Showing posts with label KOL Isu 5. Show all posts
Showing posts with label KOL Isu 5. Show all posts

Sunday, February 18, 2001

Pantun Kedayan Yang Pertama ~Sdr Amde

18 Feb, K.Kinabalu; Melalui satu pernyataan provokatif, KOL-Group berjaya menggali satu pantun Kedayan yang asli. Pantun berkenaan adalah seperti berikut

"bintang tujuh, tinggal anam
jatuh sabigi ka majapahit
sakit tubuh, bacampuu* damam
bahau* kutahu, amas nda* baik"

Assalamualaikon

Aku ni jaang mbaca dan nulis kadayan ani sajak kamu di kol. mimang banyak cadangan tantang 'preservation  dialect kadayan' waktu ini Persatuan Kedayan Sabah[KEDAYAN] ada wakil ke Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sdr Mahmud Hj Osman penyajak tahun 1970s, jaan lupa. Beliau ini selalu diundang, beliaulah juga salah seorang ketua Unit kajilidik & promosi KEDAYAN waktu ini. Kalau ada yang perlu dirujuk hubungi beliau tel: 088 287516.

Untuk makluman, beliau sedang menyiapkan kata daftar kedayan bukan kamus janya. Satakat ani di malaysia belum ada kamus kadayan, dan berkemungkinan sudah ada diterbitkan oleh Dewan bahasa dan pustaka Brunei, mengikut material yang saya baca terbitan tahun 1995 usaha ketika itu dalam progress, jadi mungkin sudah siap. siapa yang ajin cuba cek!

Saya juga ingin bekongsi dan manaliti pantun kadayan yang batulis..jaang tajumpa ni.pantun ni mangisahkan kakuatan si maun, si maun ni mimang hero kadayan uja kadayan tapi uja buuanai jan muut hero nya jua.bunyi pantun ni mimang kadayan.

bintang tujuh, tinggal anam
jatuh sabigi ka majapahit
sakit tubuh, bacampuu* damam
bahau* kutahu, amas nda* baik

pantun ditranslate ke bahasa inggeris memang semua material ni dalam
inggeris.

seven stars,only six remain
one fell to majapahit
the body is sick,rent with fever
only then I know, even gold is no good

correction dari saya,
*[sic] mimang salah digunakan oleh penulis parcampur,baru dan ta'bayk
       kadayan tidak mangunakan 'r'

From Buckfast to Borneo, V T King, University Hull England 1995
sekian jumpa lagi

amde sidik

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Pendapat Para Pembaca Mengenai Isu Kedayan Vs KADAYAN

18 Feb, Kota Kinabalu; Ini merupakan pendapat asal yang mengundang perbincangan hangat ahli KOL-Group.

"Saya telah terselak sebuah kamus Melayu - English keluaran Minerva Publication Susunan Rasidin Ghani dan tertulis perkataan Kedayan yang telah diertikan dalam Bahasa English sebagai Servant, Slave  Jadi ingin juga mendapat pandangan apakah ejaan yang paling tepat  Kedayan atau Kadayan . Jika Kedayan yang dimaksudkan dalam kamus tersebut begitu maknanya inda baapa baik bunyinya. Bila dilihat dari segi sebutan juga misalnya Besar jadi Basaa.  Jadi harus ada sedikit pembetulan dalam ejaan nama bangsa kita, biaa tia kadayan bana bunyinya. Zulkiflee A."

Isu ini bukanlah isu baru, sebaliknya telah mula dibincangkan pada 12 Dis 1990 pada persidangan terakhir SEDAYA [Persatuan Kedayan Sabah yang pertama} sebelum ianya dibatalkan. KOL juga telah mengeluarkan pendiriannya pada isu lepas. Namun ada baiknya kita meneliti pendapat beberapa ahli Forum untuk pertimbangan kita yang lebih baik.


