Showing posts with label Arimi Sidek. Show all posts
Showing posts with label Arimi Sidek. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc.), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah), Engkek and Si-Palui Jokes (of amirul-hideout) and arimisidek @tripod (a personal homepage) websites penned around 1998-2001.

(Untuk bahasa Melayu, sila klik READ MORE )

It was an era before Kadayan Universe. Most, but not all articles are recaptured. There are some that can no longer be found, especially issues before 2000.

The purpose of republishing these articles is for benefits and to serve as a reference material for the general public on some aspects of the life of the Kedayan community. So far no plans to add new posts to this page. However, if you want to follow the current posts from KOL team leader, please visit arimisidek.blogspot.com


Laman ini merupakan terbitan semula bahan-bahan yang terdapat di laman Kedayan Online (kepunyaan PAADIANInc.), Suambi Kedayan (kepunyaan Persatuan Kedayan Sabah) laman Jenaka Engkek dan Si-Palui (kepunyaan amirul-hideout) dan arimisidek @tripod (laman perseorangan) yang ditulis di sekitar tahun 1998-2001.

Ia merupakan era sebelum Kadayan Universe. Kebanyakan, tetapi tidak semua artikel dapat dijumpai. Terdapat sebahagian yang tidak lagi dapat dikesan, terutamanya terbitan sebelum 2000.

Tujuan penerbitan semula artikel-artikel ini ialah diharap dapat mendatangkan manfaat dan menjadi bahan rujukan untuk masyarakat umum mengenai beberapa aspek kehidupan masyarakat kedayan. Setakat ini tiada rancangan untuk menambah posting yang baru untuk laman ini. Akan tetapi, sekiranya tuan puan ingin mengikuti posting terbaru dari teraju team KOL, sila lawati arimisidek.blogspot.com

Saturday, April 7, 2001

Edaran Habaa KEDAYAN Isu 4 dan Isu 5 terlewat

07 April, K.Kinabalu; Setiausaha Penerangan KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek mengumumkan perkara ini di dalam kenyataan akhbarnya kepada KOL pada hari ini.

Menurut beliau, kelewatan ini adalah berkaitan dengan percetakan Habaa KEDAYAN untuk kedua dua isu berkenaan akan dilakukan oleh Syarikat percetakan luar. Kaedah ini juga akan digunakan untuk semua isu Habaa KEDAYAN yang akan datang, untuk menjamin mutu naskah yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli ahli dan pelanggan Habaa KEDAYAN secara bulanan boleh bersabar menunggu Habaa KEDAYAN dengan wajah yang lebih menarik dan bermutu. Kedua dua isu berkenaan akan diterbitkan pada hujung bulan ini.

KOL

End.

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Wednesday, March 7, 2001

Respon Persatuan Kedayan Sabah kepada Whyme

7 Mac Kota Kinabalu; Berikut merupakan respon Sdr Arimi Sidek, Setiausaha Penerangan KEDAYAN kepada kenyataan Sdr Whyme di Boardroom KOL

Sdr Whyme,

Kalau benar seorang YB boleh KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah) lahirkan, itu adalah satu penghormatan yang tiada tolok bandingnya bagi kami. Frankly, it is an honor to us!

Tapi  sejak 10 tahun dan dua persatuan Kedayan tenggelam timbul di sabah, realitinya inda macam atu.

Mungkin ramai yang inda tahu, ani tah ku kan bapadah

Dr Yusof (sekarang Datuk) pernah berminat dengan SEDAYA (persatuan kedayan bumiputra sabah yang kini sudah berkubur) sebelum beliau menjadi Wakil Rakyat  pada tahun 1990.

En Sapawi Ahmad (sekarang pun Datuk) merupakan Timbalan Presiden [Penaja] KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah sekarang) juga sebelum jadi wakil rakyat.

Jadi dua persoalan yang timbul di sini

a) Adakah mereka menggunakan Persatuan persatuan Kedayan untuk mencapai tujuan politik mereka?

b) Adakah mereka naik di dalam arena politik kerana kedayan atau KEDAYAN?

Saya inda tahu jawapan yang pasti bagi soalan pertama. 

Tapi untuk soalan kedua jawapannya  ialah ya dan tidak.

Tetapi Perkara ini tidak pun pernah menjadi persoalan sebelum ini. Kenapa? Kerana memang KEDAYAN bukan satu persatuan yang aktif.  Kerana orang Kedayan memang liat untuk mengaktifkan persatuan mereka.

Sdr Whyme harus ingat

Jauh lebih senang untuk bergiat di dalam politik (terutama politik menyokong kerajaan) berbanding dengan melibatkan diri di dalam persatuan. Peruntukan ada, orang ada, penyokong sudah sedia, jentera parti juga ada. Yang penting bagi ahli politik ialah mencuba untuk mendapatkan tempat supaya dipilih menjadi calon di dalam pilihanraya.

Tapi kami, bergerak dari zero. Nil. Menggunakan wang sendiri, memujuk orang supaya menjadi ahli. Mengorbankan hari cuti, weekend untuk mengumpul ahli. Pencapaian kami yang tidak seberapa pula selalu dijadikan alasan oleh orang orang seperti saudara untuk mengatakan persatuan tidak berfaedah bla bla bla...

Soalnya semasa AGM lepas, orang politik yang hadir tidak mahu menerajui persatuan ini.

“Teknokrat” yang disebut sebut, yang handal kami jemput inda datang pulang, kecuali beberapa orang yang sudi menghantar surat menyatakan mereka ada komitmen lain.

Mun kamu takut persatuan dijadikan alat politik, ngapa jua inda jadi ahli, batanding jadi presiden?

Last sekali,

Cukuplah tu. Mun inda pandai manaii, dausah dipadahakan lantai tinggi andah. 10 tahun sudah ku tuut tuutan aah pasatuan ni. Samangat nganya yang tinggal. Kala kala tinggi, kala kala andah. Mun kamu kan tuut tuut, mun inda, banyak lagi jalama yang kan tuut.

Atu tah sababnya kami ubah sasaran ka kampung. Baik pulang bacaita jan oang kampung, tuut ngail, tuut baraya...


