Showing posts with label Persatuan Kedayan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Kedayan Sabah. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc.), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah), Engkek and Si-Palui Jokes (of amirul-hideout) and arimisidek @tripod (a personal homepage) websites penned around 1998-2001.

(Untuk bahasa Melayu, sila klik READ MORE )

It was an era before Kadayan Universe. Most, but not all articles are recaptured. There are some that can no longer be found, especially issues before 2000.

The purpose of republishing these articles is for benefits and to serve as a reference material for the general public on some aspects of the life of the Kedayan community. So far no plans to add new posts to this page. However, if you want to follow the current posts from KOL team leader, please visit arimisidek.blogspot.com


Laman ini merupakan terbitan semula bahan-bahan yang terdapat di laman Kedayan Online (kepunyaan PAADIANInc.), Suambi Kedayan (kepunyaan Persatuan Kedayan Sabah) laman Jenaka Engkek dan Si-Palui (kepunyaan amirul-hideout) dan arimisidek @tripod (laman perseorangan) yang ditulis di sekitar tahun 1998-2001.

Ia merupakan era sebelum Kadayan Universe. Kebanyakan, tetapi tidak semua artikel dapat dijumpai. Terdapat sebahagian yang tidak lagi dapat dikesan, terutamanya terbitan sebelum 2000.

Tujuan penerbitan semula artikel-artikel ini ialah diharap dapat mendatangkan manfaat dan menjadi bahan rujukan untuk masyarakat umum mengenai beberapa aspek kehidupan masyarakat kedayan. Setakat ini tiada rancangan untuk menambah posting yang baru untuk laman ini. Akan tetapi, sekiranya tuan puan ingin mengikuti posting terbaru dari teraju team KOL, sila lawati arimisidek.blogspot.com

Thursday, May 10, 2001

Habaa Kedayan yang lebih mencabar

10 Mei, K.Kinabalu. Habaa Kedayan, lidah rasmi masyarakat kedayan nampaknya maju setapak lagi mulai dari keluaran ke 4 ini. Para pelanggan tetap Habaa Kedayan diharap bersabar di atas kelewatan ini. Anda akan menerima naskah anda dalam tempoh sehari dua ini. Sdr Arimi memaklumkan bahawa semua naskah untuk pelanggan tetap Habaa Kedayan telah dikirim pada hari ini.

Untuk anda semua, dimaklumkan bahawa Habaa Kedayan telah terbit dengan wajah baru. Harganya masih sama RM2 senaskah. KOL difahamkan pihak Muzium negeri dan perpustakaan negeri sabah telah menempah Habaa Kedayan untuk tempoh satu tahun mulai dari isu ke4 ini. Syabas untuk Persatuan Kedayan Sabah.

KOL

END 

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Wednesday, November 15, 2000

Persatuan Kedayan Sabah - Ke arah mana dituju?

Synopsis akiviti Persatuan Kedayan ini terbahagi kepada dua bahagian. 

Pertama, senarai program yang sudah dan akan dikendalikan, Kedua, sedikit pengenalan tentang konsep-misi KEDAYAN dalam tempoh panggal* ini.

I.  Pengenalan

Status KEDAYAN1 sebagai persatuan etnik cuma disahkan setelah kita mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 22hb Julai 2000 bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Dalam masa yang sama KEDAYAN melancarkan laman webnya dialamat: kedayan.cjb.net merupakan persatuan etnik  yang pertama mempunyai laman web sendiri di Malaysia.

Seperti juga persatuan-persatuan etnik yang lain kehadiran KEDAYAN2 adalah sebagai katalyst kepada pembangunan bangsanya/etniknya keseluruhan di dalam berbagai bidang mengikut kemampuan yang ada.

Bermula daripada 5hb Ogos 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KEDAYAN yang pertama  diadakan,  bertempat di Pejabat Presiden, Kota Kinabalu.

Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada pengenalan (introduction) kepada AJK.

5hb September 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang kedua di adakan di Pejabat PKR, Sipitang. Tujuan utama ialah membahagi-bahagikan tugas masing-masing.

