Showing posts with label Lumadan. Show all posts
Showing posts with label Lumadan. Show all posts

Monday, October 23, 2000

Politik ras dan Kesukuan - part 1

23 Oktober 2000. Ramai pembaca cuba menarik perhatian KOL supaya membincangkan politik ras dari kacamata orang kedayan. Setelah melalui vol ke 11 dengan jayanya, KOL cuba membincangkan apa yang dimaksudkan dengan konsep politik Ras ini secara umum.

Ya, pada amnya Malaysia mengamalkan politik ras dan kesukuan dengan jayanya dan liberal. Sekurang kurangnya dari sudut parti, parti yang bersifat pelbagai bangsa kurang mendapat sambutan di dalam masa yang lama di Malaysia. Umum tahu bahawa BN walaupun terbuka kepada semua, terasnya adalah politik ras pelbagai parti dengan UMNO tetap berdiri sebagai teraju utama. UMNO adalah parti untuk orang melayu, MCA parti Cina dan MIC adalah untuk orang India. SAPP mungkin bersifat multiracial, tapi kita tahu terasnya ialah orang Cina. Begitu juga dengan PBRS di mana terasnya ialah masyarakat Kadazandusunmurut.

Terlalu umum? kita cuba kecilkan skop perbincangan ini. Politik ras tidak salah jika diamalkan dengan betul. Pelbagai parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang bergabung di bawah BN mampu menjadi peneraju politik Malaysia hingga sekarang. Jadi apa salahnya dengan konsep politik yang bersifat nasionalis? kebangsaan? menjaga kebajikan anak bangsa sendiri?. Semuanya bertitik tolak dari kesanggupan untuk menjaga kebajikan anak bangsa sendiri, tetapi di dalam masa yang sama tidak pula menghimpit kebebasan kawan kawan mereka dari suku / bangsa yang lain.

Memandangkan konsep ini berjaya dan bertahan untuk tempoh yang lama, ia bermaksud konsep berkenaan diterima oleh masyarakat. Dalam masa yang sama pula, oleh kerana ia boleh dilaksanakan diperingkat kebangsaan, peringkat akar umbi di daerah daerah juga sudah tentu sebati dengan konsep ini. Kebangsaan dan Khalayak teras. 

Bagaimana di Sipitang? mengikut angka yang tidak rasmi, Kedayan adalah kaum yang terbesar di Sipitang. Jadi mereka adalah suku teras di Sipitang. Ini mungkin betul berdasarkan sejarah politik Sipitang sejak merdeka. Kaum teras ialah kedayan dan mereka adalah asas penumpuan kuasa di sini, baik dari segi koleksi YB dan juga bilangan sebenar penduduk. Tetapi di dalam masa yang sama seperti juga yang berlaku di peringkat kebangsaan; ini tidak bermaksud kebajikan kaum lain harus diabaikan. 

Sambungan pada Vol yang akan datang

KEDAYAN ONLINE

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, October 13, 2000

Politik Ras dan Kesukuan (Part 2)

(sambungan dari Vol 11)

Maksudnya, menyedari di mana kita orang Kedayan berada adalah penting untuk memulakan muhasabah jatidiri dan leluhur bangsa. 

Keadaan yang sama juga boleh kita lihat di Lumadan. Kaum teras di sini juga adalah Kedayan (Banci rasmi boleh dibuat untukmempastikan kesahihannya). Semestinya juga politiknya harus terarah kepada aliran yang sama supaya selari dengan pegangan Barisan Nasional di peringkat Kebangsaan.

Akhir sekali, diperingkat kebangsaan sanggupkah kita beralih dari prinsip politik ras dan kesukuan? Mengikut keputusan pilihanraya yang lalu tidak. Majoriti rakyat masih memerlukan kesinambungan kepada prinsip ini. Oleh itu bagi Kedayan dari kawasan Sipitang dan Lumadan , mulakan muhasabah anda, gabungkan diri dengan aliran kebangsaan kerana anda adalah pelaku utama politik di sini.

KEDAYAN ONLINE

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...