Showing posts with label KOL Isu 9. Show all posts
Showing posts with label KOL Isu 9. Show all posts

Thursday, May 10, 2001

Mengapa Bangsa kita lemah

10 Mei, K.Kinabalu. KOL Group menerima beberapa emel mengenai isu terbaru yang mereka bincangkan disana. Sudahkah anda menyertai forum ini?


Emel 1

kul_mamit@yahoo.com
Yang aku tahu, kita tidak lamah, Yang aku tahu kita suka bersendiri, Yang aku tahu kita kurang komuniti, Yang aku tahu kita payah bersatu, yang aku tahu ..... bah sambung tia.. Sababnya .......

Emel 2

jumabas@kedayan.every1.net
Sabanaa nya kita inda hilang
yang hilang tu hanyalah
perasaan diri
kuang pertimbangan, hantapkan manang saja,
inda ada tolak ansuo-tu tah jadinya... 


Emel 3

"jampili"

Saudara  sekalian,

Nulis tah kusemula  dalam dialek  kedayan dan  mungkin  tidak sepenuhnya ,sebab  aku  orang  yang  lebih  gemar menyampaikan mesej  dalam  situasi  yang  boleh  difahami  oleh  semua.Pada saya  bahasa  yang  boleh  difahami  oleh  semua  masayarakat Malaysia ialah  bahasa  Melayu. Pun  begitu  memang aku  sanjung dan  aku  agungkan  keunikan  dialek  kedayan (mungkin selepas  ini saya  akan  dikritik  kerana  tidak  menulis dalam dialek  kedayan). 
Macam kamu  jua  aku  ni  sibuk  seharian, setelah  kutinjau laman web kita , macam  nda  hidup lagi..mungkin  kita  mempunyai  agenda  yang  tersendiri  untuk memenuhi  tuntutan  hidup,  atau  mungkin  komunikasi  kita melalui  lam  web  hanya  di  kalangan  ahli  akademik  sahaja atau  mungkin  lebih  tepat  dikalangan  ahli-ahli yang mempunyai  kemudahan  IT  sahaja.  

Penyertaan rakan  di  sarawak  amat  menggalakkan  walaupun terdapat  kelainan dari segi bunyi  pertuturan  yang diutarakan.  Pada  keseluruhannya  kita  masih  membincangkan beberapa  perkara  yenag  remeh  contohnya soal  siapa  yang layak  dikatakan  sebagai  kedayan  tulin.  

Walaupun  pada dasarnya  hal  itu  ada  keperluan  untuk  dibincangkan  supaya kita  jelas  siapakah  sebenarnya  yang layak  mengaggotai persatuan  kedayan.  Adakah  dengan  semangat dia mahu mengaku  bahawa  dia  seorang   kedayan  kerana  menuturkan dialek  kedayan  layak  untuk  diterima  sebagai  ahli  kedayan yang  tulin.  Dalam  memberi  definisi   berhubung  hal ini ia masih  dalam  keadaan  yang  subejktif. Pada  saya  hal ini boleh  dibincang  diperingkat  MT  kedayan  yang bertanggungjawab  menjelaskan  dan  membincangkan  isu-isu seperti  ini.

Berbalik  kepada  orang-orang  yang  menjelajahi  laman  web dan  menyertai  perbincangan  dalam  laman  web, bolehkah  kita  berbangga  dengan  penyertaan  yang ada walaupun  ia memang  harus  kita  beri  sokongan  sebagai  pendokong generasi  kedayan  yang  ingin  melihat bangsa  terus 
berkembang  maju  dalam  semua  arena. 

Dalam kesempatan  ini eloklah  orang  kita  yang  mempunyai  kedudukan  sama  ada mempunyai  kekuatan  dalam  bidang  ekonomi  dan  juga  dalam bidang    politik  terus  kita  sokong  dan  libatkan  mereka secara  terus.  Saya  yakin  mereka  yang  saya  nyatakan  itu sehingga  hari  ini  tidak  menunjukkkan  tanda-tanda menyertai  kita dengan  serius. Kalau pun  ada  kita  tidak 
siapa  dia?? Apakah  usaha  kita  kearah  itu??  Di  samping itu  tenaga  kita  yang  mempunyai  bidang  akademik  yang mampu  dijadikan  sebagai  penyumbang  idea  dalam  arus globalisasi  kini  perlu  kita  jana  dan  libatkan  bersama. 