22hb Julai 2000, KEDAYAN telah dijemput untuk menghadiri perbincangan mengenai Lanunan Hayat (Biopiracy) yang dikelolakan oleh PACO dan Kementerian Alam Sekitar bertempat di Museum Negeri Kota Kinabalu. Ini merupakan aktivity KEDAYAN yang pertama. Wakil KEDAYAN dijemput untuk meneliti draf undang-undang Biopircy di Sabah .

13hb Ogos 2000, KEDAYAN mengadakan Tournment Golf di Kelab Mimpian Jadi Tuaran disertai oleh masyarakat Kedayan di Sabah dan Labuan juga terbuka kepada kaum bukan Kedayan. Sembutan mariah diberikan oleh masyarakat Kedayan tanpa diduga.

15hb Oktober 2000, Biro Wanita Persatuan Kedayan mengadakan pertandingan memancing di Pelakat. Sambutan dari masyarakat Kedayan didaerah Sipitang sungguh membanggakan. Ini menunjukan wanita KEDAYAN tidak kurang kemampuanya, harus di sokong dan diperkuatkan.

Konvensyen Belia Kedayan yang dijadualkan pada 18hb November 2000, ditunda ke tahun depan.

Senarai program Kedayan dalam jangka masa setahun telah pun di rangka - sila lihat media3 kedayan dan boleh juga didapati dengan menghubungi Setiausaha Agung atau Setiausaha Penerangan & Multimedia.

KEDAYAN selalu sahaja menerima undangan dari Persatuan-persatuan etnik yang lain disamping undangan dari badan-badan kerajaan dan yang bukan badan kerajaan. AJK pusat akan memberi pengiliran untuk mewakili KEDAYAN.

Pelancaran habaa KEDAYAN (?) yang diterbitkan sebulan sekali.


II. Langkah Awal

Empat perkara yang harus dilakukan segera untuk mengukuhkan dan menonjolkan kedudukan KEDAYAN:


1.     Pengurusan dan Pentadbiran:

Setiausaha Agung
  • Tiada bermasaalah dengan Pendaftar Pertubuhan, peraturan-peraturan dipatuhi dan dokumen-dokumen yang perlu di serahkan dalam masa secukupnya.
  • Review keahlian yang berdaftar dengan pembayaran yuran. Rekod keahlian disimpan dengan baik bersistem.
  • Setiap cawangan dimestikan menyusun rapi rekod keahlian. Mungkin perlu pendedahan dengan menghadiri kursus-secretarial dan perkeranian.
  •  Kedayan akan mengadakan bengkel /seminar tentang pengurusan persatuan ditahun hadapan.


2.     Komitmen setiap AJK

Ahli jawatankuasa yang dipilih dan yang diltantik mestilah committed dan bersifat pro aktif. Bukan main suruh, main pass atau sekadar melepas batuk ditangga-kalau betul-betul ingin melihat masyarakat kedayan membangun4.

Memberi alasan dengan mengatakan tiada masa, kerana terlalu sibuk adalah tidak manasabah7.

Peringkat cawangan memainkan peranan yang besar dan utama, melihat kepada struktur persatuan diamana tujuan  penubuhan cawangan adalah semata-mata untuk memboleh masyarakat kedayan yang tinggal dikampung-kampung terlibat secara langsung tanpa sekatan-sekatan -beaucracy .

Pemimpin cawangan-cawangan harus memiliki pengatahuan asas tentang pengurusan dan pentadbiran persatuan. AJK pusat dicadang untuk memberi pendedahan kepada gulungan ini.


3.     Interaksi antara KEDAYAN dengan Masyarakat Kedayan

Interaksi perlu dibuat, untuk membolehkan mereka mengatahui apa akitiviti KEDAYAN, disamping itu pegawai-pegawai KEDAYAN akan dapat mengenalpasti sebarang keperluan dan membuat tindakbalas yang sesuai.

Program KEDAYAN harus melibatkan masyarakat kedayan untuk membolehkan mereka appreciate apa yang berlaku.

4.     Kewangan

Terpenting, KEDAYAN mesti mencari jalan untuk mendapatkan kewangan sendiri. Setekad ini KEDAYAN tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang membolehkan KEDAYAN bergerak dibidang commerce.

