Showing posts with label Mandau. Show all posts
Showing posts with label Mandau. Show all posts

Sunday, January 21, 2001

Jeti Sipitang perlu dibaiki

21 Jan, Sipitang; 

Mandau bahau tah mulih ni, dai pekan Sipitang. Bukan apa apa, ngambii anak buah ku yang mulih dai Labuan. Cuma ani aku kan batanya la apa bah status jeti ke Labuan tu. Apakah ia tu cuma bangunan haram, atau pun setinggan atau pun ehsan pengusaha bot semata mata?

Mun kamu bukan oang Sipitang, ani tah ku kan mbai tahu apa upanya jeti atu.

Lokasinya siing jambatan Sipitang yang terkenal atu. Mun Dai KK, tuun ka kanan parking kaita mu aah Medan parking Pejabat Ko Nelayan. Lapas parking, mana jetinya?

Kuising kuising taulih kiii kanan, ada sabuting jalan bakumpau. Macam jalan ke kabun duyan., nuut akan bibii bangunan Bangunan Kaajaan. Kuang labih 20 meter ukuran elektrik, ada tu jeti Ka Labuan saanap saanap sana. Sana tah jalan nunggu bot, mun inda baik nasip kana babalik tu ka tanjung Pagaa.

Soalnya, inda ada kah cara kan mbaiki lagi kedudukan jeti tu?

Sipalui - Baani kao mandau, kaang ada kaang yang kapisan mun kao ngomplin lagi

KOL

END

Monday, January 1, 2001

Terlalu Awal Untuk Puji

Mandau

01 Jan 01, Kota Kinabalu -Persatuan Kedayan Sabah ; KEDAYAN yang baru berusia lima bulan ini telah banyak menerima pertanyaan -pertanyana dari negeri-negeri  jiran. Setakat ini KEDAYAN telah menerima beberapa undangan untuk mengadakan dialog.

Mereka berpendapat bahawa Persatuan ini telah melangkah jauh dan berbeza dari masa-masa  lalu, dan mereka ingin berkongsi formula.

Manakala Presiden KEDAYAN bila ditanya berpendapat "sememangnya kita mau perbedaan dan kita mau persatuan ini dinamik. Tetapi saya juga berpendapat bahawa kemampuannya  bergantung  kepada orang Kedayan itu sendiri.

Orang-orang Kedayan yang berminat untuk melibatkan diri dalam persatuan ini harus tampil ke hadapan semaada melalui cawangan-cawangan, maupun secara langsung berhubung dengan  Jawatankuasa pusat, kata beliau.

Terlalu awal untuk menerima pujian. Tetapi kita yakin kalau orang-orang Kedayan boleh sama-sama perjuangkan idea ini, sekurang kita ada platform untuk masa depan.

Jangan pula amalkan teori ketam yang tidak mau orang-orangnya  sendiri bekelebihan sedikit."

KOL 

END

‘High Way’ Beaufort –Sipitang Sudah Siap?

-Mandau

01 Jan, Sipitang-Mungkin masih kita ingat, hampir tiga tahun yang lalu Presiden KEDAYAN menulis artikel mengenai masyarakat Sipitang yang terabai tanpa jalan raya yang bertar, sedangkan kita sudah merdeka selama lebih 30 tahun.

Artikel yang serius itu ditulis di penghujung tahun 1997, dengan menyenaraikan nama pempimpin-pemimpin Sipitang maupun wakil-wakil rakyat Kedayan  di Harian Express dalam bahasa Inggeris bertajuk “Sipitang Tragedy”.

Tulisan beliau turut disokong oleh pelbagai lapisan mesyarakat Sipitang mau pun penduduk tempatan Sabah terutamanya, termasuk RTM yang mengetengahkan pendapat beliau.

Perbahasan tentang tulisan beliau di surat khabar tersebut dimuatkan setiap minggu selama lebih kurang tiga bulan yang memaksa menteri Perhubungan Negeri Datuk Yahya Hussain dan Menteri Perhubungan Jalanraya Persekutuan  Dato Sammy Vello turun ke Sipitang beberapa kali.

Sebenarnya beliau banyak kali  diundang dalam perbahasan-perbahasan yang melibat yang melibatkan ‘common good’ seperti ini.


Mandau-Sudah  siapnya Jalanraya ini, maka banyak tia hayam bakukuak, bapadah basia yang mbuat, lapas tu mun inda ada basia, inda tia ada jalan batar ka sipitang ani.

MANDAU

END

Tuesday, December 5, 2000

AKAR, kan ka mana kao ni?