Surat Pertama; Sdr Mangkutut

Khas untuk saudara zullkiflie menganai ejaan kedayan atau kadayan yang membawa maksud "servant atau slave". "Saudara' adakah saudara merasa malu hanya kerana maksud kedayan yang kurang menyenangkan bagi saudara? Bagi saya, biar apapun maksud yang tertera  kita tetap bangsa kedayan yang memakai ejaan KEDAYAN,kerana dari dulu hingga sekarang didalam surat beranak dan surat -surat peribadi asal sehaja meminta kita menulis bangsa , kita tetap menulis ejaan KEDAYAN bukannya KADAYAN. saya cukup bersetuju dengan pendapat saudara Foudzay.A menganai ejaan kedayan tersabut, apa yang ada pada nama(maksud) yang penting kebolehan kita dan kepintaran kita sebagai bangsa kedayan yang tulin.


 Surat Kedua; Sdr Arimi


Dinasti Mamluk di Afrika juga keturunan hamba dan berkuasa di afrika sehingga lebih seabad .

Spartacus-seorang hamba mengetuai pemberontakan yang terbesar di dalam sejarah yunani .

Maharaja Cina terakhir, suatu empayar terbesar dunia dan terlama- Pu yi mati sebagai bekas banduan dan buruh paksa pada tahun 1967 Czar Rusia terakhir-juga merupakan empayar terbesar, mati ditembak bersama keluarganya pada tahun 1917. Ada sumber menyatakan dua anak perempuannya dirogol sebelum hukuman dilaksanakan

Pengajarannya,Moralnya?

Kita boleh jadi apa yang kita mahu.

Orang yang dianggap mulia kerana darjatnya boleh menjadi hina.

Di dalam alquran menyebut- orang yang mulia di sisi Tuhan ialah mereka yang bertaqwa... bukan kerana ia berbangsa berunai, orang putih, cina atau kedayan.

Terakhir---, Tiada bukti kedayan adalah hamba.


Surat Ketiga; Sdr Arkin

Aslm.,

Aku tetap sokong penuh pendapat PK amirul (sebenarnya sdr Zulkiflie - KOL ) sulaiman supaya Kedayan diubah kepada KADAYAN. Indaada Kadayan ambit-ambit sipitang yang nyabut bunyi "Kedayan" bila batutuan.....kecuali mangkali kadayan "culop" as far as i know!

By the way bahasa Kadayan dari daerah mana kian yang diiktraf "Original" Kadayan. Mun Kadayan Papar alum pakah basia mahaati sepenuhnya bahasa Kadayan ambit-ambit Sipitang. Aku sendiri pun mengakui banyak inda faham bahasa yang dalam-dalam! Tapi mun uja uang Ulu Sipitang "CUCUUR" tu tahu jua ku maknanya walaupun istilah Kadayan Kg Pantai ada lain dikit. 

Jadi Kadayan daie Labuan, Brunei dan Sarawak ini macam mana?? Kalau diaorang ini keMelayu-melayuan tentulah diaorang lebeh selesa nyabut Kedayan instead of Kadayan. Aku setujulah pendapat PK amirul s. biarlah sabutan nama bangsa menunjukkan style perbualan original Kadayan.

Mengenai erti dalam kamus itu sebagai "Slave etc." saya tidak peduli; itu pengertian dalam bahasa diaorang! Bahasa2 lain-lainpun mungkin ada terdapat dalam bahasa Kadayan yang inda baapa lemak manis pengertianya.

Pendaftaran2 yang sudah-sudah itu tidak perlu ubah tapi pendaftaran baru harus "Kadayan" dan minta pengiktrafan dari pihak berkenaan dan cetat satu sejarah. Kalau kita mahu pembaharuan kita mesti menerima perubahan. If you don't change you are going to be changed! Be proud of being Kadayan tapi bukan Kadayan diMelayu-Melayukan. Itulah keunikan bangsa Kadayan......begitulah philosampah aku daie pulau hutan.

Sekian.


Surat Keempat; Zimi Haji

bah yang mula kan mku bincangkan ialah tentang ejaan kedayan atau kadayan.Bagiku yang banaa..yang paling luus.macam ani sajatah macam mana ejaan dan bunyi KAYANGAN macam matulah yang paling luus disabut & dibunyikan..

