Showing posts with label KOL Isu 2. Show all posts
Showing posts with label KOL Isu 2. Show all posts

Sunday, January 21, 2001

Jeti Sipitang perlu dibaiki

21 Jan, Sipitang; 

Mandau bahau tah mulih ni, dai pekan Sipitang. Bukan apa apa, ngambii anak buah ku yang mulih dai Labuan. Cuma ani aku kan batanya la apa bah status jeti ke Labuan tu. Apakah ia tu cuma bangunan haram, atau pun setinggan atau pun ehsan pengusaha bot semata mata?

Mun kamu bukan oang Sipitang, ani tah ku kan mbai tahu apa upanya jeti atu.

Lokasinya siing jambatan Sipitang yang terkenal atu. Mun Dai KK, tuun ka kanan parking kaita mu aah Medan parking Pejabat Ko Nelayan. Lapas parking, mana jetinya?

Kuising kuising taulih kiii kanan, ada sabuting jalan bakumpau. Macam jalan ke kabun duyan., nuut akan bibii bangunan Bangunan Kaajaan. Kuang labih 20 meter ukuran elektrik, ada tu jeti Ka Labuan saanap saanap sana. Sana tah jalan nunggu bot, mun inda baik nasip kana babalik tu ka tanjung Pagaa.

Soalnya, inda ada kah cara kan mbaiki lagi kedudukan jeti tu?

Sipalui - Baani kao mandau, kaang ada kaang yang kapisan mun kao ngomplin lagi

KOL

END

Thursday, January 18, 2001

Ejaan Kedayan, satu pandangan Peribadi

Asalamualaikum, 

Sejak kita berbincang di KOL dari bulan Julai tahun lepas banyak variasi ejaan Kedayan timbul di KOL. Saya tidak nampak sesuatu yang tidak sihat mengenai perkara ini. Juga saya tidak nampak keperluan yang amat segera mengenai penyatuan ejaan yang pelbagai sifatnya ini. Juga mengenai keperluan supay ahli linguistik, ahli fikir atau cendikiawan turun padang  untuk menzahirkan sistem ejaan KEDAYAN yang  lengkap buat masa sekarang.

Ini kerana beberapa sebab:

1) Belum ada sumber kewangan untuk membiayai projek ini

2) Kegunaannya amat terhad

Buat masa ini hanya KOL yang mewujudkan ruangan berbahasa Kedayan. Kita cuba meluaskannya di Habaa KEDAYAN, dan komen para pembaca ialah susah untuk dibaca. 

3) Tulisan Kedayan belum mempunyai nilai komersial. 

Masalah yang sama dihadapi oleh tulisan Jawi. Sistem ejaannya lengkap. Fonetik melayunya lebih baik dari sistem rumi, tetapi tulisan itu sendiri pun berada diambang kepupusan kerana tiada pengguna.

Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk membaiki keadaan ini?

Pendapat saya, Kita perlu bermula dengan asas yang kita ada. Saya ingat kita patut mencontohi sistem ejaan Banjar, kerana mereka lebih terkedepan di dalam membina sistem ejaan tidak rasmi mereka.

Kali ini saya ingin bermula dengan perkara paling mudah. Berapa huruf vokal (vowel) kita?

Saya berpendapat kita mempunyai 3 bunyi sahaja.

bunyi berkenaan ialah a,i,u.

Kecuali setelah dipengaruhi dengan kuatnya oleh bahasa melayu di mana kita menjalani persekolahan, vokal o dan e, sama ada e pepet atau e' taling hampir tidak wujud di dalam perbendaraan kata kedayan.

Contohnya,

Besar = basaa

Otak= utak

Kota = kuta

Vokal o cuma wujud sebagai gandingan kepada konsonan r

Contohnya,

telur= taloo di mana o berfungsi sebagai konsonan gantian.

Jadi vokal kedayan cuma separuh berbanding dengan 6 pada sistem ejaan melayu (a, e, e', i, o, u ). Ini kerana e taling (e') dijadikan mangsa semasa berlaku penyatuan sistem ejaan Melayu - Indonesia pada 1972 (74?) dahulu. Saya ingat ini adalah satu advantage bagi orang kita, kerana kita tidak perlu keliru seperti bila kita membaca perkataan melayu bertulisan rumi, misalnya

emak (e'mak) bunyinya tidak sama dengan enak, tetapi dieja sama sahaja.

Bagaimana dengan huruf lain?