Yuran keahlian adalah sumber pertama walaupun amaunnya tidak banyak pertama, untuk memanuhi syarat-syarat pertubuhan persatuan dimana ahli-ahli  mesti membayar yuran. Kedua, dengan adanya kenaan yuran ianya merupakan satu attachment sedikit sebanyak antara ahli dengan persatuan.

Membuat kajian/ study bagaimana KEDAYAN boleh mendapatkan sumber kewangan berpandukan latarbelakang yang ada sekarang: melibatkan KEDAYAN dibidang komercial-kecil-kecilan, dengan bantuan dari usahawan kedayan atau kedayan yang mampu dan ingin memberi sumbangan kewangan dan lain-lain.

Perbincangan tentang topik ini harus berterusan. AJK pusat mengalu-alukan penglibatan masyarakat Kedayan untuk membolehkan cadangan ini membuahkan hasil.

5. Kesimpulan

Saya percaya, konsep dan idea ini tidak terlalu sukar untuk diimplemantasikan.

AJK KEDAYAN diperingatkan tentang pledge-penawaran diri yang dibuat sebelum terpilih7 menjadi AJK KEDAYAN.

KEDAYAN dapat sedikit sebanyak berkhidmat sebagai cataylist dan meransang pembangunan masyarakat Kedayan dalam berbagai bidang.

Kedayan perlu bertindak dari sekarang, kerana kalau tidak ada kebanggaan sebagai seorang kedayan, KEDAYAN akan pupus.

Foresight dan reliablity adalah tungak dan kekuatan karaktor Kedayan disamping memiliki ilmu pengatahuan dimasa-masa akan datang.

Mengikut ‘kajian’ kaum Kedayan menyokong pendekatan ini- tujuan utama untuk membangun Kedayan tanpa mengira fahaman ideology dan inclination9.

KEDAYAN boleh memainkan peranan sebagai springboard kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin6 dalam berbagai bidang.

Presiden KEDAYAN

15hb November 2000

Kota Kinabalu

END


Nota:
  • Perkataan-perkataan Inggeris yang digunakan disini tidak semestinya membawa maksud yang sama bila di terjemahkan ke Bahasa Melayu-direct translation.
  • Perkataan-perkatan italic yang digunakan disini mempunyai erti lebih dari satu.

----

Nota Kaki:

* Akan dibuat dikertas yang berasingan.
  1. Nama Persatuan sebelum ini ialah SEDAYA yang pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1992. Encik Amde Sidik ialah merupakan Presiden kepada jawatankuasa protem yang menubuhkan Persatuan Kedayan semula dengan nama ringkasnya persatuan KEDAYAN bersama-sama beliau ialah: saudara Mahmud Osman, Jaidin Tamin, Jum Hj Abas, Yussof Osman,Tahir Muhsin, Arimi Sidek, Abd Rahmman Ahmad, Maun Mayassin, Abd Rahim Yakob, Yakup Sidek, Munai Hj Mamit, Azeiny Lamat, Masri Saban dan Harris Sambas.
  2. Lihat perlembagaan KEDAYAN artikal 2.
  3. Kedayan mempunyai media:laman web dan habaa kedayan dengan itu tidak ada sebab masyarakat kedayan tidak dapat mengikuti perkembangan KEDAYAN disamping akses kepada pegawai-pegawai KEDAYAN dengan mengunakan telefon biasa, telefon bimbit, fax dan sebagainya.
  4. Untuk mencapai objektif KEDAYAN pegawai-pegawai ynag terlibat kena berkorban dan committed to the pledge. Ini bukan glamour.
  5. Perancangan program mau pun jadual mesyuarat KEDAYAN adalah dirancang lebih awal dengan persetujuan kalau ada kerumitan yang mungkin timbul ianya harus dikemukakan sebelum dipersetujui. Perancangan seperti ini dapat mengelakkan kita membazir masa dan cost. Adalah tidak reasonable  menarik diri –tidak menghadiri mesyuarat dengan tiba-tiba without reasonable excuse.
  6. Berkhidmat di sini saya maksudkan berkorban,terutma sekali dengan masa.
  7. Biasanya dikaitkan dengan political idealogy tapi nampaknya pengertian masih arbitrary
  8. Kedayan perlukan leadership yang berpanjangan bukan adhock dalam berbagai bidang.

