Showing posts with label Kedayan. Show all posts
Showing posts with label Kedayan. Show all posts

Friday, August 10, 2001

Majlis Baamai Amai KEDAYAN di Luagan dan Kg Tali Air

"Asalammualaikum saudara..., Di sini ingin saya bagi tahu bahawa ada baamai-amai di Kg Luagan pada 14 hingga 15 07.01 siang dan malam di Kg Luagan mun dapat datang baamai amai kamaai samua oaang kadayan dijamput datang .....Bah atunganya"- From Paidin

Demikian emel (baa-emel bah basia kaangani) dari Sipitang menjemput KOL untuk menyertai perjumpaan di Kg Luagan, anjuran KEDAYAN Cawangan Kg Luagan.

Pada hari yang sama juga,

KEDAYAN cawangan Kg Tali air menganjurkan pertandingan Sepak Takraw untuk ahli ahli cawangan dan penduduk sekitar

Kedua dua maajlis berkenaan berjalan dengan jayanya, Meriah sekali.

Jemputan kehormatnya ialah Sdr Presiden KEDAYAN dan ADUN Sipitang, YB  Datuk Sapawi Hj Ahmad. Malangnya Datuk Sapawi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang belum dapat kami pastikan sehingga ke hari ini ...,gagaukah datuk? gagau mangkali.

KOL, Ehsan KEDAYAN.

END

Saturday, June 9, 2001

Orang Kedayan Mundur!

KOL mendapat emel seorang pembaca menyatakan pendapat beliau mengenai orang kedayan. Isi emel beliau adalah seperti berikut

Setelah ku tilik ku pandang pandang, taang banaa tah yang oang Kedayan ani inda pandai maju maju sampai kaangani. Dausah tah dibandingkan jan oang Kina, banding saja jan oang oang sabah yang lain, payah banaa kan timbul…tinggalam adalah. Ngapa yah?

 robust@mailcity.com

Berikut ini ialah jawapan KOL mengenai persoalan yang beliau kemukakan

Sdr robust,

Kedayan memang kelihatan mundur dibanding jan bangsa lain yang lebih maju, kita akui. Tapi di KOL kita inda kan alah macam atu nganya aah tanggapan yang semacamani. Mula mula sekali kita patut luaskan skop caita ani mun kan bana bana bacaita pasal kemajuan sama caita Kedayan. Aku cadangkan tah kita bacaita tambahan dahulu pasal dua tiga topik sama sama mun kan babincang

Topik yang ku cadangkan anitah, sama aku kan mencuba skeleton discussionnya, mana tahu ada yang kan nyambung lapas ani:

 1)   Apa tamadun?

 Jadi mun kan di ucapakan kita kuang maju, haatinya kita ani kuang batamadun bai tu….

 Ada kuang labih 15 tamadun yang paling basaa di dunia sampai kaangani. Ani yang banaanya, bukan ku badusta, tamaadun yang paling muda ani tia yang kaangani ani. Secara rasmi, tamadun kaangani ani kana ucap mula mulai daii French revolution pada 1793. Alum batah hantap kan, kuang labih 200 tahun yang sudah sampai kaangani. Pasaan kita, anitah yang paling modern. Tapi yang kita inda paham, bahau 200 tahun minyak di dunia kan abis sudah. Kayu balak kan abis, sama lapisan ozon sampai jadi balubang pasal tamadun ani.

 Ada lima ciri yang digunakan untuk ngukur satu satu tamadun iaitu

a)     Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan

b)    Kesusasteraan dan tulisan

c)     Agama

d)    Sistem politik

e)     Pencapaian teknologi

( mun salah maap tah, batah sudah ku inda sikulah ani)

Yang kita payah kan tahu jua, kita mungkin bukan yang paling modern…banyak misteri yang kita alum mampu mbuka. Contohnya oang Atzec dan oang Inca kuang labih 3,000 tahun yang lapas pandai mahaap batu macam  mahaap bawang. Gaya basia ngulah ngulah akan batu sama macam kita ngulah ngulah akan kayu kaangani. Bateri kana jumpai di Iraq umoonya lebih daii 3000 tahun, alum lagi dikia jan pyramid yang paling mbaii hijap daii segi kejuruteraan. Lampung masjid di Andalusia (Spain) dapat nyuluh dalam lingkungan 2 batu persegi mbaii balampung dangan ka masjid.

Jadi mun kan dicaitaakan dunia kaang ani aii ani tah yang paling baatamadun, yang paling canggih sebanaanya kita belum dapat mempastikannya di dalam konteks ketamadunan yang banaa. Yang kita buat sekarang ani ialah mendakwa, kita Cuma mendakwa sahaja bahawa kita lah yang paling baatamadun.

 Kedayan kuang maju?

 2)    Apa kemajuan?

Antaii kita manyimpang dikit pasal kita bacaita sepupu kemajuan iaitu tamadun. Ani kita bacaita pulang pasal kemajuan. Kuang labih tah tu jan tamadun. Oang kaangani pun kakal makai kriteria yang sama mun bacaita pasal tamadun. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun ialah basia yang mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan, Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi.