Selain  itu  kita  perlu  kembali  semula keperingkat  "grassroot"  kerana   golongan  inilah  yang  paling  banyak memerlukan  bantuan  dan  mereka  mesti kita  utamakan.
Melalui cara  ini  saya  yakin  suku  kaum  kita  yang terdapat  banyak  dipinggiran  sekarang  ini  sama  ada  di Sabah  dan  sarawak  dan juga  dimana-mana  dapat  disatukan menjadi  suku kaum  yang  kuat  dan  mampu  menanagani  semua permasalahan  yang  timbul  pada  masa  yang  mendatang.

Soal  penyatuan  sering  kita  laung  tetapi  malangnya, ada juga  suara-suara  sumbang  yang  juga  sering  mempertikaikan usaha  ke arah  itu.  Saya  harap  suara-suara sumbang  itu  bukanlah  yang  datang  daripada  kepimpinan  kita persatuan kita  sendiri.

Perkara  yang  penting  usaha  kita  hendaklah  sampai keperingkat  akar  umbi  agar  ia akan  lebih  bermakna  dan lebih  mendatangkan  kesan  yang  berpanjangan.

Harap  respon  hali  ini  dari   sudut kepentingannya  kepada suku  kaum  kita.

Terima  kasih.

(maaf yah, petikan ku ani alum lagi batantuan, nanti ku ngusai on our next update)

KOL & KOL Group

END

Habaa Kedayan yang lebih mencabar

10 Mei, K.Kinabalu. Habaa Kedayan, lidah rasmi masyarakat kedayan nampaknya maju setapak lagi mulai dari keluaran ke 4 ini. Para pelanggan tetap Habaa Kedayan diharap bersabar di atas kelewatan ini. Anda akan menerima naskah anda dalam tempoh sehari dua ini. Sdr Arimi memaklumkan bahawa semua naskah untuk pelanggan tetap Habaa Kedayan telah dikirim pada hari ini.

Untuk anda semua, dimaklumkan bahawa Habaa Kedayan telah terbit dengan wajah baru. Harganya masih sama RM2 senaskah. KOL difahamkan pihak Muzium negeri dan perpustakaan negeri sabah telah menempah Habaa Kedayan untuk tempoh satu tahun mulai dari isu ke4 ini. Syabas untuk Persatuan Kedayan Sabah.

KOL

END 

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

KOL Is Back!

10 Mei, Kota Kinabalu. KOL kini kembali setelah sekian lama menyepi selama satu bulan (kemas kini terakhir KOL ialah 07 April 2001). Terdapat 673 emel yang dikirim bertanya, tak puas hati dan ingin tahu kenapa KOL tidak dikemas kini begiru lama. KOL tidak pandai membuat alasan. Pertama sekali kami memohon maaf di atas perkara ini. 

Cuma satu yang kami ingin nyatakan untuk semua pengunjung setia KOL, KOL sebenarnya belum berkubur! Terima kasih kerana terus bersama sama KOL. Kami maklum bahawa KOL perlu diteruskan, malangnya komputer yang kami gunakan menghadapi masalah di dalam tempoh ini. 

Oleh itu Sdr Arimi telah bermurah hati mendermakan PC beliau untuk tujuan ini. 

Sekarang kami mempunyai PC yang agak canggih juga, dengan processor terkini Pentium IV 1GB dan memory 512MB, wow, terima kasih, dan diharap lebih ramai lagi pengunjung yang tampil untuk merealisasikan wawasan KOL untuk mempunyai server sendiri. 

www.kedayanonline.com adalah wawasan KOL!

KOL

END

Friday, April 13, 2001

Projek Bandar Sahabat Sindumin - Marapok Diteruskan

13 April, Sindumin. ADUN Sindumin baru baru ini mengumumkan Projek Bandar Sahabat akan diteruskan. Berita ini agak mengejutkan, bukan kerana ianya berita baru yang ditunggu tunggu, tetapi kerana ia sudah terlalu lama sehingga ramai di kalangan penduduk Marapok dan Sindumin yang lupa lupa ingat mengenai projek berkenaan. Berikut KOL mendapat satu emel daripada pembaca mengenainya

Emel 1

Terima Kasih email mu atu beesamangat hantap ku asanya. Inda apa,indalagi batah sihat taku baaini,mudah-mudahan. Ada yang ku fikirkan kangani mun kau nulis di kolom mu fasal bandar sahabat bandar bahau atu di sindumin jaan marapok. 

Bunyinya kan kana bangunkan.  baik jitu yang aah kampong, aah jelama kedayan banyak kita huar-huarkan mun dapat di capatkan.