Friday, September 1, 2000

President: Biodata

Amde Sidik was born in Kg Pantai, Sipitang (46), of Kedayan and Lundayeh by origin. He is also known as Abbih, his kampung name. His early education started at Government Primary School of Kg Pantai.



He attended secondary school at Sekolah Menengah Sipitang now known SMK Pengiran Omar. He was one of the first batches of Fifth formers and of these, the only one who went to United Kingdom so far.

He attended his higher education at Aberdeen College of Commerce, Aberdeen Scotland, City University of London, University of Birmingham, University of Aston in Birmingham, University of Hull, University of Malaya and Australian National University, Australia.

He earned qualifications among them: Diploma in Communications, BA in Communication-Marketing, Postgraduate Diploma in Management-Local Government, Master of Science (MSc) in Management - Strategic Planning, LLB (Hons), Postgraduate Diploma in Legal Practice, Australian Capital Territory Bar and attended a certificate course, CLP.

Currently he a Deputy Group Manager for Health and Warfare Division of Yayasan Sabah.

His past positions among others were as Executive Assistant to the Director of Yayasan Sabah, Senior Legal Officer, senior Corporate Planning Officer, Information Officer with Permodalan Bumiputra Sabah, Newspaper reporter and Account Clerk.

He lectured part-time in Marketing at Kinabalu Commercial College, and in law at the University of Kebangsaan Malaysia.

He is the president of Persatuan Kedayan Sabah; he who revived the Persatuan after it was de-registered in 1993.

He is a member of Sabah Law Society, Sabah Journalism Association. He is an advisor to couple of NGOs on the environmental and pollution issues.

A member on Health Committee (advisory) for Sabah Women Council, A Chairman for Paralympik Fund Malaysia Sabah recently

He was the President of Sabah Students Union in the United Kingdom and Ireland in 1981. The 1st President of the Ex-UK Graduates and Professional Association of Sabah. He was a Patron for Sabah Harvest Festival Celebration in London in 1988.

He plays golf occasionally; he likes fishing and travelling as sport.

He is a columnist  (fortnightly) Sunday-Daily Express and he writes to other regional magazines including Asiaweek his articles sometimes excerpted and seen in other magazine like Aliran.

He is a keen photographer-‘trained’ in photojournalism.

Currently he is completing two self-assignments on:

- The Kedayan People

- The Origin of Labuan and Its People

He can be contacted at E-mail asidik@hotmail.com


Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Barisan Ahli Jawatan kuasa KEDAYAN PUSAT

Barisan AJK KEDAYAN PUSAT Sesi 2000-2002





















PRESIDEN

Amde Sidik

Bhg Kebajikan Yayasan Sabah, K.Kinabalu
088 246548, 246551.
Fax 088 246552,221248.
E-mail asidik@hotmail.com
Personal website: amde.cjb.net






TIMBALAN  PRESIDEN

Abd Rahman Mohd Noh

Pejabat UPKR, Sipitang
087 822900( O)





NAIB PRESIDEN 1

Munai Hj. Mamit

Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia, K.Kinabalu.
088 259672(O)





















NAIB PRESIDEN 2

Yassin Omar

Pejabat Kebudayaan Belia & Sukan, Sipitang.
087 821132 (0)





















SETIAUSAHA AGONG
Jaidin Tamin

Sykt Telekom Malaysia Berhad, Kepayan.
088 299660(O)





















BENDAHARI KEHORMAT

Tahir Muhsin

Bank Bumiputra-Commerce Berhad, K.Kinabalu.
088 269604/607(O)





















SETIAUSAHA PENERANGAN

Arimi Sidek

Ibu Pejabat Yayasan Usaha Maju, Likas
088 420351(0)
E-mail: imira@tm.net.my
Personal web site: arimisidek.tripod.com





















