Asalamualaikum,
Sejak kita berbincang di KOL dari bulan Julai tahun lepas banyak variasi ejaan Kedayan timbul di KOL. Saya tidak nampak sesuatu yang tidak sihat mengenai perkara ini. Juga saya tidak nampak keperluan yang amat segera mengenai penyatuan ejaan yang pelbagai sifatnya ini. Juga mengenai keperluan supay ahli linguistik, ahli fikir atau cendikiawan turun padang untuk menzahirkan sistem ejaan KEDAYAN yang lengkap buat masa sekarang.
Ini kerana beberapa sebab:
1) Belum ada sumber kewangan untuk membiayai projek ini
2) Kegunaannya amat terhad
Buat masa ini hanya KOL yang mewujudkan ruangan berbahasa Kedayan. Kita cuba meluaskannya di Habaa KEDAYAN, dan komen para pembaca ialah susah untuk dibaca.
3) Tulisan Kedayan belum mempunyai nilai komersial.
Masalah yang sama dihadapi oleh tulisan Jawi. Sistem ejaannya lengkap. Fonetik melayunya lebih baik dari sistem rumi, tetapi tulisan itu sendiri pun berada diambang kepupusan kerana tiada pengguna.
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk membaiki keadaan ini?
Pendapat saya, Kita perlu bermula dengan asas yang kita ada. Saya ingat kita patut mencontohi sistem ejaan Banjar, kerana mereka lebih terkedepan di dalam membina sistem ejaan tidak rasmi mereka.
Kali ini saya ingin bermula dengan perkara paling mudah. Berapa huruf vokal (vowel) kita?
Saya berpendapat kita mempunyai 3 bunyi sahaja.
bunyi berkenaan ialah a,i,u.
Kecuali setelah dipengaruhi dengan kuatnya oleh bahasa melayu di mana kita menjalani persekolahan, vokal o dan e, sama ada e pepet atau e' taling hampir tidak wujud di dalam perbendaraan kata kedayan.
Contohnya,
Besar = basaa
Otak= utak
Kota = kuta
Vokal o cuma wujud sebagai gandingan kepada konsonan r
Contohnya,
telur= taloo di mana o berfungsi sebagai konsonan gantian.
Jadi vokal kedayan cuma separuh berbanding dengan 6 pada sistem ejaan melayu (a, e, e', i, o, u ). Ini kerana e taling (e') dijadikan mangsa semasa berlaku penyatuan sistem ejaan Melayu - Indonesia pada 1972 (74?) dahulu. Saya ingat ini adalah satu advantage bagi orang kita, kerana kita tidak perlu keliru seperti bila kita membaca perkataan melayu bertulisan rumi, misalnya
emak (e'mak) bunyinya tidak sama dengan enak, tetapi dieja sama sahaja.
Bagaimana dengan huruf lain?
Konsonan melayu yang nyata ditinggalkan oleh kedayan ialah r.
Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, ia akan berbunyi
r=aa
besar=basaa
r=ii
pandir=pandii
r=oo atau r=uu
telur=taluu obor=oboo
r=ing
air=aing
Huruf huruf lain Kedayan ialah
b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w dan y.
Oleh itu, ejaan kedayan akan menjadi lengkap dengan 18 huruf. Kecualilah kita mengikut dasar yang sama dengan sistem ejaan melayu di mana mereka menetapkan supaya semua perkataan yang dipinjam perlu sedapat dapatnya dikekalkan di bunyinya.
Minta pandangan yang lain mengenai hal ini.
ARIMI SIDEK
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
No comments:
Post a Comment