Showing posts with label Amde Sidik. Show all posts
Showing posts with label Amde Sidik. Show all posts

Saturday, April 7, 2001

KEDAYAN berpolitik?

07 Apr,Kota Kinabalu: Persatuan Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai kumpulan dan  ahli-ahli politik tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum Kedayan.

Isu yang dikemukaan ialah mengenai pandangan  KEDAYAN adakah  terlibat dalam menentukan sesiapa yang akan menduduki AJK bahagian UMNO Sipitang untuk pemilihan tahun ini.

Presiden KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata:

“KEDAYAN tidak mengambil peranan apa-apa dalam parti politik bukan keutamaan persatuan, walaupun terdapat ada cawangan persatuan ini dipengerusikan oleh orang yang sama yang juga selaku pengerusi cawangan UMNO atau parti politik yang lain namun saya lihat selama ini mereka boleh memainkan peranan yang berlainan, seperti kepentingan KEDAYAN ialah untuk kebajikan kaum Kedayan.

Kepentingan persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan dari parti politik mana, inilah  misi utama persatuan ” sambung beliau.

“Namun begitu  kita tidak menyekat ahli-ahli atau AJK KEDAYAN yang terlibat, malah kita bantu secara professional, nesihat dan latihan supaya menjadi seorang pemimpin yang bermutu  tinggi dan ever ready to move in bila-bila diperlukan.

Ketika ini persatuan sudah mempunyai pakar dalam berbagai bidang dan sudah agak consolidate diharapkan pengamaskinian pentadbiran dan pengurusan KEDAYAN yang sedang dibuat ini selesaikan dalam sebulan dua dimana, sistem baru pentadbiran dan pengurusan dapat di implementasikan” tambah beliau.

Tinjaun KOL ke kampung-kampung Kedayan baru-baru ini terdapat satu ‘euphoria’ atau semengat baru tentang kehadiran KEDAYAN masyarakat kampung dengan tidak banyak cerita selepas mendengar penerangan wakil persatuan  untuk mengisi borang dengan bayaran yuran sekali dan ini pertunjuk yang baik dan merangsangkan yang belum pernah berlaku.

“KEDAYAN akan membuat sesuatu yang monumental  dalam panggal ini walaupun persatuan ini cuma dirasmikan dibulan Julai yang lalu yang membolehkan kan saya memain kan peranan untuk memimpin” kata Presiden.

 KOL

 End.

Sunday, February 25, 2001

KEDAYAN Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama AJK Pusat

25 Feb, Beaufort; KEDAYAN cawangan Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama presiden pada hari ini di lingkungan, kira kira 30 KM dari pekan Beaufort.

Di dalam majlis berkenaan, pengerusi penganjur, En Ag Basar Aman menyatakan harapan supaya KEDAYAN akan terus aktif dan berkembang menjadi organisasi yang disegani di dalam hal ehwal orang orang Kedayan.

Sdr Amde di dalam kenyataan balasnya menyatakan soal pembangunan KEDAYAN dan Kedayan adalah tenggungjawab bersama dan bukannya terletak di atas bahu AJK Pusat semata mata. Beliau melahirkan rasa terharu kepada kesungguhan penduduk kampung Lingkungan kerana telah berjaya mengumpulkan 150 permohonan di dalam satu hari, satu catatan sejarah di sepanjang penubuhan KEDAYAN.

Di majlis berkenaan beliau melancarkan Tabung Kebajikan KEDAYAN Kg Lingkungan.

KOL

End

Saturday, February 24, 2001

Takziah untuk keluarga Allahyarham Juna Abas

24 Feb, Sipitang; KEDAYAN mengucapkan takziah di atas pemergian Pengerusi KEDAYAN cawangan Kg Bangsal, En Juna Abas.

Beliau meninggal dunia akibat serangan penyakit asthma, kira kira jam 8.30 semalam. Sdr Presiden yang turut mengunjungi upacara pengkebumian allahyarham turut merakamkan kesedihan beliau dan menyifatkan pemergian Sdr Juna sebagai satu kehilangan besar bagi KEDAYAN.

KOL difahamkan Sdr Juna adalah satu contoh transformasi drastik anak Kedayan yang mahu memajukan diri. Beliau mengubah cara kehidupannya, membuang kehidupan masa lalunya dan secara tiba tiba berjaya mengubah wajah KEDAYAN dari keahlian sifar, kewangan sifar selama bertahun tahun, menjadi organisasi yang disegani dikampungnya di dalam masa setahun saja.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman.

