Showing posts with label Bekenu. Show all posts
Showing posts with label Bekenu. Show all posts

Sunday, September 2, 2001

Juragan Landak dan "Baca" Kedayan

Assalamualaikum.....
11 Ogos 2001

Bertemu lagi kita pada hari ini. Masihkah KOL mengenali saya? Saya ialah Aaron Bonafides atau Schaffronny Effendy. Tetapi untuk kali ini saya akan menggunakan nama pena THE PACIFIST-PSYCHE'S PSUEDONYM. Kali ini saya akan menyambung cerita saya dulu mengenai Juragan Landak dan sedikit Ilmu jampi Kedayan. Selamat membaca....!

A. Juragan Landak-Kapten kepada Raja Brooke.

Beliau ialah Kapten Kapal 'His Highness the Rajah's Launch'. Beliau ini seorang Kedayan. Beliau juga adalah pengasas dan bapa kepada Kampung Sungai Lumut di Kuching. Kampung Sungai Lumut didiami oleh 19 buah keluarga yang terdiri dari tiga kaum iaitu Kedayan, Melayu dan Indonesia. Berikut adalah senarai individu Kedayan terpenting di Kampung tersebut.

I. Puan Yot binti Dollah

Beliau ialah isteri kedua kepada Juragan Landak. Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki. Memiliki lebih daripada 30 ekar tanah. Tanah tersebut diwarisi daripada Juragan Landak(meninggal pada 1940). Sebenarnya Juragan Landak memiliki lebih daripada 40 ekar tanah tetapi 7 ekar telah ditukarmilik kepada Said, Tuah dan Nama. Said adalah seorang muallaf berketurunan Iban. Beliau adalah Wakil Peribadi kepada Juragan Landak. Manakala Tuah dan Nama ialah ipar kepada Juragan Landak. Sebenarnya Juragan Landak tidak dibenarkan menukarkan hak milik tanah tanpa persetujuan Raja Brooke. Dokumen bertarikh 16 Oktober 1908 membenarkan tukar milik tanah tersebut.

II. Encik Zain bin Haji Taib

Beliau ialah suami kepada anak Juragan Landak yang sulong. Beliau mempunyai 6 orang anak perempuan. Mengusahakan 7 ekar tanah milik Puan Yot binti Dollah termasuk juga 5 ekar tanah milik Encik Pangis bin Radat yang telah meninggal dunia(Segala peristiwa dan individu yang diceritakan di sini adalah berdasarkan sebuah artikel yang ditulis sebelum Sarawak merdeka).

III. Encik Esek

Berpindah dari kampung Rambungan 4 tahun lalu. Kampung Ranbungan terletak di Delta Barat Sarawak. Isterinya adalah bersaudara dengan Encik Sembali bin Radat yang telah meninggal dunia iaitu pemilik asal tanah yang didudukinya. Sebenarnya beliau mengambil tanah tersebut 'rather swiftly' memandangkan Encik Sembali masih mempunyai seorang saudara di Sibuti-Miri iaitu Encik Dagong bin Radat.

IV. Haji Taib bin Haji Keria

Beliau telah berpindah dari Kampung Apong, Samarahan kira-kira 40 tahun lalu. Beliau amat dihormati di dalam kampung. Memiliki kebun kelapa yang luas. Pada asalnya beliau ada menternak kerbau tetapi telah menjualnya untuk pergi ke Mekah. Beliau memiliki rumah yang baik iaitu beratapkan kayu berlian.

V. Sahari bin Khamis bin Dollah

Encik Dollah adalah berasal dari Brunei. Manakala Encik Khamis pula telah berkahwin dengan salah seorang anak Juragan Landak. Oleh kerana Encik Sahari adalah cucu lelaki tertua di kampung tersebut beliau telah dilantik sebagai Wakil Tua Kampung. Perlantikkan tersebut juga disokokng oleh bukti-bukti yang berupa dokumen-dokumen Brooke.

Selain daripada nama-nama di atas ada beberapa lagi individu Kedayan di kampung tersebut.


B. Ilmu jampi Kedayan.

Saya tidak begitu pasti sama ada artikel yang akan saya muatkan ini adalah jampi atau doa. Terpulanglah kepada KOL untuk mentafsirkannya. Ilmu jampi ini sya perolehi dari sebuah nota yang bertarikh 1975. Saya sendi belum lahir. Selamat membaca...!


1. Aing Panawar Buatan Urang

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillahi rabbil alamin

Masuk tawar kaluar bisa

Masuk tawar kaluar bisa

Masuk tawar kaluar bisa

Warasulullah wa alaihi wassalam.


2. Pakai Balumba

Turun kata Allah

Bajalan ujar Muhammad

Barakat Laillahaillalah

Barakat aku di kandung Allah.

*Ada unsur-unsur Syirik.


3. Supaya Urang Inda Marah


Bismillah pinangku

Si Raja Buntar Kapur

Intan salasih

Tunduk hatimu kasar

Duduk hatimu kasih.

*Ada unsur-unsur Syirik.


4. Tawar Racun

Racun bisa-bisa

Upas bisa-bisa

Anak kaculum bisa-bisa

Aku tahu asalmu jadi racun

Dari tik mani Saigalapa

Asalmu jadi racun Barakat Lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasul Allah

Barakat aku makai tawar bisa.

*Ada unsur-unsur Syirik.