Sama mun pandangan ku sindumin atu baik di jadikan Daeah Damit (Pentadbiran Daerah Kecil) yah .......

Bah atu nganya dahulu nanti ku email lagi ,...... Bahau taku bakaja seminggu baini.

Hj Bagul

Apa pun, jika Projek ini memang hendak diteruskan, wajarkan ianya dimulakan sekarang. Ini kerana beberapa projek sebelum ini mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan. Contohnya lebuhraya Papar Sindumin dahulu. Jalan tersebut telah dinaikkan tarap menjadi lebuhraya kelas A - Lebuhraya Pan Borneo(?)sejak tahun 1985, tetapi menunggu lebih 14 tahun untuk diaspalkan.

Kalau tidak silap Projek Bandar Sahabat ini telah bermula sejak tahun 1984 lagi, dengan perasmian YAB Perdana menteri pada masa itu. Diantara langkah langkah yang sudah diambil (?) adalah seperti berikut

1) Mewujudkan padang unik yang cuma satu satunya di dunia, di mana garisan tengah padang berkenaan adalah sempadan antara Sabah dan sarawak.

2) Pembinaan Masjid Bandar Sahabat yang diuruskan oleh  Kg Sindumin dan Kg Marapok

3) Rancangan Pembinaan Lot Kedai di sebelah Sindumin

Di kawasan kedai sindumin pula, sebuah pasar am mini telah diwujudkan tetapi tidak bertahan lama

Persoalannya, apa rupa Bandar Sindumin - Marapok ini nanti?

KOL merasakan potensi setempat perlu diambil perhatian di dalam melaksanakannya. Dalam hal ini Pelan Induk Bandar Sahabat perlu mengambilkira sumber pertanian dan memajukan sektor agro-tourism penduduk. Memandangkan projek ini sudah dirancangkan lama dahulu, Pelan Induknya, jika ada adalah dibuat pada awal tahun 80an. 

Masalah perancangan di Malaysia pada tahun 70an dan awal 80an termasuklah di Sabah ialah terlalu menekankan persamaan diantara Urbanisation dengan infrastructure sebagai proses otomatik. Maksudnya, bina saja bangunan, jalanraya, bandar akan tumbuh. Tetapi keadaan sebenarnya tidak begitu. Contohnya klasik pembangunan sebegini ialah Bandar Muazam Shah di Pahang. Di Sindumin juga tidak terkecuali dengan pembinaan pasar amnya yang gagal total.

Beberapa perkara yang boleh diambilkira di dalam projek Bandar Sahabat itu nanti ialah seperti berikut

1) Sekolah menengah

2) Pusat pengajian tinggi awam / swasta

Kedua dua ini perlu untuk mengukuhkan kewujudan Sindumin di masa yang akan datang. Pasaran Sindumin dan sarawak amat kecil untuk hidup dengan sihat secara sendiri. Oleh itu keupayaan pasaran tempatan ini perlu ditingkatkan dengan menubuhkan sekolah / pusat pengajian tinggi.

Katakan sekolah menengah dengan 1,500 penuntutnya berbelanja RM3 (untuk tambang, makanan dan lain lain, tambahan pusingan wang ke kawasan ini sehari ialah RM4,500)

Sementara itu pusingan yang lebih besar boleh didapati dengan adanya pusat pengajian tinggi. Katakan, sebuah pusat pengajian tinggi mempunyai 5,000 pelajar. Perbelanjaan harian mereka adalah besar, dan kita andaikan di sini pada jumlah purata RM10 seorang, maka pusingan tambahan yang boleh kita dapati ialah RM15,000. Apabila kedua dua ini kita campurkan, purata pusingan wang harian di Sindumin ialah RM19,500. Jumlah ini jika ditambah dengan pasaran semasa cukup untuk menjana pertumbuhan sederhana di kawasan ini.

3) Laluan jalanraya baru ke Sarawak

Laluan yang lain dari sekarang akan menjadikan Sindumin lebih menarik untuk dilawati dari Sarawak. Ini kerana pada masa ini pelawat terpaksa melalui 8 pos imigresen termasuk pos antarabangsa (brunei ) untuk pengunjung dari Kucing datang ke sindumin.

4) Agro dan Eco-tourism

Perhatian juga perlu dibuat supaya perkara ini dilaksanakan di Sindumin.

Apa komen pembaca?

KOL

Monday, February 26, 2001

Sdr Aaron: Kedayan dari Majapahit kah?

