02 Nov 2000, Kota Kinabalu; Memandangkan desakan dan gesaan pembaca daripada KOL akhirnya kami terpaksa akur untuk memenuhi tuntutan merkea supaya KOL menyediakan perkhidmatan emel sendiri yang bercirikan kedayan, tetapi mempunyai perkhidmatan sama seperti yahoo dan hotmail.
Masalah pertama bukan darisegi kepakaran untuk menyediakan perkara berkenaan, tetapi masalah kewangan. KOL boleh menyediakan server sendiri dengan perbelajaan tidak melebihi RM7,000.00 disamping sewaan talian dengan TMnet. Pilihan kedua ialah menyewa domain daripada server sendiri untuk mendapatkan url www.kedayan.com atau www.kedayan.net ataupun www.kedayan.org secara tahunan. Namun untuk masa sekarang KOL belum mampu melakukannya.
Untuk memenuhi aspirasi pembaca KOL yang dihargai, kami telah bergabung dengan everyone.net dan kita telah dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan emel daripada mereka secara percuma. Oleh itu, mulai vol 15 ini KOL dengan sukacitanya mengumumkan,
KOL telah mempunyai perkhidmatan emel dan anda boleh mendaftar alamat emel anda secara percuma untuk seumur hidup sama seperti hotmail dan yahoo.!. Setelah mendaftar , alamat emel anda akan menjadi damamu@kedayan.every1.net. Klik diruangan Kiri Atas laman utama untuk mendaftar sekarang! Hidup Kedayan!
Sebagai menghargai sumbangan KOL ini, Persatuan Kedayan Sabah, KEDAYAN melalui Setiausaha Penerangannya tleha bersetuju untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan emel ini untuk kegunaan rasmi persatuan. Sebagai permulaan, anda boleh menghubungi Presiden KEDAYAN di alamat presiden@kedayan.every1.net dan setiusaha Penerangan mereka pula di alamat suinfo@kedayan.every1.net.
Sehubungan itu, Pihak KEDAYAN memaklumkan kepada AJK Pusat bahawa, untuk mendapatkan emel rasmi yang seragam untuk kegunaan rasmi, sila hubungi En Arimi Sidek supaya ianya diselaraskan mengikut jawatan masing masing. Walau bagaimanapun untuk kegunaan rasmi selain dari persatuan Kedayan Sabah atau kegunaan peribadi, anda adalah bebas untuk mendaftar. dapatkan damamu@kedayan.every1.net sekarang!
KEDAYAN ONLINE
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
No comments:
Post a Comment