan mereka secara terus. Saya yakin mereka yang saya nyatakan itu sehingga hari ini tidak menunjukkkan tanda-tanda menyertai kita dengan serius. Kalau pun ada kita tidak
siapa dia?? Apakah usaha kita kearah itu?? Di samping itu tenaga kita yang mempunyai bidang akademik yang mampu dijadikan sebagai penyumbang idea dalam arus globalisasi kini perlu kita jana dan libatkan bersama.
Selain itu kita perlu kembali semula keperingkat "grassroot" kerana golongan inilah yang paling banyak memerlukan bantuan dan mereka mesti kita utamakan.
Melalui cara ini saya yakin suku kaum kita yang terdapat banyak dipinggiran sekarang ini sama ada di Sabah dan sarawak dan juga dimana-mana dapat disatukan menjadi suku kaum yang kuat dan mampu menanagani semua permasalahan yang timbul pada masa yang mendatang.
Soal penyatuan sering kita laung tetapi malangnya, ada juga suara-suara sumbang yang juga sering mempertikaikan usaha ke arah itu. Saya harap suara-suara sumbang itu bukanlah yang datang daripada kepimpinan kita persatuan kita sendiri.
Perkara yang penting usaha kita hendaklah sampai keperingkat akar umbi agar ia akan lebih bermakna dan lebih mendatangkan kesan yang berpanjangan.
Harap respon hali ini dari sudut kepentingannya kepada suku kaum kita.
Terima kasih.
(maaf yah, petikan ku ani alum lagi batantuan, nanti ku ngusai on our next update)
KOL & KOL Group
END