5 Dis,Kota Kinabalu;

Mikin kami tiga oang ni kan bapike kan ka mana tuju paati AKAR ni kian? Ikuti apa yang ditutuankan oleh siengkek, mandau jan sipalui bila basia ngalimut pasal AKAR

Mandau: 

26 Nov dalam paasidangan paati pawakilan bapadah picaya tia basia kan presiden , YB DAtuk Pandikar yang umpunya tahu kan njadi akan AKAR ani apa upanya

28 Nov YB Datuk Jeffrey bapadah--mun kan masuk, masuk tah oang AKAR ni aah PBRS

Inda batah lapas atu, YB Tan Sri Dompok mula tia ngail, ... banyak oang AKAR ulihnya

Engkek:

Paasaan ku presidennya tu andang kan masuk UMNO ni. Baik jua. AKAR ni yang banaanya andang inda kuat dai mulanya. Inda pasti yang semangat awal AKAR diwarisi oleh Datuk Pandikar, tapi yang ku tahu, Datuk  Mark Koding mengasaskan AKAR jaan taasnya hatred politic! test power jan PBS biani.

Sipalui:

Baiktah masuk UMNO! Datuk Pandikar kan ada karisma dikit. Karisma tu mun kan tahu, atu tah kakuangan yang patut di tampal tampal akan aah umno kaangani ani. Mun nganya mbai usin ai kan pilihanraya supaya dangan ngundi, dausah tah. Mahat pun ku luih usin jua.

KOL 

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, October 27, 2000

Sang Mandau jan Pembentangan Belanjawan Negara 2001 di Dewan Rakyat

27 Oktober 2000, Sipitang. Habaanya ai lima ani belanjawan bahau kan kana bantang akan. Sang Mandau inda lah bamaksud kan mbuat analisis yang canggih canggih pasal unjuran apa dan ka mana arah belanjawan tahun hadapan. Banyak sudah yang mbuat… mbali tah newspaper . Yang kan ku bincangkan sakali ani ialah dai kaca mata oang kampung, yang njadi tunggak bilang kali ngundi. Mun kao bincang pasal unjuran fiskal inda basia tahu haatinya.

Tapi, apa apa hal pun, harapan basia tu sakali ani ada tujuh, atu pun dai jalam yang ku tajumpa jua nganya, yang inda ku tajumpa inda pulang basia bapadah.

1, Haaga Sigup

Mun dapat tahun ani dausah tah naik lagi. Payah jua mun naik bilang tahun. Pasal, pandapat kami, yang banaa nya paintah bukan kan mahaam akan bah sigup ni tapi labih batujuan kan ndidik kami supaya jaan basigup. Banaa tu. Basigup tu inda baapa baik. Tapi kami ai kami nunggu duyan, sama ai mahat baik asanya bah sigup ani. Tambah lagi ai hujan, bakain palikat…. Puhhhh siok jua di isap kan kaaja. Masalahnya mun haaga sigup naik, sigup yang kana jual palipin, antah saludup pakah… makin laku, pasal lagi banyak yang mbali. Haaganya muah lagi tu. Lagi sabuting. Tahu jua kamu mun sudah basigup tu payah bah kan baanti. Jadi mun haaganya makin mahal, kami tapaka mbali sigup muah. Angkat talagi bahayanya tu.

2. Tarif Elektrik

habaa nya kami Di Sabah mbai bil letrik mahal dikit dai kawan kami di Semannjung. Antah apa sababnya tu, tapi mun dapa kuang kuang akan dih ulih kamu

3. Bil telefon bimbit

Mun di KK kah di mana kah hantap makin amai yang batelefon bimbit ani. Kanak kanak sikulah pun banyak yang batelefon. Kami pun yang bananya paalu jua kan talipun ani. Ai mahat kah, ai nunggu kabun kah… mana tahu ada ulaa kan haimau kah, dapat jua nalupon minta tulung. Jadi ani pun dapat kianya di muahakan siwanya tu.

4. Aing

Aah kami Di Sipitang, batah lagi ai nya inda balaing dai ai nya balaing. Jadi paintah dapat pakah nyingkie akan dikit usia ai balanjawan bahau ani supaya mbasai logi penapis aing kah atau mbasai paipnya kah…mun ada baik jua tu.

5. Jalanraya

Bana jalanraya makin baik. Yang kan kami padah akan tu jalan di kampung kampung. Lima tahun sudah jalan tu kana tar, tapi mun suda nya balubang kana biaa akan tia nganya macam atu. Macam di Pataikan, Luagan, Pantai, tanjung Nipis, Ka banting alum tia.

6. Rumah

Ani pasal anak anak kami di KK sikapnya minta tulung kan mbaai diposit mbali umah. Ida dapat di kuang kuang akan lagi kah sagala diposit mbali umah tu yang sampai ba balas ibu?

7. Yuran sikolah

Anak kami mun ka sikulah kaangani kuang kuang pun kan minta 4 , 5 ibu satahun. Tulung ulih kamu dih supaya biasiswa tu di mudah mudah akan.

Atu nganya.

