Showing posts with label Kedayan Online. Show all posts
Showing posts with label Kedayan Online. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc.), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah), Engkek and Si-Palui Jokes (of amirul-hideout) and arimisidek @tripod (a personal homepage) websites penned around 1998-2001.

(Untuk bahasa Melayu, sila klik READ MORE )

It was an era before Kadayan Universe. Most, but not all articles are recaptured. There are some that can no longer be found, especially issues before 2000.

The purpose of republishing these articles is for benefits and to serve as a reference material for the general public on some aspects of the life of the Kedayan community. So far no plans to add new posts to this page. However, if you want to follow the current posts from KOL team leader, please visit arimisidek.blogspot.com


Laman ini merupakan terbitan semula bahan-bahan yang terdapat di laman Kedayan Online (kepunyaan PAADIANInc.), Suambi Kedayan (kepunyaan Persatuan Kedayan Sabah) laman Jenaka Engkek dan Si-Palui (kepunyaan amirul-hideout) dan arimisidek @tripod (laman perseorangan) yang ditulis di sekitar tahun 1998-2001.

Ia merupakan era sebelum Kadayan Universe. Kebanyakan, tetapi tidak semua artikel dapat dijumpai. Terdapat sebahagian yang tidak lagi dapat dikesan, terutamanya terbitan sebelum 2000.

Tujuan penerbitan semula artikel-artikel ini ialah diharap dapat mendatangkan manfaat dan menjadi bahan rujukan untuk masyarakat umum mengenai beberapa aspek kehidupan masyarakat kedayan. Setakat ini tiada rancangan untuk menambah posting yang baru untuk laman ini. Akan tetapi, sekiranya tuan puan ingin mengikuti posting terbaru dari teraju team KOL, sila lawati arimisidek.blogspot.com

Saturday, September 1, 2001

Kelainan Dialek Kedayan Sibuti

Saya rasa ramai (majoriti) masyarakat Kedayan daripada bahagian Limbang hingga ke Sabah tidak tahu bahawa terdapat kelainan dialek Kedayan Sibuti dengan dialek Kedayan di tempat lain.
7 April 2001
Di sini saya paparkan beberapa kelainan yang terdapat dalam dialek Kedayan Sibuti:

(i)     salajuu = selalu
        Jika di tempat lain ianya bermaksud terus (taus)

(ii)    itu' = itu
        Jika di tempat lain disebut atu'

(iii)   Hamba' = Hodoh / bida' / baupa'
        Di tempat lain tidak dengan perkataan hamba' untuk maksud hodoh

(iv)   Apa' pulang?
        Di tempat lain di sebut "apa' kian"?

Sekian dulu untuk kali ini.

Foudzay Adis



Respon 1

Perkataan (i) dan (iv) tu yang banaanya sama jua macam yang ditutuankan
oleh wang Kadayan Mesapol.Mangkali sabab wang Kedayan Mesapol ada jua
yang katuunan dai Sibuti. Kandila ku mahunjaa padean di Sibuti melalui
perbincangan kumpulan ani.

Wassalam


Hj. Masood.


Respon 2

Pada majlis ramah tamah Aidiladha anjuran Persatuan Islam Bahagian Limbang (IKBAL) semalam saya sempat menemui Dr. Zaini dan berbual dengan beliau. Saya cuba kemukakan persoalan tentang standard ejaan dalam bahasa Kedayan.
Ekoran daripada perbualan kami, jadi disini sayang ingin memberi cadangan (cadangan nganya, haap-haap ada komen, nyaan ditaima bulat-bulat) standard ejaan yang perlu kita perbetulkan.

Seperti yang kita sedia maklum sebutan kedayan kebanyakannya terdapat seolah-olah huruf (k) di hujung huruf sesuatu perkataan. Tapi kalau dalam tulisan jawi ianya lebih tepat dengan penggunaan huruf hamzah.

Berikutan daripada itu sering kita terbaca penggunaan huruf (k) di hujung sesuatu perkataan, cth: tahuk, anik (tahu, ini).
Jika kita perhatikan daripada ejaan tersebut sebenarnya ia tidak membawa erti kepada perkataan yang dimaksudkan. Contohnya 'anik', maksud yang ingin disampaikan adalah 'ini' tapi pada erti kata sebenar ianya membawa maksud 'kecil' atau 'kerdil' bentuknya, anik = kecil. 

Contoh ayat: "Anik-anik buahnya inda lan(baapa) baisi'."

Jadi untuk memastikan sesuatu perkataan itu tidak membawa kepada maksud lain apa kata kita perkenalkan penggunaan tanda (') pada setiap hujung perkataan yang berkaitan. 

Cth: bahau' = baru , ani' = ini

Tapi jika terdapat imbuhan selepas perkataan tersebut tidak perlulah penggunaan tanda ('). Cth: bahautah = barulah    anitah= inilah.

Dr Zaini juga bersetuju bahawa ejaan Kedayan sepatutnya dieja dengan Kadayan.

Udah tia' dulu' untuk kali' ani', kiim-kiim akan komen kamu' jua'.

Foudzay Adis  


Respon 3

bah....hajik...baik bana niatmu tuk jaan susah, kami uang kedayan di Kuching anik tatap nungguk kamu. Bai tahuk saja kamik.

Insallah kami nungguk.Kontek saja akuk anik, setiausaha kadai kupik, tel: 082-447126

Hagutnya kami bahimpun sebulan sekalik, makan minum bah.
Kami adak juak uang yang buleh bekongsi pikian tentang hal-hal semasa dan caita uang kedayaan.

Indak juak supan hantap,tapi ukan kan ambung...indak baik ambung.....maah basiak uang tuhak.

Mun kan tahuk geng-geng kami di kadai kupi, Prof Madya Dr Zaini Assim, Dr Hj Julaihi Hj Bujang, Ir Puasa Hj Pandin, Wahab Hj Drahman, Abd Gani Kamit, Hashim Lazim, dan Abd Karim Salleh.

Samuha kamik anik batutu kedayan.....ingau dangan ndanga

sekian; 

yunus hj taib


Respon 4


Assalamaulaikum!

Bagus tah kita ada network ani. Ada bahasa lama-lama atu, boleh tah kita sama-sama kemukakan. Aku ani tangah ngumpulakan perkataan kadayan yang lama-lama atu.Banyak yang inda ku tahu. apatah lagi aku ani batah aah tempat dangan. Daie damit lagi bersekolah di malaya.

Sini ada jua kan ku baitahu perkataan orang kadayan dahulu.

Kalau ada owang meninggal. Kalau dahulu, dibaitahu....

"Nuhuun tia nemu kalamie wang ...." Maknanya sudah meninggal nene kalamaie.

Tapi,  Masa ani dibaitahu....


"Meninggal tia nemu kelamaie...."


