02 Nov 2000, Kulim; Berikut saya mengirimkan manuskrip yang merupakan catatan harian kepunyaan nenek saya yang saya kira menarik dibincangkan bersama (manuskrip berkenaan ditulis di dalam tulisan jawi bercorak sulus, cantik ditenung indah dilihat, tapi hantap balingkaa bila dibaca, ditambah lagi dengan usianya yang sudah melebihi 52 tahun-pengarang).
Lebih kurang ia berbunyi begini
"Pada sanad (tahun) 1367 pada 29 haribulan Jamadil Awal hari Khamis waktu ...? jam lebih kurang sepuluh pagi kakanda Haji Muhammad Khatim bin Almarhum Haji Jaafar pulang Kerahmatullahu Taala Inna lillahi wa illaihi rajiun bertepatan dengan 8 April 1948 jumlah umurnya kiraan tahun kita ...? 80 tahun dan kiraan tahun orang putih 78 tahun dan menerima wang pencenkerja guru sekolah melayu lebih kurang 25 tahun mati hari Khamis simpan jenazah hari Jumaat petang kuburnya di Bayan Lepas dekat dengan kubur ayahanda Haji Jaafar bin Haji Muhammad Salleh Berunai negerinya, Kedayan bangsanya, Yaani Menteri Raja Berunai Kampung Kedayan.
Ertinya neneknda Haji Muhammad Salleh itu (adalah) anak daripada Raden Yahya. Bernamanya Kalthun Binti Raden Yahya inilah ...? dipanggil oleh orang orang sekarang ini Permatang Tok Jaya tempat membuat kochinya ( perahu ) itu di seberang Pulau Pinang dan ialah yang empunya Bayan Lepas itu ...? dan ia masuk ke Pulau Pinang itu belum lagi ada orang ...?"
Siengkek- hantap sioknya sibaca. Bukan calang calang Kedayan ni saoang ni, Bayan Lapas ia yang umpun...
Arrifin Hj Maaruf
Taman Tunku Putra, Kulim.
END
No comments:
Post a Comment