Sdr Aaron Bonafide memulakan kisah Kedayan Untuk pembaca KOL
2 Nov 2000, Miri; Khas buat tatapan semua Kedayan,
Assalamualaikum.........Bertemu lagi kita di ruangan ini. Kali ini saya ingin mengetengahkan beberapa kisah mengenai kaum Kedayan yang pernah saya baca.
KISAH PERTAMA
Kisah pertama ini saya perolehi dari buku ' The Oya Melanau' . Ini berkaitan dengan cerita beberapa orang tua Melanau mengenai Brunei . Cerita ini ditulis pada tahun 1950 di Bintulu Sarawak . Kisahnya berbunyi begini
" ....Penduduk 'asel' Brunei adalah orang Kedayan dan kaum asli pedalaman. Kemudian tujuh orang bersaudara yang berasal dari Bukit Siguntang 'flew' ke Brunei lalu mendirikan sebuah rumah panjang. Mereka diketuai oleh Alak Betatar yakni abang yang sulung.
Suatu hari Semaun sedang beristirehat di tepi Sungai Brunei , tiba-tiba seekor ikan meloncat ke atas air dan percikan air itu terkena Semaun. Semaun marah dan cuba menangkap ikan itu tetepi gagal. Alak Betatar kemudian mencadangkan agar Semaun membuat perangkap dari kayu yang terdapat di Brunei . Akhirnya ikan itu pun dapat ditangkap lalu dibahagi tujuh . Mereka berpakat untuk terus menetap di Brunei . Lama kelamaan Alak Betatar menguasai Oya, dan Mukah .
Pada masa itu penduduk Brunei bertutur dalam bahasa Kedayan Brunei tetapi telah dipengaruhi oleh Melayu. "
Cerita ini sebenarnya lebih kepada asal-usul bandar Brunei berdasarkan legenda kaum Melanau .
KISAH KEDUA
Buku ' The Malays of North- West Sarawak' juga ada menyentuh sedikit mengenai kaum Kedayan
"....Walaupun kebanyakkan penduduk Islam di Sarawak diistilahkan sebagai Melayu tetapi kaum Kedayan dan Melayu Brunei dianggap sebagai berlainan berdasarkan faktor 'proto-historical' yang berkisar mengenai perlawanan ayam sabung di antara Sultan Brunei dengan Putera Majapahit yang mana kekalahan dialami oleh wakil Majapahit dan terpaksa membayar pertaruhan yang berupa hamba Jawa yang mana dikatakan adalah keturunan Kedayan sekarang ."
Juga ditulis
".....mereka ini dengan bangganya mengatakan diri mereka adalah Kedayan."
Berdasar satu catatan dari Jurnal Muzium Sarawak ada dinyatakan mengenai Kedayan.
".......Sultan Tengah (Sultan Sarawak pertama dan terakhir ) telah berangkat ke Sarawak dengan diiringi oleh 1000 panglima dan hulubalang yang terdiri daripada kaum Kedayan, puak Sakai dan penduduk Pulau Bunut. Kebanyakkan diantara mereka adalah keturunan Melayu Sarawak sekarang."
Saya rasa setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan bersama.
Aron Bonafides bin Safar bin Haji Boben bin Haji Dohak bin Haji Abdul Ghafur .
Miri-Sibuti.
namecode_cg01@yahoo.com or namecode_cg02@yahoo.com
Sipalui- Aku iski ndangaa pasal kisah mu yang kadua, pasal sabung hayam.
Siengkek-Sdr Aaron teruskan perbincangan ini sehingga kita boleh mencetuskan polimek ilmiah dan mencapai teori yang konkrit mengenainya.
END
No comments:
Post a Comment