Showing posts with label Prihatin Kedayan. Show all posts
Showing posts with label Prihatin Kedayan. Show all posts

Saturday, November 11, 2000

Asal Usul Kedayan ~Prihatin Kedayan

Saya  juga ingin terus  menyertai  perbincangan mengenai  asal  usul  kedayan, saudara tentang  asal  usul  kedayan  saya  ingin  mencadangkan supaya  kita  adakan  satu  jawatankuasa  diperingkat  ilmiah untuk  membuat  kajian  yang  tepat  mengenai  asal usul kedayan berdasarkan  fakta  yang  betul saya bersedia  untuk  menawarkan  menjadi  seorang daripada  ahlinya  kalau  dipersetujui oleh  saudara dan  ahli  yang lain. 

Saudara pada  masa saya belajar  dulu  ada  juga  saya  membaca  mengenai  perkara ini  tetapi  malangnya  kajian  itu  pada saya bukanlah  suatu  fakta  yang  tepat  ada yang boleh kita  pertikaikan  sebagai  suku  kaum  yang  tahu akan  bangsanya.

Saudara  terima  kasih,  saya  akan  terus  menyokong usaha  saudara   dan  akan   bersama  pada  masa  cuti ini dan  saya  mungkin  tidak  sesibuk seperti  masa bertugas.

Prihatin Kedayan

END

Bot Mengangkut Babi Karam Di Sipitang - part 3

Mengenai isu Orang Sipitang tidak makan ikan

Saya  ingin  menjawab  persoalan yang    dikemukakan  tentang  orang  Sipitang tidak makan  ikan  yang  juga  termasuk  saya. Mengikut cerita  yang  disahkan  melalui fakta ,  sebenarnya orang  sipitang  buat  masa  ini  terutama  orang islam berpuasa  daripada makan  ikan  ialah  berpunca daripada  satu  insiden  yang  agak  unik  iaitu mengikut fakta  bahawa sebuah  tongkang  yang  membawa  muatan  kinzir  atau  bahasa mudah  difahami babi telah  karam  dan mati  dalam  jumlah  yang  agak banyak.  

Oleh  yang  demikian  disebabkan  ikan-ikan yang  berada diperairan Teluk  Brunei  telah  memakan dengan  lahapnya  daging  tersebut  oleh  itu maka berpuasalah  orang-orang  islam  di Sipitang masa  ini  daripada  membeli  dan  memakan ikan  yang  datangnya  dari  perairan  teluk  Brunei. 

Tapi  kawan  kita sebelah  tak  puasalah.

Prihatin Kedayan

Saturday, September 23, 2000

Rampai Emel Pembaca KOL ~Surina, Abd Hamid & Prihatin Kedayan

Sudut Pembaca

Pada kali ini Engkek ingin memaparkan beberapa catatan koresponden dan pembaca pembaca yang membina, selain dari itu kita juga boleh mengikuti perkembangan terbaru mereka.

a) 20 September. Surina, koresponden kita melaporkan begini:

Bz sangat sampai tak ade mase nak antar berita. Malam nie di kampung saya akan mengadakan upacara bergendang. Apa kata kalau upacara sebegitu dimuatkan dalam hompej kedayan? ( SiPalui- Damit tampak tangan bombong omah kami layah kan) Saya akan cuba dapatkan gambarnya dan hantar kepada anda kerana itu juga merupakan salah satu tradisi orang kedayan dan amat sukar dilihat sekarang ini.

(Sipalui- ao, andang tah ku nunggu ni, apakah pisinnya bagandang tu ah)

Seterusnya beliau menulis lagi pada 22 september:

Malam begandang bejalan dengan lancar sajak, tapik kang anik akuk tengah cubak dapatkan juru kamera yang mengambil gambar dangan begandang malam ai atuk. Akuk kan scan untuk kamuk siarkan dalam hompej kedayan kamuk kenilak. Tunggu sajak la aaa,atuk pun insyaallah kalau bisiak mauk baik nya.Akuk cuba la aaa. Bah....udah buat ka sudut peminat dalam hompej tuk? dapat juak dangan berkongsik
pendapat dan idea untuk memajukan hompej atuk.

(Engkek- scan tia surina, hantap kan malihat kami sudah ni) 

Wasallam, Surina.

b) Koresponden terbaru kita, Sdi Abd Hamid pula menulis begini

Hello apakhabar ..?

Boleh tahan laman web anda ...teruskan usaha murni anda dimasa akan datang , sesungguhnya bahasa menunjukkan identiti bangsa

kita .okeylah... i cau dulu ... waaacaaaa!!!!!!!! 
  
c) KOL berbangga kerana terdapat pembaca pembaca yang KOL rasa ingin melihat KOL bergerak ke arah yang lebih serius. Mereka mahu melibatkan diri di dalam membina KOL. Salah seorang darinya ialah pembaca yang menggelarkan dirinya sebagai Perihatian Kedayan.

Ikuti antara komen beliau yang di petik dari Forum Kedayan :

'Mungkin  nasib  kedayan  di  Sabah  dikatakan  baik  kerana  mempunyai  wakil  yang  bergelar  YB  itu  sahaja  lebihnya  pada  gelaran. Sebenarnya  dari  segi  sikap  itulah  kedayan  yang  amat  malang  sekali.  Sikap  kedayan  terlalu  peseorangan  kita  ada  semangat  kekitaan langsung  , saudara  sekalian  kaum  kerabat  kedayan  tidak  kita  sebagai  generasi  yang  sedar  ingin  mengubah  situasi  ini? Apakah  kita  punya  MT cuba  lempar  batu  sembunyi  tangan dalam  hal  ini? Apakah  kita punya MT kedayan  Sabah  tidak  mempunyai visi dan  misi  untuk mengubah  senario  ini.  Kenapa anda  hanya  bersorak  di bandar tetapi  tidak  mencapai  sesuatu  di  kamp!
ung.  Pelik  sungguh  kalian.... "

Perihatin Kedayan

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...