PEN. SETIAUSAHA AGONG

Jum Hj Abas

Jabatan Perikanan, Sipitang
088 428 425(0)





















PEN. BENDAHARI KEHORMAT

Hj Bagol Hj Bujang

Pejabat Daerah Beaufort, Beaufort.
087 202208 (O)




AHLI  JAWATANKUASA (7 Orang)




1. Kasa Saidi

Pejabat Pendidikan Daerah, Sipitang.
087 811455(O)



2. Matrudi Kahan

Pejabat UPKR, Sipitang
087 822900 (O)



3. Matkasim Aliyusof

Berniaga,Kg Ulu Sipitang
087 821234 (R)




4. Sablee Bagol

SMK Padang Berempah, Sipitang
087 801296(O)




5. Pasang Apsin

Pej UPKR Beaufort
087-211201(O)














6. Azainey Lamat

Berniaga, Kg Kinarut.
088 236478(O)
018 9898445 (h/p)















7.  Maun Mayassin

Lembaga Tabung Getah Sabah, Tamparuli.
088 782234, 788767(0)



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Cawangan-Cawangan Persatuan Kedayan Sabah

Sebelas cawangan cawangan dibawah merupakan cawangan yang berdaftar secara sah dengan ROS Sabah sehingga 24 Jun 2000.



Terdapat 12 cawangan lagi yang akan disahkan kemudian. Please click thumbnail photos to enlarge (klik gambaa damit tu supaya  jadi basaa)

katun1.jpg (49721 bytes)perjuangan...pengorbanan

1. KEDAYAN Cawangan Pekan Beaufort   

Cawangan_Pekan_Beaufort.jpg (6770 bytes)
Pengerusi Kedayan Pekan Beaufort jan Tuan  Presiden. KEDAYAN - anu presiden, ani tah haaga  panadol  mun  sa  kontena muah.

2.KEDAYAN Cawangan Maraba
taipas.jpg (11138 bytes) 
Ssiapa kahilangan taipas? lelong 2 juta
          
3. KEDAYAN Cawangan Inuman

4. KEDAYAN Cawangan Lingkungan

Kelihatan  ahli  ahli KEDAYAN  Kg.Lingkungan sedang beramah mesra dengan Tuan Presiden. Ntah apa yang dibualkanbasia ...siok nampak ...
KEDAYAN - Jaan  minta bantuan  usin aaa.

5. KEDAYAN Cawangan Lubuk Darat

Tuan Presiden naima borang penyertaan dari pemimpin KEDAYAN Cawangan Lubuk Darat. KEDAYAN - ani tah aku baahkan senarai pangundi hantu dai jamboanga. 
Uja Presiden... aku taimaaaa

6. KEDAYAN Cawangan Pekan Mesapol

7. KEDAYAN Cawangan Kg Marintaman 
Cawangan Kg Marintaman.JPG (49177 bytes)
Presiden, Setiausaha dan Pengerusi KEDAYAN Cawangan  Kg Marintaman.

8. KEDAYAN Cawangan Ulu Sipitang

9. KEDAYAN Cawangan Kg Banting     

Cawangan_Kg_Banting.jpg (12069 bytes)

Pengerusi Cawangan Kg Banting naima projek sajuta dai presiden

10. KEDAYAN Cawangan Pantai Lama

11.KEDAYAN Cawangan Tg Nipis

Pengerusi KEDAYAN Cawangan Kg Tg. Nipis, En. Che Mat menyerahkan borang penyertaan keahlian kepada Tuan Presiden. 
KEDAYAN - uja presiden ngapa sakaping nganya

12. KEDAYAN Cawangan Kg. Tali Air
En. Abu Bakar Hj Simpol, Pengerusi Cawangan KEDAYAN Kg Tali Air dan Tuan Presiden. KEDAYAN - En Abu sedang mengeraskan tangannya...uja Presiden: kamai dikit kamai dikit..ada lagi yang langui langui di siing tu.

katun2.jpg (48323 bytes)ani tah upa nya ai mula mula milih pamimpin...

