Saturday, June 9, 2001

Long Pa Sia menjadi tumpuan

09 Jun, Sipitang- Long Pasia menjadi tumpuan media dengan lawatan YB Datuk Wences Anggang ke kawasan berkenaan pada 6 Jun yang lepas. Diantara yang dilaporkan termasuklah rasa beruntung penduduk kerana mendapat jalan yang menghubungkan kawasan ini dengan pekan Sipitang dan dunia luar, Bekalan Tenaga Solar ke rumah dan juga bilangan penduduk Long Pasia yang ketika ini berjumlah 400 orang.

Cukupkah semua itu untuk Long Pasia? Terutama setelah kita merdeka selama 38 tahun dan Long Pasia pula terletak di dalam pentadbitan Daerah Sipitang. Apakah Pelan Pembangunan Sipitang memperuntukkan apa apa bahagian atau pelan pembangunan untuk kawasan ini? Kalau belum adalah perlu kita mengorak langkah tertentu untuk membangunkan kawasan berkenaan yang amat berpotensi untuk agro dan eco-tourism. Cameroon Highland 60 tahun dahulu adalah kawasan hutan yang cuma didiami oleh orang asli sehingga ia dibangunkan untuk menjadi kawasan persinggahan dam pusat peranginan.

Apa yang paling penting, setiap projek pembangunan di Sipitang harus mengambil kira potensi kawasan ini yang juga merupakan kawasan pentadbirannya. Sipitang telah mempunyai jalinan jalanraya yang baik, bekalan elektrik, hotel premis kedai, kawasan tarikan pelancong yang berpotensi dan sebuah lapangan terbang ( di Long Pasia!). asasnya sudah ada, jadi yang penting ialah peningkataan. Satu lagi persoalannya, kenapa YB kedayan tidak mengorak langkah untuk memanafaatkan kawasan dengan menekankan pembangunan pelancongan bagi membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat?

Kita tidak boleh selama lamanya hanya berbangga dengan kewujudan SFI Sdn Bhd. Kita akui SFI merupakan pencapaian terbesar Sipitang 17 tahun yang lepas. Tetapi harga yang kita bayar juga adalah tinggi, dengan mengorbankan beratus ribu hektar tanah sebagai kawasan konsesi, penebangan hutan yang berleluasa dan pencemaran yang mungkin ditanggung oleh generasi di masa hadapan. Apakah pencapaian pembangunan Sipitang untuk alaf baru?

KOL

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...