 KOL

 END

Sunday, February 25, 2001

Pantun Pantun KEDAYAN

25 Feb, Kota Kinabalu; KOL menerima segugus pantun yang bertali dari pembaca yang bersifat hiburan ;dan menarik dari para ahli KOL-Group


Pantun Jenaka dari KOL

kulibambang ancat ancat nyiiuk bunga
baii angsung angsung sakit gigi
ku tantang ku tiling macam singa
upanya basung anyam nda jadi
~Arimi

Pusing² sikulimmambang di tepi sungai
luan labih pusing tergugur ke aing,
bukannya basung anyam inda jadi,
tapi singa inda dapat nyambung.
~Anizan

sudah tia angsung ansung
kulibambang sakit paut
apa gaya singa kan nyambung
gigi umpang inkungnya kuntut
~Arimi

Sdr Aaron turut menyumbangkan serangkap pantun yang berseni

Pasang aing tanjung simasta,
Pasangnya inda batanah lagi,
Ku kanang adik jauh di mata,
Makan ku indah bakanyang lagi
~Aaron

KOL

End

Sunday, February 18, 2001

Pendapat Para Pembaca Mengenai Isu Kedayan Vs KADAYAN

18 Feb, Kota Kinabalu; Ini merupakan pendapat asal yang mengundang perbincangan hangat ahli KOL-Group.

"Saya telah terselak sebuah kamus Melayu - English keluaran Minerva Publication Susunan Rasidin Ghani dan tertulis perkataan Kedayan yang telah diertikan dalam Bahasa English sebagai Servant, Slave  Jadi ingin juga mendapat pandangan apakah ejaan yang paling tepat  Kedayan atau Kadayan . Jika Kedayan yang dimaksudkan dalam kamus tersebut begitu maknanya inda baapa baik bunyinya. Bila dilihat dari segi sebutan juga misalnya Besar jadi Basaa.  Jadi harus ada sedikit pembetulan dalam ejaan nama bangsa kita, biaa tia kadayan bana bunyinya. Zulkiflee A."

Isu ini bukanlah isu baru, sebaliknya telah mula dibincangkan pada 12 Dis 1990 pada persidangan terakhir SEDAYA [Persatuan Kedayan Sabah yang pertama} sebelum ianya dibatalkan. KOL juga telah mengeluarkan pendiriannya pada isu lepas. Namun ada baiknya kita meneliti pendapat beberapa ahli Forum untuk pertimbangan kita yang lebih baik.


Surat Pertama; Sdr Mangkutut

Khas untuk saudara zullkiflie menganai ejaan kedayan atau kadayan yang membawa maksud "servant atau slave". "Saudara' adakah saudara merasa malu hanya kerana maksud kedayan yang kurang menyenangkan bagi saudara? Bagi saya, biar apapun maksud yang tertera  kita tetap bangsa kedayan yang memakai ejaan KEDAYAN,kerana dari dulu hingga sekarang didalam surat beranak dan surat -surat peribadi asal sehaja meminta kita menulis bangsa , kita tetap menulis ejaan KEDAYAN bukannya KADAYAN. saya cukup bersetuju dengan pendapat saudara Foudzay.A menganai ejaan kedayan tersabut, apa yang ada pada nama(maksud) yang penting kebolehan kita dan kepintaran kita sebagai bangsa kedayan yang tulin.


 Surat Kedua; Sdr Arimi


Dinasti Mamluk di Afrika juga keturunan hamba dan berkuasa di afrika sehingga lebih seabad .

Spartacus-seorang hamba mengetuai pemberontakan yang terbesar di dalam sejarah yunani .

Maharaja Cina terakhir, suatu empayar terbesar dunia dan terlama- Pu yi mati sebagai bekas banduan dan buruh paksa pada tahun 1967 Czar Rusia terakhir-juga merupakan empayar terbesar, mati ditembak bersama keluarganya pada tahun 1917. Ada sumber menyatakan dua anak perempuannya dirogol sebelum hukuman dilaksanakan

Pengajarannya,Moralnya?

Kita boleh jadi apa yang kita mahu.

Orang yang dianggap mulia kerana darjatnya boleh menjadi hina.

Di dalam alquran menyebut- orang yang mulia di sisi Tuhan ialah mereka yang bertaqwa... bukan kerana ia berbangsa berunai, orang putih, cina atau kedayan.

Terakhir---, Tiada bukti kedayan adalah hamba.


Surat Ketiga; Sdr Arkin

Aslm.,

Aku tetap sokong penuh pendapat PK amirul (sebenarnya sdr Zulkiflie - KOL ) sulaiman supaya Kedayan diubah kepada KADAYAN. Indaada Kadayan ambit-ambit sipitang yang nyabut bunyi "Kedayan" bila batutuan.....kecuali mangkali kadayan "culop" as far as i know!

By the way bahasa Kadayan dari daerah mana kian yang diiktraf "Original" Kadayan. Mun Kadayan Papar alum pakah basia mahaati sepenuhnya bahasa Kadayan ambit-ambit Sipitang. Aku sendiri pun mengakui banyak inda faham bahasa yang dalam-dalam! Tapi mun uja uang Ulu Sipitang "CUCUUR" tu tahu jua ku maknanya walaupun istilah Kadayan Kg Pantai ada lain dikit. 

Jadi Kadayan daie Labuan, Brunei dan Sarawak ini macam mana?? Kalau diaorang ini keMelayu-melayuan tentulah diaorang lebeh selesa nyabut Kedayan instead of Kadayan. Aku setujulah pendapat PK amirul s. biarlah sabutan nama bangsa menunjukkan style perbualan original Kadayan.

Mengenai erti dalam kamus itu sebagai "Slave etc." saya tidak peduli; itu pengertian dalam bahasa diaorang! Bahasa2 lain-lainpun mungkin ada terdapat dalam bahasa Kadayan yang inda baapa lemak manis pengertianya.

Pendaftaran2 yang sudah-sudah itu tidak perlu ubah tapi pendaftaran baru harus "Kadayan" dan minta pengiktrafan dari pihak berkenaan dan cetat satu sejarah. Kalau kita mahu pembaharuan kita mesti menerima perubahan. If you don't change you are going to be changed! Be proud of being Kadayan tapi bukan Kadayan diMelayu-Melayukan. Itulah keunikan bangsa Kadayan......begitulah philosampah aku daie pulau hutan.

Sekian.


Surat Keempat; Zimi Haji

bah yang mula kan mku bincangkan ialah tentang ejaan kedayan atau kadayan.Bagiku yang banaa..yang paling luus.macam ani sajatah macam mana ejaan dan bunyi KAYANGAN macam matulah yang paling luus disabut & dibunyikan..

Yang kedua tentang putri menchanai,bukannyaku mambantah pendapat amirul (sebenarnya Sdr Aaron-Editor)tapi ganya inda ku sokong pandapatnya atu. Inda salahku kadayan anie bukan pengiring menchanai apa sababnya ialah kaana menchanai atu asalnya dai laut yaknie s.bolkiah manjumpa ia di tangah laut.

Macam caanya indakutahu yang ku tahu ganya menchanai atu terapung dilaut & ada yang baapandapat ia adalah tipu muslihat kaana baunai kan manyaang kajaan doaang.pasal kedayan dai jawa atu inda ku bantah tapi balum 100% support yangku tahu kadayan anie asalnya nya jelama tuha2 dai kajaan majapahit yaknie pahlawan,hulubalang.

yang ketiga,pasal kadayan atu kasabah& sarawak kaana batanie indaku tahu tapi bagiku kadayan ka sabah & sarawak adalah kaana dipaintahkan yaknie kaana ditugaskan mamusnahkan lanun & pamboantakkan.banyak plang caita sal kadayan.tapi anie ganya dululah.

ada pada zaman dahulu,ada dua jelama kadayan yang digalaa orangkaya.mereka anie terkenal dibaunai.Ada satu masa jelama eropah kan menyaang baunai .s.baunai mangantaa salah sorang(nama dua pahlawan ku lupadah). udah sampai disungai baunai liatnya banayk hantap kapal parang dorang.tapi inda jadi manyaang. apa sebabnya inda jadinah.......apa inda munsungai baunai atu jadi baku oleh jelama kadayan anie namanya udah lupa(orang kaya.....)di tauhnya tangan atau jaainya kasungai jadi baku salajuu.bukankah bailmunya jelama kadayan anie......

