Showing posts with label Penghulu Kedayan. Show all posts
Showing posts with label Penghulu Kedayan. Show all posts

Sunday, February 18, 2001

Asal Usul Kedayan Siri 4 -Aaron Bonafides

18 Feb, K.Kinabalu; Kali ini KOL menerima lanjutan perbincangan Sdr Aaron Bonafides 

(eeh---batah kau inda nulis ni ron, pikii kami inda kau takanang lagi kan KOL; Engkek...,)

Kali ini saya akan mengutarakan satu pendapat yang mungkin mampu menghurai akan kedatangan nenek moyang kita ke Brunei. Dahulu pernah saya utarakan bahawa ada satu pendapat yang mengatakan kaun Kedayan adalah keturunan pengiring Puteri Jawa yang bernama Chanai Lela. 

Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa baginda benar-benar wujud. Nama sebenar baginda ialah Puteri Lela Menchanai iaitu permaisuri Sultan Bolkiah yang memerintah di sekitar tahun 1470an hingga baginda mangkat pada tahun 1521 di pangkuan Puteri Chanai Lela. Dikatakan ketika membawa Sang Puteri balik ke Brunei baginda terlalu asyik dengan kecantikan Puteri hingga baginda terlelap di pangkuan puteri. Ketika itu Sang puteri sedang menenun kain. Kerana terkejut ,tenunan baginda tidak tentu arah hingga terkena jari baginda Sultan. Baginda sultan gering lalu mangkat beberapa ketika kemudian pada tahun 1521 Masihi. Makam baginda telah dibina dengan indahnya dan tukangnya adalah orang Jawa. Ia menjadi aspirasi untuk bangunan Muzium Brunei sekarang.

Lagipun...Sultan Bolkiah dikatakan orang yang bertanggungjawab membawa orang Kedayan ke Brunei dari Jawa. Baginda digelar Nakhoda Ragam kerana setiap kali baginda belayar baginda membawa alat bunyi-bunyian. Walaupun demikian, ada percanggahan mengenai mengapa orang Kedayan ke Brunei. Ada dua pendapat. Pertama ia dikaitkan dengan Puteri Lela Menchanai yang mana orang Kedayan merupakan pengiring baginda. Pendapat kedua pula di kaitkan dengan Sultan Bolkiah yang mana mereka dibawa khas ke Brunei untuk dijadikan petani kerana baginda telah melihat keahlian bangsa itu di Jawa amat mahir bercucuk tanam.

Di sini juga saya ingin menafikan pen dapat saudara BIIK-BIIK yang mengatakan bahawa kedatangan kaum Kedayan ke daerah-daerah lain adalah untuk menegakkan kesultanan Brunei. Mengapa? 

Pertama, kedatangan orang Kedayan ke Miri dan Sibuti bukan untuk menegakkan kesultannan Brunei tetapi lebih kerana faktor ekonomi. Ia berlaku sekitat tahun 1800-1915. Kedatangan mereka ke Sibuti diketuai oleh Abdul Ghafur yang kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Kedayan oleh Raja Brooke. 

Kedua, perpindahan mereka ke Labuan adalah kerana berlakunya pemberontakan merebut takhta di Brunei. Golongan bangsawan yang mereka sokong kalah yang mana salah seorang keluarga DiRaja telah membunuh diri kerana takut diperhambakan oleh Sultan Brunei. Tujuan mereka ke Labuan adalah untuk mendapat perlindungan British.

Ketiga, ia berlaku sekitar tahun 1600 Masihi kerana mengiringi Pengeran Muda Tengah yang membawa diri Ke Sarawak. Baginda dilantik sebagai Sultan Sarawak pertama dengan gelaran Sultan Ibrahim Omar Ali Syah. Keberangkatan baginda ke Sarawak diiringi oleh 1000 orang bangsawan yang terdiri dari puak Sakai, orang Kedayan dan penduduk Pulau Bunut. Malangnya, baginda jugalah Sultan Sarawak yang terakhir apabila baginda di bunuh oleh seorang budak Sakai. Putera baginda menubuhkan Kesultanan baru di Sambas, Kalimantan Indonesia.

Keempat, beberapa orang Kedayan dibawa ke Kuching kerana terbabit dalam satu projek pertanian pada zaman Kerajaan Brooke. Mereka di beri gelaran Kapitan. Nama mereka akan saya umumkan kemudian nanti.

Mungkin kedatangan mereka ke Borneo disebabkan faktor pertanian mungkin ada benarnya kerana dikatakan orang Kedayanlah yang mula-mula sekali memperkenalkan penanaman padi sawah di Brunei dan jajahannya (Puak-puak di Brunei-RTB 1993). Tetapi apa yang menghairankan ialah tiada satu pun tarian yang bercirikan pertanian tetapi sebaliknya kebanyakkan tarian Kedayan lebih berunsurkan ilmu persilatan seperti tarian Adu-adu. Unsur magis kedapatan didalam tarian Anding, Alai bubu dan Alai mengalai.