KOL

End

Sunday, February 18, 2001

Pantun Kedayan Yang Pertama ~Sdr Amde

18 Feb, K.Kinabalu; Melalui satu pernyataan provokatif, KOL-Group berjaya menggali satu pantun Kedayan yang asli. Pantun berkenaan adalah seperti berikut

"bintang tujuh, tinggal anam
jatuh sabigi ka majapahit
sakit tubuh, bacampuu* damam
bahau* kutahu, amas nda* baik"

Assalamualaikon

Aku ni jaang mbaca dan nulis kadayan ani sajak kamu di kol. mimang banyak cadangan tantang 'preservation  dialect kadayan' waktu ini Persatuan Kedayan Sabah[KEDAYAN] ada wakil ke Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sdr Mahmud Hj Osman penyajak tahun 1970s, jaan lupa. Beliau ini selalu diundang, beliaulah juga salah seorang ketua Unit kajilidik & promosi KEDAYAN waktu ini. Kalau ada yang perlu dirujuk hubungi beliau tel: 088 287516.

Untuk makluman, beliau sedang menyiapkan kata daftar kedayan bukan kamus janya. Satakat ani di malaysia belum ada kamus kadayan, dan berkemungkinan sudah ada diterbitkan oleh Dewan bahasa dan pustaka Brunei, mengikut material yang saya baca terbitan tahun 1995 usaha ketika itu dalam progress, jadi mungkin sudah siap. siapa yang ajin cuba cek!

Saya juga ingin bekongsi dan manaliti pantun kadayan yang batulis..jaang tajumpa ni.pantun ni mangisahkan kakuatan si maun, si maun ni mimang hero kadayan uja kadayan tapi uja buuanai jan muut hero nya jua.bunyi pantun ni mimang kadayan.

bintang tujuh, tinggal anam
jatuh sabigi ka majapahit
sakit tubuh, bacampuu* damam
bahau* kutahu, amas nda* baik

pantun ditranslate ke bahasa inggeris memang semua material ni dalam
inggeris.

seven stars,only six remain
one fell to majapahit
the body is sick,rent with fever
only then I know, even gold is no good

correction dari saya,
*[sic] mimang salah digunakan oleh penulis parcampur,baru dan ta'bayk
       kadayan tidak mangunakan 'r'

From Buckfast to Borneo, V T King, University Hull England 1995
sekian jumpa lagi

amde sidik

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Thursday, February 1, 2001

Amde, tokoh Kedayan paling popular

1 Feb, Kota kinabalu; Sdr Amde Sidik Presiden KEDAYAN telah muncul sebagai tokoh Kedayan yang paling popular di kalangan para pengunjung KOL. Keputusan ini diistiharkan setelah mini undi dijalankan di KOL sejak 20 Oktober 2000 yang lalu.

Statistik yang mengejutkan ini diperolehi setelah topik berkenaan ditamatkan hari ini, iaitu setelah berjalan  kira kira empat bulan. Daripada 81 pengundi, 68 orang iaitu kira kira 84% telah memilih beliau berbanding dengan 3 orang (4%) memilih YB Datuk Hj Sapawi dan 2 orang (2%) memihak kepada YB Datuk Dr Yusof.


Siapakah tokoh Kedayan yang paling popular sekarang ini?



Pengundian yang dijalankan oleh KOL selama empat bulan ini adalah adil dan mempunyai ciri ciri keselamatan yang terjamin. Di antara ciri yang dimaksudkan ialah seorang pengunjung hanya boleh mengundi satu isu pada setiap hari, walaupun isu isu yang diundi ditunjukkan secara rambang di mana isu yang dikeluarkan adalah berlainan setiap kali dikunjungi.

Mengenai jumlah pengundi pula, KOL dalam satu kenyataan berkata jumlah pengunjung aktif (maksudnya turut mengundi bila melawat) KOL amatlah kecil. Mengikut statistik yang dilakukan oleh sebuah badan penyiasat tren pengunjung, pelawat KOL kebanyakkannya hanya berminat untuk membaca berita dan melihat perkembangan baru, tetapi kurang mengambil bahagian di dalam forum, pengumuman, mailing list serta pengundian.