HIDUP KADAYAN !!!!!!!!!!HIDUP ILMU KADAYAN!!!!!

=====
JELAMA KADAYAN BAUNAI


Ralat Editor-
1. Ada satu lagi email dr Sdr Foudzay yang saya tidak jumpa. Maaf, saya akan paparkan pada isu akan datang.

2.Emel di atas tu balum dapat diedit dengan baik. Insyaallah, Penerbitan Buku Kompilasi Tahunan KOL akan diusahakan nanti. Kepada anda, teruskan menyumbang

KOL

END

Thursday, January 18, 2001

Ejaan Kedayan, satu pandangan Peribadi

Asalamualaikum, 

Sejak kita berbincang di KOL dari bulan Julai tahun lepas banyak variasi ejaan Kedayan timbul di KOL. Saya tidak nampak sesuatu yang tidak sihat mengenai perkara ini. Juga saya tidak nampak keperluan yang amat segera mengenai penyatuan ejaan yang pelbagai sifatnya ini. Juga mengenai keperluan supay ahli linguistik, ahli fikir atau cendikiawan turun padang  untuk menzahirkan sistem ejaan KEDAYAN yang  lengkap buat masa sekarang.

Ini kerana beberapa sebab:

1) Belum ada sumber kewangan untuk membiayai projek ini

2) Kegunaannya amat terhad

Buat masa ini hanya KOL yang mewujudkan ruangan berbahasa Kedayan. Kita cuba meluaskannya di Habaa KEDAYAN, dan komen para pembaca ialah susah untuk dibaca. 

3) Tulisan Kedayan belum mempunyai nilai komersial. 

Masalah yang sama dihadapi oleh tulisan Jawi. Sistem ejaannya lengkap. Fonetik melayunya lebih baik dari sistem rumi, tetapi tulisan itu sendiri pun berada diambang kepupusan kerana tiada pengguna.

Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk membaiki keadaan ini?

Pendapat saya, Kita perlu bermula dengan asas yang kita ada. Saya ingat kita patut mencontohi sistem ejaan Banjar, kerana mereka lebih terkedepan di dalam membina sistem ejaan tidak rasmi mereka.

Kali ini saya ingin bermula dengan perkara paling mudah. Berapa huruf vokal (vowel) kita?

Saya berpendapat kita mempunyai 3 bunyi sahaja.

bunyi berkenaan ialah a,i,u.

Kecuali setelah dipengaruhi dengan kuatnya oleh bahasa melayu di mana kita menjalani persekolahan, vokal o dan e, sama ada e pepet atau e' taling hampir tidak wujud di dalam perbendaraan kata kedayan.

Contohnya,

Besar = basaa

Otak= utak

Kota = kuta

Vokal o cuma wujud sebagai gandingan kepada konsonan r

Contohnya,

telur= taloo di mana o berfungsi sebagai konsonan gantian.

Jadi vokal kedayan cuma separuh berbanding dengan 6 pada sistem ejaan melayu (a, e, e', i, o, u ). Ini kerana e taling (e') dijadikan mangsa semasa berlaku penyatuan sistem ejaan Melayu - Indonesia pada 1972 (74?) dahulu. Saya ingat ini adalah satu advantage bagi orang kita, kerana kita tidak perlu keliru seperti bila kita membaca perkataan melayu bertulisan rumi, misalnya

emak (e'mak) bunyinya tidak sama dengan enak, tetapi dieja sama sahaja.

Bagaimana dengan huruf lain?

Konsonan melayu yang nyata ditinggalkan oleh kedayan ialah r.

Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, ia akan berbunyi

r=aa 
besar=basaa           

r=ii
pandir=pandii

r=oo atau r=uu
telur=taluu  obor=oboo

r=ing
air=aing

Huruf huruf lain Kedayan ialah

b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w dan y.

Oleh itu, ejaan kedayan akan menjadi lengkap dengan 18 huruf. Kecualilah kita mengikut dasar yang sama dengan sistem ejaan melayu di mana mereka menetapkan supaya semua perkataan yang dipinjam perlu sedapat dapatnya dikekalkan di bunyinya.

Minta pandangan yang lain mengenai hal ini.

ARIMI SIDEK

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Saturday, December 30, 2000

Malam Mesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam

30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.

Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, December 22, 2000

Kedayan boleh?

Pengalaman selama Lima bulan bersama AJK KEDAYAN 2000
Arimi Sidek

Ramai rakan rakan intelek saya suka berdiskusi secara provokatif dan sinis bila menyentuh KEDAYAN. Ada satu soalan yang paling , paling ringkas merupakan favorite mereka dalam setiap diskusi. Soalan berkenaan ialah

Sehingga kini  apakah rupa KEDAYAN secara deskriptif?

Soalan ini ringkas, tetapi ia mengundang kebijaksanaan untuk dikupas secara jitu.

Selaku Setiausaha Penerangan saya perlu menonjolkan imej yang terbaik untuk persatuan saya. Setahu saya pula rupa kedayan bermula dari 22 Julai 2000 dengan AGMnya yang pertama. Dalam masa yang sama  saya selalu teringat seruan Sdr Presiden pada Mesyuarat AJK Pusat  pertama bahawa budaya pengurusan telus perlu diamalkan.

Agak malang bagi saya berbanding dengan AJK lain kerana saya perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat daripada mereka. Pertama, sama seperti AJK lain, saya perlu menggerakkan Biro yang baru sahaja diwujudkan. Semua kerja biro perlu saya lakukan sendiri sebaik mungkin. Yang amat penting, sehingga kini perbelanjaan kerja persatuan adalah saya tanggung sendiri. Kedua kerana presiden kebetulan adalah abang saya yang sulung. Biasanya orang lebih cenderung melihat saya berada di dalam KEDAYAN kerana abang saya, bukan kerana kebolehan saya sendiri. Dilema begini juga dialami oleh Dr Jeffery G Kitingan, Anak anak Datuk Seri Dr Mahathir, Anak Lee Kuan Yew dan ramai lagi.

Berbalik kepada persoalan tadi, biasanya saya cuba menerangkan secara begini:

Rupa KEDAYAN yang saya kenali terbahagi kepada 5 muka:

1. Muka Penuh- Semua AJK bersetuju KEDAYAN perlu mendapatkan sumber kewangan. Tanggungjawab berat menunggu Sdr Abd Rahman!

2. Muka Utama- Majoriti AJK pusat ingin melihat KEDAYAN menjadi badan yang bebas, kontemporari dan pro aktif.

3. Muka Besar- AJK juga berpendapat disamping perkara di atas, KEDAYAN perlu menumpukan kepada hal hal pembangunan ekonomi.