Prof Madya Dr Zaini @Zani Assim

End


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, August 10, 2001

Majlis Baamai Amai KEDAYAN di Luagan dan Kg Tali Air

"Asalammualaikum saudara..., Di sini ingin saya bagi tahu bahawa ada baamai-amai di Kg Luagan pada 14 hingga 15 07.01 siang dan malam di Kg Luagan mun dapat datang baamai amai kamaai samua oaang kadayan dijamput datang .....Bah atunganya"- From Paidin

Demikian emel (baa-emel bah basia kaangani) dari Sipitang menjemput KOL untuk menyertai perjumpaan di Kg Luagan, anjuran KEDAYAN Cawangan Kg Luagan.

Pada hari yang sama juga,

KEDAYAN cawangan Kg Tali air menganjurkan pertandingan Sepak Takraw untuk ahli ahli cawangan dan penduduk sekitar

Kedua dua maajlis berkenaan berjalan dengan jayanya, Meriah sekali.

Jemputan kehormatnya ialah Sdr Presiden KEDAYAN dan ADUN Sipitang, YB  Datuk Sapawi Hj Ahmad. Malangnya Datuk Sapawi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang belum dapat kami pastikan sehingga ke hari ini ...,gagaukah datuk? gagau mangkali.

KOL, Ehsan KEDAYAN.

END

Saturday, April 7, 2001

Apa Tanggapan Orang lain kepada Masyarakat Kedayan?

7 April, K.Kinabalu; KOL telah mengutarakan perkara ini kepada para pembaca beberapa minggu yang lalu. Tujuannya ialah untuk melihat beberapa persepsi masyarakat terhadap kita. Yang mana baik kita kukuhkan, mana yang buruk kita betulkan. 

Berikut ialah respon pembaca:

"Kamik di Kuching, Sarawak anik pun ada tanggapan lain terhadap uang kedayan, labih-labih lagi mun uang-uang tuhak datang bedudun ah umah kami.....mbaik tetawa juak bah...ada yang minta aing, minta ubat dan macam-macam lagik.satu kisah benar, jiran uang sebelah umahku,iparnya samseng, peminum dan indak usai ulahnya....suatu petang iak tahuk kami kedayan....taus minta ubat.....mbaik tetawa..ujak bapa "samseng anik mauk ditewaik kah"... jangku ..."tewaik tiak sajak". lapas atuk bapa mbaik aing ah butul...suuhnya minum.......kuasa tuhan, 2 bulan lapas atuk adak basiak datang lagi bepadah yang uang atuk baik sudah dan kaang anik bebinik tiak, caitak kedayan pun besambung-sambung.....kami indak pandai anik pun kanak ucap pandai, kongsi caitak

bah cukup dahulu"

Yunus Hj Taib

END

Isu mengenai Nama Nama Kedayan

7 Apr, K.Kinabalu; (Sensitive kah Subject yang ku kamukakan ani?) Aku kan ngumpul nama-nama asal uang kadayan maksud ku nama-nama yang ongol; misalnya mun saja kita tadangaa atau tabaca nama atu kita sudah (most likely) tahu yang uang atu bangsa kadayan. Contohnya Si Bulat atau Si Ahad.

Kaang ani kabanyakan uang kadayan inda mbaii nama anak-anaknya nama uang kadayan (aku sandii inda namaii anakku nama uang kadayan)

Jadi mun kawan-kawan dapat mbaii list nama-nama ani baik jua untuk simpanan...

Atu saja mangkali dahulu.

arkin

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Pendapat Sdr Arkin Mengenai Anak Anak Kedayan di Pusat Pengajian Tinggi

7 Apr, Kota Kinabalu; Dalam tahun-tahun 60an,70an dan 80an banyak banaa anak-anak kadayan daii Sipitang yang sekolah di Semananjung, UK, Australia, US dll.

Mengikut sumbar-sumbar yang "reliable" kaang ani inda ada lagi uang-uang kadayan Sipitang yang balajaa di sekolah /institusi /universiti ani. Inda ku tahu sajauh mana banaa nya. Cuba check list pemaggang dermasiswa /biasiswa /pinjaman daii Yayasan Sabah atau Kerajaan Negeri dll agensi.

Mun banaa ... dimana silapnya ????

Adakah kadayan generasi kaang ani sudah hidup mewah, inda lagi berusaha gigih?

Adakah anak-anak kadayan ani luan mudah terpangaruh oleh aktiviti inda sihat zaman ani? 

Adakah ianya disebabkan oleh keadaan politik (USNO, BERJAYA, PBS, BN)?

Atau disebabkan "Persaingan" yang tinggi?( Inda kian uang kadayan ani mampu bersaing??)

Masalahnya: Siapa yang akan jadi palapis/pengganti nanti untuk memaggang jawatan-jawatan penting yang berkamahiran seperti kedoktoran, kejuruteraan, keugamaan, pentadbiran, YB dll seperti yang kita ada sekarang!

Bah baii tia pandangan kamu agar kita boleh menyelasaikan masalah ani sama-sama.

Jumpa lagi aii lain.

Arkin Hj Garai

END

Lagi Perbincangan Mengenai Standard Ejaan Kedayan

7 April, K.Kinabalu; Isu ini dibincangkan secara berterusan oleh pembaca KOL. Ramai juga yang menyuruh isu ini dihentikan, tetapi KOL berpendapat, selagi ada perbincangan, perkara ini patut diputuskan supaya aliran fikiran sebenar para pembaca boleh diketahui. Berikut ialah beberapa pendapat yang diutarakan.


Surat 1

Uja nyabut bahasa kadayan ani complicated......inda sama kadayan disana dan yang disini....banaa itu ujamu atu.

Dulu sudah aku sabut-sabut mengenai standard ejaan bahasa ani dan dibincang oleh Presiden Persatuan Kadayan sini (sila rujuk attach file) Aku cadang uang yang bagas-bagas atu buat penyelidikan (find a solution for this problem) join venture (Sabah, Sarawak, Labuan & Brunei) mun inda sampai kandila pun macam atu jua gayanya.

Inda usah jaulah ngambil contoh perbedzaan dilek (uja bunyi nyabut); kala-kala uang Ulu Sipitang atu lain gayanya nyabut dibanding uang Kg Pantaiuntuk haati yang sama (misalnya "naada" membawa erti "inda ada"). Apa tah lagi mun kadayan dai sebalah Sarawak, banaa uja sdr. Fouzay tu banyak ngunakan "k" dihujungnya mun melihat tulisan email basia. Aku pun ingau mbaca.Perkataan yang ku maksudkan seperti juak, indak, hajik, tahuk etc.