 Tapi tamadun, kemajuan kita kaangani taautama yang kita ada ai ani daii era French Revolution inda lagi original. Sahuma kita pinnjam samaada dai Oang Arab, Oang Yunani sama Oang India!. Yang njadikan kita labih maju dan baakembang ialah meupayaan kita untuk membaharui dan menokok tambah saja sehingga kita dapat sampai ke tahap sekarang ani.

Boleh faham?

 3)    Kefahaman pasal Oang Nusantara

 Nusantara adalah bumi yang makmur. Kita inda payah baasaing untuk hidup. Kemakmuran ngajaa kita bukan untuk baasaing, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Apabila zaman airbatu terakhir kia kia 10,000 (?- sori aaah lagaan ku ni jadi reference ku ida dapat ku sabut usai usai) tahun yang lalu, tiba tiba kemahiran membuat tembikar sebagai asas ketamadunan tersebar ke Australia, Amerika dan Eropah secara meluas dan tiba tiba, sebagai satu fenomena yang menakjubkan.

 Teori sebahagian ahli arkeologi ialah kerana kenaikan aras laut menenggelamkan bumi Nusantara sehingga menjadi gugusan pulau pulau dan penduduk yang terselamat terpaksa baapindah ke bahagian lain di muka bumi. Jadi kalau begitu pusat asas tamadun juga ialah bumi nusantara!

 Ptolemy menyatakan Semananjung Tanah Melayu ialah Semenanjung emas. Kisah Kalilah wal Daminah dan Kisah Pengembaraan Sinbad dikabarkan mendapat inspirasi dari keadaan bumi Nusantara…

Lebih dari itu bumi Nusantara tetap penting sejak zaman baazaman sebagai pusat persinggahan laut yang terkemuka. Apa masalahnya? Masalah yang paling utama ialah ia membantutkan kreativiti Oang Nusantara sandii. Semua bentuk Kesusasteraan dan tulisan, Agama, Sistem politik sama Pencapaian teknologi inda perlu lagi dicipta sandii tetapi diimpot dari oang luar ani sebab pertembungan budaya yang terjadi begitu meluas. Sanang kita kan Faham kan?  Kesusasteraan kita import dari India, Arab dan Yunani termasuklah tulisannya. Dulu liau liau moyang kita makai tulisan Sanskrit dan pali, lapas tu tulisan Arab dan sekarang roman. Agama kana import dai Hindu-budhha, Islam lapas tu Kristian…

Bukan setakat ngimport, kita Oang Nusantara membaikinya sama nyasuai akan dalam persekitaran tempatan.

Sabuting nganya yang tinggal. Kita inda banyak bangunan dan bidang kejuruteraan, tapi tetap ada, Angkor wat, Borobudhur? Ok lah, tetap kurang terutamanya yang dapat dibanggakan. Sebabnya kita banyak kayu dan keadaan iklim. Kayu senang dibuat rumah, dan iklim tropika menjadikan kayu adalah satu satunya bahan terbaik untuk digunakan sebagai rumah. Inda picaya? Cuba pulang kamu pajah akan suis utama karan di opis kamu yang lawa tu. Mun inda kapaa kapaa kahangatan inda ku picaya. Maksudnya, untuk menjadi oang batamadun di nusantara mempunyai Bangunan dan rekabentuk kejuruteraan yang terlalu tinggi inda begitu diperlukan. Hangat, mun hujan tanah pulang yang lumpo...

 4)       Kefahaman pasal oang Kina

Basia adalah oang yang basaing. Pada zaman Manchu, pedagang dan peniaga adalah oang yang paling rendah statusnya di negeri cina. Yang paling tinggi ialah petani. Sebabnya ialah basia dianggap oang yang inda nghasilkan apa apa, inda produktif. Keadaan hidup yang terlalu susah, makanan yang inda mencukupi, pemerintah yang menindas basia, iklim dan bencana alam yang melampau dan masalah kongsi gelap memaksa basia baausaha lebih, lebih keras baaganda ganda untuk hidup.

 Alternatif yang paling baik bagi basia ialah baahijrah ke negara luar, termasuklah ke bumi nusantara yang baatuah ini. Di sini basia terpaksa baausaha empat kali ganda lebih keras dari oang lain kerana, basia terpaksa menyara dii basia sendii, ngirimkan sebahagian pendapatan kepada keluarga yang kakal tinggal di Cina, membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap bagi menjamin kerukunan hidup dan membayar hutang perbelanjaan basia belayar dari Cina ke nusantara.

