Showing posts with label Biik-Biik. Show all posts
Showing posts with label Biik-Biik. Show all posts

Saturday, June 9, 2001

Orang Kedayan Mundur!

KOL mendapat emel seorang pembaca menyatakan pendapat beliau mengenai orang kedayan. Isi emel beliau adalah seperti berikut

Setelah ku tilik ku pandang pandang, taang banaa tah yang oang Kedayan ani inda pandai maju maju sampai kaangani. Dausah tah dibandingkan jan oang Kina, banding saja jan oang oang sabah yang lain, payah banaa kan timbul…tinggalam adalah. Ngapa yah?

 robust@mailcity.com

Berikut ini ialah jawapan KOL mengenai persoalan yang beliau kemukakan

Sdr robust,

Kedayan memang kelihatan mundur dibanding jan bangsa lain yang lebih maju, kita akui. Tapi di KOL kita inda kan alah macam atu nganya aah tanggapan yang semacamani. Mula mula sekali kita patut luaskan skop caita ani mun kan bana bana bacaita pasal kemajuan sama caita Kedayan. Aku cadangkan tah kita bacaita tambahan dahulu pasal dua tiga topik sama sama mun kan babincang

Topik yang ku cadangkan anitah, sama aku kan mencuba skeleton discussionnya, mana tahu ada yang kan nyambung lapas ani:

 1)   Apa tamadun?

 Jadi mun kan di ucapakan kita kuang maju, haatinya kita ani kuang batamadun bai tu….

 Ada kuang labih 15 tamadun yang paling basaa di dunia sampai kaangani. Ani yang banaanya, bukan ku badusta, tamaadun yang paling muda ani tia yang kaangani ani. Secara rasmi, tamadun kaangani ani kana ucap mula mulai daii French revolution pada 1793. Alum batah hantap kan, kuang labih 200 tahun yang sudah sampai kaangani. Pasaan kita, anitah yang paling modern. Tapi yang kita inda paham, bahau 200 tahun minyak di dunia kan abis sudah. Kayu balak kan abis, sama lapisan ozon sampai jadi balubang pasal tamadun ani.

 Ada lima ciri yang digunakan untuk ngukur satu satu tamadun iaitu

a)     Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan

b)    Kesusasteraan dan tulisan

c)     Agama

d)    Sistem politik

e)     Pencapaian teknologi

( mun salah maap tah, batah sudah ku inda sikulah ani)

Yang kita payah kan tahu jua, kita mungkin bukan yang paling modern…banyak misteri yang kita alum mampu mbuka. Contohnya oang Atzec dan oang Inca kuang labih 3,000 tahun yang lapas pandai mahaap batu macam  mahaap bawang. Gaya basia ngulah ngulah akan batu sama macam kita ngulah ngulah akan kayu kaangani. Bateri kana jumpai di Iraq umoonya lebih daii 3000 tahun, alum lagi dikia jan pyramid yang paling mbaii hijap daii segi kejuruteraan. Lampung masjid di Andalusia (Spain) dapat nyuluh dalam lingkungan 2 batu persegi mbaii balampung dangan ka masjid.

Jadi mun kan dicaitaakan dunia kaang ani aii ani tah yang paling baatamadun, yang paling canggih sebanaanya kita belum dapat mempastikannya di dalam konteks ketamadunan yang banaa. Yang kita buat sekarang ani ialah mendakwa, kita Cuma mendakwa sahaja bahawa kita lah yang paling baatamadun.

 Kedayan kuang maju?

 2)    Apa kemajuan?

Antaii kita manyimpang dikit pasal kita bacaita sepupu kemajuan iaitu tamadun. Ani kita bacaita pulang pasal kemajuan. Kuang labih tah tu jan tamadun. Oang kaangani pun kakal makai kriteria yang sama mun bacaita pasal tamadun. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun ialah basia yang mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan, Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi.

 Tapi tamadun, kemajuan kita kaangani taautama yang kita ada ai ani daii era French Revolution inda lagi original. Sahuma kita pinnjam samaada dai Oang Arab, Oang Yunani sama Oang India!. Yang njadikan kita labih maju dan baakembang ialah meupayaan kita untuk membaharui dan menokok tambah saja sehingga kita dapat sampai ke tahap sekarang ani.

Boleh faham?

 3)    Kefahaman pasal Oang Nusantara

 Nusantara adalah bumi yang makmur. Kita inda payah baasaing untuk hidup. Kemakmuran ngajaa kita bukan untuk baasaing, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Apabila zaman airbatu terakhir kia kia 10,000 (?- sori aaah lagaan ku ni jadi reference ku ida dapat ku sabut usai usai) tahun yang lalu, tiba tiba kemahiran membuat tembikar sebagai asas ketamadunan tersebar ke Australia, Amerika dan Eropah secara meluas dan tiba tiba, sebagai satu fenomena yang menakjubkan.