Oh ya...saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kampung Melayu di Belaga di dalam bahagian Kapit diasaskan oleh orang kedayan iaitu oleh Awang Khamis. Beliau berhijrah ke sana pada zaman Jepun. 

Aaron Bonafides

END

Friday, October 27, 2000

Kedayan, Kadayan, Melayu Kedayan; Mengelirukan!

Respon Dari Sdr Aron Bonafide kepada KOL

Hai assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu waasarobbukum anyarhamakum. 

Salam persaudaraan dari Sibuti-Miri. 

Ada beberapa isu yang hendak saya utarakan di sini. 

Pertama ialah mengenai nama bangsa ini sebenarnya . Terdapat beberapa perkataan yang pernah saya jumpa iaitu Kedayan , Kadayan dan Melayu Kedayan. Hal ini amat mengelirukan lebih-lebih lagi bagi anak kacukan seperti saya . 

Pertama , setahu saya Kedayan adalah satu bangsa yang berlainan dari Melayu. Tetapi apa yang malangnya  kebanyakan istilah yang digunakan seolah-olah Melayu dan Kedayan adalah sama. Misalannya, semasa pilihanraya lalu kebanyakan daerah Kedayan di melayukan. Misalnya, pengundi W.P Labuan terdiri daripada Melayu/Kedayan. Ini menunjukkan tiada perbezaan diantara Kedayan dan Melayu. Di Sarawak Kedayan sering dianggap Melayu. Pernah suatu ketuka sewaktu saya masih bersekolah saya di tuduh murtad kerana enggan mengaku Melayu. Ini adalah kerana Melayu adalah Islam .

Lagi satu, adakah persatuan Kedayan benar-benar bercita-cita untuk mengrtengahkan kebudayaan Kedayan atau tidak. 

Kalau ya mengapa tiada usaha bersungguh-sungguh ke arah itu ? 

Kenapa tarian Kaum Kedayan tidak mendapat tempat di negara ini? 

Tidak menarikkah tarian kita seperti adu-adu , Alai Bubu, Jipen dan sebagainya? 

Kita lebih mengutamakan majlis Bergendang, dan permainan gasing sahaja. Tidak menarikkah lagu-lagu Kedayan seperti Anding, Yadan na yadan, Jong jong malam dan sebagainya? 

Mengapa pula tiada usaha untuk mengetengahkan Adat Labai atau Berlabai iaitu suatu cara bercerita Kaum Kedayan ?

Mengapa tiada usaha ahli politik Kedayan untuk mengetengahkan Kaumnya sendiri?

Bukankah kaum Kedayan ini lebih bertamadun dari kebanyakkan kaum lain? 

Bukankah banyak kaum kedayan yang bergelar Panglima? 

Panglima Nayan atau panglima Ali dan sebagainnya? 

Bukankah pernah ubat-ubatan Kedayan menjadi kajian sebagaimana yang pernah di siarkan di dalam Jornal Museum Sarawak ? 

Betapa banyaknya kesan kewujudan Kedayan tetapi tidak diketengahkan?

Terdapat kubur kedayan purba di Lundu Kuching tetapi tiada perhatian untuk mengkajinya?

Bukankah kebanyakkan keturunan Melayu Sarawak nenek moyangnya Kedayan? 

Kenapa tidak di ketengahkan bahawa Kedayan pernah mempengaruhi kebudayaan beberapa kaum di Sarawak ? Kaum Beraya misalnya telah pupus kerana telah diasimilasikan ke dalam kebudayaan Kedayan.

Tidakkah bernilai sejarah Kedayan ? 

Bukankah Penghulu Haji Abdul Ghafur dilantik oleh Raja Brooke sebagai Penghulu kaum di Sibuti ? 

Kenapa perjuangan kaum lain di masukkan kedalam teks sejarah sedangkan sesetengahnya memang wajar diperangi oleh penjajah ?

Banting pahlawan Iban diagungkan sebagai pejuang bangsa sarawak sedangkan tindakan penjajah untuk menghapuskan adat memenggal kepala adalah wajar ?

Mengapa penglibatan Kedayan di dalam pemberontakan Brunei tidak diendahkan lansung sedangkan Kedayan di Sibuti berjaya menawan pekan Bekenu dari pihak British selama seminggu?

Bukankah ianya menentang penjajah ? 

Mengapa? 

Mengapa ? 

Saya berharap agar mendapat penjelasan dari pihak tertentu .

Sekian terima kasih.

namecode_cg01@yahoo.com

Engkek- Liau Aroon, baik tah kao malanggan kedayan newsletter. Lapas tu kao tuut nulis jua, bia kita jadi kedayan satu dunia!

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...