4. Muka Kecil- Sebilangan AJK berpendapat KEDAYAN harus menguatkan kedudukan ahli ahli politik Kedayan yang ada, harus menyokong  dan mendampingi mereka.

5. Muka Corot- KEDAYAN seharusnya menumpukan perkara asas terlebih dahulu untuk menguatkan foundationnya. Ini bermaksud, ambil ahli, pungut yuran, kemaskan pentadbiran, cekapkan komunikasi dan gerakkan biro masing masing. 

Jika anda tertanya tanya, saya akui saya berada di dalam muka 5!

Arimi Sidek

Setiausaha Penerangan KEDAYAN

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Thursday, November 23, 2000

Kedayan: Majapahit Atau Borneo?

Pada edisi lepas saya cuba mengaitkan antara orang Kedayan dengan Kutai dan Banjar di Kalimantan. Kali ini saya ingin menyambung tulisan saya dengan memberi perhatian kepada perkembangan antara apa yang berlaku di Tanah Jawa dengan Kalimantan. Selama ini kita terlalu terikat dengan sempadan politik, iaitu terhad kepada Brunei apabila membincangkan soal Kedayan. Sila lihat beberapa fakta berikut:

Tahun 100 M

Sejumlah besar peziarah Cina berlayar ke India melalui selat Melaka. Dalam perjalanannya, banyak yang berhenti dan menyinggahkan diri di Nusantara guna mempelajari lebih tentang Budhisme.

Pada tahun 144 M. seorang maharesi Budha Cina, Fa Hsien, kandas dalam badai dan mendarat di Java-Dwipa, atau pulau Jawa, di mana bermukim selama lima bulan. Bagian utara pulau tersebut diperintahi seorang Raja bernama Kudungga. Beliau memcatatkan kewujudan kerajaan "Dvipantara" atau"Jawa Dwipa" dilaporkan di pulau Jawa dan Sumatra. 

Putera Aji Saka memperkenalkan sistem tulisan ke Tanah Jawa berdasarkan skrip tulisan India Selatan. Selain itu bahasa Sanskrit adalah nadi kepada kerajaan kerajaan berkenaan, seperti mana Inggeris pada masa kini.

*Kutai, di pulau Kalimantan, berturut-turut dikuasai raja Devawarman, Aswawarman dan Mulawarman.

Tahun 985M

*Dharmavamsa menjadi raja Mataram. Baginda menakluk  Bali juga membuka satu penempatan di Kalimantan Barat.

Dharmavamsa juga dikenang sebagai orang yang bertanggungjawab memerintahkan supaya kitab Mahabharata diterjemahkan kedalam bahasa Jawa.

Tahun 990M

Dharmavamsa dan Mataram menghantar bala tentera ke seberang laut untuk menyerang Srivijaya dan Palembang, tetapi gagal.

Di pulau Jawa bagian barat terdiri kerajaan Tarumanagara, Kanoman, Galuh, Kuningan, Sunda Nykrawati dan Pajajaran, yang terakhir dibina Sri Baginda Maharaja Purana. Kerajaan Pajajaran alhasil berjaya jadikan diri kekuasaan tunggal Sunda* Priangan yang berdiri tegap mandiri dalam menghadapi kerajaan sejiran dari arah Timur yang kian ingin melanggarnya.

Kaisar Mongol, Kublai Khan berupaya serbu tanah Jawa, akan tetapi pasukan tentaranya lama-kelamaan ditidakkan hasil permainan intrik cerdik Raden Wijaya yang lantas mendirikan Negara Majapahit.

Kerajaan ini berkembang menjadi empayar yang amat besar. Kerajaan Sriwijaya di Sumatra Selatan dibinasakan olehnya. Semasa tarikh Majapahit ini sejumlah besar karya kepujanggaan dihasilkan, salah satu di antaranya yakni "Negara Kertagama" oleh pengarang ternama Prapanca (1335-1380 M.).

Pelbagai bab kitab ini menggambarkan perikatan diplomatis dan ekonomis antar Majapahit dan sebagian banyak negeri Asia Tenggara terlingkup Myanmar, Thailand, Tonkin, Annam, Kamboja dan juga India. Hasil karya lainnya bahasa Kawi, ragam kesusastraan Jawa kuno adalah "Pararaton", ‘Arjuna Wiwaha", ‘Ramayana" dan "Sarasa Muschaya". Ciptaan itu kemudian ditranslasi ke dalam bahasa Eropa modern demi tujuan pendidikan.

Tamatan abad ke-13, Kekaisaran Sriwijaya mulai runtuh sebagai akibat pemisahan negara pengibah upeti dan penyerbuan massal diselenggarakan Kerajaan India Selatan Cola dan Kerajaan Majapahit. Akhirnya, Sriwijaya saksama ditaklukkan armada laut pembajak Cina yang pada gilirannya meneyerah seusai penyinggahan sementara, kepada Majapahit dengan dukungan Raja Aditiawarman dari Kerajaan Melayu.

1280

*Sekumpulan penduduk dari Kediri , Tanah Jawa tidak senang dengan pemerintahan Kertanegara di Majapahit dan telah berpindah di kawasan Kutai di Kalimantan.

1297

Pasai di Sumatra telah memeluk Islam. Sultan Malek Saleh merupakan pemerintah Islam pertama di Nusantara.

1387

Empu Jamatka telah membuka Banjarmasin.

1389

Hayam Wuruk meninggal dunia dan membawa kemunduran  Majapahit.

Pada zaman ini Kerajaan Pajajaran sentiasa mencabar kekuasaan dipertuan Majapahit.  Raja Hayam Wuruk memaksa agar seorang putri Pajajaran diserahkan kepadanya untuk dikahwini sebagai alasan ke arah penggabungan negara itu dengan Majapahit. Penolakan ini membuatkan Patih Gajah Mada menyerang di dalam satu gerakan balas dari Majapahit pada abad ke 14. Sejumlah besar pahlawan terkemuka Sunda gugur di medan perang. Namun gerakan Majapahit berkenaan berjaya disekat.

1402

Melaka dibuka oleh Parameswara, seorang putera yang memberontak dari Palembang.

1520

Banjar di Kalimantan telah memeluk Islam.

1565

*Kutai di Kalimantan telah memeluk Islam

1595

Suriansyah telah menjadikan Banjar di Kalimantan sebagai sebuah kesultanan (kemudiannya dikenali sebagai Banjarmasin).

1602

VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) memulakan perdagangan di Banjarmasin.

1622

*Angkatan laut Mataram telah mengalahkan Sukadana (sekutu Surabaya di Kalimantan Barat), dan memusnahkan kota berkenaan.

1635

*VOC menandatangani perjanjian dengan Kutai  di Kalimantan

1668

Arung Palakka kemabli ke Bone. Ini kemudiannya menimbulkan pemberontakan meluas kepada Sultan  Gowa. Ekspedisi Speelman kemudian menewaskan  Gowa.

