Showing posts with label Kedayan Labuan. Show all posts
Showing posts with label Kedayan Labuan. Show all posts

Wednesday, September 5, 2001

Kedayan Labuan hilang?

25 Jun, K.Kinabalu- Banyak yang bapadah pasal Kedayan di Labuan sudah hilang. KOL pun inda baapa paham pasal hal ani. Lagi sabuting ia  ada dikit sensitive. Tahutah Kedayan, kaang mun sudahmenyamal sagala pantak pun kaluaa. Atu alum cukup lagi tu segala tahi hidung yang dikuiknya pun abis dipadah akannya , dibangkit bangkit mun sudah maah....

Tapi ngam ngam bulan Jun ni banyak cuti aii anam jadi inda ada perancangan kan ka mana mana , malancong tah kami ke labuan. Andang jua paadian aamai di Labuan ani Badudun tak kami bang bang Bukit Kalam, Pulau Akaa, Bukit Kuda, Sungai Labu jaan Lubuk Tamiang daii Bansr Labuan yang taakanal atu. Ditiling tiling, dicongak congak, dikanang kanang…. Lapas dua haii dicaita caitaakan, ada jua kemungkinannya yang dakwaan pasal Kedayan hilang tu banaa.

Ada 10 kesimpulan yang dapaat kami lihat

1)  Ujaa yang pamudaan; ahh sama saja bah tu kedayan jan buunai

2)  Uja yan patuhaan; kaedyan ni kami ni, banyak paadian kami bang Sipitang, maaba etc

3)  Golongan tuha selesa batutuan buunai di dalam pergaulan seharian. Tapi bila mereka tahu yang seseoran itu adalah oran kedayan, mereka akan mengunakan bahasa kedayan

4)  Golongan muda rata ratanya batutuan daial loghat buunai. Basia tahu tutuan kedayan Cuma kalau becaita jan oatuhaan, atupun tuut tuutan subalah buunai

5)  Bangsa yan di catitkan oleh kebanyakan bapa didalam suat baanak basia atu tah bangsa  melayu.

6)  Basia yang ku lihat lebih selesa mengaku melayu, kecualilah bila basia tau yang kita ani kedayan. Macam ada dikit supan bah mun dicaitakan basia ni kedayan.

7)  Semangat basia kaangani ada dikit bahauu. Oang daii subalah sabah ni macam oang subaan atau oang luaa. Mangkali pasal basia ni inda lagi sama pentadbirannya jan oang sabah. Dikit dikit pasal oang labuan, oang labuan , loang labuan.

8) Ada jua yang kakal kan jadi oang kedayan, bukannya ianda ada. Mun diucapkan inda ada badusta tah ku jua ni.

9) Tiada governing body untuk oang oang kedayan disini. Paadian macam jua KEDAYAN di sabah, tinggalam timbul nganya. Tapi mangkali Peranan Paadian patut ditingkatkan.

10) Orang Kedayan yang menjadi majority adalah ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Mangkali anitah yang menyumbang paasaan andah basia mun kan ngaku kedayan

11) Ramai orang Kedayan yang menjadi jutawan segera dengan melepaskan pegangan tanah yang dijual dengan harga pasaran melebihi RM1 juta seekar


Editor - Mangkali isu ani sensitive, tapi aantam tia saja labuuu…..

1)  Bahasa penting inda ada gunanya ngakkun kedayan mun tutuannya macam om.

2)  Kemunduran bukannya pasal bangsa – lihat tutuan biik biik sabalum ani di dalam KOL

 KOL

 END

Friday, February 23, 2001

Muatkan juga berita dari Sarawak (Aaron)

Agaknya sudah beberapa minggu saya tidak menulis di KOL. Banyak juga berita yang dimuatkan tetapi lebih tertumpu di sekitar Sabah. 

Di sini saya juga ingin bertanya adakah KOL ini milik Persatuan Kedayan Sabah? Bagi saya ia lebih menjurus ke arah itu. 

Maafkan saya jikalau pernyataan saya ini menyinggung perasaan kalian. Ke mana perginya Kedayan di Sarawak dan Labuan? 

Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanya masih adakah Kedayan di Labuan? 

Amat kurang berita mengenai masyarakat dan persatuan Kedayan di sana. Sinis tapi saya rasa Kedayan di Labuan sudah pupus. Ini adalah kerana hanya ada dua kaum yang sering disebut oleh ahli politik Labuan iaitu Melayu dan Cina. Ahli politik itu kita pun tahu. Ya...ahli UMNO.

Saya juga ingin meminta maaf di sini kiranya pendapat saya mengenai asal-usul Kedayan mendapat tentangan daripada kalian. Siapalah saya? Saya hanya seorang remaja yang masih mentah. Tidak mahir dan amat kurang pengetahuan mengenai sejarah Kedayan. Secara jujur saya baru berusia 21 tahun dan berdarah campuran. Ayah saya adalah berdarah Kedayan+Melayu Dalek+Melanau manakala ibu saya adalah seorang wanita Iban. 

Nama sebenar saya ialah Schaffronny ibni Safar ibni Boben ibni Dohak ibni Abdul Ghafur. 

Saya lebih dikenali sebagai Aaron dikalangan kawan-kawan kerana saya adalah seorang peminat Aaron Kwok. 

Manakala Bonafides adalah gelaran yang diberikan kepada saya kerana saya suka membangkang berdasarkan ketepatan fakta, dan sebelum mengaku kalah saya akan sedaya upaya mempertahankan pendapat saya berdasarkan fakta. Minat saya terhadap kaum Kedayan bermula semasa saya berada di dalam tingkatan satu. Atas sebab yang demikian andainya pendapat saya kurang tepat kemaafan jua yang dipinta. 

Oh ya kalau boleh...kalau boleh, KOL ditulis di dalam Bahasa Malaysia kerana tidak semua artikel di dalam KOL dapat saya fahami.

Saya juga ingin memberikan sedikit pendapat mengenai asal-usul perkataan Kedayan. Ada seorang penkaji yang mengetengahkan bahawa perkataan Kedayan itu berasal dari perkataan Melayu lama iaitu KODIAN. Pengiring orang-orang besar di Nusantara kebiasaanya dikenali sebagai orang kodi-an. Ada satu kisah mengenai hal ini. Ianaya mengenai pengiring Datu Di Pati yang tersesat di Negeri Banjar dan sampai ke jajahan Brunei. Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai orang Kedayan oleh generasi terkemudian.

Suatu ketika dulu ada seorang responden yang mengatakan bahawa ketua rombongan puteri Jawa ialah Tun Manda Lela. Saya ingin memberi sedikit pendapat mengenai hal ini. Nama itu tidak bercirikan Jawa tetapi lebih bercirikan Melayu Semenanjung. Kita tentu tahu siapa itu Tun Sri Lanang, Tun Teja, Tun Ali (Bendahara Seri Nara Di Raja. Bendahara Melaka sebelun Tun Perak. Dan kebetulan pula beliau mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Tun Manda yang berkahwin dengan Pengeran Surabaya.).

Aaron

KOL

End


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...