 Cucu cicit basia sekarang inda lagi merasakan keperitan ini. Malah basia bangga njadi rakyat Malaysia dan baajaya sekali dalam apa apa bidang yang diceburi. Tetapi semangat baausaha sudah ditanam jan kukuh di dalam dii basia dan basia dihormati, disegani dan kaya…

5)    Paham pasal Kedayan

Sila fahami oang Kedayan, hormati pegangan hidup basia. Kedayan tetap Kedayan. Macam jua Oang Nusantara yang lain, kita inda payah baasaing untuk hidup. Kedayan inda payah basaing untuk apa apa jua sekalipun. “Baik mati daii supan” pepatahnya. Keutamaannya (priority) bukan baasaing untuk ngaut sebanyak mungkin harta, tapi untuk hidup jan rukun ngikut tata susila dan karma masyarakat.

Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, di sadakahinya saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang kampung. Oang Kedayan miskin? Memang basia miskin tetapi kaya jiwa. Greed memang bukan budaya kita. Mangkali kamu inda iski yang ku tulis ani, tapi ani memang budaya Kedayan dan masih diamalkan dikampung kampung.

Kedayan tahan kana tekan, kena tindas. Sikap inda apa sama pemaaf membuatkan basia tahan kadaa, sampai satu peringkat di mana penindas “ has gone offlimit” atau “crossed the red line”. Penyelesaiannya, mangamuk! Siap la kamu, Kedayan mangamuk bukan terhad kepada natak dangan sama maang, tapi tamasuk lah pantak jan sapupu pupunya.

Jadi ke mana bentuk Kedayan yang kita mahu ni? Menyuruh basia baaniaga. Ia bukan sesenang yang difikirkan, kerana kita perlu ngubah cara hidup dan “urges” basia sekaligus. Sudah tentu ada Kedayan yang baajaya, ku akui. Tapi yang paling ku pasti samuha kita ingin Kedayan kekal jan budaya tulusnya, dalam masa yang sama pula baajaya di dalam perniagaan…cuba tah kita mancipta Kedayan yang macam ani. Mangkali budaya mengamuk tu yang patut kita cucuk. Cucuk biaa ya sakit hati lapas ti mangamuk tia inda sadaa kan dii taus babisnes. 

Tapi jaan tah kita bandingkan kedayan sama Kina. Macaam iti jan hayam bah ni.Itik mana lah kamu bandingkan sama hayam

Hidup KOL, mun kamu baani nyiarakan apa yang ku tulis ani!



Biik Biik

KOL

Ehhh....ngapa pulang inda baani, Anyway si Biik biik ni pakar di dalam bidang sejarah dan perhubungan antara bangsa - Editor

 ----

Temuramah Si palui dengan Si gup Danhil, PTI dan Aku Part 1 part 2 belum dapat disiarkan pada kali ini kerana masalah teknikal. Harap Maaf - KOL

 ----

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Thursday, May 10, 2001

Mengapa Bangsa kita lemah

10 Mei, K.Kinabalu. KOL Group menerima beberapa emel mengenai isu terbaru yang mereka bincangkan disana. Sudahkah anda menyertai forum ini?


Emel 1

kul_mamit@yahoo.com
Yang aku tahu, kita tidak lamah, Yang aku tahu kita suka bersendiri, Yang aku tahu kita kurang komuniti, Yang aku tahu kita payah bersatu, yang aku tahu ..... bah sambung tia.. Sababnya .......

Emel 2

jumabas@kedayan.every1.net
Sabanaa nya kita inda hilang
yang hilang tu hanyalah
perasaan diri
kuang pertimbangan, hantapkan manang saja,
inda ada tolak ansuo-tu tah jadinya... 


Emel 3

"jampili"

Saudara  sekalian,

Nulis tah kusemula  dalam dialek  kedayan dan  mungkin  tidak sepenuhnya ,sebab  aku  orang  yang  lebih  gemar menyampaikan mesej  dalam  situasi  yang  boleh  difahami  oleh  semua.Pada saya  bahasa  yang  boleh  difahami  oleh  semua  masayarakat Malaysia ialah  bahasa  Melayu. Pun  begitu  memang aku  sanjung dan  aku  agungkan  keunikan  dialek  kedayan (mungkin selepas  ini saya  akan  dikritik  kerana  tidak  menulis dalam dialek  kedayan). 
Macam kamu  jua  aku  ni  sibuk  seharian, setelah  kutinjau laman web kita , macam  nda  hidup lagi..mungkin  kita  mempunyai  agenda  yang  tersendiri  untuk memenuhi  tuntutan  hidup,  atau  mungkin  komunikasi  kita melalui  lam  web  hanya  di  kalangan  ahli  akademik  sahaja atau  mungkin  lebih  tepat  dikalangan  ahli-ahli yang mempunyai  kemudahan  IT  sahaja.  

Penyertaan rakan  di  sarawak  amat  menggalakkan  walaupun terdapat  kelainan dari segi bunyi  pertuturan  yang diutarakan.  Pada  keseluruhannya  kita  masih  membincangkan beberapa  perkara  yenag  remeh  contohnya soal  siapa  yang layak  dikatakan  sebagai  kedayan  tulin.  