Yang kedua tentang putri menchanai,bukannyaku mambantah pendapat amirul (sebenarnya Sdr Aaron-Editor)tapi ganya inda ku sokong pandapatnya atu. Inda salahku kadayan anie bukan pengiring menchanai apa sababnya ialah kaana menchanai atu asalnya dai laut yaknie s.bolkiah manjumpa ia di tangah laut.

Macam caanya indakutahu yang ku tahu ganya menchanai atu terapung dilaut & ada yang baapandapat ia adalah tipu muslihat kaana baunai kan manyaang kajaan doaang.pasal kedayan dai jawa atu inda ku bantah tapi balum 100% support yangku tahu kadayan anie asalnya nya jelama tuha2 dai kajaan majapahit yaknie pahlawan,hulubalang.

yang ketiga,pasal kadayan atu kasabah& sarawak kaana batanie indaku tahu tapi bagiku kadayan ka sabah & sarawak adalah kaana dipaintahkan yaknie kaana ditugaskan mamusnahkan lanun & pamboantakkan.banyak plang caita sal kadayan.tapi anie ganya dululah.

ada pada zaman dahulu,ada dua jelama kadayan yang digalaa orangkaya.mereka anie terkenal dibaunai.Ada satu masa jelama eropah kan menyaang baunai .s.baunai mangantaa salah sorang(nama dua pahlawan ku lupadah). udah sampai disungai baunai liatnya banayk hantap kapal parang dorang.tapi inda jadi manyaang. apa sebabnya inda jadinah.......apa inda munsungai baunai atu jadi baku oleh jelama kadayan anie namanya udah lupa(orang kaya.....)di tauhnya tangan atau jaainya kasungai jadi baku salajuu.bukankah bailmunya jelama kadayan anie......

HIDUP KADAYAN !!!!!!!!!!HIDUP ILMU KADAYAN!!!!!

=====
JELAMA KADAYAN BAUNAI


Ralat Editor-
1. Ada satu lagi email dr Sdr Foudzay yang saya tidak jumpa. Maaf, saya akan paparkan pada isu akan datang.

2.Emel di atas tu balum dapat diedit dengan baik. Insyaallah, Penerbitan Buku Kompilasi Tahunan KOL akan diusahakan nanti. Kepada anda, teruskan menyumbang

KOL

END

Live Chat dengan Kenshiroe

18 Feb, K.Kinabalu; Webmaster KOL, Sdr Kenshi hari ini mengumumkan bahawa para pengunjung boleh menghubungi beliau secara langsung di KOL melalui Konsep Messenger yang didapati dengan kerjasama pihak pihak penaja yang bermurah hati.

Anda boleh melihat icon yang terletak di atas ruangan "Ngundi KOL" samaada beliau Online (sedang berada di internet) atau tidak. Jika Icon berkenaan tertera perkataan "online", anda boleh terus menghubungi beliau dengan meng"klik" butang yang disediakan. Jika Icon berkenaan menyatakan "Offline" pula anda masih boleh menghantar / meninggalkan mesej yang akan beliau dapati secara langsung bila beliau online nanti.

Diharapkan para pengunjung boleh menggunakan kemudahan ini secara positif.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Asal Usul Kedayan Siri 4 -Aaron Bonafides

18 Feb, K.Kinabalu; Kali ini KOL menerima lanjutan perbincangan Sdr Aaron Bonafides 

(eeh---batah kau inda nulis ni ron, pikii kami inda kau takanang lagi kan KOL; Engkek...,)

Kali ini saya akan mengutarakan satu pendapat yang mungkin mampu menghurai akan kedatangan nenek moyang kita ke Brunei. Dahulu pernah saya utarakan bahawa ada satu pendapat yang mengatakan kaun Kedayan adalah keturunan pengiring Puteri Jawa yang bernama Chanai Lela. 

Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa baginda benar-benar wujud. Nama sebenar baginda ialah Puteri Lela Menchanai iaitu permaisuri Sultan Bolkiah yang memerintah di sekitar tahun 1470an hingga baginda mangkat pada tahun 1521 di pangkuan Puteri Chanai Lela. Dikatakan ketika membawa Sang Puteri balik ke Brunei baginda terlalu asyik dengan kecantikan Puteri hingga baginda terlelap di pangkuan puteri. Ketika itu Sang puteri sedang menenun kain. Kerana terkejut ,tenunan baginda tidak tentu arah hingga terkena jari baginda Sultan. Baginda sultan gering lalu mangkat beberapa ketika kemudian pada tahun 1521 Masihi. Makam baginda telah dibina dengan indahnya dan tukangnya adalah orang Jawa. Ia menjadi aspirasi untuk bangunan Muzium Brunei sekarang.

Lagipun...Sultan Bolkiah dikatakan orang yang bertanggungjawab membawa orang Kedayan ke Brunei dari Jawa. Baginda digelar Nakhoda Ragam kerana setiap kali baginda belayar baginda membawa alat bunyi-bunyian. Walaupun demikian, ada percanggahan mengenai mengapa orang Kedayan ke Brunei. Ada dua pendapat. Pertama ia dikaitkan dengan Puteri Lela Menchanai yang mana orang Kedayan merupakan pengiring baginda. Pendapat kedua pula di kaitkan dengan Sultan Bolkiah yang mana mereka dibawa khas ke Brunei untuk dijadikan petani kerana baginda telah melihat keahlian bangsa itu di Jawa amat mahir bercucuk tanam.

Di sini juga saya ingin menafikan pen dapat saudara BIIK-BIIK yang mengatakan bahawa kedatangan kaum Kedayan ke daerah-daerah lain adalah untuk menegakkan kesultanan Brunei. Mengapa? 

Pertama, kedatangan orang Kedayan ke Miri dan Sibuti bukan untuk menegakkan kesultannan Brunei tetapi lebih kerana faktor ekonomi. Ia berlaku sekitat tahun 1800-1915. Kedatangan mereka ke Sibuti diketuai oleh Abdul Ghafur yang kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Kedayan oleh Raja Brooke. 

Kedua, perpindahan mereka ke Labuan adalah kerana berlakunya pemberontakan merebut takhta di Brunei. Golongan bangsawan yang mereka sokong kalah yang mana salah seorang keluarga DiRaja telah membunuh diri kerana takut diperhambakan oleh Sultan Brunei. Tujuan mereka ke Labuan adalah untuk mendapat perlindungan British.

Ketiga, ia berlaku sekitar tahun 1600 Masihi kerana mengiringi Pengeran Muda Tengah yang membawa diri Ke Sarawak. Baginda dilantik sebagai Sultan Sarawak pertama dengan gelaran Sultan Ibrahim Omar Ali Syah. Keberangkatan baginda ke Sarawak diiringi oleh 1000 orang bangsawan yang terdiri dari puak Sakai, orang Kedayan dan penduduk Pulau Bunut. Malangnya, baginda jugalah Sultan Sarawak yang terakhir apabila baginda di bunuh oleh seorang budak Sakai. Putera baginda menubuhkan Kesultanan baru di Sambas, Kalimantan Indonesia.

Keempat, beberapa orang Kedayan dibawa ke Kuching kerana terbabit dalam satu projek pertanian pada zaman Kerajaan Brooke. Mereka di beri gelaran Kapitan. Nama mereka akan saya umumkan kemudian nanti.

Mungkin kedatangan mereka ke Borneo disebabkan faktor pertanian mungkin ada benarnya kerana dikatakan orang Kedayanlah yang mula-mula sekali memperkenalkan penanaman padi sawah di Brunei dan jajahannya (Puak-puak di Brunei-RTB 1993). Tetapi apa yang menghairankan ialah tiada satu pun tarian yang bercirikan pertanian tetapi sebaliknya kebanyakkan tarian Kedayan lebih berunsurkan ilmu persilatan seperti tarian Adu-adu. Unsur magis kedapatan didalam tarian Anding, Alai bubu dan Alai mengalai.