5. Tawar Katulangan

Bismillahir rahmnanir rahim

Takuyung bintang

Palu-palu balah

Mahamuju mahalintang

Luput akan kasabalah

Ngarasa akan nganya aku

Suruhan Tuhan

*No comment...KOL?


6. Tawar Paning

Bismillahir rahmanir rahim

Si Julak Si Julak Kuning

Lahia mati buaja

Tulak-tulak kau paning

Aku nawari kau macam anak raja.

*Ada unsur-unsur Syirik.


7. Manukar Parsalinan


Aku makan pinang

Basirih Si Ambang Kuning

Batumpah padang baluka

Muda pasalinanku

Dari Si Ambang Kuning

Urangkan malihat aku

Macanm anak Raja Achih.


*Ada unsur-unsur Syirik.


Agaknya cukup dahulu untuk kali ini. Semoga apa yang saya ketengahkan ini mampu memberi sedikit pengetahuan kepada KOL. Walaupun saya agak kecewa kerana permintaan saya untuk mengetahui mengenai Labai lebih lanjut tidak mendapat respons tetapi saya tetap menghormati KOL. Sekian Terima Kasih.


THE PACIFIST-PSYCHE'S PSUEDONYM @ AARON BONAFIDES @ SCHAFFRONNY EFFENDY.

Bekenu.

Sarawak.

Terima kasih Sdr Aaron- KOL

END

Sunday, February 25, 2001

Mendengar Hantu "Sabut"

Berikut ini ialah satu cerita yang diterjemahkan oleh Sdr Fodzay, untuk tatapan pembaca. Ia merupakan pengalaman seorang pemuda dayak di sebuah kampung Kedayan

"Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya merantau ke kampung Kedayan di Bekenu. Selamat malam sekali lagi serta terima kasih kepada unggal (gelaran saudara) Bujang Jagau kerana sudi mendengar pengalaman saya ini. Seperti yang telah saya katakan tempoh hari, kalau sesuatu itu sudah menjadi minat (hobi), tidak sedap rasanya kalau sudah lama tak melakukannya.

Macam tulah dengan saya, kalau dah lama tak masuk hutan  rasa rindu pula. Pengalaman saya kali ini, kami merantau di kampung Kedayan di Bekenu. Kampung itu tidak jauh dari tebing sungai. Masa itu saya berkerja di kem Kayu dari hulu pasar Bekenu. Disebabkan  tidak ada apa yang hendak dilakukan pada hari itu, kami bercadang untuk pergi berburu. Tempat yang hendak dituju itu adalah kawasan paya serta berapong (nipah). Nyamuk terlalu banyak. Kami ada lima orang. Seorang daripadanya adalah budak yang baru lepas sekolah. Budak itu selalu terhegeh-hegeh semasa bergaul. Maknanya selalu mempermainkan kami yang lebih tua daripadanya.

Ketika berada di dalam hutan pantang larang sentiasa ada. Saya memberitahu budak itu supaya jangan bersiul. Tetapi dia tidak memperdulikan larangan saya itu. Dia terus bersiul. Saya memang mengagak kami tidak akan memprolehi apa-apa kerana orang yang menemani kami tidak sesuai. Disebabkan terlalu marah tidak mendapat apa-apa budak itu terus bersiul.

Lebih kurang jam 8 malam ketika kami baru saja lepas makan, tiba-tiba kami mendengar suara kanak-kanak menangis. Bunyi tangisan itu seolah-olah suara kanak-kanak yang baru lahir. Bunyi tersebut kadang-kadang kedengaran jauh dan kadang-kadang dekat dengan kawasan kami. Ke lima-lima kami saling berpandangan. Budak yang bersikap terhegeh-hegeh tadi berasa teramat takut dan mukanya menjadi pucat.

Kemudian saya menasihati dia supaya mendengar nasihat orang tua serta menghormati pantang larang ketika memasuki hutan lebih-lebih lagi kawasan hutan yang tidak pernah dimasuki orang.

Jikalau ada bunyi menangis di dalam hutan seperti yang kedengaran ini ianya dikatakan oleh orang Iban sebagai "sabut". Ianya berlaku disebabkan oleh bunyi-bunyi binatang dalam hutan. Kadang-kadang ketika bunyi itu terjadi ada benda lain yang mengelilinginya.

Budak itu tadi terlalu sangat hendak mengajak pulang, tetapi segelintir daripada kami masih hendak menunggu, sebab pengkalan berada sangat jauh daripada kawasan kami. Mendengar kata putus daripada kawan-kawan saya terus mengajak mereka supaya menyiasat benda yang berbunyi itu tadi sebelum benda lain terjadi. Kami terus menyiasat dan bersedia menggunakan senapang  masing-masing. Tidak lama selepas penyiasatan dilakukan , tiba-tiba saya ternampak seekor burung helang yang sedang mengias-ngiaskan (baki'ik) bulunya dalam keadan terbalik (kepala di bawah badan di atas). 

Saya terus menembak burung helang tersebut. Selepas itu tiada lagi kedengaran bunyi kanak-kanak menangis. Oleh sebab itu lah jika kita hendak pergi ke hutan kita jangan sekali-kali bersiul serta bercakap takbur kerana banyak perkara yang boleh berlaku.

Esok saya akan datang lagi untuk menceritakan cerita yang lain serta petua lain ketika berburu di dalam hutan."

Yatah ngaya dapat ku buat ni kalau ada yang inda luus tu minta maaf tah ku tu.

Sekian ... Uang Kedayan Lawas...

KOL

End

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...