Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Wednesday, September 5, 2001

Alak Batatar, Dayak Kendayan

Jawapan Sdr Arimi kepada Sdr Aaron

Sdr Aaron, Terimakasih.

22 Mei 2001

Saya ingin merujuk kepada emel suadara pada Isu KOL sebelum ini. Memang tiada fakta yang tertentu ketika saya membuat andaian yang Alak Batatar adalah dari bangsa Dayak Kendayan. Tetapi sama juga dengan cerita Alak Batatar itu sendiri. Cerita bahawa Ag Alak Betatar seorang Bisaya cuma wujud sebagai oral tradition- cerita lisan yang berkisar mengenai lagenda beliau. Selain itu, budaya orang borneo pada masa lalu, lebih membanggakan tempat asalnya, bukan bangsa. Jadi secara rasmi asal usul beliau tidak dapat dibuktikan. Tetapi dua analogi yang utama kenapa saya mengemukakan teori sebegitu.

1. Nama Ag Alak Batatar itu sendiri.

Hasil penelitian saya, Betatar ini besar kemungkinan dating dari istilah Kedayan baa tataa, yang membawa maksud mempunyai tattoo / ba kiong. Di Borneo, budaya ini unik kepada orang Dayak dan bukan untuk orang Bisaya. Jadi diwaktu dakwat masih lagi sukar ditemui dan budaya ini pula bukan budaya bangsanya, apa hal pula Ag Alak ni melukis badannya?

2. Kedayan Dari Majapahit. Memang berlaku beberapa penghijrahan utama utama dari Jawa ke pulau Borneo sama sebelum,semasa dan selepas  era Majapahit. Selain dari itu, Kawasan di sekitar Sungai Makaham hingga Banjarmasin di Borneo sebenarnya lebih dahulu membangun berbanding dengan Jawa dan Melaka. 

Persoalannya, Apakah kaitannya antara orang Kutai dengan orang Kedayan? 

Siapa yang sebenarnya berhijrah? Kita kah atau mereka. Di setengah kawasan bahasa mereka terlalu sama dengan orang kedayan sedangkan empayar Kerajaan Brunei tidak pernah menjangkau sejauh itu (betulkan saya mengenai hal ini).

KOL

END

Saturday, November 11, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 3

BANGSA KEDAYAN vs “ORANG BRUNEI”

Bagi orang orang Nusantara, perkataan melayu merujuk kepada dan hanya; mereka yang mendiami kota kota metropolitan dan kota pelabuhan. Kota ini adalah merujuk kepada Kota Betawi, Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jambi, Pelembang, Riau, Banjarmasin, Berunai dan lain lain. 

Kota kota ini adalah berbeza dengan masyarakat desa yang lain kerana pelbagai sebab. Pertama golongan utama yang mendiami kawasan ini adalah golongan elit yang memerintah, pentadbir utama kerajaan, masyarakat pedagang yang bersifat antarabangsa dan para pekerja yang datang dari pelusuk desa. Kedua mereka membawa segala bentuk bahasa suku yang caca merba dan berasas kepada bahasa Sanskrit serta  bahasa luar terutama Arab, Portugis, English, Cina dan India. Ketiga pengaruh budaya dan agama Islam yang kemudian diwarnai oleh mereka sendiri sehingga berbeza dari kawasan kawasan lain. 

Contoh utama yang terdekat dan paling baru ialah Kuala Lumpur walaupun ia bukan kota pelabuhan utama. Pada asalnya ia dihuni oleh beberapa penduduk asli dan pendatang dari larut, Perak. Kemudian orang Minangkabau menyusul. Tidak lama kemudian datang orang Cina dan Bugis dan penduduk dari tempat lain. Keadaan ini mewujudkan identiti baru dari segi bahasa iaitu "slang KL". Walaupun anda dari Sabah, anda adalah tertakluk kepada aturan "common language" ini apabila berada di sana. Sekiranya anda benar benar berhijrah kesana, cucu cicit anda cuma akan merujuk diri mereka sebagai anak jati KL, bukan penghijrah dari Sabah.

Jadi kenapa dipanggil "melayu"? Ini berpunca kerana tiada asas tertentu yang boleh dipanggil kepada mereka. Pertama rupa susuk tubuh mereka adalah berbagai bagai. Dari pendek dan gelap seperti orang asli, berhidung memek, sawo matang, bermata sepet, bundar, sehinggalah mirip kepada orang Arab dan Eropah. Tetapi mereka tinggal setempat dan  bahasa yang caca merba yang tidak mempunyai nahu tertentu dan boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati, tetapi amat popular. Di pelabuhan dan di pasar, ianya dituturkan sejauh Port Said di Afrika. Lebih dari itu mereka adalah penganut Islam.

Tetapi mereka tetap berbeza dengan masyarakat desa nusantara. Perkataan melayu ini memang sesuai dengan masyarakat kota, dan kemudiannya digunakan oleh ahli antropologi untuk mengkelaskan rumpun rumpun orang yang tinggal di Nusantara. Tetapi sehingga kurun ke duapuluh "melayu" tidak dianggap merujuk kepada diri orang nusantara secara global.

Memang ada dihikayatkan Hang Tuah ( kurun ke 16) menyatakan bahawa "Tak Melayu Hilang Di dunia" tetapi kita harus ingat bahawa hikayat berkenaan dikarang pada kurun ke 17 -18 iaitu setelah kerajaan melaka tumbang. Pernyataan ini lebih merujuk kepada rasa hati pengarang untuk melihat kerajaan kerajaan kota yang lain mengikat diri mereka secara global bagi menghadapi kuasa penjajah.

Hakikatnya, semua orang Nusantara merujuk ; DAN lebih senang merujuk diri mereka sebagai orang dari mana mereka berasal. Contohnya Penduduk Melaka menyatakan mereka sebagai orang Melaka bukan orang melayu, orang Aceh merujuk kepada penduduk Aceh; Lun Bawang, Lun Dayeh, Orang Champa, Orang Jawa, Orang Sunda, Orang Ambon, Orang Minang, Orang Madura dan...........Orang Berunai!

Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian. Di Maluku misalnya penduduknya lebih suka dikenali dengan nama Bugis. Begitu juga dengan Orang Dayak, Tausug, dan Bajau. Ini kerana mereka mempunyai kebanggaan terhadap diri mereka lebih dari kebanggaan kepada negara kota mereka.

Namun, diseluruh Nusantara ini tiada satu bangsa pun yang dikenali sebagai bangsa kerana jawatan dan fungsi mereka, kecuali KEDAYAN!

Proses perkembangan metropolitan telah, secara beransur ansur mewujudkan "Orang Berunai". Kebanggaan kerajaan pula membuatkan mereka dikenali sebagai "bangsa Berunai". Tetapi Kedayan adalah wujud sebagai bangsa kerana mereka menjadi perwira, hulubalang dan pahlawan. Mereka dari awal mengikat diri mereka atas rasa setiakawan, pengorbanan serta kebanggaan diri kerana digelar kedayan. Rasa kehormatan ini jauh melangkaui tempat di mana mereka berpijak dan berkhidmat dan mereka tidak digelar sebagai orang Berunai sehingga sekarang. 

BIIK BIIK

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...