Showing posts with label Abu Sayyaf. Show all posts
Showing posts with label Abu Sayyaf. Show all posts

Saturday, June 9, 2001

Isu penculikan oleh Abu Sayyaf

09 Jun, K.Kinabalu - Abu Sayyaf Sekali  lagi menggegarkan Filipina dengan kes penculikan. Mujur kali ini ia tidak melibatkan rakyaat Malaysia. Ia bermula dengan penculikan di sebuah usat peranginan. Kemudiannya diikuti satu lagi penculikan  di pusat peranginan yang lain. Belum cukup Abu Sayyaf bertindak lagi dengan penculikan di sebuah gereja Protestan dan hospital sehingga kali ini melengkapkan bilangan mangsa culik dan tebusan seramai 200 orang.

Siapa Abu Sayyaf ni? Khabarnya ia diasaskan oleh seorang yang bernama Abdulrajak Janjalani. Beliau pada awalnya ialah anggota kumpulan dakwah Tabligh dan kemudian mendapat latihan ketenteraan di Libya. Beliau meningga dunia di dalam satu pertempuran dengan tentera Filipina. Pada masa ini kumpulan berkenaan dipimpin oleh adiknya, Khadafi Janjalani yang juga diberitakan cedera parah di dalam pertempuran yang berlaku pada minggu lepas.

Kenapa kumpulan ini memilih penculikan sebagai modus operandi utamanya?

Kita kena faham budaya di Filipina agak berbeza dengan di Malaysia, mungkin kerana pengaruh penjajahan yang berbeza. Berbanding dengan Malaysia yang di jajah oleh British, Filipina berada di bawah penjajahan Sepanyol selama hampir 400 tahun sebelum dijajah oleh Amerika yang kemudiannya menjajah lebih dari 80 tahun sehingga 1947.

Sepanyol mempunyai agenda keagamaan yang penting semasa menjajah mana mana negara yang menjadi mangsa. Berbeza dengan penjajah yang lain mereka tidak menyembunyikan misi mereka “ to enlighten the world from infidelity”. Selain dari itu sikap mereka adalah anti  Islam yang amat ketara, kerana sejarah konfilk mereka dengan orang Islam. Mereka sendiri dijajah oleh orana Islam selama 800 tahun sebelum berjaya membebaskan diri pada lebihkurang  tahun 1092.

Semua negara tanah jajahan mereka dikristiankan. Sebahagian besar kawasan Latin Amerika manjadi saksi ke atas polisi ini dan  tidak terkecuali dengan Filipina sendiri. Ini menimbulkan masalah yang besar bagi orang  Filipina yang beragama Islam, menyebabkan mereka sentiasa ditekan dengan layanan yang amat berbeza jika dibandingkan dengan layanan penjajah kepada orang Filipina yang lain. Bagi orang Islam di sana tindakan perang ke atas orang Kristian adalah satu perkara yang diwarisi kerana mereka tidak mengakui kekuasan Filipina ke atas negeri mereka.

Sementara itu kegiatan penculikan pula amat lumrah di Filipina. Kegiatan ini malah dilabelkan sebagai ‘lucrative business” di Filipina. Kegiatan penculikan adalah berleluasa dilakukan oleh pemberontak Isam, Pemberontak Kristian, Pemberontak Komunis dan Kumpulan kumpulan Samseng begi memenuhi objektif mereka masing masing. Kita tidak menyokong sebarang tindakan penculikan dan keganasan yang dilakukan oleh mana mana pihak sekalipun. Tetapi adalah salah untuk melabelkan bahawa pemberontak Islam memonopoli kegiatan penculikan di Filipina.

Yang paling penting sudah tiba masanya hak hak orang Islam di Filipina dihormati dan keadaan hidup mereka di baiki oleh kerajaan mereka. Ini kerana, jiran Filipina yang terdekat iaitu Sabah – negeri kita ini  telah menanggung keperitan dan beban yang besar akibat pergolakan tanah moro sejak sekian lama. Mungkin kerajaan kita juga perlu melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan ini dengan melabur dan membuka peluang pekerjaan di kawasan berkenaan supaya mereka tidak perlu lagi dating ke sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.


KOL


END

Saturday, September 23, 2000

Penculikan Sipadan dan Pandanan, ikhtibar untuk kita semua

23 September, Alum batah lapas sipadan, ada lagi pandanan. Kakal jua Abu sayyaf. Uja bakas tabusan yang sudah lapas Abu sayyaf cuma menggunakan Islam sebagai topeng, yang bananya basia tu parompak semata mata.

Ngam. Persoalan pokoknya ialah Sabah hampii jan Palipin. Kadua peristiwa ini madahkan aah kita yang budaya basia lain dai budaya kita. Contohnya budaya ba paang baatus atus tahun sudah tentu mempengaruhi cara bertindak , fikiran dan sikap basia. Yang katiga bangsa basia ni ada sekaliling kita sini, di mana saja masuk tah di sipitang.

Jadi bila kita hidup sama sama pertukaran budaya akan timbul, siapa yang akan mengambil siapa, atu terpulang kepada siapa yang berpengaruh. Inda kita sadaa, kita banyak nolong basia. Contohnya mbali sigup. tahu kan basia tu inda balaisin, tahu kan sigup saludup, aah hantam saja bali pasal muah. 

Buntak caitalah, kita yang menggalakkannya. 

Tapuk dada tanya selera lah. Ada yang malihaaa basia ni. Inda tahu lah siapa. Macam di sipitang pun, ada yang malihaa. Contohnya, apa gayanya luih tanah sampai bakampung? payah jamu kan dapat gaan tanah mun inda ba IC... jadi apa ulahnya baumah?.

Jaan jadi pak kadok! hayamnya manang, kampung tagadai. Jaan hayan kan abu Sayyaf, itu mimang budaya basia. 

Budaya kita macamana pulang?

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...