Satu lagi yang lain perkatan yg ku petik dari surat sdr Fouzay ialah "udah" ; mun kami sini lebeh selesa dikatakan "sudah"

Yang kedua aku mahu bubuh (tambah) ialah perkataan "anik" membawa erti "kecil" tapi jaan lupa "anik" inda sama (not excatly) macam "damit" walau pun kedua-duanya generally ertinya "kecil" Pendapatku "anik" digunakan bila bilangan benda atu banyak (yg kecil-kecil) sementara "damit" digunakan kpd benda yang juga kecil tapi mungkin satu atau dua saja bilangannya.

Yeah memang terdapat juga perkatan yang sama bunyinya dalam perkataan tapi membawa haati yang berlainan misalnya, perkatan 'basia"......cuba perhatikan ayat berikut ani:

"baii basia kaang lauk tu"

ini boleh membawa dua makna; 

1. simpan garam kepada ikan itu

2. kasih diaorang ikan itu 

Jadi konklusi nya tutuan kadayan ani complicated........atu belum lagi yang nyindir-nyindir tu misalnya: "abus hayam" inda sama dengan "hayam baabus" 
Komen tia mun inda ngam ujangku atu.

Atu saja dahulu.

Arkin Hj Garai


Surat 2

Untuk pengetahuan kedayan Sarawak....

Kami kedayan di Sabah (terutamanya orang Sipitang) tidak menggunakan seolah-olah huruf (k) dihujung sebutan untuk perkataan seperti TAHU, ANI, BAHAU dll kecuali ia benar-benar bunyi 'k' seperti ANIK (kecil).

Oleh yang demikian kami tidak memerlukan tanda huruf untuk membezakan maksud tulisan.

Jampili Tuyan

KOL-Group
END

Sengketa Dayak- Madura di Kalimantan

7 April, K.Kinabalu; KOL telah menerima berita dan gambar gambar yang menarik mengenai sengketa yang berlaku di Palangkarya dan Sampit untuk tatapan para pembaca.

Beberapa gambar dikirim kepada KOL , bukan bertujuan menyebarkan kabar angin yang tidak baik, sekadar memaklumkan kepada pembaca mengenai keadaaan yang berlaku di sana. Juga sebagai iktibar kepada kita supaya tragedi seperti ini tidak berlaku di sini.

Beriktu ialah cerita dan gambar yang disebutkan










Cerita 1

uang dayak anik asal uang borneo....macam iban,bidayuh dan orang ula saawak, sama juak macam dusun, murut di sabah atuk.

madura anik pendatang daik Madura, di hantar oleh kerajaan Indonesia untuk mengurangkan kepadatan penduduk di sana dan di tauhnya di Kalimantan, basiak anik beragama Islam, rajin bekerja dan menjadi orang mewah di Kalimtantan sehingga mengunggat dan "mengaimbuankan" uang Dayak. Mun sudah kaimbuan macam-macam hal boleh terjadi, yang bisai pun bidak, yang luus pun salah.....akibatnya timbul konflik etnik, sudah dua kali tercetus dan ini kali ke dua, dengar khabar anak uang dayak terlanggar lori oleh uang madura, hantap bana tuk...yang damit jadi basa....barangkali adak hasutan pihak tertentu.

tapi, harus dingat juak...uang Madura anik bangsa yang EGO dan keras kepala 

aik lain lagik
akuk ada caita bana mengenai kedayan sibuti lawan bugis dan madura

Yunus Hj Taib

P2220024.jpg (39938 bytes) P2220025.jpg (46083 bytes) P2220026.jpg (44241 bytes) P2220027.jpg (52120 bytes) P2220028.jpg (42102 bytes) P2220029.jpg (45501 bytes) P2220030.jpg (45115 bytes) P2220031.jpg (17999 bytes)

(gambar gambar kiriman sdr Foudzay Adis)

Cerita 2

bah....hantap bana kan tahukmuk yah...
macam anik....
bianik (1980an), di CDC(Miri)adak uang handal Bugis, guru silat, indak masuk ditatak...kabal jinyak .Guru silat anik suka ngacau binik dangan. Uang lain samuha takut, indak baanik.Suatu sambat,jam 5 pagi....iak duduk kan binik uang kedayan (damaknya rahsia).Jadi uang kedayan anik maah kan biniknya, terjadilah pergelutan dan cabar mencabar,Guru silat anik angkuh dan takbur....indak masuk ditatak dan iak ada pisau belatik. Tapi kuasa Tuhan.....hamba Allah KEDAYAN hanya menggunakan "maang penabas" dan akhirnya bugis atuk matik di tatak...PUTUS PAUT BALINGKAnya....uang kedayan anik taus ke balai polis dan apabila disiasat iak pun manang. Kaang anik samuha uang bugis di CDC(Miri) takut kan uang kedayan.

kisah benar

Yunus hj Taib

KOL

END

Edaran Habaa KEDAYAN Isu 4 dan Isu 5 terlewat

07 April, K.Kinabalu; Setiausaha Penerangan KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek mengumumkan perkara ini di dalam kenyataan akhbarnya kepada KOL pada hari ini.

Menurut beliau, kelewatan ini adalah berkaitan dengan percetakan Habaa KEDAYAN untuk kedua dua isu berkenaan akan dilakukan oleh Syarikat percetakan luar. Kaedah ini juga akan digunakan untuk semua isu Habaa KEDAYAN yang akan datang, untuk menjamin mutu naskah yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli ahli dan pelanggan Habaa KEDAYAN secara bulanan boleh bersabar menunggu Habaa KEDAYAN dengan wajah yang lebih menarik dan bermutu. Kedua dua isu berkenaan akan diterbitkan pada hujung bulan ini.

KOL

End.

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

KEDAYAN berpolitik?

07 Apr,Kota Kinabalu: Persatuan Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai kumpulan dan  ahli-ahli politik tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum Kedayan.

Isu yang dikemukaan ialah mengenai pandangan  KEDAYAN adakah  terlibat dalam menentukan sesiapa yang akan menduduki AJK bahagian UMNO Sipitang untuk pemilihan tahun ini.

Presiden KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata:

“KEDAYAN tidak mengambil peranan apa-apa dalam parti politik bukan keutamaan persatuan, walaupun terdapat ada cawangan persatuan ini dipengerusikan oleh orang yang sama yang juga selaku pengerusi cawangan UMNO atau parti politik yang lain namun saya lihat selama ini mereka boleh memainkan peranan yang berlainan, seperti kepentingan KEDAYAN ialah untuk kebajikan kaum Kedayan.

Kepentingan persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan dari parti politik mana, inilah  misi utama persatuan ” sambung beliau.

“Namun begitu  kita tidak menyekat ahli-ahli atau AJK KEDAYAN yang terlibat, malah kita bantu secara professional, nesihat dan latihan supaya menjadi seorang pemimpin yang bermutu  tinggi dan ever ready to move in bila-bila diperlukan.