Oh ya...saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kampung Melayu di Belaga di dalam bahagian Kapit diasaskan oleh orang kedayan iaitu oleh Awang Khamis. Beliau berhijrah ke sana pada zaman Jepun. 

Aaron Bonafides

END

KEDAYAN menyediakan perkhidmatan Pendaftaran Online

18 Feb, Kota Kinabalu; Persatuan Kedayan Sabah (KEDAYAN) hari ini mengorak langkah setapak lagi dengan menyediakan cara pendaftaran yang termudah dan tercanggih, Mendaftar untuk menjadi ahli secara Online

Jurucakap KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek ketika dihubungi memberitahu bahawa KEDAYAN mengambil langkah pro aktif ini disebabkan desakan masyarakat, terutama bakal bakal ahli yang mahu supaya ianya diadakan demi memenuhi keperluan mereka.

Pendaftaran Onling KEDAYAN boleh anda kunjungi di URL ini 

http://fp.geocities.com/kedayan2000/pendaftaran.htm

Beliau seterusnya menambah bahawa walaupun konsep ini masih di tahap percubaan, ianya boleh berfungsi sepenuhnya bermula pada hari ini.

Bagi anda yang berminat, apa lagi, silakan memohon!

KOL

END

KOL-Group, Forum Siber yang pesat berkembang

18 Feb,Kota Kinabalu; KOL menyediakan satu forum untuk pengunjung setianya mulai dari 7 Februari yang lepas. Sabalum ani ada sabuting mailing list jua KOL sadia akan, tapi kan pangumuan nganya.

Inda kami sangka yang pambaca KOL hantap aktif. Macam macam isu dikaluaa akan, dai isu 18SX sampai ka isu politik. Tahniah Kedayan!. Malihat paakambangan ani nimbulkan samacam paasan kambiwan kala kala aah pasatuan lain, nuut tia apa yang KOL jan KEDAYAN mbuat. 

Hakikatnya, andangtah KOL jan KEDAYAN ani inda tapisah hantap. Sama sama Kedayan bah apa jua jauhnya. Mulanya sabuting nganya bah laman ani. Tapi ada dua tiga wang Kedayan majal mahu konsep KOL diubah menyebabkan ia jadi dua. Sebabnya, KOL tapaksa njaga hati pangunjung. Lihat saja tikas pangunjung KOL jan palawat yang badudun ka Suambi Kedayan, jauh hantap!

KOL mengharapkan agar KOL-Group akan terus berkembang menjadi medan diskusi yang disegani. Untuk para intelektual Kedayan, apa lagi? baanti tah tido. Inda ada alasan lagi kamu inda tuut. Mun diucap sibuk, kami pun sibuk jua bakaaja. Mun diucap inda ada kana habaa habaa akan, anitah kami mahabaa habaa akan. Tuut tah. Bakongsi kita sama sama yang Tuhan mbaii atu jan Kedayan lain.

KOL

END 

"To be or not To be"-Penggiliran Ketua Menteri

18 Feb, Kota Kinabalu; Isu penggiliran Ketua Menteri hangat di habaa habaa akan di sana sini. Samuha pamaimpin naagi mun kana tanya bapadah, "aah mana tia saja ujaa PM". KOL mengadakan mini pool kan malihat apa ujaa pambaca pasal isu ani. Apa yang mbaii takinjat dikit, yang satuju jan inda tu kuang labih bilangannya. 

Mimang tah, kuasa lobi KOL bukannya basaa, damit nganya. Tapi atu bukan njadi penghalang kan kita maluahkan pendapat kita.

 Lain caita, mun nuut kalendar, timpuh KM yang kaangani ani tamat 18 Mac, 2001. Tapi mun dilihat di Saawak, mulanya basia jauh katinggalan ka balakang mun ditiling jaan Sabah. Tapi kaangani jauh ubahnya. Mangkali ada jua baiknya mun KM ani inda luan hagut batukaa, supaya KEDAYAN pun tahu mana aah jalan minta tulung yang usai.

Tapi, mana tia saja tu, minjam tutuan uang atas "mana tia saja ujaa PM".

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...