Monday, June 25, 2001

Bahasa KOL kasar?

25 Jun , Kota Kinabalu- Sekadar mengimbas kembali bukannya kan ngungkit.

Kami di KOL kakal ingat pasal aii mula mula kami nyiar akan beberapa artikel biani. Banyak yang muji, inda kuang jua yang inda puas hati. Ujaa basia KOL bahasanya kuang matang, inda sasuai jan oang melayu/ kedayan yang berbudi bahasa, diperalatkan yang paling teruk KOL dilacurkan….ingat tu… DILACURKAN!.

Andangnya KOL bukan diberi konsep bersopan santun. Konsep kami  atu tah yang diinginkan, untuk menjadi medan yang adil bagi semua pihak. Jadi sabab atu tah kami minta aah yang ngomplen tu ngantat baita. Mun inda ba emel ba suat, mun inda pandai ba suat batelefon. SAMPAI KAANGANI ALUM TIA ADA…apa yang kan disiar akan?

 Tapi yang  banaanya bukan ani yang ku kan nyaita akan. Sekali ani

Cuba kamu lihat baita ani… apa gaya bahasanya, siapa yang dikutuknya, manis kah inda: 

Artikel 1          

Memo Untuk Ibrahim Ali: Rampas Kelantan Kembali Baru Cakap Besar
Posted on Saturday, June 23 @ 09:00:18 MYT by kuntakinte

rhg writes

"Ibrahim Ali sepatutnya malu dengan diri sendiri. Dia kalah pilihanraya dan orang kelantan sendiri dah tak berapa nak sokong dia, ada hati pula nak jadi Ketua Pemuda. Kalau Ibrahim Ali lebih hebat dari Ketua Pemuda mengapa dia boleh kalah dan kenapa tak gunakan kehebatannya untuk menjatuhkan pas di Kelantan?

Oleh:RHG Nampaknya Ibrahim Ali begitu bersemangat membahaskan usul menyokong ucapan dasar Presiden hari ini. Beliau begitu lantang bersuara dan paling ketara ialah apabila dia menyuruh Pemuda lebih bersemangat mempertahankan survival UMNO bagi menghadapi pilihanraya 2004.

Memang apa yang nak dikatakannya itu boleh diterima dengan baik oleh Pemuda tetapi bukan dengan menghina dan melecehkan Hishamuddin.

Apakah motif sebenar Ibrahim Ali yang digelar 'KATAK' oleh pas bila menganggap Mahfuz lebih ' power ' dari Ketua Pemuda UMNO dan menyuruh Hishamuddin menjadi lebih baik dari Mahfuz dan Mat Sabu?

Apakah pada pandangan beliau Mahfuz dan Mat Sabu adalah contoh pemimpin yang baik atau Adakah Ketua Pemuda kita tak baik?

Dan yang paling syoknya apabila dia mencabar Hishammuddin meyerahkan jawatan kepadanya sekiranya Hishammuddin tak mampu.

Sepatutnya sebagai orang lama yang keluar dari parti lepas itu lompat balik, Ibrahim Ali tidak sepatutnya menghina Ketua Pemuda sebegitu, sebaliknya beri idea bagaimana untuk menguatkan lagi Pemuda bukannya dengan menghentam.

Lebih mengecewakan dalam bahasnya dia jugak merayu agar Tengku Razaleigh diberi jawatan dalam kerajaan.

Itu biarlah PM yang putuskan. Ibrahim Ali tahu sekiranya Tengku Razaleigh mendapat jawatan senanglah dia.

Ibrahim Ali sepatutnya malu dengan diri sendiri. Dia kalah pilihanraya dan orang kelantan sendiri dah tak berapa nak sokong dia, ada hati pula nak jadi Ketua Pemuda. Kalau Ibrahim Ali lebih hebat dari Ketua Pemuda mengapa dia boleh kalah dan kenapa tak gunakan kehebatannya untuk menjatuhkan pas di Kelantan?

Cakap Tak Serupa Bikin



Artikel 2

EZAM BACUL DAN KURANG AJAR,TAN CHUA SAMPAH MASYARAKAT CINA
Posted on Tuesday, June 19 @ 03:17:15 MYT by kuntakinte

Anonymous writes
"OLEH : TEPAK BERSULAM

Kata-kata keramat 'Lawan Tetap Lawan' oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kekuatan untuk memupuk hati rakyat tanpa mengira kaum bangun untuk mengatakan sokongan padu sehingga mencapai kemenangan besar.