Ketika ini persatuan sudah mempunyai pakar dalam berbagai bidang dan sudah agak consolidate diharapkan pengamaskinian pentadbiran dan pengurusan KEDAYAN yang sedang dibuat ini selesaikan dalam sebulan dua dimana, sistem baru pentadbiran dan pengurusan dapat di implementasikan” tambah beliau.

Tinjaun KOL ke kampung-kampung Kedayan baru-baru ini terdapat satu ‘euphoria’ atau semengat baru tentang kehadiran KEDAYAN masyarakat kampung dengan tidak banyak cerita selepas mendengar penerangan wakil persatuan  untuk mengisi borang dengan bayaran yuran sekali dan ini pertunjuk yang baik dan merangsangkan yang belum pernah berlaku.

“KEDAYAN akan membuat sesuatu yang monumental  dalam panggal ini walaupun persatuan ini cuma dirasmikan dibulan Julai yang lalu yang membolehkan kan saya memain kan peranan untuk memimpin” kata Presiden.

 KOL

 End.

Monday, March 19, 2001

Perjumpaan KEDAYAN Kg Inuman berlangsung dengan jayanya

19 Mac, Beaufort; KEDAYAN telah menganjurkan perjumaan dengan Cawangan Kg Inuman , kira kira 15 KM dari sini. 

Perjumpaan itu bertujuan untuk merasmikan cawangan berkenaan disamping menerima kemasukan kira kira 57 orang ahli baru KEDAYAN.



Menurut Sdr Presiden, sambutan penduduk kampung ini adalah diluar dugaan dan berharap KEDAYAN di cawangan ini boleh memulakan operasi dengan teratur , memandangkan banyak perkara perkara terutama kebajikan masyarakat di kampung ini masih memerlukan pembelaan sewajarnya dari pihak pihak yang berkenaan.

Kg Inuman fo r Yahoo group.JPG (73498 bytes)   

KOL

END

Wednesday, March 7, 2001

Motto KOL diubah

7 Mac , Kota Kinabalu; Kami banyak naima email bapadah nyuuh nukaa motto KOL "kenali visi kedayan alaf baru" tu kepada yang lain. Sababnya, uja basia biaa tia dibuat jadi kedayan tutuannya.Jadi buat masa ani kami tukaa jadi " bapukung kita daii lubuk daii antau". Tapi KOL kakal tabuka mun ada pandapat yang labih baik daii ani. Cuba buat cadangan aah kami mun ada, supaya dapat kita baii yang paling ngam.

Ada yang labih ngam kah ?

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Mana Baita pasal YB?

Engkek:

Sangal sudah ku malihat komen bacaita KOL baat subalah. Pasaanku dai mula mula KOL pun sudah ada caita macamani. Yang mbaii hayan tu, mun diminta aah yang ngomen tu inda pulang ada. Macam jua kami kan nyiarakan.

Kami bukan ada pemberita, repoter.

Atu tah yang kami guna responden. Mana yang diantat olih responden atu yang kami siarkan. Mun inda ada, inda ada lah. Responden tu mun kamu kan tahu haatinya, wakil bah tu. Wakil bah. Mun ada baita, cuba antat, kana siar kah inda. Mun kana siar haatinya inda baat subalah. Mun inda , baat tia ti, singit.

Sipalui:

Sudah tujuh bulan, mana ada baita, gambaa kah yang diantat olih uang uang YB kah, penyukung YB kah, YB sandii kah…

Antat bah, antat. Kami siar akan ni pree bah ni, paacuma.

Paacuma tu haatinya inda payah mbaii. Baapa lambaa saja mun ada. Mun inda cukup, luan banyak baita tu inda tamuat kita siwa lagi server lain (minta tulung laa ah YB sponsoo, bukan banyak tiga aatus labih satahun) Jaan batutuan nganya. Atau pasaanku sawang nganya umpun isu bah ni. Sawang, jadi langau bacaita inda tantu, ngacau dangan.

Mun inda ada kami taima sampai hujung bulan ani, tandanya andang tah uang yang batutuan tu yang singit, baat subalah, bukan KOL.

 KOL

 END

Respon Persatuan Kedayan Sabah kepada Whyme

7 Mac Kota Kinabalu; Berikut merupakan respon Sdr Arimi Sidek, Setiausaha Penerangan KEDAYAN kepada kenyataan Sdr Whyme di Boardroom KOL

Sdr Whyme,

Kalau benar seorang YB boleh KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah) lahirkan, itu adalah satu penghormatan yang tiada tolok bandingnya bagi kami. Frankly, it is an honor to us!

Tapi  sejak 10 tahun dan dua persatuan Kedayan tenggelam timbul di sabah, realitinya inda macam atu.

Mungkin ramai yang inda tahu, ani tah ku kan bapadah

Dr Yusof (sekarang Datuk) pernah berminat dengan SEDAYA (persatuan kedayan bumiputra sabah yang kini sudah berkubur) sebelum beliau menjadi Wakil Rakyat  pada tahun 1990.

En Sapawi Ahmad (sekarang pun Datuk) merupakan Timbalan Presiden [Penaja] KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah sekarang) juga sebelum jadi wakil rakyat.

Jadi dua persoalan yang timbul di sini

a) Adakah mereka menggunakan Persatuan persatuan Kedayan untuk mencapai tujuan politik mereka?

b) Adakah mereka naik di dalam arena politik kerana kedayan atau KEDAYAN?

Saya inda tahu jawapan yang pasti bagi soalan pertama. 

Tapi untuk soalan kedua jawapannya  ialah ya dan tidak.

Tetapi Perkara ini tidak pun pernah menjadi persoalan sebelum ini. Kenapa? Kerana memang KEDAYAN bukan satu persatuan yang aktif.  Kerana orang Kedayan memang liat untuk mengaktifkan persatuan mereka.

Sdr Whyme harus ingat

Jauh lebih senang untuk bergiat di dalam politik (terutama politik menyokong kerajaan) berbanding dengan melibatkan diri di dalam persatuan. Peruntukan ada, orang ada, penyokong sudah sedia, jentera parti juga ada. Yang penting bagi ahli politik ialah mencuba untuk mendapatkan tempat supaya dipilih menjadi calon di dalam pilihanraya.

Tapi kami, bergerak dari zero. Nil. Menggunakan wang sendiri, memujuk orang supaya menjadi ahli. Mengorbankan hari cuti, weekend untuk mengumpul ahli. Pencapaian kami yang tidak seberapa pula selalu dijadikan alasan oleh orang orang seperti saudara untuk mengatakan persatuan tidak berfaedah bla bla bla...

Soalnya semasa AGM lepas, orang politik yang hadir tidak mahu menerajui persatuan ini.

