13 Oktober 2000, Kota Kinabalu --Mandau amat berbangga dengan kereta Malaysia. Sejak Proton mula dilancarkan pada tahun 1984 dengan model Saga sambutannya amatlah baik dari kalangan rakyat biasa. Lima sebab sebab mengapa proton amat diminati
1) Harganya murah
2) Perlindungan tariff oleh kerajaan menyebabkan harganya dan bahan gantinya stabil di dalam jangka panjang
3) Kempen promosi
4) Alat ganti senang diperolehi
5) Rekabentuk yang menarik dan kontemporari.
Oleh itu bermula dari Saga, keluar pula Iswara, Wira, Putra dan Satria, lepas tu berkembang dengan pembukaan perodua, Modenas dan USPD sehingga kita mengeluarkan pelbagai kenderaan dari motorsikal sehinggalah kepada kenderaan berat seperti trak. Gah bukan?
Pendek kata pacuan empat roda mudah sangat nak dibuat.
Persoalannya, setelah 18 tahun mengapa kerajaan tidak menggunakan kenderaan buatannya sendiri secara meluas?
Memang lah ada wira limosin, wira polis, kancil polis, tapi cuba kita lihat kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan dan YB ? Apa lagi di daerah daerah kebanyakannya menggunakan model import. Kenapakah ini berlaku sedangkan kita tahu perbelanjaan pembelian dan penyelenggaraan kenderaan oleh kerajaan adalah besar sekali.
Memandangkan sudah 18 tahun berlalu, Proton harus memikir untuk mempromosi dan mengeluarkan keluaran untuk memenuhi keperluan kerajaan. Ini amat penting supaya bukan kita rakyat biasa sahaja yang berbangga dengan kereta buatan Malaysia, tapi juga kerajaan kerajaannya sekali.
KEDAYAN ONLINE
END
No comments:
Post a Comment