13.KEDAYAN Cawangan Pekan Sindumin

14.KEDAYAN Cawangan Patarikan

Kg Patarikan.JPG (65842 bytes)
kamudian jua mbaca doa tu liau...sabisin suda kao bantai - sewaktu pembukaan KEDAYAN Cawangan Kg Patarikan

Kepada anda yang belum menjadi ahli dan belum menubuhkan cawangan KEDAYAN, Ayuh.... bila lagi jaan luan jauh mangupuo! - KEDAYAN 

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Logo Persatuan Kedayan Sabah (KEDAYAN)

Logo KEDAYAN terdiri dari Celapa, Dukut dan Gear dan masing masing membawa maksud tersendiri.



Celapa

Simbol keharmonian, ketenangan dan kebudayaan. Ia menyimpan empat benda yang berlainan iaitu pinang, kacip, sirih dan kapur.Di adap dengan fikiran tenang sebagai penyeri cerita. Lima enselnya menggambarkan lima Rukun Islam sebagai agama umat Kedayan.

Garisan berukir melambangkan Kedayan mempunyai keseniannya sendiri. Empat bulan sabit bertemu muka bermaksud Kedayan dari detiap penjuru bersatu dengan Islam sebagai landasan.

Dukut

Simbol penyatuan.  Di sini ianya simbol untuk memanggil orang orang Kedayan supaya bersatu dan bernaung di bawah KEDAYAN.

Gear

Berbentuk separuh dan digandingkan dengan celapa dan dukut melambangkan kemajuan orang Kedayan tanpa mengabaikan nilai nilai tradisi yang positif. Garisan hitam yang keras melambangkan ketegasan perjuangan

Warna:

Hitam Ketegasan, daya serap tanpa had kepada kemajuan.

Putih Kesucian, tiada dolak dalih dalam perjuangan

Hijau Kesuburan, kesegaran Kedayan dalam perjuangan.



Lihat juga:



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Latarbelakang Persatuan Kedayan Sabah

KEDAYAN ditubuhkan pada tahun 1993, bagi menggantikan SEDAYA (nama persatuan Kedayan sebelumnya) yang telah dimansuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1991 tiga hari selepas mengadakan Perhimpunan Agungnya di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kemunculan KEDAYAN adalah merupakan usaha lanjutan sekumpulan anak-anak Kedayan yang prihatin dan bercita-cita besar untuk melihat orang Kedayan mempunyai persatuan, dan memainkan peranan didalam persatuan.

Struktur pengurusan KEDAYAN berbeza dari yang dahulu, selain dari mempunyai jawatankuasa induk ianya mempunyai cawangan. Tujuan utama kenapa organisasi ini diperkenalkan ialah untuk memperolehi pengelibatan yang lebih menyeluruh dari seluruh kawasan di mana masyarakat Kedayan berada. 

Tetapi setelah tujuh tahun adalah diamati bahawa carta organisasi sebegini membuatkan pengurusan KEDAYAN banyak mengalami kerumitan terutama bagi menguruskan pendaftaran persatuan secara keseluruhannya. Maju mundur persatuan seperti ini banyak  bergantung kepada penglibatan cawangan-cawangan. Terdapat juga segelintir cawangan yang telah lulus pendaftarannya tidak begitu ‘responsive’ untuk menggiat usahakan cawangan masing-masing.

Dalam keadaan begini AJK induk hanya  boleh memberi khidmat nasihat agar jangan sampai cawangan ini dimansuhkan oleh pendaftar pertubuhan.

Masyarakat Kedayan  menyambut baik kehadiran KEDAYAN, sambutan dari kebanyakan cawangan tidak kurang hebatnya dengan ‘ready’ wajit, punjung dan kalupis.

Walaupun dengan sumber yang serba kekurangan ahli-ahli Jawatan Kuasa KEDAYAN telah dapat melawat ke semua cawangan yang telah berdaftar dan memiliki  sijil.

Ketika ini sebanyak 22 cawangan ditubuhkan di daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. Banyak lagi permintaan dari kampung-kampung Kedayan yang belum sempat di tunaikan oleh AJK induk. Diharap dengan rasminya pembentukan KEDAYAN ini ianya  akan memberi ransangan yang berterusan kepada kita.