Keputusan Isu isu yang lain turut diutarakan disepanjang tempoh berkenaan ialah seperti berikut:


Bagaimana prestasi Sdr Amde memimpin KEDAYAN setakat ini?



Apakah YB Datuk Sapawi telah menjalankan tugas beliau sebagai ADUN dengan baik?

 


Bagaimana prestasi YB Datuk Dr Yusof selama menjadi Ahli Parlimen Sipitang?



Apa pasaan mu kan Kedayan Online?



Wajarkah Engkek dan Sipalui terus menulis di Kedayan Online



Baapa laju kah jalan ka Sipitang dibuat?



Apa Paasaan kamu kan Jambatan Sipitang tu?


Semua keputusan ini ada disimpan pada ruangan "view archive" di sub-laman pop-up (laman ini keluar bila selepas anda mengundi , di mana ia juga merupakan ruangan statistik pengundian) .

Sebanyak 5 isu baru akan diutarakan bermula hari ini. Oleh itu adalah diharapkan pengelibatan para pengunjung akan bertambah di masa hadapan.

KOL

END.

Saturday, December 30, 2000

Malam Mesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam

30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.

Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.

KOL

END


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, December 29, 2000

Wednesday, November 15, 2000

Persatuan Kedayan Sabah - Ke arah mana dituju?

Synopsis akiviti Persatuan Kedayan ini terbahagi kepada dua bahagian. 

Pertama, senarai program yang sudah dan akan dikendalikan, Kedua, sedikit pengenalan tentang konsep-misi KEDAYAN dalam tempoh panggal* ini.

I.  Pengenalan

Status KEDAYAN1 sebagai persatuan etnik cuma disahkan setelah kita mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 22hb Julai 2000 bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Dalam masa yang sama KEDAYAN melancarkan laman webnya dialamat: kedayan.cjb.net merupakan persatuan etnik  yang pertama mempunyai laman web sendiri di Malaysia.

Seperti juga persatuan-persatuan etnik yang lain kehadiran KEDAYAN2 adalah sebagai katalyst kepada pembangunan bangsanya/etniknya keseluruhan di dalam berbagai bidang mengikut kemampuan yang ada.

Bermula daripada 5hb Ogos 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KEDAYAN yang pertama  diadakan,  bertempat di Pejabat Presiden, Kota Kinabalu.

Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada pengenalan (introduction) kepada AJK.

5hb September 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang kedua di adakan di Pejabat PKR, Sipitang. Tujuan utama ialah membahagi-bahagikan tugas masing-masing.

22hb Julai 2000, KEDAYAN telah dijemput untuk menghadiri perbincangan mengenai Lanunan Hayat (Biopiracy) yang dikelolakan oleh PACO dan Kementerian Alam Sekitar bertempat di Museum Negeri Kota Kinabalu. Ini merupakan aktivity KEDAYAN yang pertama. Wakil KEDAYAN dijemput untuk meneliti draf undang-undang Biopircy di Sabah .

13hb Ogos 2000, KEDAYAN mengadakan Tournment Golf di Kelab Mimpian Jadi Tuaran disertai oleh masyarakat Kedayan di Sabah dan Labuan juga terbuka kepada kaum bukan Kedayan. Sembutan mariah diberikan oleh masyarakat Kedayan tanpa diduga.

15hb Oktober 2000, Biro Wanita Persatuan Kedayan mengadakan pertandingan memancing di Pelakat. Sambutan dari masyarakat Kedayan didaerah Sipitang sungguh membanggakan. Ini menunjukan wanita KEDAYAN tidak kurang kemampuanya, harus di sokong dan diperkuatkan.

Konvensyen Belia Kedayan yang dijadualkan pada 18hb November 2000, ditunda ke tahun depan.

Senarai program Kedayan dalam jangka masa setahun telah pun di rangka - sila lihat media3 kedayan dan boleh juga didapati dengan menghubungi Setiausaha Agung atau Setiausaha Penerangan & Multimedia.

KEDAYAN selalu sahaja menerima undangan dari Persatuan-persatuan etnik yang lain disamping undangan dari badan-badan kerajaan dan yang bukan badan kerajaan. AJK pusat akan memberi pengiliran untuk mewakili KEDAYAN.

