Showing posts with label Jampili Tuyan. Show all posts
Showing posts with label Jampili Tuyan. Show all posts

Saturday, April 7, 2001

Lagi Perbincangan Mengenai Standard Ejaan Kedayan

7 April, K.Kinabalu; Isu ini dibincangkan secara berterusan oleh pembaca KOL. Ramai juga yang menyuruh isu ini dihentikan, tetapi KOL berpendapat, selagi ada perbincangan, perkara ini patut diputuskan supaya aliran fikiran sebenar para pembaca boleh diketahui. Berikut ialah beberapa pendapat yang diutarakan.


Surat 1

Uja nyabut bahasa kadayan ani complicated......inda sama kadayan disana dan yang disini....banaa itu ujamu atu.

Dulu sudah aku sabut-sabut mengenai standard ejaan bahasa ani dan dibincang oleh Presiden Persatuan Kadayan sini (sila rujuk attach file) Aku cadang uang yang bagas-bagas atu buat penyelidikan (find a solution for this problem) join venture (Sabah, Sarawak, Labuan & Brunei) mun inda sampai kandila pun macam atu jua gayanya.

Inda usah jaulah ngambil contoh perbedzaan dilek (uja bunyi nyabut); kala-kala uang Ulu Sipitang atu lain gayanya nyabut dibanding uang Kg Pantaiuntuk haati yang sama (misalnya "naada" membawa erti "inda ada"). Apa tah lagi mun kadayan dai sebalah Sarawak, banaa uja sdr. Fouzay tu banyak ngunakan "k" dihujungnya mun melihat tulisan email basia. Aku pun ingau mbaca.Perkataan yang ku maksudkan seperti juak, indak, hajik, tahuk etc.

Satu lagi yang lain perkatan yg ku petik dari surat sdr Fouzay ialah "udah" ; mun kami sini lebeh selesa dikatakan "sudah"

Yang kedua aku mahu bubuh (tambah) ialah perkataan "anik" membawa erti "kecil" tapi jaan lupa "anik" inda sama (not excatly) macam "damit" walau pun kedua-duanya generally ertinya "kecil" Pendapatku "anik" digunakan bila bilangan benda atu banyak (yg kecil-kecil) sementara "damit" digunakan kpd benda yang juga kecil tapi mungkin satu atau dua saja bilangannya.

Yeah memang terdapat juga perkatan yang sama bunyinya dalam perkataan tapi membawa haati yang berlainan misalnya, perkatan 'basia"......cuba perhatikan ayat berikut ani:

"baii basia kaang lauk tu"

ini boleh membawa dua makna; 

1. simpan garam kepada ikan itu

2. kasih diaorang ikan itu 

Jadi konklusi nya tutuan kadayan ani complicated........atu belum lagi yang nyindir-nyindir tu misalnya: "abus hayam" inda sama dengan "hayam baabus" 
Komen tia mun inda ngam ujangku atu.

Atu saja dahulu.

Arkin Hj Garai


Surat 2

Untuk pengetahuan kedayan Sarawak....

Kami kedayan di Sabah (terutamanya orang Sipitang) tidak menggunakan seolah-olah huruf (k) dihujung sebutan untuk perkataan seperti TAHU, ANI, BAHAU dll kecuali ia benar-benar bunyi 'k' seperti ANIK (kecil).

Oleh yang demikian kami tidak memerlukan tanda huruf untuk membezakan maksud tulisan.

Jampili Tuyan

KOL-Group
END

Sunday, February 25, 2001

Jejak Kasih Di KOL

25 Feb, Kota Kinabalu; KOL menerima satu email yang agak unik dari seorang pembaca. KOL merasa bangga kerana ini satu petanda bahawa terdapat potensi yang belum dan boleh diterokai oleh anak anak Kedayan.

"Pasal bedudun ani... takanang taku kan wais kami di Sibuti. Namanya nini JUMAT (sudah meninggal) asalnya wang MESAPOL SIPITANG. Anaknya yang liau tahu HASSAN & KASSIM, ada lagi yang lain tapi inda kami tahu.