Mengikut kajian1 bangsa Kedayan tidak terserlah, sejarah mengenai Kedayan baik dari peringkat negeri apatah lagi negera memang tiada mengetengahkan bangsa Kedayan.

Namun demikian kewujudan Kedayan bermula dan seiring dengan kelahiran tamadun Brunei. Melihat kepada kehadiran Kerajaan Brunei yang telah berusia lebih dari 500 tahun, kesimpulan awal kita ialah bangsa Kedayan ini telah juga berusia sedemikian .- lihat artikel akan datang


Lihat juga:

Suambi Kedayan ~ Laman Rasmi Persatuan Kedayan Sabah Intro

Assalamualaikum: Kedayan entry into cyber world is a small step but by no means less significant (see english version). 

Many even Malaysians have not known who and where Kedayan people are.Kedayan people were originally only found in Borneo Island, specifically within the Brunei Bay area. 

Thus we see today, majority of Kedayan found in 

Sarawak resided in Limbang, Miri and Lawas, 

Brunei- through out the state, 

Sabah- in the Districts of Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu and Papar and Federal Territory of Labuan [nearly 70% of its population were Kedayan in 70s].

It is our wish that the Kedayan wherever you are encouraged to participate in making this project a success.

Our Mission: This directory would help the curious beings to find out more about Kedayan, while for the Kedayan people this would act as focal point. The latest Kedayan matters would be posted and be shared with here or even debated constructively.

We are operating within limited resources but we intend to grow as we go. Wherever  you  are, kedayan,  connect  to  our web from every corner of the world; and please feel free to do so !

Suambi Kedayan ~ Laman Rasmi Persatuan Kedayan Sabah (Snapshot)


Berikut adalah snapshot lengkap laman berkenaan yang boleh dicapai di URL

http://geocities.com/kedayan2000

Beberapa bahagian arkib telah hilang ditelan zaman.

Snapshot diambil pada 13 Jun 2018















Kedayan Online berpisah dari Persatuan Kedayan Sabah

01 September, 2000. Persatuan Kedayan Sabah, melalui Biro Penerangannya memutuskan untuk membuat laman web rasmi untuk persatuan sendiri mulai dari hari ini. Laman baru ini dikenali dengan nama Laman Kedayan dan boleh anda kunjungi di alamat URL


Laman ini akan dikendalikan terus oleh persatuan melalui Jawatankuasa Kecil Penerangan dan dijangka akan dikemaskini dua kali sebulan.

Sehubungan itu pihak Persatuan Kedayan Sabah mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Kedayan Online yang telah sudi menawarkan khidmat menyelanggarakan laman web untuk persatuan Kedayan selama ini.

Di dalam perkembangan yang lain, jurucakap PaadianInc. berkata pengasingan ini akan membolehkan  KOL berkembang dengan lebih jauh dan bebas di dalam melaporkan berita. KOL sendiri pada masa ini telah mempunyai sejumlah pengunjung setia yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat kedayan.

END

KEDAYAN ONLINE 

Tuesday, July 25, 2000

Suambi Kedayan: Senarai Berita Vol 1 22.07.00

Berita Jilid Pertama 22 Julai 2000


  • Perutusan Ybhg Tuan Presiden KEDAYAN Sempena Pelancaran Kedayan Online, Ehsan PAADIANinc & Kedayan Online, 22 Julai 2000.

  • Enam muka baru AJK KEDAYAN 2000, Ehsan PAADIANinc., 27 mei 2000.

  • Setiausaha Agung Penaja KEDAYAN 2000 meletak jawatan, Ehsan PAADIANinc., 27 Mei 2000.

  • Pesta Lagu Lagu Rakyat, Ehsan Kedayan Online, 17 Jun 2000.

  • Pertandingan Mundul Taipas, Ehsan PAADIANinc., 30 mei 1998.

  • KEDAYAN didaftarkan, Ehsan Presiden, 1992.