 Teori sebahagian ahli arkeologi ialah kerana kenaikan aras laut menenggelamkan bumi Nusantara sehingga menjadi gugusan pulau pulau dan penduduk yang terselamat terpaksa baapindah ke bahagian lain di muka bumi. Jadi kalau begitu pusat asas tamadun juga ialah bumi nusantara!

 Ptolemy menyatakan Semananjung Tanah Melayu ialah Semenanjung emas. Kisah Kalilah wal Daminah dan Kisah Pengembaraan Sinbad dikabarkan mendapat inspirasi dari keadaan bumi Nusantara…

Lebih dari itu bumi Nusantara tetap penting sejak zaman baazaman sebagai pusat persinggahan laut yang terkemuka. Apa masalahnya? Masalah yang paling utama ialah ia membantutkan kreativiti Oang Nusantara sandii. Semua bentuk Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi inda perlu lagi dicipta sandii tetapi diimpot dari oang luar ani sebab pertembungan budaya yang terjadi begitu meluas. Sanang kita kan Faham kan?  Kesusasteraan kita import dari India, Arab dan Yunani termasuklah tulisannya. Dulu liau liau moyang kita makai tulisan Sanskrit dan pali, lapas tu tulisan Arab dan sekarang roman. Agama kana import dai Hindu-budhha, Islam lapas tu Kristian…

Bukan setakat ngimport, kita Oang Nusantara membaikinya sama nyasuai akan dalam persekitaran tempatan.

Sabuting nganya yang tinggal. Kita inda banyak bangunan dan bidang kejuruteraan, tapi tetap ada, Angkor wat, Borobudhur? Ok lah, tetap kurang terutamanya yang dapat dibanggakan. Sebabnya kita banyak kayu dan keadaan iklim. Kayu senang dibuat rumah, dan iklim tropika menjadikan kayu adalah satu satunya bahan terbaik untuk digunakan sebagai rumah. Inda picaya? Cuba pulang kamu pajah akan suis utama karan di opis kamu yang lawa tu. Mun inda kapaa kapaa kahangatan inda ku picaya. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun di nusantara mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan yang terlalu tinggi inda begitu diperlukan. Hangat, mun hujan tanah pulang yang lumpo...

 4)       Kefahaman pasal oang Kina

Basia adalah oang yang basaing. Pada zaman Manchu, pedagang dan peniaga adalah oang yang paling rendah statusnya di negeri cina. Yang paling tinggi ialah petani. Sebabnya ialah basia dianggap oang yang inda nghasilkan apa apa, inda produktif. Keadaan hidup yang terlalu susah, makanan yang inda mencukupi, pemerintah yang menindas basia, iklim dan bencana alam yang melampau dan masalah kongsi gelap memaksa basia baausaha lebih, lebih keras baaganda ganda untuk hidup.

 Alternatif yang paling baik bagi basia ialah baahijrah ke negara luar, termasuklah ke bumi nusantara yang baatuah ini. Di sini basia terpaksa baausaha empat kali ganda lebih keras dari oang lain kerana, basia terpaksa menyara dii basia sendii, ngirimkan sebahagian pendapatan kepada keluarga yang kakal tinggal di Cina, membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap bagi menjamin kerukunan hidup dan membayar hutang perbelanjaan basia belayar dari Cina ke nusantara.

 Cucu cicit basia sekarang inda lagi merasakan keperitan ini. Malah basia bangga njadi rakyat Malaysia dan baajaya sekali dalam apa apa bidang yang diceburi. Tetapi semangat baausaha sudah ditanam jan kukuh di dalam dii basia dan basia dihormati, disegani dan kaya…

5)    Paham pasal Kedayan

Sila fahami oang Kedayan, hormati pegangan hidup basia. Kedayan tetap Kedayan. Macam jua Oang Nusantara yang lain, kita inda payah baasaing untuk hidup. Kedayan inda payah basaing untuk apa apa jua sekalipun. “Baik mati daii supan” pepatahnya. Keutamaannya (priority) bukan baasaing untuk ngaut sebanyak mungkin harta, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, di sadakahinya saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang kampung. Oang Kedayan miskin? Memang basia miskin tetapi kaya jiwa. Greed memang bukan budaya kita. Mangkali kamu inda iski yang ku tulis ani, tapi ani memang budaya Kedayan dan masih diamalkan dikampung kampung.