“Teknokrat” yang disebut sebut, yang handal kami jemput inda datang pulang, kecuali beberapa orang yang sudi menghantar surat menyatakan mereka ada komitmen lain.

Mun kamu takut persatuan dijadikan alat politik, ngapa jua inda jadi ahli, batanding jadi presiden?

Last sekali,

Cukuplah tu. Mun inda pandai manaii, dausah dipadahakan lantai tinggi andah. 10 tahun sudah ku tuut tuutan aah pasatuan ni. Samangat nganya yang tinggal. Kala kala tinggi, kala kala andah. Mun kamu kan tuut tuut, mun inda, banyak lagi jalama yang kan tuut.

Atu tah sababnya kami ubah sasaran ka kampung. Baik pulang bacaita jan oang kampung, tuut ngail, tuut baraya...


 KOL

 END

Kedayan dikit inda pandai bapakat

7 Mac, Kota kinabalu;  KOL menerima lagi satu pendapat lain dari seorang pengunjung. Pendapat beliau berbunyi begini

Time: Sun, 04-Mar-2001 00:44:54 GMT     IP: 203.106.182.174

:atu tah kadayan... dikit ngaya kita tapi inda pandai bapakat. ba pasatuan nuut dangan tapi inda pandai sama macam pastuan bangsa lain. banyak jamu sudah teknokrat kadayan di sabah ani. 

tapi teknokrat kadayan tu inda ya mau join pasatuan kadayan.... nda olah nya nih, ba pasatuan pun kan kapantingan politik tah, kan jadi YB tah matlamat nya....inda pulang baik tu. cuba tak guna akan pasatuan tu untuk kabaikan bangsa ukan kah baik cam atu.

lihat di brunei... sipun kadayan tu dikit tapi menteri panuh amai kadayan, timbalan menteri pendidikan kadayan... di sabah apa... kan bakalahi tah nganya. mbuat website baat sabalah... jan cam atu atu nih. cua tah kita sama-sama bapakat... majuakan kadayan.

WHYME

END

CAITA KUYUK KESAYANGAN

Members,

Ani caaita banaa... biani bukannya mulanya!

.....sahaii atu biani (once upon a time).... ada sawang pambuu (deer hunter) jaan kuyuk nya mbuu payau kaimba. 

Sakatika dlm. imba basia ta caaii....nasib baik kuyuk atu nyalak. Si pambuu nuutkan kaah bunyi salak kuyuknya sampailah ia batamu limbauuh sungai. 

Salak kuyuknya inda ada lagi tapi sakali dilihatnya di limbauuh sungai atu buinih-buinih aing..... jaan paasaan kan tahu apa yang buinih-buinih atu ia baanti utk nyiasat....

alangkah takajutnya sakali tahu kuyuknya timbul daii aing
mbawa (mangigit dimulutnya) saekong lauk KALI SUNGKU hidup hidup! (Eeh lamhatinya bukannya inda okey kuyuknya ani.....payah ni nangkap kali nin mun di aing. Tapi yang sadihnya bukan pulang luih payau tapi kali sungku)

Macam mana pun daii sahaii atu kuyuk atu menjadi kasayangannya. 

Ada jua uang ani batanya aah ku mun jabatan haiwan ngadakan pertandingan 

'Sporting Dog' macam di naagi uang putih.....tapi ujaku inda ada...alum!

Jadi caaita ani abis tia macam atu nganya.......inda ta uji bakatnya.

Kuyuk atu kaang ani inda ada lagi. (mangkali maasaii sudah kamu tadangaa pakah caaita ani)

arkin



Lagi caita Kuyuk

aik mulanyak (bianik) uang kedayan anik amai yang bahidupan kuyuk...macam uang asli juak bah.

ingat juak ku lagi, kuyuk ninik... pandai hantap nipu ambuk...... anik caita bana nik.... kuyuk anik sipalang dama nya, iak pandai pua-pua kapisan, ambuk hagak amai-amai.... bah abis ambuk bekuliaan ulihnya. atuk saja caita mengenai kuyuk ninik di sibuti mulanyak... kaang anik galik hantap kan kuyuk.

gani



KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kisah Seorang Muallaf (Islamnya seorang Pendeta)

KOL kali ini mengutarakan kisah seorang muallaf yang masuk Islam. 

Cerita beliau (seorang Dayak) tiada kaitan dengan orang Kedayan, (Tetapi Kedayan kan orang Islam) untuk menjadi teladan dan iktibar kepada kita semua. 

"Bismillahrihamanirrahim,Assalamu 'alaikum Wr. Wb.

Preface :
=======
Cerita dibawah ini diambil dari salah sebuah buku saku berjudulkan "Ayat-ayat penggugah Iman" terbitan PT Remaja Rosdakarya Bandung oleh Abdurrahman Arroisi yang menceritakan mengenai kisah orang-orang non-muslim yang pada akhirnya karena kesadaran dan berkah Hidayah dari ALlah beralih memeluk agama Islam.

Cerita ini Saya hadirkan disini selain untuk mengatasi "kejenuhan" dari perdebatan masalah Syiah yang sepertinya tidak kunjung selesai, juga untuk menambah tebalnya iman kita semuanya (termasuk saya sendiri) agar tetap berkeyakinan bahwa Islam is the right one !!! dan mampu menghargai Islam secara lebih tinggi lagi serta mampu mengambil hikmah dan pelajaran dari cerita tersebut.

Setahu saya, posting-posting semacam ini sangat jarang kita jumpai di is-lam@, Dan semoga pula dengan hadirnya cerita ini, akan membuat rekan-rekan kita yang juga sebagai seorang Muallaf dan anggota is-lam@ dapat berbagi cerita dengan kita semua, kenapa hingga ia masuk dan memilih Islam menjadi agamanya.


**************

NAMA SAYA ISELYUS UDA; ISTRI SAYA MARIA JUANA.

LIMA BELAS TAHUN SAYA MENJADI PENGINJIL DIKALIMANTAN TENGAH SAMPAI AKHIRNYA SAYA BERTEMU DENGAN SEORANG LAKI-LAKI DALAM MIMPI.

BENARKAH IA RASUL YANG TERPUJI ?

Tidak pernah terbayang saya akan bisa menginjakkan kaki dinegeri yang dirindukan Umat Islam itu. Bahkan tak pernah terpikir saya akan memeluk agama yang tadinya saya benci itu. Sebab, sejak kecil saya dan istri saya biasa hidup dilingkungan adat yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Memang, didalam masyarakat Dayak terdapat beberapa anak suku, yaitu Kenyah, Iban, Kayan, Bahau dan sejumlah kelompok kecil yang tersebar hampir diseluruh Kalimantan termasuk Sabah dan Serawak diwilayah Malaysia Timur.

