Showing posts with label Hj. Bagol Hj. Bujang. Show all posts
Showing posts with label Hj. Bagol Hj. Bujang. Show all posts

Sunday, March 4, 2001

Tn Hj Bagol Telah pulih

4 Mac, Beaufort; Tn Hj Bagol Hj. Bujang, Pen. Bendahari KEDAYAN dilaporkan telah kembali dari IJN, mengikut sumber KEDAYAN pada hari ini. 

KOL turut merakamkan perasaan sukacita dan berharap beliau sembuh sepenuhnya dan terus bersama sama kita di dalam perjuangan persatuan. 

Beliau juga sempat mengirimkan email ringkas untuk tatapan kita semua:


>Apa habarnya ... doaku mudahan sihat dan diberkati....

>Aku masa ani sudah beransur baik jua ani...

>Mohon maaf tidak dapat bersama sama selama ani

>mun sudah ku sihat nanti boleh jua tu.......

Hj Bagol Hj Bujang


KOL

End

Monday, December 18, 2000

Hj Bagol dimasukkan ke IJN

ehsan Habaa KEDAYAN

18 Dis 2000, Kota kinabalu.; Tn Hj Bagol, Pen. Bendahari KEDAYAN telah berlepas ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan jantung.

Sebelum itu, beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth selama seminggu sebagai persediaan untuk rawatan berkenaan. Ketika ditemui, beliau sempat memaklumkan bahawa rawatan ini merupakan lanjutan siri rawatan sebelumnya di Sabah Medical Centre (SMC), pada awal tahun ini.

Habaa KEDAYAN turut mendoakan kesejahteraan beliau.

HK

END

Tuesday, November 7, 2000

Laman Biro Hal Ehwal Agama KEDAYAN

Putaran laman yang lengkap untuk umat Kedayan

07 Nov 2000, Kota Kinabalu; Kesedaran untuk menerokai media IT semakin bertambah di kalangan anak kedayan yang perihatin. Hasilnya, kini kita mempunyai pusingan lengkap laman untuk Kedayan dengan usaha Biro Hal Ehwal Agama KEDAYAN.

Pengerusinya, Tn Hj Bagul Hj Bujang telah mengumumkan pembinaan laman ini yang boleh disusuri di alamat


Antara lain, laman ini menawarkan Usrah online dan bilik mesyuarat virtual untuk AJK Pusat KEDAYAN bermesyuarat. Sungguh mengkagumkan! Sekarang Kedayan boleh mempelbagaikan perhatian mereka, mana mana yang suka kepada berita semasa secara mingguan, KOL boleh dilawati. 


KEDAYAN ONLINE

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...