Showing posts with label KOL Isu 1. Show all posts
Showing posts with label KOL Isu 1. Show all posts

Monday, January 1, 2001

Ke mana hala tuju KADAYAN selepas kejayaan menubuh sarta mengurus operasinya?

 imoin

Terlebih dahulu imoin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Kadayan yang ada pada masa kini. Uja oang tuha-tuha ani bahautah banar-banar bajuang untuk mamatabatkan bangsa damanya.

Inda kia siapa saja yang dipikirkan bolih mencacatkan perjalanan pasatuan KEDAYAN, kuita oang kadayan, masti dielak dai dipilih jadi juagan supaya kuita tu inda talanggaa gusu. Maaf ku lai bila tutuan ku tu antai kuan hantap kasar.

Isu diatas menagih kedalaman daya fikir warga kadayan untuk mencari suatu wadah ataupun teras yang boleh membantu warga kadayan berjaya memartabatkan diri nya dikalangan suku-suku lain yang ujud pada hari ini.

I believe, the best way to deal with the issue is for all kedayan intellectuals to set up a forum from which they can come up with ideas that help Kedayan move faster to achieve its common goals. I am hopping many intellectuals will response to the issue that I raise.

Sehingga berjumpa lagi Salamat Hai Raya maaf Zahir Dan Batin. Aku Bahautah mulih bacuti dan baaya di Labuhan. 

Wassalam. 


KOL

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Terlalu Awal Untuk Puji

Mandau

01 Jan 01, Kota Kinabalu -Persatuan Kedayan Sabah ; KEDAYAN yang baru berusia lima bulan ini telah banyak menerima pertanyaan -pertanyana dari negeri-negeri  jiran. Setakat ini KEDAYAN telah menerima beberapa undangan untuk mengadakan dialog.

Mereka berpendapat bahawa Persatuan ini telah melangkah jauh dan berbeza dari masa-masa  lalu, dan mereka ingin berkongsi formula.

Manakala Presiden KEDAYAN bila ditanya berpendapat "sememangnya kita mau perbedaan dan kita mau persatuan ini dinamik. Tetapi saya juga berpendapat bahawa kemampuannya  bergantung  kepada orang Kedayan itu sendiri.

Orang-orang Kedayan yang berminat untuk melibatkan diri dalam persatuan ini harus tampil ke hadapan semaada melalui cawangan-cawangan, maupun secara langsung berhubung dengan  Jawatankuasa pusat, kata beliau.

Terlalu awal untuk menerima pujian. Tetapi kita yakin kalau orang-orang Kedayan boleh sama-sama perjuangkan idea ini, sekurang kita ada platform untuk masa depan.

Jangan pula amalkan teori ketam yang tidak mau orang-orangnya  sendiri bekelebihan sedikit."

KOL 

END

Bapasatuan in inda payah banaa

Juna Abas

Yang panting, bamasuarat usai usai, ada minitnya, bahao tah dipalontaa akan aah samuha ahli, minta suat minta darma, mbuat aktibiti. 

Samuha tu inda payah tu. Mun kan pasatuan ani sanang dikit minta aah dangan, mun kan mbaii bahao tah nih.

Sabuting lagi kami di kampung ani guna diwan mini. siapa yang dapat nolong ni?

Mun Aktip mao ku tuut...

Amjah Semun

KEDAYAN? mun aktip mao ku tuut. Mun inda malas ku, mbuat buuk dama ku nganya kandila. Mun aktip siok ba bapasatuan, ada jua kan jasa dii kan bangsa. Lagi inda siok, mun sudah hangat, putus tua inda lagi ada...

‘High Way’ Beaufort –Sipitang Sudah Siap?

-Mandau

01 Jan, Sipitang-Mungkin masih kita ingat, hampir tiga tahun yang lalu Presiden KEDAYAN menulis artikel mengenai masyarakat Sipitang yang terabai tanpa jalan raya yang bertar, sedangkan kita sudah merdeka selama lebih 30 tahun.