Pelancaran habaa KEDAYAN (?) yang diterbitkan sebulan sekali.


II. Langkah Awal

Empat perkara yang harus dilakukan segera untuk mengukuhkan dan menonjolkan kedudukan KEDAYAN:


1.     Pengurusan dan Pentadbiran:

Setiausaha Agung
  • Tiada bermasaalah dengan Pendaftar Pertubuhan, peraturan-peraturan dipatuhi dan dokumen-dokumen yang perlu di serahkan dalam masa secukupnya.
  • Review keahlian yang berdaftar dengan pembayaran yuran. Rekod keahlian disimpan dengan baik bersistem.
  • Setiap cawangan dimestikan menyusun rapi rekod keahlian. Mungkin perlu pendedahan dengan menghadiri kursus-secretarial dan perkeranian.
  •  Kedayan akan mengadakan bengkel /seminar tentang pengurusan persatuan ditahun hadapan.


2.     Komitmen setiap AJK

Ahli jawatankuasa yang dipilih dan yang diltantik mestilah committed dan bersifat pro aktif. Bukan main suruh, main pass atau sekadar melepas batuk ditangga-kalau betul-betul ingin melihat masyarakat kedayan membangun4.

Memberi alasan dengan mengatakan tiada masa, kerana terlalu sibuk adalah tidak manasabah7.

Peringkat cawangan memainkan peranan yang besar dan utama, melihat kepada struktur persatuan diamana tujuan  penubuhan cawangan adalah semata-mata untuk memboleh masyarakat kedayan yang tinggal dikampung-kampung terlibat secara langsung tanpa sekatan-sekatan -beaucracy .

Pemimpin cawangan-cawangan harus memiliki pengatahuan asas tentang pengurusan dan pentadbiran persatuan. AJK pusat dicadang untuk memberi pendedahan kepada gulungan ini.


3.     Interaksi antara KEDAYAN dengan Masyarakat Kedayan

Interaksi perlu dibuat, untuk membolehkan mereka mengatahui apa akitiviti KEDAYAN, disamping itu pegawai-pegawai KEDAYAN akan dapat mengenalpasti sebarang keperluan dan membuat tindakbalas yang sesuai.

Program KEDAYAN harus melibatkan masyarakat kedayan untuk membolehkan mereka appreciate apa yang berlaku.

4.     Kewangan

Terpenting, KEDAYAN mesti mencari jalan untuk mendapatkan kewangan sendiri. Setekad ini KEDAYAN tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang membolehkan KEDAYAN bergerak dibidang commerce.

Yuran keahlian adalah sumber pertama walaupun amaunnya tidak banyak pertama, untuk memanuhi syarat-syarat pertubuhan persatuan dimana ahli-ahli  mesti membayar yuran. Kedua, dengan adanya kenaan yuran ianya merupakan satu attachment sedikit sebanyak antara ahli dengan persatuan.

Membuat kajian/ study bagaimana KEDAYAN boleh mendapatkan sumber kewangan berpandukan latarbelakang yang ada sekarang: melibatkan KEDAYAN dibidang komercial-kecil-kecilan, dengan bantuan dari usahawan kedayan atau kedayan yang mampu dan ingin memberi sumbangan kewangan dan lain-lain.

Perbincangan tentang topik ini harus berterusan. AJK pusat mengalu-alukan penglibatan masyarakat Kedayan untuk membolehkan cadangan ini membuahkan hasil.

5. Kesimpulan

Saya percaya, konsep dan idea ini tidak terlalu sukar untuk diimplemantasikan.

AJK KEDAYAN diperingatkan tentang pledge-penawaran diri yang dibuat sebelum terpilih7 menjadi AJK KEDAYAN.

KEDAYAN dapat sedikit sebanyak berkhidmat sebagai cataylist dan meransang pembangunan masyarakat Kedayan dalam berbagai bidang.

Kedayan perlu bertindak dari sekarang, kerana kalau tidak ada kebanggaan sebagai seorang kedayan, KEDAYAN akan pupus.

Foresight dan reliablity adalah tungak dan kekuatan karaktor Kedayan disamping memiliki ilmu pengatahuan dimasa-masa akan datang.

Mengikut ‘kajian’ kaum Kedayan menyokong pendekatan ini- tujuan utama untuk membangun Kedayan tanpa mengira fahaman ideology dan inclination9.