November 18 Perjanjian Bungaya: Gowa diserahkan ke bawah penguasaan VOC dan Sultan Hasanuddin tidak berkuasa apa apa diluar kota Makassar.

Sehubungan itu serombongan orang orang Bugis meninggalkan Sulawesi dan menubuhkan kerajaan Samarinda di Kalimantan dengan kebenaran kesultanan Kutai.

Rampai almanak Indonesia (Wikipedia) 

ARIMI SIDEK

END

Saturday, November 11, 2000

Asal Usul Kedayan: MAJAPAHIT ATAU BORNEO?

Tertarik dengan perbincangan Sdr Biik Biik dengan Sdr Aaron, di sini saya juga ingin mengongsi pendapat peribadi saya dengan saudara. Memang terdapat ramai pengkaji sejarah, sama ada dari Barat, terutamanya Prof. Collin dan Prof. Maxwell melihat kemungkinan yang amat besar orang Kedayan berasal dari Jawa atau Sumatera, bergantung kepada sumber masing masing. 

Disamping itu, sebab mereka datang ke Borneo juga adalah pelbagai samada kerana mengiringi perkahwinian hinggalah kerana kalah didalam pertandingan sabung ayam. Tetapi semua setuju bahawa Kedayan lahir sebagai bangsa kerana  fungsi mereka sebagai pahlawan.

Walaupun saya tidak begiru mahir di dalam penulisan sejarah, saya ingin menarik perhatian saudara saudara mengenai beberapa fakta semasa yang ada di Borneo sendiri.

Pertama, mengenai bangsa kita, Kedayan itu sendiri. Sila maklum bahawa  terdapat beberapa bangsa lain yang amat mirip dengan kedayan dari segi nama di Borneo ini.

1. Orang Kedayan - Mereka ini dikenali juga sebagai KEDAYAN (ejaan yang paling popular),KADAIAN, KADAYAN, KADIAN, KADIEN, KADYAN, KARAYAN, KEDYAN,  KEDIEN dan KERAYAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayan, Local Malay. Pertuturan mereka pula adalah 73% to 84% persamaan dengan melayu baku.

2. Orang Kahayan - Mereka juga dikenali sebagai KAHAIAN dan KAHAJAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Barito, Barat dan Selatan dan berkaitan dengan bahasa Ngaju, Katingan, and Bakumpai. 

3. Orang Kembayan - Mereka tinggal bersempadan dengan Sarawak /Indonesia di sekitar Balaikarangan, Kembayan dan Sungai Landak River. Mereka adalah tergolong kedalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Borneo, Land Dayak. 

4. Orang Kendayan - Mereka juga dikenali sebagai orang BAICIT, KENDAYAN-AMBAWANG dan Dayak KENDAYAN DAYAK serta tinggal di Kalimantan Barat, Tenggara Bengkayang di Kawasan Ledo sehingga ke kawasan hutan  Madi and Papan. Bangsa mereka adalah tergolong ke dalam bangsa Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayic-Dayak. 

Tiada siapa, termasuk saya sendiri yang mengaku bahawa keempat empat bangsa ini adalah sama, tetapi persoalannya, kenapa nama keempat empat bangsa berkenaan begitu hampir diantara satu sama lain?

Keduanya dari segi bahasa. Kaitan yang amat rapat antara beberapa bangsa lain secara khusus. Kita tahu dari kajian, bahasa kedayan adalah begitu hampir, sehingga 84% mendekati bahasa melayu baku.Pakar bahasa, Prof Nik Safiah Karim pernah menyebut "...bahasa kedayan lebih senang difahami berbanding dengan bahasa melayu kelantan" (sudah tentu!). 

Tetapi amat menghairankan bahawa bahasa kedayan diguna secara meluas di Indonesia terutamanya di daerah Kutai. anak Kedayan yang pernah berkunjung ke sana mengatakan bahasa mereka adalah  100% menyamai bahasa yang kita tuturkan di Malaysia.

Di sana, mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai kedayan malah mereka tidak tahu yang di dunia sebelah sini saudara mereka adalah dikenali sebagai kedayan. Bagi mereka, mereka hanyalah orang melayu yang miskin, dan merupakan saki baki suatu kerajaan yang besar di masa lalu. pecahan mereka adalah seperti berikut

Orang Berau

Mereka juga dikenali sebagai orang Berau, Orang Merau. Pada tahun 1981 jumlah mereka dianggarkan 20,000 orang, tinggal di Kawasan pantai ke arah timur dari Tanjungreder dan muaralimau di utara, dan sipinang di selatan.

Orang Tenggarong

Mereka juga dikenali sebagai orang Kutai. Mereka dianggarkan berjumlah 210,000 orang pada tahun 1981.Pecahan petempatan mereka adalah seperti berikut 100,000 di Tenggarong, 60,000 di Ancalong, 50,000 di utara Kutai. Ini termasuklah kawasan sungai Mahakam , Kawasan dari Sipinang dan Tg. Mangkalihat diutara sehingga ke Muarabadak dan Samarinda di Selatan. 

Orang Melayu dari KOTA BANGUN KUTAI  

Mereka berjumlah kira kira 80,000. Mereka tinggal di kawasan tengah sungai Mahakam. Agak berbeza dari orang Tenggarong kerana orang tenggarong mengamalkan tiga dialek utama, tetapi agak dekat dengan orang utara kutai dan masih sama dengan orang kedayan.

Orang Bukit

Mereka juga dikenali sebagai orang melayu, orang meratus. Berjumlah 50,000 orang pada tahun 1981 dan tinggal di kawasan Timurlaut, Sungai Sampanahan dan Limbungan. Mereka kuat mengamalkan amalan kebatinan.

Sekarang timbul masalah baru; Orang Banjar!

Mengikut kajian pada tahun 1993, jumlah orang Banjar di seluruh Kalimantan berjumlah 3 juta orang, dan mereka pernah mempunyai kerajaan yang kuat, tetapi tertakluk di bawah kekuasaan Kutai sehingga kurun ke 19. Ahli antropologi sependapat bahawa; bahasa mereka dipengaruhi oleh bahasa Jawa dan mereka telah bertapak di Kalimantan selama 800 hingga 1000 tahun. Menurut mereka lagi, Orang Banjar terpisah terpisah dari Kedayan sekurang kurangnya sejak 400 tahun yang lepas.

Perkara ini perlu kajian yang jauh, yang lebih jauh dan amat berhati hati! 

Jika betul, sejarah bangsa Kedayan sebenarnya lebih lama dari Kerajaan Berunai itu sendiri. Harus diingat, Kerajaan Kutai adalah kerajaan yang pertama di Nusantara iaitu bertapak pada tahun 400 iaitu kurun pertama selepas masihi. Sedangkan, kerajaan Brunei hanya wujud seawal awalnya akhir kurun ke 14 sesudah masihi. Malah, Kutai lebih awal dari kewujudan Majapahit di Jawa.