Artikel yang serius itu ditulis di penghujung tahun 1997, dengan menyenaraikan nama pempimpin-pemimpin Sipitang maupun wakil-wakil rakyat Kedayan  di Harian Express dalam bahasa Inggeris bertajuk “Sipitang Tragedy”.

Tulisan beliau turut disokong oleh pelbagai lapisan mesyarakat Sipitang mau pun penduduk tempatan Sabah terutamanya, termasuk RTM yang mengetengahkan pendapat beliau.

Perbahasan tentang tulisan beliau di surat khabar tersebut dimuatkan setiap minggu selama lebih kurang tiga bulan yang memaksa menteri Perhubungan Negeri Datuk Yahya Hussain dan Menteri Perhubungan Jalanraya Persekutuan  Dato Sammy Vello turun ke Sipitang beberapa kali.

Sebenarnya beliau banyak kali  diundang dalam perbahasan-perbahasan yang melibat yang melibatkan ‘common good’ seperti ini.


Mandau-Sudah  siapnya Jalanraya ini, maka banyak tia hayam bakukuak, bapadah basia yang mbuat, lapas tu mun inda ada basia, inda tia ada jalan batar ka sipitang ani.

MANDAU

END

Saturday, December 30, 2000

Malam Mesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam

30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.

Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Belia Kg Lingkungan sedia bekerjasama untuk memajukan KEDAYAN

30 Dis, Lingkungan- Sdr Baharudin Hj Lamit, Pengerusi JKKK Kg Lingkungan Laut menyatakan bahawa beliau bersama sama belia Kampung ini bersedia untuk bekerjasama dengan KEDAYAN demi memajukan bangsa. Perkara ini dinyatakan kepada Presiden KEDAYAN Sdr Amde sempena Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2000/2001 Anjuran Belia JKKK Kg Lingkungan yang diadakan pada hari ini.
Kesediaan beliau turut disokong oleh pengerusi Penganjur, Sdr Abu Bakar Hj Lamit. Dalam majlis berkenaan, pelbagai acara diadakan termasuklah Pertandingan Ratu Fesyen Kanak Kanak, Pertandingan Lagu Lagu 60an, Bintang Kanak Kanak dan Pertandingan Bunga Hati Hati. Penyampaian hadiah bagi acara acara sukan yang telah dipertandingkan pada sebelah siangnya turut diadakan.

Antara tetamu kehormat yang berkunjung pada malam itu termasuklah ADUN N.23 Lumadan, YB Pn Surinam Hj Sadikum, Sdr Amde Sidek dan Sdr Ahmad Hj Mumin.

KOL

END

Friday, December 29, 2000

Majlis Malam Mesra KEDAYAN KG Bangsal Mengalami gangguan Elektrik

29 Dis, Sipitang- Majlis meriah yang diadakan di Kg Bangsal, kira kira 19 KM dari sini tergendala kira kira 35 minit kerana gangguan elektrik yang bermula kira kira pukul 9.55 malam.

En Husin Sahat, Kakitangan SESB yang turut berada di majlis berkenaan menerangkan bahawa perkara ini agak di luar kawalan SESB kerana loji bekalan tenaga elektrik datang dari SFI Industries Sdn Bhd dan bukan dari SESB sendiri.

Kejadian berkenaan menimbulkan rungutan dari ramai hadirin yang menyatakan ianya sering terjadi di kawasan kampung, terutama di musim perayaan seperti ini.


Di dalam perkembangan lain pula, Sdr Amde , Presiden KEDAYAN yang menjadi tetamu kehormat malam berkenaan menyatakan kepada KOL bahawa beliau merasa bangga kepada Cawangan KEDAYAN Kg Bangsal kerana komitmen mereka untuk bergiat aktif di dalam persatuan demi memajukan bangsa. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Kedayan yang akan tampil untuk menabur bakti dan mengaktifkan persatuan.

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...