Showing posts with label Kg. Bangsal. Show all posts
Showing posts with label Kg. Bangsal. Show all posts

Saturday, February 24, 2001

Takziah untuk keluarga Allahyarham Juna Abas

24 Feb, Sipitang; KEDAYAN mengucapkan takziah di atas pemergian Pengerusi KEDAYAN cawangan Kg Bangsal, En Juna Abas.

Beliau meninggal dunia akibat serangan penyakit asthma, kira kira jam 8.30 semalam. Sdr Presiden yang turut mengunjungi upacara pengkebumian allahyarham turut merakamkan kesedihan beliau dan menyifatkan pemergian Sdr Juna sebagai satu kehilangan besar bagi KEDAYAN.

KOL difahamkan Sdr Juna adalah satu contoh transformasi drastik anak Kedayan yang mahu memajukan diri. Beliau mengubah cara kehidupannya, membuang kehidupan masa lalunya dan secara tiba tiba berjaya mengubah wajah KEDAYAN dari keahlian sifar, kewangan sifar selama bertahun tahun, menjadi organisasi yang disegani dikampungnya di dalam masa setahun saja.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman.

KOL

End

Friday, December 29, 2000

Majlis Malam Mesra KEDAYAN KG Bangsal Mengalami gangguan Elektrik

29 Dis, Sipitang- Majlis meriah yang diadakan di Kg Bangsal, kira kira 19 KM dari sini tergendala kira kira 35 minit kerana gangguan elektrik yang bermula kira kira pukul 9.55 malam.

En Husin Sahat, Kakitangan SESB yang turut berada di majlis berkenaan menerangkan bahawa perkara ini agak di luar kawalan SESB kerana loji bekalan tenaga elektrik datang dari SFI Industries Sdn Bhd dan bukan dari SESB sendiri.

Kejadian berkenaan menimbulkan rungutan dari ramai hadirin yang menyatakan ianya sering terjadi di kawasan kampung, terutama di musim perayaan seperti ini.


Di dalam perkembangan lain pula, Sdr Amde , Presiden KEDAYAN yang menjadi tetamu kehormat malam berkenaan menyatakan kepada KOL bahawa beliau merasa bangga kepada Cawangan KEDAYAN Kg Bangsal kerana komitmen mereka untuk bergiat aktif di dalam persatuan demi memajukan bangsa. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Kedayan yang akan tampil untuk menabur bakti dan mengaktifkan persatuan.

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...