Kedayan tahan kana tekan, kena tindas. Sikap inda apa sama pemaaf membuatkan basia tahan kadaa, sampai satu peringkat di mana penindas “ has gone offlimit” atau “crossed the red line”. Penyelesaiannya, mangamuk! Siap la kamu, Kedayan mangamuk bukan terhad kepada natak dangan sama maang, tapi tamasuk lah pantak jan sapupu pupunya.

Jadi ke mana bentuk Kedayan yang kita mahu ni? Menyuruh basia baaniaga. Ia bukan sesenang yang difikirkan, kerana kita perlu ngubah cara hidup dan “urges” basia sekaligus. Sudah tentu ada Kedayan yang baajaya, ku akui. Tapi yang paling ku pasti samuha kita ingin Kedayan kekal jan budaya tulusnya, dalam masa yang sama pula baajaya di dalam perniagaan…cuba tah kita mancipta Kedayan yang macam ani. Mangkali budaya mengamuk tu yang patut kita cucuk. Cucuk biaa ya sakit hati lapas ti mangamuk tia inda sadaa kan dii taus babisnes. 

Tapi jaan tah kita bandingkan kedayan sama Kina. Macaam iti jan hayam bah ni.Itik mana lah kamu bandingkan sama hayam

Hidup KOL, mun kamu baani nyiarakan apa yang ku tulis ani!



Biik Biik

KOL

Ehhh....ngapa pulang inda baani, Anyway si Biik biik ni pakar di dalam bidang sejarah dan perhubungan antara bangsa - Editor

 ----

Temuramah Si palui dengan Si gup Danhil, PTI dan Aku Part 1 part 2 belum dapat disiarkan pada kali ini kerana masalah teknikal. Harap Maaf - KOL

 ----

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Thursday, November 23, 2000

Bilakah kesultanan Brunei bermula?

Kali ini saya cuma cuba menyatukan hujah hujah Sdr Aaron dan Sdr Arimi, bagi mengandalkan kemungkinan awal apa yang berlaku pada masa itu.

Merujuk kepada kejadian yang berlaku sehingga abad ke 15, TIDAK MUNGKIN satu kerajaan pun di Kalimantan terlepas daripada pengaruh kerajaan Majapahit termasuklah Berunai sekiranya ia telah wujud ketika itu. Satu lagi dasar kerajaan Majapahit ialah mereka akan meninggalkan “legacy” di kawasan kekuasaan mereka dengan meninggalkan tentera mereka berkampung di kawasan berkenaan.

Mari kita lihat metos Awang Alak dan Awang Semaun. Seorang adalah Dayak kendayan dan seorang adalah Kedayan di mana kedua duanya darang dari Kutai, membuka kawasan baru. Bagi Awang Alak, Beliau seorang Dayak Kendayan yang amat dekat dengan kebudayaan Kutai dan tahu bahawa Semaun amat penting bagi beliau di dalam menjamin kerajaan beliau tidak diganggu gugat oleh kerajaan Majapahit, Kutai atau kerajaan Banjar.

BIIK BIIK

END

Tuesday, November 7, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 2

B. KEDAYAN BERTAPAK DI NEGARA BRUNEI

Kembali kepada peristiwa perkahwinan puteri dan sultan ( kita tidak tahu sultan yang mana satu, tapi pasti bukan Awang Alak Batatar. Ini kerana pada peringkat awal penubuhan dengan serba serbi kekurangan yang ada, beliau tidak mungkin begitu cepat menjalin perhubungan diplomatik sejauh Majapahit) berkenaan.

Selepas perkahwinan itu, Puteri  dan rombongannya terus menetap di Brunei. Ini bukan satu perkara yang aneh. Di Melaka, Puteri Hang Li Po dan rombongan beliau terus menetap di Melaka apabila beliau berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selain dari jarak yang jauh untuk pergi balik, ianya adalah merupakan lambang kebesaran bagi puteri berkenaan iaitu sejauh mana ramai orang mengikut untuk berkahwin. Kita ikuti gelaran yang ada di Brunei sehingga sekarang ini. Pangeran, Raden, Kula (kaula) adalah gelar yang datang dari tanah Jawa dan ianya wujud di Brunei besar kemungkinan dari perkembangan ini.

Dari semasa ke semasa ini juga akan mewujudkan arus masuk orang kedayan yang kemudian ke Brunei kemudiannya sehingga mewujudkan satu identiti sendiri, seperti juga wujudnya golongan Baba-Nyonya di Melaka. Sehingga proses ini menumbuhkan satu komuniti tersendiri, KEDAYAN.

