18 Januari, Beaufort; Penduduk Kampung disini menyatakan keluhan mereka mengenai longgokan kayu balak yang memenuhi dasar sungai Lingkungan, sehingga ke peringkat merosakkan jambatan Di Kampung berkenaan.
Adalah dipercayai longgokan yang luarbiasa banyaknya ini berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan hulu sungai yang berleluasa sehingga merosakkan lapisan tutup bumi kawasan berkenaan. Akibatnya, daya serap tanah menjadi kurang dan limpahan air tidak dapat dibendung oleh alam semulajadi. Dengan itu bahagian hilir sungai tentunya akan dilonggoki oleh hanyutan bahan bahan sisa pembalakan seperti yang terjadi di kampung ini.
Mengikut Pengerusi JKKK Kg Lingkungan masalah yang ketara dan berkaitan dengan fenomena ini ialah kejadian banjir yang begitu kuat menimpa Kampung mereka pada penghujung tahun lepas. Kejadian seumpama ini dianggap oleh penduduk kampung sebagai yang pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun.
Kejadian banjir yang terbaru ialah pada Hari Raya Pertama yang baru lalu. Menurut Sdr Amjah Semun, Setiausaha JKKK, ketika umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal, ketika itulah penduduk kampun bergoyong royong membuang sisa kayu balak dan kotoran yang terdampar di kawasan Masjid dan rumah kediaman mereka.
KOL
END
No comments:
Post a Comment