Thursday, November 2, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 1

2 Nov 2000, Sipitang; Sdr Aaron dan lainnya  memang lebih dari satu sumber yang menyatakan bahawa Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit. Namun punca mereka datang ke Borneo mungkin berlainan dari satu sumber ke satu sumber yang lain.

Sumber kami menyebut begini. Masalahnya buku terpenting di dalam sumber berkenaan saya sendiri belum jumpa.

A. BAGAIMANA KEDAYAN MULA WUJUD?

Berlaku satu  rancangan perkahwinan di antara Puteri Raja Majapahit dan Sultan Brunei lebih kurang 400 tahun yang lalu. Kata sepakat telah dicapai. Kemudian satu rombongan pengantin tujuh buah kapal berangkat ke Brunei dari Majapahit.Ahli ahli rombongan beliau  bersama hulubalang dan dayang dayangnya dihantar ke Brunei untuk maksud berkenaan.  Rombongan ini diketuai oleh Panglimanya yang bernama Tun Manja Lela* (quite a strange name for a Kedayan gentleman, I might say). Hipotesis kami ialah sumber ini menjadi keliru mengenai siapa puteri , siapa panglima kerana nama sedemikian lebih dekat kepada nama puteri

Dari sini dari sini nama Kedayan mula timbul. Semua anak kapal beliau dinamakan kedayan kerana “Kedayan” adalah merangkumi semua yang ada di di dalam rombongan berkenaan, kecuali sang puteri sendiri. Kedayan adalah pengiring beliau dan ini tidak mengira samada mereka adalah keturunan bangsawan atau orang kebanyakan. 

Semuanya termasuk pahlawan, hulubalang, pegawai, ningrat, raden, dayang dayang dan hamba hamba yang sebenar adalah digelar sebagai Kedayan kerana; kedayan bermaksud orang yang tertakluk kepada pemerintah, khadam kepada raja atau dalam bahasa kasarnya; HAMBA. Buku mitos-sejarah, “Hikayat Hang Tuah” yang di karang sekitar abad ke 17 – 18 menerangkan sedikit mengenai definasi Kedayan ini ini kepada kita.

Hamba? Apa kah kedayan berasal dari hamba? TIDAK SEMESTINYA!

Dari gambaran di atas rombongan puteri, kita boleh fahami bahawa label kedayan (hamba) itu lebih merupakan  pernyataan bersifat “metaphoric”. Ia bukan seperti hamba, khadam atau hulun takuyung seperti yang kita sering gambarkan. Sesiapa sahaja boleh bersetuju bahawa dan faham bahawa pengiring puteri berkenaan terdiri bukan sahaja dari golongan hamba sahaya; tetapi sebahagian besarnya adalah golongan bangsawan, pelayar dan pahlawan terbilang; serta terpilih dari kalangan oranga yang terbaik dari kalangan orang Majapahit. Ini kerana mereka mempunyai tiga tugas utama, menjamin keselamatan anak raja, diplomat  dan kemahiran mengenai selok belok ilmu pelayaran kerana perjalanan yang ditempuh dari tanah Jawa Ke Borneo adalah jauh dan sukar. Malah untuk menjawat jawatan hulun takuyung sekalipun, sang puteri tentu memerluka hulun yang terbaik untuk rombongan yang sedemikian rupa.

Jadi Kedayan hanyalah adalah istilah merendah diri dan digunakan sebagai perlambangan. Lambang sahaja. Ia tidak lebih dari cara dan bahasa orang nusantara berbahasa dengan pemerintah. Bagi kerajaan tradisional nusantara; selain daripada  Raja, semua individu lain adalah hamba. Buku mitos-sejarah yang lain Sejarah Melayu pernah menyebutkan bahawa sehinggakan Bendahara sendiri mengaku bahawa dia adalah hamba kepada raja. Walaupun Buku ini tidak dianggap sebagai buku sejarah sepenuhnya,R.O.Winsteadt iaitu pakar sejarah Melayu banyak menggunakannya sebagai platform untuk meneruskan kajian beliau secara ilmiah.

Selain daripada raja adalah hamba, itu adalah pernyataan hakikat. Maksudnya semua, termasuk kedayan, orang brunei(?), pangeran, menteri, pehin, awang dan dayang adalah hamba kepada raja yang memerintah kerajaan brunei. Tetapi ini menimbulkan persoalan lain. Hamba kepada siapa? Raja Brunei? Masalahnya begini, Awang Alak Batatar sendiri besar kemungkinan bukan seorang melayu; atau beliau seorang adalah proto-malay. Satu asas hipotesis yang semakin banyak diberi penekanan ialah nama beliau sendiri- betatar. 

Tunjukkan apa maksudnya tatar, bukan kah ianya amat hampir  bererti tatto? Di Borneo, orang orang melayu tidak dicatatkan di dalam sejarah sebagai orang yang mengamalkan budaya mempunyai budaya tatto. Baginda hanya menjadi Islam dan menukar nama menjadi Sultan Muhammad setelah bertemu dengan pedagang arab yang bernama Maulana Sheikh Abd Aziz (?)*.

Bersambung pada isu yang akan datang……

BIIK-BIIK

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...