Pelikkah jika satu bangsa, seluruhnya menjadi puak yang diarah menjadi “frontliner” kepada sesebuah kerajaan?. Tidak.

Perkara ini wujud pada kerajaan yang besar lain seperti Siam. Di sana Bangsa Prai dan Sui adalah “kedayan” yang menjadi tentera raja secara turun temurun. Setiap anak mereka dilatih ilmu peperangan, dan kesetiaan mereka teruji turun temurun; menjadi pengukur yang menjamin kegemilangan kerajaanSsiam. Hanya golongan ini yang dilatih menjadi golongan pengawal peribadi terdekat raja.Berlaku juga perkahwinan campur dengan wanita tempatan sehingga Kedayan wujud sebagai satu bangsa.  Empayar British jugamendapat ikhtibar mengenai perkara ini. Sehingga kini, bangsa Gurkha adalah diimport dari pergunugan Nepal menjadi tentera elit yang dibanggakan, seperti apa yang terjadi dalam perang falkland pada tahun 1980an.

Kedayan, bukan orang Berunai; yang mejadi teras kewujudan kesultanan Brunei. Ini bukan suatu hasutan atau perluahan kebencian tetapi merupakan hakikat yang perlu dihormati oleh semua.

Kedayan terus menerus menjadi barisan hadapan “frontliner” di Istana Brunei dan dihormati sebagai hulubalang terkemuka. Kesultanan menggunakan orang kedayan ini untuk empayarnya seperti berikut :

1) Orang Kedayan, bukan orang Berunai dijadikan sebagai bala tentera untuk pertahanan dan meluaskan tanah jajahan di sekitar Borneo.

2)  Orang Kedayan akan diarah menduduki satu satu tempat yang baru dijajah

supaya satu bentuk pertahanan diwujudkan. Maksudnya, orang orang ini diarah untuk membuka negeri berkenaan, termasuk tinggal di kawasan berkenaan bagi mempastikan ianya kekal tertakluk di bawah kesultanan Brunei. Penghormatan Sultan kepada Pemimpin Kedayan dari kawasan baru ini mewujudkan hubungan dua hala yang baik turun temurun kerana, walaupun mereka masih tunduk kepada Sultan di Brunei, Sultan sendiri memberikan mereka autonomi pentadbiran yang amat luas

3) Benteng Kawasan  Bandar

Orang Kedayan adalah diarah membuka perkampungan di sekitar bandar dan istana, menghala ke kawasan darat. Golongan peniaga yang kemudian dikenali sebagai “orang Brunei” mendirikan perkampungan di kawasan laut supaya, apabila timbul satu satu bahaya dan ancaman terutama dari kalangan orang dayak pertahanan akan diuruskan oleh orang Kedayan. Oleh itu, golongan Istana dan peniaga mempunyai masa yang cukup untuk berlindung di laut, sementara keadaan menjadi reda.

Keadaan ini mempengaruhi corak petempatan Brunei sehingga sekarang. Lazimnya, “orang Brunei” tinggal di atas pesisiran pantai, sementara orang Kedayan tinggal di kawasan Darat.

4)  Membuka kampung

Ada sesetengah insiden di mana para pahlawan ini mempunyai kaliber dan bercita cita tinggi serta “outspoken”. Kebijaksanaan sultan biasanya berjaya mengawal mereka. Cara yang biasa ialah memberikan mereka pangkat dan kebesaran serta memberikan mereka kekuasan untuk membuka kampung baru jauh dari bandar sultan. Mereka ini disertakan dengan “regalia” yang tersendiri biasanya cap mohor diraja. Jadi, sultan mewujudkan “win-win situation” bagi dirinya dan pemimpin berkenaan. Sultan menghindarkan ancaman dari kerajaannya, tanah jajahan semakin meluas sementara pemimpin berkenaan mempunyai kuasa yang diimpikannya…. Di tanah baru, seperti Sipitang , Miri dan Labuan.
Bersambung.......

Biik Biik

END

Thursday, November 2, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 1

2 Nov 2000, Sipitang; Sdr Aaron dan lainnya  memang lebih dari satu sumber yang menyatakan bahawa Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit. Namun punca mereka datang ke Borneo mungkin berlainan dari satu sumber ke satu sumber yang lain.

Sumber kami menyebut begini. Masalahnya buku terpenting di dalam sumber berkenaan saya sendiri belum jumpa.