Sehingga kurun ke ke 19 Kerajaan Banjar masih membayar ufti kepada kerajaan yang kuat ini. Persamaan bahasa dengan orang Jawa tidak bermaksud mereka datang dari Jawa, tetapi kerana saki baki tinggalan bahasa kerajaan Kutai Tua yang mengamalkan agama Hindu dan berbahasa Sanskrit! 

Di Sini saya mengirimkan satu artikel mengenai kerajaan Kutai untuk pihak anda siarkan jika berkenaan.

KEDAYAN BAANG LUBUK BAANG ANTAU

ARIMI SIDEK

SU Penerangan KEDAYAN

END

Tuesday, November 7, 2000

Habaa KEDAYAN SUDAH TERBIT!

07 November 2000, Kota Kinabalu; Isu sulung Habaa KEDAYAN yang dilaporkan oleh KOL di dalam edisi lepas telah terbit. Perkara ini amat membanggakan kerana tidak ramai orang kita percara yang Biro Penerangan KEDAYAN di bawah pimpinan Sdr Arimi boleh melakukannya di dalam masa yang singkat. 

KOL telah menerima preview edition ini, dan mendapati berita yang diterbitkan adalah bermutu dan mengandungi pelbagai artikel yang menarik. Terdahulu dari itu, atas semangat setiakawan, KOL dan pengendali laman Engkek membenarkan Habaa KEDAYAN menyiarkan beberapa artikel untuk tatapan masyarakat yang lebih luas.

Harga langganan RM24 setahun. Sila hubungi Sdr Arimi melalui emel suinfo@kedayan.every1.net, kedayan@sabah.org.my atau no tel 088-496590 untuk keterangan lanjut.

Anda juga boleh mendapatkan isu preview ini secara percuma  dengan menghantar alamat pos anda kepada KOL melalui emel webmaster@kedayan.every1.net atau kenshiroe@yahoo.com.

Sokong kewujudan Habaa KEDAYAN!

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, October 27, 2000

Projek Mbuat Suat habaa Kedayan jan Kedayan FaxNet!

27 Oktober 2000, Kota Kinabalu.  Masyarakat Kedayan makin aktif kan maju akan anak bangsa sandii. Lapas Projek Engkek yang bahau saja kana lancaa, Projek mbuat suat habaa pulang mbubut. Antah banaa kah inda pandai sangal basia ni. Tapi suko jua lah. Habaa nya projek ani sadang diusahakan oleh KEDAYAN di bawah Biro Penerangan KEDAYAN.

Setiausahanya  Sdr Arimi Sidek bapadah yang suathaba ni konsepnya labih kuang macam newsletter ba saiz A4 inda labih lima lambaa (10 muha) sakali kaluaa.. Ia di kiim akan aah siapa siapa yang ngodaa inda bajual aah kadai. Maah liau atu sakali Sipalui batanya baapa untungnya! Uja Sdr Arimi, haaganya pulang inda mgambie untung, tapi cukup kan kos ngaluaa akan usin mbuat nganya.

Kia an haaganya kuang labih macam ani

Haaga Kaatas            RM0.05 X 5 lambaa  = RM0.25

Haaga Muha dapan   RM0.20 X1 lambaa   = RM0.20

Potostet                      RM0.10 X 10 muha   = RM1.00

Setem                         RM0.30 X sabuting    = RM0.30

Kaatas pambungkus  RM0.05 X 1 lambaa   = RM0.05

Minyak kaita ku       kia tah                          =  RM0.20

Haaga News letter sakali isu                      =  RM2.00

Kia mun kamu ngodaa satahun RM24. 

Uja Sdr Arimi lagi, Ia kan ngaluaa akan newsletter ni untuk tempoh satahun, 12 kali kaluaa lihat apa upa nya sambutan kamu. Dalam timpoh satahun ani, masipun sawang nganya yang ngodaa kakal jua dikalua akannya. (Engkek- atu tah samangat kedayan tuh!)

Mun kamu kan muah lagi dapat jua join Kedayan Newsletter Fax Network (Nama glemaa nya Kedayan FaxNet) . Ani pasal Kaatas fax kamu umpun sandii, jadi haaga sakali antat basia cas RM1 saja mun dalam Malaysia. Luaa Naagi lain haaga la.

Jadi oang Kedayan samuha yang ada dalam dunia ani, mai tah kita tolong mahidup akan Kedayan Newsletter ani. Ada Pilihan RM24 untuk setahun bagi newsletter pakai pos, RM1 satahun mun pakai fax. Odaa tia, Tulis suat padahkan dama, alamat, no telefon LAPAS TU antat cek , bank draf, money oder sama ada RM24 atau RM12 ( ani jaan lupa no fax, inda ulah ngantat tu mun inda ada) aah: 

Arimi Sidek
P.O.Box 218
88856 Likas

Atau

Emel tia aah KEDAYAN di alamat emel: kedayan@sabah.org.my

Atau mun hantap payah, jumpai tia saja Sdr Arimi atu. Keluaran pertama dijangka pada bulan Disember 2000 ani.

ENGKEK & FRIENDs

END.

Wednesday, September 27, 2000

Globalisation vs localisation

27 Sep 2000, Kota kinabalu. Tajuk yang canggih. Globalisation (- melayunya globalisasi) merupakan retorik dan jargon yang amat popular yang meniti dari mulut ke mulut pada masa sekarang, yang digelar juga sebagai zaman IT. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan ini? Secara dasarnya ia bermaksud proses / usaha / fenomena yang menjadikan dunia seolah olah menjadi satu kampung yang kecil sahaja, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan penyebaran berita, kejadian, perniagaan dan sebagainya. Pelik? Tidak. Tidak jika perkara ini digandingkan dengan mitos Ledakan Informasi. Dunia Siber memungkinkan perkara ini digapai didalam masa masa yang mendatang. Perkembangan IT adalah sangat cepat, malah rupa bentuknya yang sebenar belum diketahuioleh sesiapa pun memandangkan era IT masih berada pada peringkat bayi.

Jadi globalisasi juga masih belum diketahui rupa sebenarnya pada masa ini. Oleh itu persoalan globalisasi adalah sangat umum dan luas. Tetapi unsur globalisasi sebenarnya telah terjadi dengan tidak sengaja seawal awalnya pada tahun 1930an dengan perluasan siaran radio. Pengenalan kepada peti television bermula 1964 juga mempercepatkan proses ini. Tidak hairanlah, buka saja mata, pasang TV kita akan mendengar apa yang terjadi di Kuala Lumpur , di Bandar Seri Begawan malah seluruh dunia. Inilah cebisan dunia tanpa sempadan!.

Tetapi di dalam arus globalisasi ini, pernahkah kita terfikir tentang localisation? maksudnya, apa yang berlaku dikampung sebenar kita, di daerah kita, di rumah sebelah, jiran; yang berada di sekeliling kita. Tidak usah pergi jauh, lihat rancangan TV di negara kita. Saban hari kita mendengar mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, sampai berita ahli bomba Kelang menyelamatkan anak kucing yang tersangkut di pokok pun kita boleh dapati di rancangan berita utama.