Walaupun  pada dasarnya  hal  itu  ada  keperluan  untuk  dibincangkan  supaya kita  jelas  siapakah  sebenarnya  yang layak  mengaggotai persatuan  kedayan.  Adakah  dengan  semangat dia mahu mengaku  bahawa  dia  seorang   kedayan  kerana  menuturkan dialek  kedayan  layak  untuk  diterima  sebagai  ahli  kedayan yang  tulin.  Dalam  memberi  definisi   berhubung  hal ini ia masih  dalam  keadaan  yang  subejktif. Pada  saya  hal ini boleh  dibincang  diperingkat  MT  kedayan  yang bertanggungjawab  menjelaskan  dan  membincangkan  isu-isu seperti  ini.

Berbalik  kepada  orang-orang  yang  menjelajahi  laman  web dan  menyertai  perbincangan  dalam  laman  web, bolehkah  kita  berbangga  dengan  penyertaan  yang ada walaupun  ia memang  harus  kita  beri  sokongan  sebagai  pendokong generasi  kedayan  yang  ingin  melihat bangsa  terus 
berkembang  maju  dalam  semua  arena. 

Dalam kesempatan  ini eloklah  orang  kita  yang  mempunyai  kedudukan  sama  ada mempunyai  kekuatan  dalam  bidang  ekonomi  dan  juga  dalam bidang    politik  terus  kita  sokong  dan  libatkan  mereka secara  terus.  Saya  yakin  mereka  yang  saya  nyatakan  itu sehingga  hari  ini  tidak  menunjukkkan  tanda-tanda menyertai  kita dengan  serius. Kalau pun  ada  kita  tidak 
siapa  dia?? Apakah  usaha  kita  kearah  itu??  Di  samping itu  tenaga  kita  yang  mempunyai  bidang  akademik  yang mampu  dijadikan  sebagai  penyumbang  idea  dalam  arus globalisasi  kini  perlu  kita  jana  dan  libatkan  bersama. 

Selain  itu  kita  perlu  kembali  semula keperingkat  "grassroot"  kerana   golongan  inilah  yang  paling  banyak memerlukan  bantuan  dan  mereka  mesti kita  utamakan.
Melalui cara  ini  saya  yakin  suku  kaum  kita  yang terdapat  banyak  dipinggiran  sekarang  ini  sama  ada  di Sabah  dan  sarawak  dan juga  dimana-mana  dapat  disatukan menjadi  suku kaum  yang  kuat  dan  mampu  menanagani  semua permasalahan  yang  timbul  pada  masa  yang  mendatang.

Soal  penyatuan  sering  kita  laung  tetapi  malangnya, ada juga  suara-suara  sumbang  yang  juga  sering  mempertikaikan usaha  ke arah  itu.  Saya  harap  suara-suara sumbang  itu  bukanlah  yang  datang  daripada  kepimpinan  kita persatuan kita  sendiri.

Perkara  yang  penting  usaha  kita  hendaklah  sampai keperingkat  akar  umbi  agar  ia akan  lebih  bermakna  dan lebih  mendatangkan  kesan  yang  berpanjangan.

Harap  respon  hali  ini  dari   sudut kepentingannya  kepada suku  kaum  kita.

Terima  kasih.

(maaf yah, petikan ku ani alum lagi batantuan, nanti ku ngusai on our next update)

KOL & KOL Group

END

Saturday, April 7, 2001

KEDAYAN berpolitik?

07 Apr,Kota Kinabalu: Persatuan Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai kumpulan dan  ahli-ahli politik tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum Kedayan.

Isu yang dikemukaan ialah mengenai pandangan  KEDAYAN adakah  terlibat dalam menentukan sesiapa yang akan menduduki AJK bahagian UMNO Sipitang untuk pemilihan tahun ini.

Presiden KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata:

“KEDAYAN tidak mengambil peranan apa-apa dalam parti politik bukan keutamaan persatuan, walaupun terdapat ada cawangan persatuan ini dipengerusikan oleh orang yang sama yang juga selaku pengerusi cawangan UMNO atau parti politik yang lain namun saya lihat selama ini mereka boleh memainkan peranan yang berlainan, seperti kepentingan KEDAYAN ialah untuk kebajikan kaum Kedayan.

Kepentingan persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan dari parti politik mana, inilah  misi utama persatuan ” sambung beliau.

“Namun begitu  kita tidak menyekat ahli-ahli atau AJK KEDAYAN yang terlibat, malah kita bantu secara professional, nesihat dan latihan supaya menjadi seorang pemimpin yang bermutu  tinggi dan ever ready to move in bila-bila diperlukan.

Ketika ini persatuan sudah mempunyai pakar dalam berbagai bidang dan sudah agak consolidate diharapkan pengamaskinian pentadbiran dan pengurusan KEDAYAN yang sedang dibuat ini selesaikan dalam sebulan dua dimana, sistem baru pentadbiran dan pengurusan dapat di implementasikan” tambah beliau.