Namun akar budaya dan kepercayaan kami snyaris tidak berbeda. Dulu suku Dayak dikenal sebagai pengayau tengkorak manusia. Cerita itu bukan dongeng semata. Memburu kepala musuh, baik sesama suku Dayak maupun suku lain, merupakan pilar utama budaya dan kepercayaan kami lantaran kepala yang baru dipenggal sangat penting bagi terciptanya kesejahteraan seisi kampung, sementara tengkorak lama makin luntur kekuatan magisnya. 

Untuk itu dibutuhkan perburuan terus menerus yang menyebabkan sering terjadinya peperangan, baik antar suku ataupun dengan masyarakat luar.


Jasa Penginjil

**************

Sebetulnya agama Islam sudah tersiar dari Tanah Jawa sejak abad ke-15, terutama di Kutai dalam wilayah kerajaan Hindu Mulawarman yang kini termasuk Provinsi Kalimantan Timur. 

Namun masyarakat Dayak tidak tertarik untuk menganut agama Islam karena kami dilarang berternak babi atau berburu celeng dan memakan dagingnya. Islam juga tidak membolehkan umatnya memelihara anjing. Padahal, babi dan anjing sudah menyatu dengan kehidupan kami dan tidak mungkin terpisahkan dari upacara adat dan ritus-ritus nenek moyang.

Tak seorang pun penganjur Islam yang pernah memberi tahu bahwa ada keringanan-keringanan yang tidak terlalu keras menajiskan anjing dan babi, serta tidak terlalu memaksa seseorang yang baru membaca syahadat agar segera dikhitan. Seakan-akan keringanan itu sengaja disembunyikan.

Yang kami ketahui, kalau memeluk agama Islam kami harus berpisah dari adat-istiadat dan kebiasaan lama. Sedikit saja menyimpang dan tetap melaksanakan tradisi para orang tua, kabarnya kami akan dituduh musryik dan wajib masuk neraka (?!? - pen).

Bukankah itu sungguh menyakitkan dan mengerikan?

Berbeda dengak sikap para penginjil, baik dari kalangan agama Katolik maupun Protestan. Sesudah Perang Dunia berakhir mereka datang berduyun-duyun membawa hadiah, ilmu dan pengetahuan baru yang dapat mengubah cara hidup kami tanpa mengharu biru adat istiadat dan upacara ritual nenek moyang.

Maka dari hari kehari lonceng-lonceng gereja makin membahana sampai kekawasan-kawasan terpencil. Perang antar suku tidak pernah terjadi lagi berkat jerih payah mereka. Kebiasaan mengayau kepala manusia sudah lama kami tinggalkan, juga agama asli. Dan hal itu terjadi tanpa memunahkan upacara adat yang oleh gereja tidak dilarang untuk dilakukan.

Sungguh mereka banyak berbuat untuk suku dayak, termasuk saya dan seluruh keluarga saya, yang sebagai pengikut Yesus dan Bunda Maria, segala kebutuhan hidup kami selalu dipenuhi. Oleh karena itu, untuk menanggung delapan orang anak dan seorang istri saya tidak pernah mengeluh walaupun selama lima belas tahun saya sepenuhnya hanya mengabdi kepada agama Katolik selaku penginjil.

Sudah tak terhitung banyaknya penduduk yang dapat saya ajak masuk gereja. Apalagi sejak saya dianugerahi amanat memimpin umat Katolik didesa Bangkal oleh gereja Sampit.

Makin menggebu-gebu semangat saya untuk mengibarkan panji-panji sang juru selamat dan menegakkan palang salib diberbagai penjuru. Saya tanamkan iman Kristiani kepada masyarakat kecamatan Danau Sembuluh tanpa pandang bulu.

Malah cita-cita saya tidak saja menasranikan rakyat Sampit, ibu kota Kabupaten Kotawaringin timur, melainkan seluruh pelosok Provinsi Kalimantan Tengah.


Mimpi yang Menakjubkan (Bertemu dengan Nabi Muhammad Saw)

**************

Tiga tahun saya menerbangkan ayat-ayat Injil dimimbar gereja dan diberbagai persekutuan doa didesa bangkal dan desa-desa lainnya. Kemudian saya dipercayai pula untuk mengumandangkan misi gereja dikecamatan Cempaga sejak tahun 1978. 

Berkat kegigihan saya, hingga hampir segenap waktu saya tersita oleh kegiatan pelayanan rohani, saya berhasil mengajak umat dan berbagai pihak untuk bersama-sama membangun gereja yang besarnya lumayan, lengkap dengan asramanya.
Dua tahun saya mengucurkan keringat, memeras tenaga dan pikiran demi kejayaan agama Katolik melalui gereja yang saya dirikan itu. Sungguh bangga hati saya, sungguh mantap kaki saya. Namun dibalik kepuasan batin itu ada sesuatu yang terngiang-ngiang jauh didasar sanubari saya.

Entah mengapa dan dari mana datangnya tuntutan itu tidak pernah terungkap sama sekali, yaitu tanda tanya yang tak mampu saya menjawabnya meskipun telah saya gali lewat firman-firman suci.

Apakah betul yang saya tempuh berasal dari Tuhan ?

Tidak kelirukah saya menyerahkan diri bulat-bulat dalam keyakinan itu ?

Kebimbangan tersebut betul-betul sangat menyiksa hidup saya dan senantiasa mengusik ketentraman batin saya. Seolah-olah ada sebuah lubang pada diri saya yang tidak mampu saya tutupi, malah saya rasa makin lama makin dalam dan lebar.

"Ya Tuhan, kalau Engkau Maha Kuasa dan Maha Penyayang, tunjukkanlah kebenaran yang sempurna," demikian ratap saya tiap malam tatkala suasana sedang lengang dan kesunyian sedang mencekam sambil saya genggam rosario (kalung salib-pen) erat-erat.

Saya menggapai-gapai bagaikan hampir tenggelam ditengah-tengah samudera kehampaan. Saya berteriak nyaring ditengah gurun kesunyian. Saya merasa ditinggalkan sendirian dalam sebuah lorong gelap dan pengap setelah seberkas cahaya yang tadinya saya jadikan pedoman kian suram dan hampir padam. Saya merindukan sinar terang yang tidak menipu saya dengan bercak-bercak fatamorgana. Saya mendambakan jalan lurus menuju haribaan Tuhan yang Sejati dan Hakiki.

Tiba-tiba, pada suatu malam menjelang akhir Oktober 1980, ketika kesibukan untuk mengabarkan Injil dan menawarkan kerajaan surga tengah mencapai puncaknya, saya didatangi mimpi yang sangat aneh.

Seorang lelaki berjenggot rapi mengunjungi saya antara tidur dan jaga.

Pundak saya ditepuk dan tangan kanan saya ditariknya, Saya menoleh.