Umuku labih sudah 30 tahun, tapi indaku masai melihat anak cucu nini JUMAT ani. Ada anak cucunya pakah yang inda tahu asal bisia atu wang MESAPOL.

Lain jua caita..... bila kamu wang Sibuti takilala waisnya. Ada lagi gaan tanah imulah nini JUMAT ah liau...baik dituntut inda tahu tuju mbakan. Yang bana liaupun dapat mewais tu, tahun-tahun pun ia mbai cukainya, tapi liau inda ya guna...bukan anunya ujanya. Atutah suuh tia bisia tuntut, bedudun tah ke Mesapol.

Mangkali aimulah nini JUMAT belalih ke Sibuti atu labih sudah 60 tahun pakah. 

Ah... anak, cucu cicitnya... tinjau-tinjau tia asal kampung nini kamu ani. Kami inda tahu kampung kamu yang bana ... luas pakah Sibuti atu. 

Mesapol, ah kami ani dapat jua ditanyaakan ...

DUDUNI JUA PAADIAN YANG JAUH, JAAN YANG HAMPI NGANYA!

wassalam.

JAMPILI "

Teruskan dengan sumbangan anda supaya KOL akan terus hidup dan bertahan lama.

KOL

End

Saturday, November 11, 2000

Bot Mengangkut Babi Karam di Sipitang - part 2

Respon Sdr Jampili mengenai Mengapa Orang Sipitang inda berani makan ikan

Nyata dan jelas Pasar Ikan Pekan Sipitang lengang. Keyakinannya mungkin tepat jika ditanya penjual ikan di dalamnya mengenai pendapatan harian mereka sejak akhir-akhir ini berbanding sebelumnya. Moleknya delima ini untuk diselongkar.

Keinginan untuk mengetahui bayang-bayang yang menghantuai orang Sipitang, telah membawa saya bercerita panjang dengan orang Kastam Sipitang (yang juga saudara saya) untuk mengupas persoalan ini. Benar 'BABI' punca delima semua ini. Dimana sebuah bot yang membawa 'Daging Babi' telah karam di perairan Sipitang, sekitar laut Kuala Mengalong dan Marintaman(SFI).

Pamandu dan penumpang botnya terdampar sekitar Pantai Pasir Panjang (Taman Negara). Angin 'kabarnya' cukup kuat tiupan dan putarannya, seperti juga ribut dan gelombang yang mengaramkan bot membawa daging babi tersebut.

"Bisia di Kuala Mangalong talihat Baaii bejalanaan naik ke tambing daai laut, ada yang kapus-kapus......."

"Aauu... di Malintaman tunggang-tunggang baaii, takuuknya ba ampaian..."

"Di laut, aaa... ia tanganya timbul, bila kau kan malihat ... haga ta saja ke Pasi Panjan tu bah........."

"Lauk batungapan makaan baaii, lampuh tu bana..."

Antah apa lagi yang kamu dangga.. Tapi tiada persoalan timbul, berapa besar bot tersebut? Babi yang dibawanya, hidup atau daging? Berapa banyak babinya... Botnya tidaklah sebesar bot membawa sayur ke Brunai. 

Orang Kastam Sipitang melenting, 

"buktikan jika ada babi hidup atau seekor (seikung bulat)...kita tangkap"

Entah apa yang ditangkap?

Iktibarnya bukan cerita-cerita dan persoalan di atas puncanya, tetapi perkataan 'BABI' hantunya. Majoriti penduduk Sipitang adalah Islam, dan Babi adalah Haram bagi orang Islam. Tetapi ingat... Air Laut Sipitang masih sah digunakan untuk berwuduk.

Sebenarnya kita dikejutkan bila Babi diexport melalui Sipitang yang majoriti penduduknya Islam dan diimport oleh sebuah negara Islam yang  >berdaulat. Sebelum ini kita tidak tahu, walaupun ianya sudah beroperasi berpuluh tahun. Peristiwa ini jika dikupas, cukup banyak pengajarannya.

Maha Besar Allah atas segala-galanya.

Wassalam.

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...