Konsonan melayu yang nyata ditinggalkan oleh kedayan ialah r.

Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, ia akan berbunyi

r=aa 
besar=basaa           

r=ii
pandir=pandii

r=oo atau r=uu
telur=taluu  obor=oboo

r=ing
air=aing

Huruf huruf lain Kedayan ialah

b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w dan y.

Oleh itu, ejaan kedayan akan menjadi lengkap dengan 18 huruf. Kecualilah kita mengikut dasar yang sama dengan sistem ejaan melayu di mana mereka menetapkan supaya semua perkataan yang dipinjam perlu sedapat dapatnya dikekalkan di bunyinya.

Minta pandangan yang lain mengenai hal ini.

ARIMI SIDEK

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Masalah longgokan balak di Kg Lingkungan

18 Januari, Beaufort; Penduduk Kampung disini menyatakan keluhan mereka mengenai longgokan kayu balak yang memenuhi dasar sungai Lingkungan, sehingga ke peringkat merosakkan jambatan Di Kampung berkenaan. 

Adalah dipercayai longgokan yang luarbiasa banyaknya ini berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan hulu sungai yang berleluasa sehingga merosakkan lapisan tutup bumi kawasan berkenaan. Akibatnya, daya serap tanah menjadi kurang dan limpahan air tidak dapat dibendung oleh alam semulajadi. Dengan itu bahagian hilir sungai tentunya akan dilonggoki oleh  hanyutan bahan bahan sisa pembalakan seperti yang terjadi di kampung ini.

Mengikut Pengerusi JKKK Kg Lingkungan masalah yang ketara dan berkaitan dengan fenomena ini ialah kejadian banjir yang begitu kuat menimpa Kampung mereka pada penghujung tahun lepas. Kejadian seumpama ini dianggap oleh penduduk kampung sebagai yang pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun.

Kejadian banjir yang terbaru ialah pada Hari Raya Pertama yang baru lalu. Menurut Sdr Amjah Semun, Setiausaha JKKK, ketika umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal, ketika itulah penduduk kampun bergoyong royong membuang sisa kayu balak dan kotoran yang terdampar di kawasan Masjid dan rumah kediaman mereka.

KOL

END

Mesyuarat KEDAYAN Pada 24 Januari 2001

18 Jan, Kota Kinabalu, AJK KEDAYAN dijadualkan akan mengadakan mengadakan mesyuaratnya yang ketiga pada 24 Januari 2001 ini. JUrucakap KEDAYAN memberitahu KOL bahawa mesyuarat kali ini diadakan di Sipitang setelah mengambilkira kesukaran beberapa orang AJK pusat untuk menghadiri mesyuarat sebelum ini.

KOL difahamkan bahawa telah tiga kali mesyuarat AJK puat dibatalkan kerana korum yang tidak mencukupi. Di dalam mesyuarat yang akan diadakan ini, beberapa kertas perancangan akan dibentangkan, termasuklah penubuhan AJK Kecil Biro dan perancangan mereka untuk tahun ini.

Sipalui - mana mana yang ulah datang tu datang tah. Mun inda kan datang baik baanti, ngabiskan baas nganya.

KOL

END 

Wednesday, January 10, 2001

Muzium merangka kerjasama dengan KEDAYAN

10 Jan, Kota Kinabalu; Muzium Labuan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan KEDAYAN bagi mengusahakan projek pengumpulan bahan bahan kebudayaan Kedayan untuk Muzium Labuan yang bakal ditubuhkan.

Kurator Muzium, En Azmi Dullah menyatakan bahawa pihak muzium menyedari bahawa Kaum Kedayan merupakan suku kaum majoriti di Labuan. Oleh itu, bukan sesuatu yang asing jika pihak muzium menggambarkan perkara ini di dalam bahan bahan yang akan dipamirkan nanti.

Sehubungan itu juga KEDAYAN di atas arahan Sdr Presiden dijangka akan membuat persediaan termasuklah membentuk Jawatan kuasa Pelaksana untuk mencari bahan bahan / peralatan trasisional, bahan bahan bacaan mengenai Kedayan serta memulakan dokumentasi ke atas koleksi yang bakal dikumpul nanti.

Semua proses ini mungkin akan mengambil masa lebih dari enam bulan.HK®

Habaa KEDAYAN

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Saturday, December 30, 2000

Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Luagan

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Luagan, Sipitang







Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Lingkungan

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Lingkungan, Sipitang







Friday, December 29, 2000

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...