Betapa takjub saya melihat sosok manusia yang begitu tampan dalam usia bayanya. 

Berpakaian serba putih dengan rambut berombak tertutup selembar kain halus yang juga berwarna putih, Ia tampak sangat agung dan anggun.

Saya merasa damai oleh sentuhan pandang dan senyumnya.

Dituntunnya saya menjelajahi hamparan tanah yang tandus menuju sebuah gurun pasir yang luas dan gersang. Anehnya, meskipun matahari terik membakar, saya justru terlena oleh kesejukan yang indah dan menawan.

Seolah gumpalan awan besar menaungi kami berdua.

Ketika tiba ditempat tujuan, entah dimana saya tidak tahu, ia mempersilahkan saya masuk kesuatu kawasan yang asing dan sakral.

Saya lihat ribuan manusia berselimut putih-putih bergerak bak busa ombak mengelilingi sebuah bangunan hitam berbentuk kubus menjulang keatas membelah langit sambil berlari-lari kecil.

Diantara mereka ada yang sedang bersujud dengan khusuk, banyak pula yang berebutan mengecup batu hitam kebiruan yang menempel di dinding kubus itu. begitu saya datang, kerumunan manusia tadi menyibakkan diri dan memberikan kesempatan kepada saya untuk memeluk dan mencium batu berkilat itu sepuas hati. Amboi, alangkah harumnya, alangkah tenteramnya.

Setelah itu Ia mengarak saya bersama gemawan ketempat lain yang pemandangannya amat berbeda, tetapi suasanannya sama, penuh keagungan.

Saya bertanya, "Bangunan apa yang teduh ini ?"

Ia menjawab, "Ini yang dinamakan Masjid Nabawi."

Sebagai penginjil saya pernah mengenal istilah itu, sebab mempelajari agama-agama lain adalah modal untuk membeberkan kebenaran kami dan membongkar kelemahan mereka. 

Oleh karena itu saya terkejut. mengapa saya dibawa kemari ?

"Gundukan tanah yang ditengah itu untuk apa ?" kembali saya bertanya.

"Itu makam Nabi Muhammad," sahutnya.

Mendengar penjelasan itu saya pun makin kaget.

Nabi Muhammad adalah pembawa ajaran Islam. Ada hubungan apa dengan saya sampai diajaknya saya berziarah kesini ?

Meski beribu kebingungan menyemak dihati saya dan berbagai tanda tanya merimbun dibenak saya, sekonyong-konyong, tanpa dimintanya saya bersimpuh didepan kuburan yang sederhana itu.

Air mata saya menetes. Saya terharu walau pun tidak tahu mengapa bisa terharu. Saya cuma membayangkan betapa mulianya pemimpin kaum Muslimin itu yang pengikutnya ratusan juta orang, tetapi makamnya begitu bersahaja, yang ajarannya ditaati umatnya, namun kematiannya tidak boleh diratapi. Saya terpana sangat lama sehingga tatkala saya sadar kembali, lelaki yang mengantar saya tadi telah menghilang kedalam kuburan itu.


Panggilan Hati

**************

Saya ceritakan mimpi saya kepada istri dan anak-anak saya. Mereka terkesima. Istri saya berkaca-kaca; saya tidak mengerti apa sebabnya.

Barulah pada malam harinya, ketika kami cuma berdua, ia berkata :

"Saya yakin itu bukan sekadar mimpi. Itu panggilan. Dan kita berdosa kepada Tuhan apabila tidak mau mendatangi panggilan-Nya."

"Maksudmu ?" saya tidak paham akan maksud istri saya.

"Kita tanya kepada orang yang ahli agama Islam. Siapakah lelaki baya yang mengajak Abang itu. Dan bagaimana makna mimpi itu. Kalau memang benar merupakan panggilan Tuhan, berarti kita harus masuk Islam," jawab istri saya tanpa ragu-ragu.

Sayalah yang justru dilanda kebimbangan, terombang-ambing dalam iman Kristiani yang makin goyah. Apalagi tiap kali teringat akan salah satu surah Al-Quran yang pernah saya pelajari bahwa :

Tuhanmu adalah Allah Yang Maha Tunggal,

Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan ...
Saya ingin lari menghindari dengungan batin itu. Namun keyakinan saya tak cukup kuat untuk menahan deburan ayat-ayat itu.

Untungnya pada tahun 1983 gereja Sampit memindahkan saya ke Medan, tugas saya kedesa Resettlement untuk mengobarkan semangat Injil pada masyarakat setempat.

Saya terima tugas itu dengan setengah hati sebab semangat Injil saya sendiri sedang meluntur ketitik paling rawan.

Anehnya, saya merasa bahagia menerima keadaan itu, lebih-lebih ucapan istri saya yang tak pernah lenyap dari pendengaran saya.

"Kalau mimpi itu merupakan panggilan Tuhan, kita berdosa jika tidak mendatangi-Nya. Kita harus masuk Islam."

Akhirnya, pada awal Maret 1990 saya sekeluarga mengunjungi Kantor Urusan Agama Kecamatan Mentawa Baru ketapang, sesudah lebih dulu mendapat penjelasan dari seseorang yang saya percayai memiliki pengetahuan mendalam tentang agama islam.

Ia mengatakan bahwa lelaki dalam mimpi saya adalah Nabi Muhammad.

Diterangkannya lebih lanjut bahwa tidak semua orang, termasuk kaum Muslimin, bisa memperoleh kehormatan bertemu dengan Nabi dalam mimpi.

Dia meyakinkan saya bahwa mimpi itu bukan dusta, bukan kembang tidur, sebab Iblis pun tak sanggup menyerupai Nabi walaupun ia bisa menyamar sebagai Malaikat.

Itulah yang kian memantapkan tekad saya sekeluarga untuk memeluk ajaran Islam. maka dengan bimbingan Mahali, B.A. Kami mengucapkan dua kalimah syahadat disaksikan oleh para pendahulu kami, Arkenus Rembang dan Budiman Rahim, dari Kantor Departemen Agama Sampit.

Nama saya, Iselyus Uda, diganti dengan Muhammad Taufik; istri saya menjadi Siti Khadijah. Begitu pula kedelapan anak saya yang memperoleh nama baru yang diambilkan dari Al-Quran.
Sepulang dari upacara persaksian itu dada saya terasa sangat lapang dan dunia makin benderang. 

Tengah malam saya mengangkat kedua tangan dan menggumam :
"Ya Tuhan, terpujilah nama-Mu telah datang kerajaan-Mu. Syukur kepada-Mu, Ya Allah, untuk anugerah kebenaran ini."


Menebus Mimpi

**************

Sejak hari paling bahagia itu saya mulai berangan-angan kapankah pemandangan dalam mimpi saya dulu itu bisa terwujud. Saya merindukan Tanah Suci tempat kelahiran Nabi dan tempat Jenazahnya dimakamkan, yaitu Mekkah dan Madinah.