Tinjaun KOL ke kampung-kampung Kedayan baru-baru ini terdapat satu ‘euphoria’ atau semengat baru tentang kehadiran KEDAYAN masyarakat kampung dengan tidak banyak cerita selepas mendengar penerangan wakil persatuan  untuk mengisi borang dengan bayaran yuran sekali dan ini pertunjuk yang baik dan merangsangkan yang belum pernah berlaku.

“KEDAYAN akan membuat sesuatu yang monumental  dalam panggal ini walaupun persatuan ini cuma dirasmikan dibulan Julai yang lalu yang membolehkan kan saya memain kan peranan untuk memimpin” kata Presiden.

 KOL

 End.

Wednesday, March 7, 2001

Respon Persatuan Kedayan Sabah kepada Whyme

7 Mac Kota Kinabalu; Berikut merupakan respon Sdr Arimi Sidek, Setiausaha Penerangan KEDAYAN kepada kenyataan Sdr Whyme di Boardroom KOL

Sdr Whyme,

Kalau benar seorang YB boleh KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah) lahirkan, itu adalah satu penghormatan yang tiada tolok bandingnya bagi kami. Frankly, it is an honor to us!

Tapi  sejak 10 tahun dan dua persatuan Kedayan tenggelam timbul di sabah, realitinya inda macam atu.

Mungkin ramai yang inda tahu, ani tah ku kan bapadah

Dr Yusof (sekarang Datuk) pernah berminat dengan SEDAYA (persatuan kedayan bumiputra sabah yang kini sudah berkubur) sebelum beliau menjadi Wakil Rakyat  pada tahun 1990.

En Sapawi Ahmad (sekarang pun Datuk) merupakan Timbalan Presiden [Penaja] KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah sekarang) juga sebelum jadi wakil rakyat.

Jadi dua persoalan yang timbul di sini

a) Adakah mereka menggunakan Persatuan persatuan Kedayan untuk mencapai tujuan politik mereka?

b) Adakah mereka naik di dalam arena politik kerana kedayan atau KEDAYAN?

Saya inda tahu jawapan yang pasti bagi soalan pertama. 

Tapi untuk soalan kedua jawapannya  ialah ya dan tidak.

Tetapi Perkara ini tidak pun pernah menjadi persoalan sebelum ini. Kenapa? Kerana memang KEDAYAN bukan satu persatuan yang aktif.  Kerana orang Kedayan memang liat untuk mengaktifkan persatuan mereka.

Sdr Whyme harus ingat

Jauh lebih senang untuk bergiat di dalam politik (terutama politik menyokong kerajaan) berbanding dengan melibatkan diri di dalam persatuan. Peruntukan ada, orang ada, penyokong sudah sedia, jentera parti juga ada. Yang penting bagi ahli politik ialah mencuba untuk mendapatkan tempat supaya dipilih menjadi calon di dalam pilihanraya.

Tapi kami, bergerak dari zero. Nil. Menggunakan wang sendiri, memujuk orang supaya menjadi ahli. Mengorbankan hari cuti, weekend untuk mengumpul ahli. Pencapaian kami yang tidak seberapa pula selalu dijadikan alasan oleh orang orang seperti saudara untuk mengatakan persatuan tidak berfaedah bla bla bla...

Soalnya semasa AGM lepas, orang politik yang hadir tidak mahu menerajui persatuan ini.

“Teknokrat” yang disebut sebut, yang handal kami jemput inda datang pulang, kecuali beberapa orang yang sudi menghantar surat menyatakan mereka ada komitmen lain.

Mun kamu takut persatuan dijadikan alat politik, ngapa jua inda jadi ahli, batanding jadi presiden?

Last sekali,

Cukuplah tu. Mun inda pandai manaii, dausah dipadahakan lantai tinggi andah. 10 tahun sudah ku tuut tuutan aah pasatuan ni. Samangat nganya yang tinggal. Kala kala tinggi, kala kala andah. Mun kamu kan tuut tuut, mun inda, banyak lagi jalama yang kan tuut.

Atu tah sababnya kami ubah sasaran ka kampung. Baik pulang bacaita jan oang kampung, tuut ngail, tuut baraya...


 KOL

 END

Sunday, February 25, 2001

KEDAYAN Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama AJK Pusat

25 Feb, Beaufort; KEDAYAN cawangan Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama presiden pada hari ini di lingkungan, kira kira 30 KM dari pekan Beaufort.

Di dalam majlis berkenaan, pengerusi penganjur, En Ag Basar Aman menyatakan harapan supaya KEDAYAN akan terus aktif dan berkembang menjadi organisasi yang disegani di dalam hal ehwal orang orang Kedayan.

Sdr Amde di dalam kenyataan balasnya menyatakan soal pembangunan KEDAYAN dan Kedayan adalah tenggungjawab bersama dan bukannya terletak di atas bahu AJK Pusat semata mata. Beliau melahirkan rasa terharu kepada kesungguhan penduduk kampung Lingkungan kerana telah berjaya mengumpulkan 150 permohonan di dalam satu hari, satu catatan sejarah di sepanjang penubuhan KEDAYAN.

Di majlis berkenaan beliau melancarkan Tabung Kebajikan KEDAYAN Kg Lingkungan.

