Showing posts with label Kg. Lingkungan. Show all posts
Showing posts with label Kg. Lingkungan. Show all posts

Thursday, January 18, 2001

Masalah longgokan balak di Kg Lingkungan

18 Januari, Beaufort; Penduduk Kampung disini menyatakan keluhan mereka mengenai longgokan kayu balak yang memenuhi dasar sungai Lingkungan, sehingga ke peringkat merosakkan jambatan Di Kampung berkenaan. 

Adalah dipercayai longgokan yang luarbiasa banyaknya ini berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan hulu sungai yang berleluasa sehingga merosakkan lapisan tutup bumi kawasan berkenaan. Akibatnya, daya serap tanah menjadi kurang dan limpahan air tidak dapat dibendung oleh alam semulajadi. Dengan itu bahagian hilir sungai tentunya akan dilonggoki oleh  hanyutan bahan bahan sisa pembalakan seperti yang terjadi di kampung ini.

Mengikut Pengerusi JKKK Kg Lingkungan masalah yang ketara dan berkaitan dengan fenomena ini ialah kejadian banjir yang begitu kuat menimpa Kampung mereka pada penghujung tahun lepas. Kejadian seumpama ini dianggap oleh penduduk kampung sebagai yang pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun.

Kejadian banjir yang terbaru ialah pada Hari Raya Pertama yang baru lalu. Menurut Sdr Amjah Semun, Setiausaha JKKK, ketika umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal, ketika itulah penduduk kampun bergoyong royong membuang sisa kayu balak dan kotoran yang terdampar di kawasan Masjid dan rumah kediaman mereka.

KOL

END

Saturday, December 30, 2000

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Lingkungan

Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.

Lokasi: Kg. Lingkungan, Sipitang







Belia Kg Lingkungan sedia bekerjasama untuk memajukan KEDAYAN

30 Dis, Lingkungan- Sdr Baharudin Hj Lamit, Pengerusi JKKK Kg Lingkungan Laut menyatakan bahawa beliau bersama sama belia Kampung ini bersedia untuk bekerjasama dengan KEDAYAN demi memajukan bangsa. Perkara ini dinyatakan kepada Presiden KEDAYAN Sdr Amde sempena Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2000/2001 Anjuran Belia JKKK Kg Lingkungan yang diadakan pada hari ini.
Kesediaan beliau turut disokong oleh pengerusi Penganjur, Sdr Abu Bakar Hj Lamit. Dalam majlis berkenaan, pelbagai acara diadakan termasuklah Pertandingan Ratu Fesyen Kanak Kanak, Pertandingan Lagu Lagu 60an, Bintang Kanak Kanak dan Pertandingan Bunga Hati Hati. Penyampaian hadiah bagi acara acara sukan yang telah dipertandingkan pada sebelah siangnya turut diadakan.

Antara tetamu kehormat yang berkunjung pada malam itu termasuklah ADUN N.23 Lumadan, YB Pn Surinam Hj Sadikum, Sdr Amde Sidek dan Sdr Ahmad Hj Mumin.

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...