Showing posts with label babi. Show all posts
Showing posts with label babi. Show all posts

Saturday, November 11, 2000

Bot Mengangkut Babi Karam Di Sipitang - part 3

Mengenai isu Orang Sipitang tidak makan ikan

Saya  ingin  menjawab  persoalan yang    dikemukakan  tentang  orang  Sipitang tidak makan  ikan  yang  juga  termasuk  saya. Mengikut cerita  yang  disahkan  melalui fakta ,  sebenarnya orang  sipitang  buat  masa  ini  terutama  orang islam berpuasa  daripada makan  ikan  ialah  berpunca daripada  satu  insiden  yang  agak  unik  iaitu mengikut fakta  bahawa sebuah  tongkang  yang  membawa  muatan  kinzir  atau  bahasa mudah  difahami babi telah  karam  dan mati  dalam  jumlah  yang  agak banyak.  

Oleh  yang  demikian  disebabkan  ikan-ikan yang  berada diperairan Teluk  Brunei  telah  memakan dengan  lahapnya  daging  tersebut  oleh  itu maka berpuasalah  orang-orang  islam  di Sipitang masa  ini  daripada  membeli  dan  memakan ikan  yang  datangnya  dari  perairan  teluk  Brunei. 

Tapi  kawan  kita sebelah  tak  puasalah.

Prihatin Kedayan

Bot Mengangkut Babi Karam di Sipitang - part 2

Respon Sdr Jampili mengenai Mengapa Orang Sipitang inda berani makan ikan

Nyata dan jelas Pasar Ikan Pekan Sipitang lengang. Keyakinannya mungkin tepat jika ditanya penjual ikan di dalamnya mengenai pendapatan harian mereka sejak akhir-akhir ini berbanding sebelumnya. Moleknya delima ini untuk diselongkar.

Keinginan untuk mengetahui bayang-bayang yang menghantuai orang Sipitang, telah membawa saya bercerita panjang dengan orang Kastam Sipitang (yang juga saudara saya) untuk mengupas persoalan ini. Benar 'BABI' punca delima semua ini. Dimana sebuah bot yang membawa 'Daging Babi' telah karam di perairan Sipitang, sekitar laut Kuala Mengalong dan Marintaman(SFI).

Pamandu dan penumpang botnya terdampar sekitar Pantai Pasir Panjang (Taman Negara). Angin 'kabarnya' cukup kuat tiupan dan putarannya, seperti juga ribut dan gelombang yang mengaramkan bot membawa daging babi tersebut.

"Bisia di Kuala Mangalong talihat Baaii bejalanaan naik ke tambing daai laut, ada yang kapus-kapus......."

"Aauu... di Malintaman tunggang-tunggang baaii, takuuknya ba ampaian..."

"Di laut, aaa... ia tanganya timbul, bila kau kan malihat ... haga ta saja ke Pasi Panjan tu bah........."

"Lauk batungapan makaan baaii, lampuh tu bana..."

Antah apa lagi yang kamu dangga.. Tapi tiada persoalan timbul, berapa besar bot tersebut? Babi yang dibawanya, hidup atau daging? Berapa banyak babinya... Botnya tidaklah sebesar bot membawa sayur ke Brunai. 

Orang Kastam Sipitang melenting, 

"buktikan jika ada babi hidup atau seekor (seikung bulat)...kita tangkap"

Entah apa yang ditangkap?

Iktibarnya bukan cerita-cerita dan persoalan di atas puncanya, tetapi perkataan 'BABI' hantunya. Majoriti penduduk Sipitang adalah Islam, dan Babi adalah Haram bagi orang Islam. Tetapi ingat... Air Laut Sipitang masih sah digunakan untuk berwuduk.

Sebenarnya kita dikejutkan bila Babi diexport melalui Sipitang yang majoriti penduduknya Islam dan diimport oleh sebuah negara Islam yang  >berdaulat. Sebelum ini kita tidak tahu, walaupun ianya sudah beroperasi berpuluh tahun. Peristiwa ini jika dikupas, cukup banyak pengajarannya.

Maha Besar Allah atas segala-galanya.

Wassalam.

END

Tuesday, November 7, 2000

Bot Mengangkut Babi Karam Di Sipitang - part 1

Bekalan Ikan Dari Sipitang Tercemar?

07 Nov 2000, Sipitang; Sang Mandau mempaehatikan sejak kebelakangan ini ramai penduduk Sipitang cuba mengelakkan dari memakan tangkapan perikanan dari Sipitang sendiri.

Sang Mandau cuba mendapatkan pandangan dari Jabatan Perikanan Siptang mengenai hal ini tapi tidak mendapat jawapan yang sewajarnya. Apa yang Sang Mandau perlu tahu ialah mengenai punca sebenar mengapa penduduk tiba tiba memilih untuk tidak memakan ikan yang ditangkap oleh nelayan Sipitang sendiri.

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa sebuah kapal membawa khinzir karam dalam perjalanan ke Labuan... benarkah begitu?

Sila berikan maklumat mengenai perkara ini kepada kami untuk pengetahuan masyarakat.

KEDAYAN ONLINE

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...