KOL

End

Wednesday, November 15, 2000

Persatuan Kedayan Sabah - Ke arah mana dituju?

Synopsis akiviti Persatuan Kedayan ini terbahagi kepada dua bahagian. 

Pertama, senarai program yang sudah dan akan dikendalikan, Kedua, sedikit pengenalan tentang konsep-misi KEDAYAN dalam tempoh panggal* ini.

I.  Pengenalan

Status KEDAYAN1 sebagai persatuan etnik cuma disahkan setelah kita mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 22hb Julai 2000 bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Dalam masa yang sama KEDAYAN melancarkan laman webnya dialamat: kedayan.cjb.net merupakan persatuan etnik  yang pertama mempunyai laman web sendiri di Malaysia.

Seperti juga persatuan-persatuan etnik yang lain kehadiran KEDAYAN2 adalah sebagai katalyst kepada pembangunan bangsanya/etniknya keseluruhan di dalam berbagai bidang mengikut kemampuan yang ada.

Bermula daripada 5hb Ogos 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KEDAYAN yang pertama  diadakan,  bertempat di Pejabat Presiden, Kota Kinabalu.

Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada pengenalan (introduction) kepada AJK.

5hb September 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang kedua di adakan di Pejabat PKR, Sipitang. Tujuan utama ialah membahagi-bahagikan tugas masing-masing.

22hb Julai 2000, KEDAYAN telah dijemput untuk menghadiri perbincangan mengenai Lanunan Hayat (Biopiracy) yang dikelolakan oleh PACO dan Kementerian Alam Sekitar bertempat di Museum Negeri Kota Kinabalu. Ini merupakan aktivity KEDAYAN yang pertama. Wakil KEDAYAN dijemput untuk meneliti draf undang-undang Biopircy di Sabah .

13hb Ogos 2000, KEDAYAN mengadakan Tournment Golf di Kelab Mimpian Jadi Tuaran disertai oleh masyarakat Kedayan di Sabah dan Labuan juga terbuka kepada kaum bukan Kedayan. Sembutan mariah diberikan oleh masyarakat Kedayan tanpa diduga.

15hb Oktober 2000, Biro Wanita Persatuan Kedayan mengadakan pertandingan memancing di Pelakat. Sambutan dari masyarakat Kedayan didaerah Sipitang sungguh membanggakan. Ini menunjukan wanita KEDAYAN tidak kurang kemampuanya, harus di sokong dan diperkuatkan.

Konvensyen Belia Kedayan yang dijadualkan pada 18hb November 2000, ditunda ke tahun depan.

Senarai program Kedayan dalam jangka masa setahun telah pun di rangka - sila lihat media3 kedayan dan boleh juga didapati dengan menghubungi Setiausaha Agung atau Setiausaha Penerangan & Multimedia.

KEDAYAN selalu sahaja menerima undangan dari Persatuan-persatuan etnik yang lain disamping undangan dari badan-badan kerajaan dan yang bukan badan kerajaan. AJK pusat akan memberi pengiliran untuk mewakili KEDAYAN.

Pelancaran habaa KEDAYAN (?) yang diterbitkan sebulan sekali.


II. Langkah Awal

Empat perkara yang harus dilakukan segera untuk mengukuhkan dan menonjolkan kedudukan KEDAYAN:


1.     Pengurusan dan Pentadbiran:

Setiausaha Agung
  • Tiada bermasaalah dengan Pendaftar Pertubuhan, peraturan-peraturan dipatuhi dan dokumen-dokumen yang perlu di serahkan dalam masa secukupnya.
  • Review keahlian yang berdaftar dengan pembayaran yuran. Rekod keahlian disimpan dengan baik bersistem.
  • Setiap cawangan dimestikan menyusun rapi rekod keahlian. Mungkin perlu pendedahan dengan menghadiri kursus-secretarial dan perkeranian.
  •  Kedayan akan mengadakan bengkel /seminar tentang pengurusan persatuan ditahun hadapan.


2.     Komitmen setiap AJK

Ahli jawatankuasa yang dipilih dan yang diltantik mestilah committed dan bersifat pro aktif. Bukan main suruh, main pass atau sekadar melepas batuk ditangga-kalau betul-betul ingin melihat masyarakat kedayan membangun4.

Memberi alasan dengan mengatakan tiada masa, kerana terlalu sibuk adalah tidak manasabah7.

Peringkat cawangan memainkan peranan yang besar dan utama, melihat kepada struktur persatuan diamana tujuan  penubuhan cawangan adalah semata-mata untuk memboleh masyarakat kedayan yang tinggal dikampung-kampung terlibat secara langsung tanpa sekatan-sekatan -beaucracy .

Pemimpin cawangan-cawangan harus memiliki pengatahuan asas tentang pengurusan dan pentadbiran persatuan. AJK pusat dicadang untuk memberi pendedahan kepada gulungan ini.