KEDAYAN boleh memainkan peranan sebagai springboard kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin6 dalam berbagai bidang.

Presiden KEDAYAN

15hb November 2000

Kota Kinabalu

END


Nota:
  • Perkataan-perkataan Inggeris yang digunakan disini tidak semestinya membawa maksud yang sama bila di terjemahkan ke Bahasa Melayu-direct translation.
  • Perkataan-perkatan italic yang digunakan disini mempunyai erti lebih dari satu.

----

Nota Kaki:

* Akan dibuat dikertas yang berasingan.
  1. Nama Persatuan sebelum ini ialah SEDAYA yang pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1992. Encik Amde Sidik ialah merupakan Presiden kepada jawatankuasa protem yang menubuhkan Persatuan Kedayan semula dengan nama ringkasnya persatuan KEDAYAN bersama-sama beliau ialah: saudara Mahmud Osman, Jaidin Tamin, Jum Hj Abas, Yussof Osman,Tahir Muhsin, Arimi Sidek, Abd Rahmman Ahmad, Maun Mayassin, Abd Rahim Yakob, Yakup Sidek, Munai Hj Mamit, Azeiny Lamat, Masri Saban dan Harris Sambas.
  2. Lihat perlembagaan KEDAYAN artikal 2.
  3. Kedayan mempunyai media:laman web dan habaa kedayan dengan itu tidak ada sebab masyarakat kedayan tidak dapat mengikuti perkembangan KEDAYAN disamping akses kepada pegawai-pegawai KEDAYAN dengan mengunakan telefon biasa, telefon bimbit, fax dan sebagainya.
  4. Untuk mencapai objektif KEDAYAN pegawai-pegawai ynag terlibat kena berkorban dan committed to the pledge. Ini bukan glamour.
  5. Perancangan program mau pun jadual mesyuarat KEDAYAN adalah dirancang lebih awal dengan persetujuan kalau ada kerumitan yang mungkin timbul ianya harus dikemukakan sebelum dipersetujui. Perancangan seperti ini dapat mengelakkan kita membazir masa dan cost. Adalah tidak reasonable  menarik diri –tidak menghadiri mesyuarat dengan tiba-tiba without reasonable excuse.
  6. Berkhidmat di sini saya maksudkan berkorban,terutma sekali dengan masa.
  7. Biasanya dikaitkan dengan political idealogy tapi nampaknya pengertian masih arbitrary
  8. Kedayan perlukan leadership yang berpanjangan bukan adhock dalam berbagai bidang.

Tuesday, November 7, 2000

Orang Kedayan Paling Rajin ~Elizabeth Mershon 1922

SUDUT SEJARAH ( History Corner)

Amde Sidik

According to Elizabeth Mershon in her book “With the Wild Men Of Borneo” Natural History Publications (Borneo) Sdn Bhd. 1999. pp50.

Borneo ... The villages near the coast and at the mouth of rivers are inhabited by Sulus, Illanos and Bugis. These are not natives of Borneo. The Sulus and the Illanos are from the Sulu Archipelago, and the Bugis are from the Celebes. The Sulus are very lazy, independent, and troublesome ... The Illanos are pirates.

The Kadayan are found on the shores of Brunei Bay, in British North Borneo. These are a small tribe, and are of Brunei origin. Next to the Dusuns, they are the most industrious natives of Borneo

The natives living in Brunei are called after the name of their country. They too are very lazy; but when have a mind to work, they make good fishermen.

I could not guess when was the visit to Borneo made, the only clue is that this book was first published by Pacific Press Publishing Association in USA 1922.

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, October 20, 2000

Respon PRESIDEN KEDAYAN Mengenai KOL

Saya sebenarnya belum berkesempatan meneliti isi KOL dengan sungguh-sungguh. 

Namun keseluruhannya saya berpendapat bahawa KOL tidak syak lagi adalah merupakan suatu medium kedayan. Mesej yang dikirim di ruang forum dan Berita utama  nampaknya cusorily analysed dan memang berlainan dari yang disengajakan.

Namun ini adalah bergantung kepada pendirian masing-masing. Bagi mereka yang berpegangan  stereotype, apa yang dilakukan oleh KOL ini mungkin tidak mencerminkan identiti Kedayan. Tetapi bagi gulungan yang lain yang tidak upaya memainkan peranan sebagai pojectionist dan berkemungkinan mereka ini majority atau kaum yang tidak kurang bilangannya harus juga diambil kira untuk tujuan kesaksamaan.