Berita Vol1 22.07.00 . Lihat juga senarai arkib kedayan

- arkib1
- arkib2
- agm



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Saturday, July 22, 2000

Perlembagaan Persatuan Kedayan Sabah

Perlembagaan Persatuan



Lihat juga:



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Mendaftar dengan KEDAYAN

 KEAHLIAN

Terdapat tiga (3) jenis keahlian seperti berikut:  


Ahli Biasa 

Terbuka kepada lelaki dan perempuan berketurunan Kedayan berumur lebih daripada 16 tahun dan tinggal di Negeri Sabah yang berkerakyatan Malaysia pada masa ia membuat permohonan.  Ahli   Biasa layak menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh Persatuan.  

 Ahli Seumur Hidup 

Ahli Biasa yang membayar yuran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) sekaligus layak diterima sebagai Ahli Seumur Hidup dan berhak menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh Persatuan.

Ahli Bersekutu  

Terbuka kepada orang-orang keturunan Kedayan yang berumur lebih daripada 16 tahun dan tinggal di Negeri Sabah lebih daripada satu tahun dan bukan rakyat Malaysia.  Ahli Bersekutu tidak layak   mengundi atau memegang jawatan dalam Persatuan.

Nota:
Semua yuran perlu dijelaskan hanya setelah permohonan anda diluluskan. Anda akan diberitahu mengenainya nanti.

Ya, Saya mahu menjadi ahli KEDAYAN. Bekalkan saya dengan "User Name" dan "Password" supaya saya boleh mendaftar. 


Berikut ialah maklumat mengenai diri saya 
  • Nama
  • E-mail
  • Tel
  • FAKS
  • Alamat


Lihat juga:


                  
Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Link Exchange Form of Suambi KEDAYAN

linkform

Anda boleh menghantar link URL anda kepada kami supaya web ini lebih meriah. Semua link yang terlibat di dalam exchange link program adalah percuma. So grab 'em all...

Ciri link yang didaftarkan:
  • Personal hompage

  • Hompage yang berkaitan dengan dunia kedayan

  • Hompej korporat anak kedayan

  • Link kedayan mestilah juga dimasukkan ke dalam link anda


Link exchange Form
 Yes, lets exchange link with me
  • Name

  • URL

  • Company

Address
  • E-mail

  • Phone


Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Link Luar Suambi KEDAYAN

Berikut kami sajikan beberapa link luar yang popular untuk tatapan anda. Anda juga boleh mencadangkan link atau bertukar tukar link dengan kami. Diharap akan lebih ramai yang menyusul nanti. 


Bah...meriahkan web site kita Sila hubungi Webmaster untuk keterangan lanjut mengenainya. Terimakasih.

Sila klik saja pada nama laman web yang tertera  untuk ke link berkenaan.

Lihat juga: linkform

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Buku Tamu Suambi KEDAYAN

buku tamu


Name:
imira@tm.net.my

Email:

Date:
14 Feb 2001

Time:
02:04:10

Comments
I'm merely testing the page


Join our mailing list!
Enter your email address below, then click the 'Join List' button:

Click here to join our mailing list!Click here to join our mailing list!

Powered by ListBot

Lihat juga:
borang tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Borang Tamu Suambi KEDAYAN

borang tamu

We'd like to know what you think about our web site. Please leave your comments in this public guest book so we can share your thoughts with other visitors.


Add Your Comments

Nama

E-mail

Comments

After you submit your comments, you will need to reload this page with your browser in order to see your additions to the log.

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Projek Persatuan Kedayan Sabah

Projek / aktiviti semasa yang dianjurkan oleh Persatuan. 


Projek pertama
Webmaster sedang menunggu projek persatuan yang pertama untuk dipaparkan.

Projek kedua
Webmaster sedang menunggu projek persatuan yang kedua untuk dipaparkan.


Projek ketiga
Webmaster sedang menunggu projek persatuan yang ketiga untuk dipaparkan.

Lihat juga:
1st
2nd
3rd

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Peristiwa semasa: Aktiviti Persatuan Kedayan Sabah

Anda adalah dijemput untuk memaparkan peristiwa , majlis dan apa jua pengumuman yang berkaitan bagi tatapan umum supaya kita semua dapat menyertainya. 


Klik butang pengumuman di atas untuk berbuat demikian - Webmaster.

Lihat Juga:
- arkib

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster:Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...