3.     Interaksi antara KEDAYAN dengan Masyarakat Kedayan

Interaksi perlu dibuat, untuk membolehkan mereka mengatahui apa akitiviti KEDAYAN, disamping itu pegawai-pegawai KEDAYAN akan dapat mengenalpasti sebarang keperluan dan membuat tindakbalas yang sesuai.

Program KEDAYAN harus melibatkan masyarakat kedayan untuk membolehkan mereka appreciate apa yang berlaku.

4.     Kewangan

Terpenting, KEDAYAN mesti mencari jalan untuk mendapatkan kewangan sendiri. Setekad ini KEDAYAN tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang membolehkan KEDAYAN bergerak dibidang commerce.

Yuran keahlian adalah sumber pertama walaupun amaunnya tidak banyak pertama, untuk memanuhi syarat-syarat pertubuhan persatuan dimana ahli-ahli  mesti membayar yuran. Kedua, dengan adanya kenaan yuran ianya merupakan satu attachment sedikit sebanyak antara ahli dengan persatuan.

Membuat kajian/ study bagaimana KEDAYAN boleh mendapatkan sumber kewangan berpandukan latarbelakang yang ada sekarang: melibatkan KEDAYAN dibidang komercial-kecil-kecilan, dengan bantuan dari usahawan kedayan atau kedayan yang mampu dan ingin memberi sumbangan kewangan dan lain-lain.

Perbincangan tentang topik ini harus berterusan. AJK pusat mengalu-alukan penglibatan masyarakat Kedayan untuk membolehkan cadangan ini membuahkan hasil.

5. Kesimpulan

Saya percaya, konsep dan idea ini tidak terlalu sukar untuk diimplemantasikan.

AJK KEDAYAN diperingatkan tentang pledge-penawaran diri yang dibuat sebelum terpilih7 menjadi AJK KEDAYAN.

KEDAYAN dapat sedikit sebanyak berkhidmat sebagai cataylist dan meransang pembangunan masyarakat Kedayan dalam berbagai bidang.

Kedayan perlu bertindak dari sekarang, kerana kalau tidak ada kebanggaan sebagai seorang kedayan, KEDAYAN akan pupus.

Foresight dan reliablity adalah tungak dan kekuatan karaktor Kedayan disamping memiliki ilmu pengatahuan dimasa-masa akan datang.

Mengikut ‘kajian’ kaum Kedayan menyokong pendekatan ini- tujuan utama untuk membangun Kedayan tanpa mengira fahaman ideology dan inclination9.

KEDAYAN boleh memainkan peranan sebagai springboard kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin6 dalam berbagai bidang.

Presiden KEDAYAN

15hb November 2000

Kota Kinabalu

END


Nota:
  • Perkataan-perkataan Inggeris yang digunakan disini tidak semestinya membawa maksud yang sama bila di terjemahkan ke Bahasa Melayu-direct translation.
  • Perkataan-perkatan italic yang digunakan disini mempunyai erti lebih dari satu.

----

Nota Kaki:

* Akan dibuat dikertas yang berasingan.
  1. Nama Persatuan sebelum ini ialah SEDAYA yang pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1992. Encik Amde Sidik ialah merupakan Presiden kepada jawatankuasa protem yang menubuhkan Persatuan Kedayan semula dengan nama ringkasnya persatuan KEDAYAN bersama-sama beliau ialah: saudara Mahmud Osman, Jaidin Tamin, Jum Hj Abas, Yussof Osman,Tahir Muhsin, Arimi Sidek, Abd Rahmman Ahmad, Maun Mayassin, Abd Rahim Yakob, Yakup Sidek, Munai Hj Mamit, Azeiny Lamat, Masri Saban dan Harris Sambas.
  2. Lihat perlembagaan KEDAYAN artikal 2.
  3. Kedayan mempunyai media:laman web dan habaa kedayan dengan itu tidak ada sebab masyarakat kedayan tidak dapat mengikuti perkembangan KEDAYAN disamping akses kepada pegawai-pegawai KEDAYAN dengan mengunakan telefon biasa, telefon bimbit, fax dan sebagainya.
  4. Untuk mencapai objektif KEDAYAN pegawai-pegawai ynag terlibat kena berkorban dan committed to the pledge. Ini bukan glamour.
  5. Perancangan program mau pun jadual mesyuarat KEDAYAN adalah dirancang lebih awal dengan persetujuan kalau ada kerumitan yang mungkin timbul ianya harus dikemukakan sebelum dipersetujui. Perancangan seperti ini dapat mengelakkan kita membazir masa dan cost. Adalah tidak reasonable  menarik diri –tidak menghadiri mesyuarat dengan tiba-tiba without reasonable excuse.
  6. Berkhidmat di sini saya maksudkan berkorban,terutma sekali dengan masa.
  7. Biasanya dikaitkan dengan political idealogy tapi nampaknya pengertian masih arbitrary
  8. Kedayan perlukan leadership yang berpanjangan bukan adhock dalam berbagai bidang.