Mandau

END

Friday, October 13, 2000

Kereta kerajaan dan kereta buatan Malaysia

13 Oktober 2000, Kota Kinabalu --Mandau amat berbangga dengan kereta Malaysia. Sejak Proton mula dilancarkan pada tahun 1984 dengan model Saga sambutannya amatlah baik dari kalangan rakyat biasa. Lima sebab sebab mengapa proton amat diminati

1) Harganya murah

2) Perlindungan tariff oleh kerajaan menyebabkan harganya dan bahan gantinya stabil di dalam jangka panjang

3) Kempen promosi

4) Alat ganti senang diperolehi

5) Rekabentuk yang menarik dan kontemporari.

Oleh itu bermula dari Saga, keluar pula Iswara, Wira, Putra dan Satria, lepas tu berkembang dengan pembukaan perodua, Modenas dan USPD sehingga kita mengeluarkan pelbagai kenderaan dari motorsikal sehinggalah kepada kenderaan berat seperti trak. Gah bukan?

Pendek kata pacuan empat roda mudah sangat nak dibuat.

Persoalannya, setelah 18 tahun mengapa kerajaan tidak menggunakan kenderaan buatannya sendiri secara meluas?

Memang lah ada wira limosin, wira polis, kancil polis, tapi cuba kita lihat kereta rasmi  pegawai tinggi kerajaan dan YB ? Apa lagi di daerah daerah kebanyakannya menggunakan model import. Kenapakah ini berlaku sedangkan kita tahu perbelanjaan pembelian dan penyelenggaraan  kenderaan oleh kerajaan adalah besar sekali.

Memandangkan sudah 18 tahun berlalu, Proton harus memikir untuk mempromosi dan mengeluarkan keluaran untuk memenuhi keperluan kerajaan. Ini amat penting supaya bukan kita rakyat biasa sahaja yang berbangga dengan kereta buatan Malaysia, tapi juga kerajaan kerajaannya sekali.

KEDAYAN ONLINE

END

Saturday, September 23, 2000

Pejabat Pos Sipitang perlu perubahan

23 September. Kali ani Mandau ingin mbincangkan isu perkhidmatan pejabat pos di Sipitang. Dari musim ku kakal sikulah sampai tia kaangani, yang ku lihat kakal jua van miah buok ampai ampai di dapan pajabat tu. Hantap jua batah kamu nauh. Sudah tah macam atu, suat suat ka kampung kakal jua ba taoh di pajabat, inda tia kamu kan mbaiki rangkaian perkhidmatan yang sedia ada. 

Lagi sabuting mun mbaai bil kata lah RM38.26 sin mun mbaai, 4 sin tu jaan tia ditunggu mulihnya.Ani tabiat  ni, tamasuk tia di Beaufort . Eh mun satahun macam atu baibu jua tu ulih kamu!. 
Ingat lagi masalah bas Intrakota dulu di KL. 10 sen labih tambang yang inda mulih, sabulan RM180,000 ulih basia!. 

Sadiakan tia usin pacah bah, dai kami dua tiga sin tu damit, tapi kakal jua usin tu.

Sabuting lagi- ada banner yang kao gantung di pajabat tu, "anak tanpa komputer adalah anak tanpa masa depan". hantap jua inda baakal kamu?. mun kan nyuuh dangan mbali komputer pun, jaan tah mbai sakit hati dangan. 

Mun kan dikia, mbali komputer makai EPF tu lagi nguangkan masa dapan, pasal cuba kia, RM3500 X 6.8 X 25 tahun ditauh(  kuang RM10,500 ai naima kandila, jika dikira dari kaedah cummulative compounding ). 

Pendek caita cadangan mandau ialah:

1) Tambahkan kakitangan. Ini kerana kesesakan pejabat yang terjadi kerana pejabat tidak mengambilkira pertambahan penduduk sipitang.

2)  Wujudkan semula wakil pos di kawasan seperti kg pantai dll.

3)  Staf senior tu gantikan bidang tugas, biar dikaunter tu yang baru lah.

Mandau

Sunday, September 10, 2000

Main Bayang Bayang Waktu Kecil ~Mandau

10 September 2000. Sang Mandau kali ini ingin bercerita mengenai bayang bayang. 

Masai kah kamu bamain bayang bayang ai kamu damit mulanya?

Aku masai. Main kupu kupu, mbuat itik, kambing yang paling sanang. Cuba tia pajah lampong, yang takut dii. Ada tia asanya yang ba hantu, kaup kaup kan ngungkup. Tapi mun sudah basa kuang kuang tia jua dikit.

Tapi ada yang kakal takut kan bayang bayang sampai basa. Ani bahaya . Oang macam ani tapaksa tido balampong bilang malam. Mun inda bakawan inda baani. 

Jadi apa yang patut kita buat kan nolong oang macam ani?

Engkek: Kaunseling

Mandau: Kursus

SiPalui: pinjami lampong picik

END

KEDAYAN ONLINE 

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...