Bagi saya ianya juga mencerminkan maturity kedayan.

Kita telah membac peristiwa yang melibatkan kaum kedayan semasa pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin diantara tahun 1661-1673 [lihat- Amde Sidik-Kadayan people dan Background To A Revolt: Brunei And The Surrounding Territory by Tom Harrisson] dan Pemberontakan yang diketuai oleh Azahari 1962 [Ibid] ...tidak cukup ruang untuk illustrasi

Mungkin ada yang beranggapan suara di KOL ini trivial, tetapi pengalaman telah mengajar kita anything can happen, given time, trivility could be authortative terpulang siapa yang mempermainakan peranan.

Saya terlihat tulisan berulang kali mengenai isu visi dan misi seterusnnya ..... mengatakan limpar batu sembunyi tangan. Visi dan misi adalah  conceptualization  and abstraction, pertama, tidak sebaik reality , kedua to get the jest please look beyond your shoulder. To be a leader sometime you have also to sokong but there is a time perhaps crucial that you have to lead that is where you get the title a leader.

Mungkin mesej yang saya sampaikan ini kurang jelas kerana bahasa, itu urusan saya.

wassalam
amde sidik

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Friday, September 1, 2000

President: Biodata

Amde Sidik was born in Kg Pantai, Sipitang (46), of Kedayan and Lundayeh by origin. He is also known as Abbih, his kampung name. His early education started at Government Primary School of Kg Pantai.



He attended secondary school at Sekolah Menengah Sipitang now known SMK Pengiran Omar. He was one of the first batches of Fifth formers and of these, the only one who went to United Kingdom so far.

He attended his higher education at Aberdeen College of Commerce, Aberdeen Scotland, City University of London, University of Birmingham, University of Aston in Birmingham, University of Hull, University of Malaya and Australian National University, Australia.

He earned qualifications among them: Diploma in Communications, BA in Communication-Marketing, Postgraduate Diploma in Management-Local Government, Master of Science (MSc) in Management - Strategic Planning, LLB (Hons), Postgraduate Diploma in Legal Practice, Australian Capital Territory Bar and attended a certificate course, CLP.

Currently he a Deputy Group Manager for Health and Warfare Division of Yayasan Sabah.

His past positions among others were as Executive Assistant to the Director of Yayasan Sabah, Senior Legal Officer, senior Corporate Planning Officer, Information Officer with Permodalan Bumiputra Sabah, Newspaper reporter and Account Clerk.

He lectured part-time in Marketing at Kinabalu Commercial College, and in law at the University of Kebangsaan Malaysia.

He is the president of Persatuan Kedayan Sabah; he who revived the Persatuan after it was de-registered in 1993.

He is a member of Sabah Law Society, Sabah Journalism Association. He is an advisor to couple of NGOs on the environmental and pollution issues.

A member on Health Committee (advisory) for Sabah Women Council, A Chairman for Paralympik Fund Malaysia Sabah recently

He was the President of Sabah Students Union in the United Kingdom and Ireland in 1981. The 1st President of the Ex-UK Graduates and Professional Association of Sabah. He was a Patron for Sabah Harvest Festival Celebration in London in 1988.

He plays golf occasionally; he likes fishing and travelling as sport.

He is a columnist  (fortnightly) Sunday-Daily Express and he writes to other regional magazines including Asiaweek his articles sometimes excerpted and seen in other magazine like Aliran.

He is a keen photographer-‘trained’ in photojournalism.

Currently he is completing two self-assignments on:

- The Kedayan People

- The Origin of Labuan and Its People

He can be contacted at E-mail asidik@hotmail.com


Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Saturday, July 22, 2000

Perutusan Khas Presiden Sempena Pelancaran Laman Web Kedayan Online

Assalamualaikum
KEDAYAN has its own Web Site Congratulation. It is timely.

Lihat bawah untuk ruangan Bahasa Malaysia


I do not mean to be ‘racialist’ by saying Kedayan race. But the fact that I am the President of the Kedayan Association I have to shoulder the title and the 
responsibilities that come with it.

There are no less than 15 persons in Sabah who hold position like me, because  Sabah has about 16 ethnic communities associations [including 2 former Chief Ministers].