Saturday, November 11, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 3

BANGSA KEDAYAN vs “ORANG BRUNEI”

Bagi orang orang Nusantara, perkataan melayu merujuk kepada dan hanya; mereka yang mendiami kota kota metropolitan dan kota pelabuhan. Kota ini adalah merujuk kepada Kota Betawi, Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jambi, Pelembang, Riau, Banjarmasin, Berunai dan lain lain. 

Kota kota ini adalah berbeza dengan masyarakat desa yang lain kerana pelbagai sebab. Pertama golongan utama yang mendiami kawasan ini adalah golongan elit yang memerintah, pentadbir utama kerajaan, masyarakat pedagang yang bersifat antarabangsa dan para pekerja yang datang dari pelusuk desa. Kedua mereka membawa segala bentuk bahasa suku yang caca merba dan berasas kepada bahasa Sanskrit serta  bahasa luar terutama Arab, Portugis, English, Cina dan India. Ketiga pengaruh budaya dan agama Islam yang kemudian diwarnai oleh mereka sendiri sehingga berbeza dari kawasan kawasan lain. 

Contoh utama yang terdekat dan paling baru ialah Kuala Lumpur walaupun ia bukan kota pelabuhan utama. Pada asalnya ia dihuni oleh beberapa penduduk asli dan pendatang dari larut, Perak. Kemudian orang Minangkabau menyusul. Tidak lama kemudian datang orang Cina dan Bugis dan penduduk dari tempat lain. Keadaan ini mewujudkan identiti baru dari segi bahasa iaitu "slang KL". Walaupun anda dari Sabah, anda adalah tertakluk kepada aturan "common language" ini apabila berada di sana. Sekiranya anda benar benar berhijrah kesana, cucu cicit anda cuma akan merujuk diri mereka sebagai anak jati KL, bukan penghijrah dari Sabah.

Jadi kenapa dipanggil "melayu"? Ini berpunca kerana tiada asas tertentu yang boleh dipanggil kepada mereka. Pertama rupa susuk tubuh mereka adalah berbagai bagai. Dari pendek dan gelap seperti orang asli, berhidung memek, sawo matang, bermata sepet, bundar, sehinggalah mirip kepada orang Arab dan Eropah. Tetapi mereka tinggal setempat dan  bahasa yang caca merba yang tidak mempunyai nahu tertentu dan boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati, tetapi amat popular. Di pelabuhan dan di pasar, ianya dituturkan sejauh Port Said di Afrika. Lebih dari itu mereka adalah penganut Islam.

Tetapi mereka tetap berbeza dengan masyarakat desa nusantara. Perkataan melayu ini memang sesuai dengan masyarakat kota, dan kemudiannya digunakan oleh ahli antropologi untuk mengkelaskan rumpun rumpun orang yang tinggal di Nusantara. Tetapi sehingga kurun ke duapuluh "melayu" tidak dianggap merujuk kepada diri orang nusantara secara global.

Memang ada dihikayatkan Hang Tuah ( kurun ke 16) menyatakan bahawa "Tak Melayu Hilang Di dunia" tetapi kita harus ingat bahawa hikayat berkenaan dikarang pada kurun ke 17 -18 iaitu setelah kerajaan melaka tumbang. Pernyataan ini lebih merujuk kepada rasa hati pengarang untuk melihat kerajaan kerajaan kota yang lain mengikat diri mereka secara global bagi menghadapi kuasa penjajah.

Hakikatnya, semua orang Nusantara merujuk ; DAN lebih senang merujuk diri mereka sebagai orang dari mana mereka berasal. Contohnya Penduduk Melaka menyatakan mereka sebagai orang Melaka bukan orang melayu, orang Aceh merujuk kepada penduduk Aceh; Lun Bawang, Lun Dayeh, Orang Champa, Orang Jawa, Orang Sunda, Orang Ambon, Orang Minang, Orang Madura dan...........Orang Berunai!

Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian. Di Maluku misalnya penduduknya lebih suka dikenali dengan nama Bugis. Begitu juga dengan Orang Dayak, Tausug, dan Bajau. Ini kerana mereka mempunyai kebanggaan terhadap diri mereka lebih dari kebanggaan kepada negara kota mereka.

Namun, diseluruh Nusantara ini tiada satu bangsa pun yang dikenali sebagai bangsa kerana jawatan dan fungsi mereka, kecuali KEDAYAN!

Proses perkembangan metropolitan telah, secara beransur ansur mewujudkan "Orang Berunai". Kebanggaan kerajaan pula membuatkan mereka dikenali sebagai "bangsa Berunai". Tetapi Kedayan adalah wujud sebagai bangsa kerana mereka menjadi perwira, hulubalang dan pahlawan. Mereka dari awal mengikat diri mereka atas rasa setiakawan, pengorbanan serta kebanggaan diri kerana digelar kedayan. Rasa kehormatan ini jauh melangkaui tempat di mana mereka berpijak dan berkhidmat dan mereka tidak digelar sebagai orang Berunai sehingga sekarang. 

BIIK BIIK

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...