Kata mereka, Perdana Menteri tidak lagi releven untuk mengetuai negara ini kerana terlalu bersikap keras kepala dan membelakangkan demokrasi. "Ingat slogan 'Lawan Tetap Lawan' akan terus terpahat dalam sanubari kami.

petikan dari harakah daily.com 18 june2001.

Slogan 'Lawan tetap Lawan' sebenarnya hanya bagi mereka yang bacul dan penakut.Sepatutnya sekira mereka benar benar berani selogan mereka adalah 'Lawan terus Lawan'.

Ezam sebenarnya adalah manusia yang bacul.Ketika pemimpin beliau ditangkap Ezam serta teman teman bacul mereka yang lain seperti Saifuddin dan juga Dr Ghaus telah menghilangkan diri, lari kerana takut di tangkap.

Setelah keredaan dan sikap tolerensi kerajaan baru lah Ezam berani pulang ke tanah air.Namun apabila menyaksikan sokongan sebahagian rakyat maka Ezam mula menunjukan kejantanan nya kerana kerajaan banyak mengambil sikap toleransi dengan kerenah nya.

Namun perhitungan Ezam kali ini tersilap.Beliau menjadi keras kepala dan kurang ajar dan menganggap toleransi kerajaan kerana takut akan sokongan yang ada di belakang beliau.Beliau menggangap seolah olah negara ini telah tiada undang undang.

Namun Ezam lupa jika Bekas Timbalan Perdana Menteri juga tiada kekebalan ini kan pula Ezam anak hingusan.

Dalam masyarakat cina Tan Chua boleh lah dianggap sebagai sampah masyarakat.Masyarakat cina yang terkenal dengan sikap kuat berkerja tidak akan mencampuri soal soal yang tidak mendatangkan faedah ini.

Namun kerana Tan Chua seorang yang malas, gagal untuk memperbaiki tahap ekonomi dan memajukan diri terpaksa mengambil satu jalan alternatif untuk jadi popular.

Tan Chua akan mencari publisiti publisti murahan bagi dikenali ramai seperti tidur di hadapan kenderaan polis bagi menghalang tugas polis.

Apakah sebenarnya perjuangan Tan Chua?Apakah kerana DSAI atau apakah sebenarnya Tan Chua mahukan keadilan ?Siapa kah DSAI kepada Tan Chua sebelum DSAI dijatuhkan hukuman.Mungkin DSAI juga tidak mengenali Tan Chua.

Mengapakah keadilan yang dituntut oleh Tan Chua yang tidak di tuntut oleh masyarakat cina yang lain?

Sebenarnya Tan Chua mencari peluang untuk mempopularkan diri didalam kemelut yang melanda politik negara ketika ini.Perjuangan Tan Chua hanya untuk kepentingan diri nya.

Sememangnya tepat sudah tempat kamu disana. "


Sekali lagi aku kan batanya… lemakkah. Maniskah bunyinya….?

Ani ku dapati dari sebuah laman web rasmi yang dilancarkan   pada 01 April yang lalu. dengan amanat rasmi presidennya

Namanya “Laman Web Rasmi Kelab Maya UMNO” dan laman ini boleh dikunjungi di http://www.kmu.net.my

Artikel 1

http://www.kmu.net.my/article.php?sid=654&mode=thread&order=0

artikel 2

http://www.kmu.net.my/article.php?sid=628&mode=thread&order=0&thold=0


Dan yang sangat menarik, ianya dimuatkan Di MUKA DEPAN laman web berkenaan.

Mungkin ia kelihatan kasar…..dan mengejutkan tetapi ianya bukan satu kesalahan.

Jadi apakah pengajarannya?

Konsep berita ini memang disengajakan.

Mengapa?

Kerana golongan sasaran media alternatif bukan seperti pembaca suratkhabar. Mungkin KOL agak kasar selama ini, tapi kalau nak dibandingkan,  KOL masih anak anak, amatur berbandingf dengan persembahan mereka……….

Engkek- ani manunjukkan pamimpin bulih dikritik, bukannya MAKSUM...Anipun KOL payah sudah kan napis ni. Mun kami kaluaa akan nuut yang kana antat aah kami, mun yang mudah kapisan sudah tia kapisan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...