Kecuali dengan Kuasa Allah, rasanya mustahil terlaksana mengingat kemampuan ekonomi saya tidak secerah semasa menjadi penginjil.

Akan tetapi saya tidak mengeluh. Memang disegi materi terjadi penurunan, tetapi disegi yang lain kehidupan kami bertambah makmur dan sejahtera.

Kekurangan kami sedikit kami anggap biasa, itulah ujian iman. Sebab ternyata materi bukan segala-galanya. Yang penting, anak-anak dapat melanjutkan pendidikan mereka dan kebutuhan sehari-hari kami tercukupi.Adapun hidup berlebihan bukan tujuan utama. Buat kami sudah puas dengan kaya dihati dan rezeki yang halal.

Saya tidak tahu apakah keikhlasan itu diterima Tuhan, ataukah lantaran sudah tertulis didalam Takdir-Nya bahwa saya sekeluarga harus menjadi Muslim dan Muslimat yang kuat.

Peristiwa yang terjadi dua pekan setelah kami masuk Islam membuat saya makin bersyukur kepada Allah, yaitu ketika Kakandepag Kotawaringin Timur, Drs. H. Wahyudi A. ghani, bertamu kerumah saya di No.19 Desa Resettlement.

Ia tidak hanya bertandang, tetapi mengantarkan tebusan mimpi. Ia mengabarkan bahwa Menteri Agama, H. Munawir Syadzali, M.A. menaruh simpati kepada saya dan berkenan memberangkatkan kami suami istri untuk menjalani ibadah Umrah.

MasyaAllah, alangkah akbarnya Engaku, alangkah luasnya kasih sayang Engkau. Sungguh saya tidak mampu menggoreskan pena atau menggerakkan lidah guna menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan saya.

Tidak bisa lain yang menggugah hati Menteri Agama, seorang petinggi negara diantara 170 juta lebih bangsa Indonesia, pasti Allah yang Maha Kuasa. Tanpa kehendak-Nya mana mungkin perhatiannya terlintas kepada seorang warga desa terpencil di Kalimantan Tengah ini, padahal kegiatannya selaku menteri tidak kepalang sibuknya.

Saya dan istri langsung melakukan sujud syukur walaupun kepergian kami tertunda beberapa bulan. Sedianya kami akan diberangkatkan pada Juli 1990; namun karena terhalang oleh musibah Mina, terpaksa diundur ke bulan Januari 1991.

Akhirnya kami kesampaian mewujudkan pemandangan dalam mimpi dengan melaksanakan tawaf mengelilingi Ka'bah, menunaikan sai antara Shafa dan Marwah, serta berziarah kemakam Rasulullah Saw. Dikaki Tuhan, ditengah dekapan Tanah Haram ,kami memohon agar diberi kekuatan dan kenikmatan iman dalam Islam. Juga kami meminta supaya Tuhan menunjuk kami untuk menyebarkan janji-janji-Nya.

Agaknya doa kami ditempat-tempat mustajab di Mekkah dan Madinah mulai dikabulkan-Nya. Buktinya, setiba kembali dari Tanah Suci ada seorang hartawan yang tidak ingin disebut namanya, mewakafkan sebidang tanah kepada saya.

Luasnya lebih dari cukup untuk mendirikan madrasah dan sarana-sarana pendidikan lainnya. Saya berniat menghabiskan sisa umur saya untuk membayar dosa-dosa pada masa silam tatkala lima belas tahun lamanya saya bekerja keras memurtadkan umat Islam dan merayu semua orang agar mengikuti keyakinan saya kala itu. Mudah-mudahan saya mampu menerapkan pengetahuan dan pengalaman saya bagi kejayaan agama yang baru saya peluk secara resmi dalam setahun ini (pada saat cerita ini diceritakan pertama kalinya-pen).

Semoga ALlah menerima tobat saya dan memudahkan jalan bagi saya, juga istri dan anak-anak saya, untuk mematuhi segala perintah-Nya dan menghindari semua larangan-Nya."

Petikan dari Internet,

KOL

END

Sunday, March 4, 2001

Perjumpaan Aidil Adha IKBAL

4 Mac, Limbang; Persatuan Anak Islam Limbang (IKBAL) merancang untuk mengadakan majlis seperti berikut:

Esok ada Majilis Ramah Tamah Aidil Adha untuk Persatuan Anak Islam Bahagian Limbang (IKBAL).

   Tempat : Dewan Bahasa Dan Pustaka
                 Petra Jaya

   Waktu : 11:00 Pagi

Semua kaum kerabat dari Limbang dan Lawas yang berada di Kuching dijemput hadir untuk sama-sama beramah-mesra pada majlis tersebut. YB Datuk Awang Tengah akan turut sama menghadiri majlis tersebut.

Sekian Harap Maklum.

END

Tn Hj Bagol Telah pulih

4 Mac, Beaufort; Tn Hj Bagol Hj. Bujang, Pen. Bendahari KEDAYAN dilaporkan telah kembali dari IJN, mengikut sumber KEDAYAN pada hari ini. 

KOL turut merakamkan perasaan sukacita dan berharap beliau sembuh sepenuhnya dan terus bersama sama kita di dalam perjuangan persatuan. 

Beliau juga sempat mengirimkan email ringkas untuk tatapan kita semua:


>Apa habarnya ... doaku mudahan sihat dan diberkati....

>Aku masa ani sudah beransur baik jua ani...

>Mohon maaf tidak dapat bersama sama selama ani

>mun sudah ku sihat nanti boleh jua tu.......

Hj Bagol Hj Bujang


KOL

End

Sunday, February 25, 2001

KEDAYAN Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama AJK Pusat

25 Feb, Beaufort; KEDAYAN cawangan Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama presiden pada hari ini di lingkungan, kira kira 30 KM dari pekan Beaufort.

Di dalam majlis berkenaan, pengerusi penganjur, En Ag Basar Aman menyatakan harapan supaya KEDAYAN akan terus aktif dan berkembang menjadi organisasi yang disegani di dalam hal ehwal orang orang Kedayan.

Sdr Amde di dalam kenyataan balasnya menyatakan soal pembangunan KEDAYAN dan Kedayan adalah tenggungjawab bersama dan bukannya terletak di atas bahu AJK Pusat semata mata. Beliau melahirkan rasa terharu kepada kesungguhan penduduk kampung Lingkungan kerana telah berjaya mengumpulkan 150 permohonan di dalam satu hari, satu catatan sejarah di sepanjang penubuhan KEDAYAN.

Di majlis berkenaan beliau melancarkan Tabung Kebajikan KEDAYAN Kg Lingkungan.

KOL

End

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...