A. BAGAIMANA KEDAYAN MULA WUJUD?

Berlaku satu  rancangan perkahwinan di antara Puteri Raja Majapahit dan Sultan Brunei lebih kurang 400 tahun yang lalu. Kata sepakat telah dicapai. Kemudian satu rombongan pengantin tujuh buah kapal berangkat ke Brunei dari Majapahit.Ahli ahli rombongan beliau  bersama hulubalang dan dayang dayangnya dihantar ke Brunei untuk maksud berkenaan.  Rombongan ini diketuai oleh Panglimanya yang bernama Tun Manja Lela* (quite a strange name for a Kedayan gentleman, I might say). Hipotesis kami ialah sumber ini menjadi keliru mengenai siapa puteri , siapa panglima kerana nama sedemikian lebih dekat kepada nama puteri

Dari sini dari sini nama Kedayan mula timbul. Semua anak kapal beliau dinamakan kedayan kerana “Kedayan” adalah merangkumi semua yang ada di di dalam rombongan berkenaan, kecuali sang puteri sendiri. Kedayan adalah pengiring beliau dan ini tidak mengira samada mereka adalah keturunan bangsawan atau orang kebanyakan. 

Semuanya termasuk pahlawan, hulubalang, pegawai, ningrat, raden, dayang dayang dan hamba hamba yang sebenar adalah digelar sebagai Kedayan kerana; kedayan bermaksud orang yang tertakluk kepada pemerintah, khadam kepada raja atau dalam bahasa kasarnya; HAMBA. Buku mitos-sejarah, “Hikayat Hang Tuah” yang di karang sekitar abad ke 17 – 18 menerangkan sedikit mengenai definasi Kedayan ini ini kepada kita.

Hamba? Apa kah kedayan berasal dari hamba? TIDAK SEMESTINYA!

Dari gambaran di atas rombongan puteri, kita boleh fahami bahawa label kedayan (hamba) itu lebih merupakan  pernyataan bersifat “metaphoric”. Ia bukan seperti hamba, khadam atau hulun takuyung seperti yang kita sering gambarkan. Sesiapa sahaja boleh bersetuju bahawa dan faham bahawa pengiring puteri berkenaan terdiri bukan sahaja dari golongan hamba sahaya; tetapi sebahagian besarnya adalah golongan bangsawan, pelayar dan pahlawan terbilang; serta terpilih dari kalangan oranga yang terbaik dari kalangan orang Majapahit. Ini kerana mereka mempunyai tiga tugas utama, menjamin keselamatan anak raja, diplomat  dan kemahiran mengenai selok belok ilmu pelayaran kerana perjalanan yang ditempuh dari tanah Jawa Ke Borneo adalah jauh dan sukar. Malah untuk menjawat jawatan hulun takuyung sekalipun, sang puteri tentu memerluka hulun yang terbaik untuk rombongan yang sedemikian rupa.

Jadi Kedayan hanyalah adalah istilah merendah diri dan digunakan sebagai perlambangan. Lambang sahaja. Ia tidak lebih dari cara dan bahasa orang nusantara berbahasa dengan pemerintah. Bagi kerajaan tradisional nusantara; selain daripada  Raja, semua individu lain adalah hamba. Buku mitos-sejarah yang lain Sejarah Melayu pernah menyebutkan bahawa sehinggakan Bendahara sendiri mengaku bahawa dia adalah hamba kepada raja. Walaupun Buku ini tidak dianggap sebagai buku sejarah sepenuhnya,R.O.Winsteadt iaitu pakar sejarah Melayu banyak menggunakannya sebagai platform untuk meneruskan kajian beliau secara ilmiah.

Selain daripada raja adalah hamba, itu adalah pernyataan hakikat. Maksudnya semua, termasuk kedayan, orang brunei(?), pangeran, menteri, pehin, awang dan dayang adalah hamba kepada raja yang memerintah kerajaan brunei. Tetapi ini menimbulkan persoalan lain. Hamba kepada siapa? Raja Brunei? Masalahnya begini, Awang Alak Batatar sendiri besar kemungkinan bukan seorang melayu; atau beliau seorang adalah proto-malay. Satu asas hipotesis yang semakin banyak diberi penekanan ialah nama beliau sendiri- betatar. 

Tunjukkan apa maksudnya tatar, bukan kah ianya amat hampir  bererti tatto? Di Borneo, orang orang melayu tidak dicatatkan di dalam sejarah sebagai orang yang mengamalkan budaya mempunyai budaya tatto. Baginda hanya menjadi Islam dan menukar nama menjadi Sultan Muhammad setelah bertemu dengan pedagang arab yang bernama Maulana Sheikh Abd Aziz (?)*.

Bersambung pada isu yang akan datang……

BIIK-BIIK

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...