Bagaimana dengan berita mengenai daerah Sindumin,Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Miri dan tempat tempat di mana kita sebenarnya berada? Mustahil kita tiada sebarang berita untuk dilaporkan. Tentu, kita boleh berhujah bahawa berita dari Sipitang misalnya tidak boleh disiarkan selalu kerana pejabat stesen TV kebanyakannya berada di Kuala Lumpur. Tetapi kita harus ingat globalisasi ialah satu bentuk perhubungan dua hala. Sekiranya kita dihidangkan dengan berita dari luar setiap hari, maka logiknya, orang luar juga perlu hidangan dari kita.

Membuka stesen TV untuk Sipitang atau Beaufort adalah tidak mungkin di dalam masa yang terdekat ini. Tetapi era IT menyediakan platform yang lebih mudah untuk kita iaitu melalui penyediaan website yang bersesuaian.

Nuba di Sungai Mengalong? Jambatan Sipitang?. Tajuk berita berkenaan agak pelik bunyinya. Pelik kerana kita selalu disogokkan dengan masalah nelayan di perairan Malaysia-Thailand dan Jambatan Pulau Pinang. Asing bunyinya sehingga menimbulkan kontraversi, tetapi di dalam masa yang sama ia amat menarik. Ia hanya boleh didapati di KOL dan usaha ini patut diteruskan. Globalisasi yang keterlaluan selama ini membuatkan kita merasa asing dengan persekitaran kita sendiri. KOL kadangkala amat mengejutkan dan membuat kita sedar bahawa Sipitang dan daerah daerah lokal masih wujud didunia kita. Akhir kata, Globalisasi  sewajarnya tidak mengabaikan lokaliti di mana kita berada.

END

ARIMI SIDEK


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, September 1, 2000

President: Biodata

Amde Sidik was born in Kg Pantai, Sipitang (46), of Kedayan and Lundayeh by origin. He is also known as Abbih, his kampung name. His early education started at Government Primary School of Kg Pantai.



He attended secondary school at Sekolah Menengah Sipitang now known SMK Pengiran Omar. He was one of the first batches of Fifth formers and of these, the only one who went to United Kingdom so far.

He attended his higher education at Aberdeen College of Commerce, Aberdeen Scotland, City University of London, University of Birmingham, University of Aston in Birmingham, University of Hull, University of Malaya and Australian National University, Australia.

He earned qualifications among them: Diploma in Communications, BA in Communication-Marketing, Postgraduate Diploma in Management-Local Government, Master of Science (MSc) in Management - Strategic Planning, LLB (Hons), Postgraduate Diploma in Legal Practice, Australian Capital Territory Bar and attended a certificate course, CLP.

Currently he a Deputy Group Manager for Health and Warfare Division of Yayasan Sabah.

His past positions among others were as Executive Assistant to the Director of Yayasan Sabah, Senior Legal Officer, senior Corporate Planning Officer, Information Officer with Permodalan Bumiputra Sabah, Newspaper reporter and Account Clerk.

He lectured part-time in Marketing at Kinabalu Commercial College, and in law at the University of Kebangsaan Malaysia.

He is the president of Persatuan Kedayan Sabah; he who revived the Persatuan after it was de-registered in 1993.

He is a member of Sabah Law Society, Sabah Journalism Association. He is an advisor to couple of NGOs on the environmental and pollution issues.

A member on Health Committee (advisory) for Sabah Women Council, A Chairman for Paralympik Fund Malaysia Sabah recently

He was the President of Sabah Students Union in the United Kingdom and Ireland in 1981. The 1st President of the Ex-UK Graduates and Professional Association of Sabah. He was a Patron for Sabah Harvest Festival Celebration in London in 1988.

He plays golf occasionally; he likes fishing and travelling as sport.

He is a columnist  (fortnightly) Sunday-Daily Express and he writes to other regional magazines including Asiaweek his articles sometimes excerpted and seen in other magazine like Aliran.

He is a keen photographer-‘trained’ in photojournalism.

Currently he is completing two self-assignments on:

- The Kedayan People

- The Origin of Labuan and Its People

He can be contacted at E-mail asidik@hotmail.com


Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Barisan Ahli Jawatan kuasa KEDAYAN PUSAT

Barisan AJK KEDAYAN PUSAT Sesi 2000-2002





















PRESIDEN

Amde Sidik

Bhg Kebajikan Yayasan Sabah, K.Kinabalu
088 246548, 246551.
Fax 088 246552,221248.
E-mail asidik@hotmail.com
Personal website: amde.cjb.net






TIMBALAN  PRESIDEN

Abd Rahman Mohd Noh

Pejabat UPKR, Sipitang
087 822900( O)





NAIB PRESIDEN 1

Munai Hj. Mamit

Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia, K.Kinabalu.
088 259672(O)





















NAIB PRESIDEN 2

Yassin Omar

Pejabat Kebudayaan Belia & Sukan, Sipitang.
087 821132 (0)





















SETIAUSAHA AGONG
Jaidin Tamin

Sykt Telekom Malaysia Berhad, Kepayan.
088 299660(O)





















BENDAHARI KEHORMAT

Tahir Muhsin

Bank Bumiputra-Commerce Berhad, K.Kinabalu.
088 269604/607(O)





















SETIAUSAHA PENERANGAN

Arimi Sidek

Ibu Pejabat Yayasan Usaha Maju, Likas
088 420351(0)
E-mail: imira@tm.net.my
Personal web site: arimisidek.tripod.com





















PEN. SETIAUSAHA AGONG

Jum Hj Abas

Jabatan Perikanan, Sipitang
088 428 425(0)





















PEN. BENDAHARI KEHORMAT

Hj Bagol Hj Bujang

Pejabat Daerah Beaufort, Beaufort.
087 202208 (O)




AHLI  JAWATANKUASA (7 Orang)




1. Kasa Saidi

Pejabat Pendidikan Daerah, Sipitang.
087 811455(O)



2. Matrudi Kahan

Pejabat UPKR, Sipitang
087 822900 (O)



3. Matkasim Aliyusof

Berniaga,Kg Ulu Sipitang
087 821234 (R)




4. Sablee Bagol

SMK Padang Berempah, Sipitang
087 801296(O)




5. Pasang Apsin

Pej UPKR Beaufort
087-211201(O)














6. Azainey Lamat

Berniaga, Kg Kinarut.
088 236478(O)
018 9898445 (h/p)















7.  Maun Mayassin

Lembaga Tabung Getah Sabah, Tamparuli.
088 782234, 788767(0)



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Cawangan-Cawangan Persatuan Kedayan Sabah

Sebelas cawangan cawangan dibawah merupakan cawangan yang berdaftar secara sah dengan ROS Sabah sehingga 24 Jun 2000.



Terdapat 12 cawangan lagi yang akan disahkan kemudian. Please click thumbnail photos to enlarge (klik gambaa damit tu supaya  jadi basaa)

katun1.jpg (49721 bytes)perjuangan...pengorbanan

1. KEDAYAN Cawangan Pekan Beaufort   

Cawangan_Pekan_Beaufort.jpg (6770 bytes)
Pengerusi Kedayan Pekan Beaufort jan Tuan  Presiden. KEDAYAN - anu presiden, ani tah haaga  panadol  mun  sa  kontena muah.