Terdapat dua emel dr Sdr Aaron yang telah lama dikirimkan kepada KOL . Malangnya kerana sebab sebab teknikal, emel beliau baru sahaja kami jumpai dan disiarkan di bawah ini untuk tatapan para pembaca. KOL memohon maaf di atas perkara ini. Terimakasih.


Emel Pertama

26 Feb 2001

Guten tag.
Willkommen zu Kedayan Online.

Kebanyakan kita mengatakan bahawa Kedayan berasal dari Majapahit yakni sebuah kerajaan keindiaan di Jawa. Betulkah? Atau teori ini sengaja di ada-adakan untuk menunjukkan betapa hebatnya umat Kedayan ini? Maaf lagi sekali andainya pendapat ini agak keterlaluan. Walaubagaimanapun....Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit andainya dapat dibuktikan yang umat Kedayan ini datang ke Brunei dari Pulau Jawa sebelum tahun Masihi 1517. Jadi pendapat yang mengatakan bahawa umat Kedayan ini adalah keturunan Puteri Lela Menchanai (Sumber Sarawak berkata baginda berasal dari Jawa) adalah tidak tepat. Lebih-lebih lagi di katakan bahawa Baginda adalah jelmaan dari buih lautan. Peristiwa itu berlaku sekitar 1524 Masihi. Kalaupun benar Kedayan adalah pengiring beliau tidak mungkin mereka berasal dari Majapahit. Mengapa? Kerana... Majapahit berakhir pada tahun 1517 Masihi akibat diserang Kesultanan Demak.


Emel kedua

26 Feb 2001
Assalamualaikum....Guten tag!!!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat pagi dan selamat berbahagia kepada saudara sekalian. Apa khabarnya? Wie geht's?(German). Saya di sini sihat lagi afiat. Kali ini saya ingin menyambung kembali perbincangan atau pun mengenai ulasan yang telah saya kemukakan minggu lepas. Ada beberapa bahagian di dalam tulisan saya untuk kali ini. Ia merangkumi penentangan pendapat mengenai ulasan responden terdahulu mengenai Kedayan dan sebagainya yang berkaitan.


Alak Betatar bukannya Dayak Kendayan seperti yang pernah diutarakan oleh Saudara Arimi Sidek(?). Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menyangkal pendapat saudara sebelum ini. Es tut mir leid. Saya juga ingin memohon beribu-ribu ampun andainya tulisan saya ini menjatuhkan kewibawaan saudara. Setahu saya Alak Bertatar bukanlah dari suku kaum Dayak Kendayan tetapi beliau ialah seorang Bisaya. Itu adalah pendapat yang amat popular.


KOL

End

Tuesday, February 20, 2001

Taiwan's Hottest Food

A friend emailed this to me and this really surprise me.  how true it is? dunia dah nak kiamat kot. are some of us going back to stone age and becoming cannibal again? wallahuallam.



 In taiwan, dead babies or feotuses could be bought at $50 to $70 Taiwan Dollar from hospital to meet the high demand for grilled and barbequed babies ...
Tapi kalau hampa semua takut jangan lah tengok.
1101.jpg (72961 bytes) 211.jpg (28244 bytes)

mohd hakim

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Juragan Landak

KOL menerima lagi satu email dari Sdr Aaron untuk tatapan para pembaca.

Assalamualaikum......

Apa habanya kalian? Batah sudah indak aku manulis di KOL anik. Sabana-bananya aku anik jauh hatik dikit. Ada jua akuk manulis biyanaik pasal 'Kedayan kemungkinan besar bukannya dari Majapahit.' Yang lain batajuk 'Hamba.....?' dan ada babarapa isu yang lain tapi indak disiarkan.

 Upanya Kenshiroe anik sudah nukaa PC baharuk. Apa ulahku.....nasib malang. Payah-payahku manulis indak juak tasia. Ayi anik akuk kan bacaitak pasal Juragan Landak. Ia anik Kapten kapal kepada Raja Brooke. Kapal yang dipandunya atuk banama His Highness Launch. 

Ia anik maninggal pada tahun 1940. Ia anik juak adalah pangasas Kampung Sg. Lumut di Santubong Kuching indak jauh daii Kg. Buntal. Ia anik ada duak uang binik. Biniknya nombor duak banamak Yot binti Khamis. Adih...lupak ku pulang caita salanjutnya. Tapi anaknya dilantik manjadik Katua Kampung atas sokongan surat-surat Brooke. Atu saja mangkali. Taima kasih.

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...