Showing posts with label Beaufort. Show all posts
Showing posts with label Beaufort. Show all posts

Tuesday, May 22, 2001

Maraba kampung Kedayan yang makmur

22 Mei, Beaufort - Kg Maraba, Kira Kira 12 KM dari Bandar Beaufort merupakan salah satu kampung Kedayan yang makmur kerana rncangan pembangunan kampung yang sesuai dan bertepatan dengan masanya.

Pada tahun 70an dahulu, kampung ini tidak berbeza dengan kampung Kedayan yang lain. Mundur, tiada bekalan elektrik, bekalan air dan dihubungkan dengan sebatang jalan tidak berturap ke Beaufort. Pada ketika itu kebanyakan penduduknya menoreh getah disamping mengusahakan tanaman padi.

Taraf hidup penduduk di sini mula berubah apabila mereka terlibat dengan kegiatan tanaman nanas pada awal tahun 80an. Kita akui bahawa program penanaman nanas berjaya dilaksanakan berbanding dengan penanaman Kopi, Koko dan kayu pulpa di Sipitang.

Ketika itu, Maraba adalah satu satunya kawasan di Pantai Barat Sabah yang mengusahakan tanaman ini secara berkesan. Selain dari mempunyai kawasaan yang luas dan sesuai untuk ditanami dengan nanas, penduduknya juga bersatu dan menubuhkan koperasi / persatuan mereka sendiri untuk menjaga turun naik harga nanas di pasaran, demikian dimaklumkan oleh Sdr Jaidin Tamin, anak jati Maraba yang juga Setiausaha Agung KEDAYAN PUSAT.

KOL mengucapkan syabas kepada mereka kerana usaha yang gigih dan bersungguh sungguh ini. Tetapi, apa yang paling penting sekarang pekebun nanas Maraba patut menjaga kuaaliti nanas mereka selain daripada peka terhadap perubahan citarasa pengguna yang sentiasa berubah ubah. Baka nanas harus sentiasa dipertingkatkan supaya mutu nanas Maraba sentiasa menjadi perhatian pengguna. Apatah lagi KOL difahamkan Maraba baakal menghadapi persaingan dari kawasan Lumaat di dalam pengeluaran nanas.

KOL

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Monday, March 19, 2001

Perjumpaan KEDAYAN Kg Inuman berlangsung dengan jayanya

19 Mac, Beaufort; KEDAYAN telah menganjurkan perjumaan dengan Cawangan Kg Inuman , kira kira 15 KM dari sini. 

Perjumpaan itu bertujuan untuk merasmikan cawangan berkenaan disamping menerima kemasukan kira kira 57 orang ahli baru KEDAYAN.



Menurut Sdr Presiden, sambutan penduduk kampung ini adalah diluar dugaan dan berharap KEDAYAN di cawangan ini boleh memulakan operasi dengan teratur , memandangkan banyak perkara perkara terutama kebajikan masyarakat di kampung ini masih memerlukan pembelaan sewajarnya dari pihak pihak yang berkenaan.

Kg Inuman fo r Yahoo group.JPG (73498 bytes)   

KOL

END

Sunday, February 25, 2001

KEDAYAN Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama AJK Pusat

25 Feb, Beaufort; KEDAYAN cawangan Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama presiden pada hari ini di lingkungan, kira kira 30 KM dari pekan Beaufort.

Di dalam majlis berkenaan, pengerusi penganjur, En Ag Basar Aman menyatakan harapan supaya KEDAYAN akan terus aktif dan berkembang menjadi organisasi yang disegani di dalam hal ehwal orang orang Kedayan.

Sdr Amde di dalam kenyataan balasnya menyatakan soal pembangunan KEDAYAN dan Kedayan adalah tenggungjawab bersama dan bukannya terletak di atas bahu AJK Pusat semata mata. Beliau melahirkan rasa terharu kepada kesungguhan penduduk kampung Lingkungan kerana telah berjaya mengumpulkan 150 permohonan di dalam satu hari, satu catatan sejarah di sepanjang penubuhan KEDAYAN.

Di majlis berkenaan beliau melancarkan Tabung Kebajikan KEDAYAN Kg Lingkungan.

KOL

End

Saturday, November 25, 2000

Beaufort dan Sipitang dilanda Banjir

25 Nov,Beaufort; Banjir kilat yang teruk telah menjejaskan lalulintas di lebuhraya Sipitang- Beaufort apabila kawasan jalanraya di Kg Bukau kira kira 14 KM dari pekan beaufort dinaiki air.


Sesetengah kawasan di beaufort telah ditenggelami sedalam 2 meter dan ini melibatkan beribu ribu ekar kawasan perkampungan dan pertanian . Fenomena ini disifatkan oleh anggota penyelamat daerah sebagai pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun, malah lebih dalam dari kesan ribut greg empat tahun lepas bagi setengah tempat.

Manakala di Sipitang pula, Setengah tempat di mesapol dan Sindumin, kedalaman juga dianggarkan melebihi 2 meter. Ramai penduduk mengadu bahaw rumah mereka yang bertiang di naiki air sehingga ke paras pinggang.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kematian dilaporkan dari kedua dua daerah berkenaan!

KOL

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...