2.KEDAYAN Cawangan Maraba
taipas.jpg (11138 bytes) 
Ssiapa kahilangan taipas? lelong 2 juta
          
3. KEDAYAN Cawangan Inuman

4. KEDAYAN Cawangan Lingkungan

Kelihatan  ahli  ahli KEDAYAN  Kg.Lingkungan sedang beramah mesra dengan Tuan Presiden. Ntah apa yang dibualkanbasia ...siok nampak ...
KEDAYAN - Jaan  minta bantuan  usin aaa.

5. KEDAYAN Cawangan Lubuk Darat

Tuan Presiden naima borang penyertaan dari pemimpin KEDAYAN Cawangan Lubuk Darat. KEDAYAN - ani tah aku baahkan senarai pangundi hantu dai jamboanga. 
Uja Presiden... aku taimaaaa

6. KEDAYAN Cawangan Pekan Mesapol

7. KEDAYAN Cawangan Kg Marintaman 
Cawangan Kg Marintaman.JPG (49177 bytes)
Presiden, Setiausaha dan Pengerusi KEDAYAN Cawangan  Kg Marintaman.

8. KEDAYAN Cawangan Ulu Sipitang

9. KEDAYAN Cawangan Kg Banting     

Cawangan_Kg_Banting.jpg (12069 bytes)

Pengerusi Cawangan Kg Banting naima projek sajuta dai presiden

10. KEDAYAN Cawangan Pantai Lama

11.KEDAYAN Cawangan Tg Nipis

Pengerusi KEDAYAN Cawangan Kg Tg. Nipis, En. Che Mat menyerahkan borang penyertaan keahlian kepada Tuan Presiden. 
KEDAYAN - uja presiden ngapa sakaping nganya

12. KEDAYAN Cawangan Kg. Tali Air
En. Abu Bakar Hj Simpol, Pengerusi Cawangan KEDAYAN Kg Tali Air dan Tuan Presiden. KEDAYAN - En Abu sedang mengeraskan tangannya...uja Presiden: kamai dikit kamai dikit..ada lagi yang langui langui di siing tu.

katun2.jpg (48323 bytes)ani tah upa nya ai mula mula milih pamimpin...

13.KEDAYAN Cawangan Pekan Sindumin

14.KEDAYAN Cawangan Patarikan

Kg Patarikan.JPG (65842 bytes)
kamudian jua mbaca doa tu liau...sabisin suda kao bantai - sewaktu pembukaan KEDAYAN Cawangan Kg Patarikan

Kepada anda yang belum menjadi ahli dan belum menubuhkan cawangan KEDAYAN, Ayuh.... bila lagi jaan luan jauh mangupuo! - KEDAYAN 

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Logo Persatuan Kedayan Sabah (KEDAYAN)

Logo KEDAYAN terdiri dari Celapa, Dukut dan Gear dan masing masing membawa maksud tersendiri.



Celapa

Simbol keharmonian, ketenangan dan kebudayaan. Ia menyimpan empat benda yang berlainan iaitu pinang, kacip, sirih dan kapur.Di adap dengan fikiran tenang sebagai penyeri cerita. Lima enselnya menggambarkan lima Rukun Islam sebagai agama umat Kedayan.

Garisan berukir melambangkan Kedayan mempunyai keseniannya sendiri. Empat bulan sabit bertemu muka bermaksud Kedayan dari detiap penjuru bersatu dengan Islam sebagai landasan.

Dukut

Simbol penyatuan.  Di sini ianya simbol untuk memanggil orang orang Kedayan supaya bersatu dan bernaung di bawah KEDAYAN.

Gear

Berbentuk separuh dan digandingkan dengan celapa dan dukut melambangkan kemajuan orang Kedayan tanpa mengabaikan nilai nilai tradisi yang positif. Garisan hitam yang keras melambangkan ketegasan perjuangan

Warna:

Hitam Ketegasan, daya serap tanpa had kepada kemajuan.

Putih Kesucian, tiada dolak dalih dalam perjuangan

Hijau Kesuburan, kesegaran Kedayan dalam perjuangan.



Lihat juga:



Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Latarbelakang Persatuan Kedayan Sabah

KEDAYAN ditubuhkan pada tahun 1993, bagi menggantikan SEDAYA (nama persatuan Kedayan sebelumnya) yang telah dimansuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1991 tiga hari selepas mengadakan Perhimpunan Agungnya di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kemunculan KEDAYAN adalah merupakan usaha lanjutan sekumpulan anak-anak Kedayan yang prihatin dan bercita-cita besar untuk melihat orang Kedayan mempunyai persatuan, dan memainkan peranan didalam persatuan.

Struktur pengurusan KEDAYAN berbeza dari yang dahulu, selain dari mempunyai jawatankuasa induk ianya mempunyai cawangan. Tujuan utama kenapa organisasi ini diperkenalkan ialah untuk memperolehi pengelibatan yang lebih menyeluruh dari seluruh kawasan di mana masyarakat Kedayan berada. 

Tetapi setelah tujuh tahun adalah diamati bahawa carta organisasi sebegini membuatkan pengurusan KEDAYAN banyak mengalami kerumitan terutama bagi menguruskan pendaftaran persatuan secara keseluruhannya. Maju mundur persatuan seperti ini banyak  bergantung kepada penglibatan cawangan-cawangan. Terdapat juga segelintir cawangan yang telah lulus pendaftarannya tidak begitu ‘responsive’ untuk menggiat usahakan cawangan masing-masing.

Dalam keadaan begini AJK induk hanya  boleh memberi khidmat nasihat agar jangan sampai cawangan ini dimansuhkan oleh pendaftar pertubuhan.

Masyarakat Kedayan  menyambut baik kehadiran KEDAYAN, sambutan dari kebanyakan cawangan tidak kurang hebatnya dengan ‘ready’ wajit, punjung dan kalupis.

Walaupun dengan sumber yang serba kekurangan ahli-ahli Jawatan Kuasa KEDAYAN telah dapat melawat ke semua cawangan yang telah berdaftar dan memiliki  sijil.

Ketika ini sebanyak 22 cawangan ditubuhkan di daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. Banyak lagi permintaan dari kampung-kampung Kedayan yang belum sempat di tunaikan oleh AJK induk. Diharap dengan rasminya pembentukan KEDAYAN ini ianya  akan memberi ransangan yang berterusan kepada kita.

Mengikut kajian1 bangsa Kedayan tidak terserlah, sejarah mengenai Kedayan baik dari peringkat negeri apatah lagi negera memang tiada mengetengahkan bangsa Kedayan.

Namun demikian kewujudan Kedayan bermula dan seiring dengan kelahiran tamadun Brunei. Melihat kepada kehadiran Kerajaan Brunei yang telah berusia lebih dari 500 tahun, kesimpulan awal kita ialah bangsa Kedayan ini telah juga berusia sedemikian .- lihat artikel akan datang


Lihat juga:

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...