Come back to Kedayan web site, I am indeed very proud to have found friends- Kedayan fellows around who are dedicated in wanting to make the Kedayan people just as good as any other races.

They were and are with me since KEDAYAN was registered replacing SEDAYA which was deregistered in 1992.

They work out among themselves, utilizing whatever resources they have from the barest minimal, and they come up with this site.  

They intend to improve it from time to time; it belongs to KEDAYAN not individuals.

I see there is a great potential.

KEDAYAN has 22 Branches through out Sabah at the moment scattering in the districts of Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu and Papar.  

Our activities for the last few years were limited because of the status of the Association, except, some research work carried out by our members, which are in the process of editing for publication.

KEDAYAN is one of the very few associations which is not headed by politician neither it works undercover of politics. As a President I am not interested in that debate.

Of course, one cannot avoid talking like politician, mind you it is difficult. 

But for those friends who have been with me through thick and thin in this association, they know what I want. I want to see the Kedayan community is just as good as any other community. We do not want Kedayan to be left behind or be parrot like. If you are good you should be tested, thus if KEDAYAN succeeds- our dream is, in providing a ‘training’ ground for Kedayan people in any fields in the future, that would be the sweetest reward. Insyallah with your support

Kedayan, please make use of this facility, be supportive to each other and always keep in touch.

Dan Selamat Bermesyuarat Agung 2000


Amdee Sidik
SIPITANG

****

Assalamualaikum

Tepat pada masanya. KEDAYAN kini mempunyai Laman Webnya sendiri –Tahniah.

Saya tidak bermaksud untuk mengunakan isu bangsa sebagai platform, tetapi selaku Presiden KEDAYAN  dan tanggungjawab yang datang bersama-samanya maka saya terpaksa sentuh juga secara spesifik untuk tujuan persatuan.

Saya rasa tidak kurang dari 15 orang presiden presiden persatuan seperti saya di Sabah, kerana di negeri ini kita  mempunyai 16 Persatuan Ethnik-[ ini termasuklah 2 orang bekas Ketua Menteri Sabah].

Berbalik kepada laman web Kedayan, saya berbangga kerana mempunyai kawan-kawan Kedayan yang dedikasi bersama-sama saya yang ingin melihat bangsa Kedayan tidak kurang berkemampuan dalam apa-apa arena dengan bangsa-bangsa lain.

Mereka-mereka ini telah lama bersama-sama saya sejak KEDAYAN didaftarkan.

SEDAYA yang telah di mansuhkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan tiga hari selepas SEDAYA mengadakan Mesyuarat Agungnya di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu tahun 1991.

Mereka-mereka ini bertungkus lumus berusaha menghidupkan Persatuan Kedayan dengan sumber yang minimal hingga lahirlah  laman web seperti ini.

Laman ini akan dipertingkatkan dari masa ke masa; ianya milik KEDAYAN bukan harta perseorangan.

Hingga kehari ini KEDAYAN mempunyai 22 Cawangan yang datang dari daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

Kita tidak banyak mengendalikan aktiviti selama ini disebabkan oleh masalah status KEDAYAN yang belum rasmi. Namun demikian aktiviti yang dibuat adalah berbantuk kajian yang ketika ini dalam prosess penyemakan untuk terbitan seperti ‘Kedayan People’ asal Kedayan dan daftar kata Kedayan.

Persatuan Kedayan adalah diantara persatuan yang tidak diketuai oleh ahli politik ataupun bermotifkan politik.

Memang kerapkali kita tidak terlepas dari bahas politik, namun itu bukan objektif saya. Kawan-kawan yang telah lama bersama-sama saya merasai pahit maung dalam persatuan ini sudah tentu tau akan tujuan saya. Saya ingin melihat komuniti Kedayan setanding dengan  komuniti-komuniti lain dan bukan seperti burung kakak tua. Kalau kita mampu kita harus berani memerjuangankannya.

Kalau KEDAYAN berhasil mencapai objektif ini maka setakat itupun  sudah cukup manis untuk kami. Insya-Allah dengan bantuan Kedayan.

Diharap komuniti Kedayan gunakan laman ini bersama-sama  merealisasikannya dan cara untuk berhubung yang berterusan.

Dan Selamat Bermesyuarat Agung 2000

Amdee Sidik
SIPITANG


Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...