Showing posts with label arkib2 suambi. Show all posts
Showing posts with label arkib2 suambi. Show all posts

Saturday, July 22, 2000

Pelancaran Rasmi Kedayan Online

Satu Kebanggaan Untuk Masyarakat Kedayan di mana jua

22 Julai 2000, Sipitang: Web site pertama untuk persatuan kedayan telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini ini. Ini adalah selaras dengan seruan kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat celik IT di negara ini.


Menurut Presiden Kedayan, En Amde Sidik, usaha usaha pembinaan web site berkenaan adalah satu projek kerjasama KEDAYAN dengan pihak PAADIANinc, sebuah badan perunding bebas yang dianggotai oleh sekumpulan kecil anak anak kedayan yang celik IT. 

Projek ini dikenali sebagai "Kedayan.Com Project" . 

KEDAYAN seterusnya akan menyerahkan kerja kerja penyelenggaraan, pembangunan web dan urusan promosi kepada pihak PAADIAN Inc secara kontrak tahunan. Adalah diharapkan supaya web ini terus bergerak maju dan menempatkan diri sebaris dengan web site persatuan lain.

KEDAYAN ONLINE 

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Mesyuarat Agung Pertama KEDAYAN

Pemilihan Barisan AJK baru KEDAYAN

22 Julai 2000, Sipitang -- KEDAYAN mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama hari ini bertempat di Dewan serbaguna Sipitang. 

Bagi masyarakat Kedayan, perhimpunan ini adalah kesempatan yang pertama kali sejak 29 Disember 1991. 


IMBAS KEMBALI... gambar Perhimpunan Agung KEDAYA pada tahun 1991

Kira kira 150 orang perwakilan cawangan KEDAYAN dari di seluruh negeri menghadiri mesyuarat pada hari ini. Selain dari merupakan satu perjumpaan, persidangan kali ini juga adalah bertujuan untuk memilih barisan AJK KEDAYAN yang baru. 

Untuk para ahli, SELAMAT BERSIDANG dan amalkan semangat persaudaraan. Menang kalah adat pertandingan.

KEDAYAN ONLINE 

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved. Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...