Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Saturday, April 7, 2001

KEDAYAN berpolitik?

07 Apr,Kota Kinabalu: Persatuan Kedayan Sabah-KEDAYAN diakhir-akhir ini telah ditemui oleh berbagai-bagai kumpulan dan  ahli-ahli politik tempatan terutama sekali dikawasan-kawasan yang terdapat banyak bilangan kaum Kedayan.

Isu yang dikemukaan ialah mengenai pandangan  KEDAYAN adakah  terlibat dalam menentukan sesiapa yang akan menduduki AJK bahagian UMNO Sipitang untuk pemilihan tahun ini.

Presiden KEDAYAN, Encik Amde Sidik dalam temuramahnya baru-baru ini dengan KOL berkata:

“KEDAYAN tidak mengambil peranan apa-apa dalam parti politik bukan keutamaan persatuan, walaupun terdapat ada cawangan persatuan ini dipengerusikan oleh orang yang sama yang juga selaku pengerusi cawangan UMNO atau parti politik yang lain namun saya lihat selama ini mereka boleh memainkan peranan yang berlainan, seperti kepentingan KEDAYAN ialah untuk kebajikan kaum Kedayan.

Kepentingan persatuan ini ialah untuk menyatu padukan kaum Kedayan tidak mengira siapa dan dari parti politik mana, inilah  misi utama persatuan ” sambung beliau.

“Namun begitu  kita tidak menyekat ahli-ahli atau AJK KEDAYAN yang terlibat, malah kita bantu secara professional, nesihat dan latihan supaya menjadi seorang pemimpin yang bermutu  tinggi dan ever ready to move in bila-bila diperlukan.

Ketika ini persatuan sudah mempunyai pakar dalam berbagai bidang dan sudah agak consolidate diharapkan pengamaskinian pentadbiran dan pengurusan KEDAYAN yang sedang dibuat ini selesaikan dalam sebulan dua dimana, sistem baru pentadbiran dan pengurusan dapat di implementasikan” tambah beliau.

Tinjaun KOL ke kampung-kampung Kedayan baru-baru ini terdapat satu ‘euphoria’ atau semengat baru tentang kehadiran KEDAYAN masyarakat kampung dengan tidak banyak cerita selepas mendengar penerangan wakil persatuan  untuk mengisi borang dengan bayaran yuran sekali dan ini pertunjuk yang baik dan merangsangkan yang belum pernah berlaku.

“KEDAYAN akan membuat sesuatu yang monumental  dalam panggal ini walaupun persatuan ini cuma dirasmikan dibulan Julai yang lalu yang membolehkan kan saya memain kan peranan untuk memimpin” kata Presiden.

 KOL

 End.

Friday, February 23, 2001

Muatkan juga berita dari Sarawak (Aaron)

Agaknya sudah beberapa minggu saya tidak menulis di KOL. Banyak juga berita yang dimuatkan tetapi lebih tertumpu di sekitar Sabah. 

Di sini saya juga ingin bertanya adakah KOL ini milik Persatuan Kedayan Sabah? Bagi saya ia lebih menjurus ke arah itu. 

Maafkan saya jikalau pernyataan saya ini menyinggung perasaan kalian. Ke mana perginya Kedayan di Sarawak dan Labuan? 

Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanya masih adakah Kedayan di Labuan? 

Amat kurang berita mengenai masyarakat dan persatuan Kedayan di sana. Sinis tapi saya rasa Kedayan di Labuan sudah pupus. Ini adalah kerana hanya ada dua kaum yang sering disebut oleh ahli politik Labuan iaitu Melayu dan Cina. Ahli politik itu kita pun tahu. Ya...ahli UMNO.

Saya juga ingin meminta maaf di sini kiranya pendapat saya mengenai asal-usul Kedayan mendapat tentangan daripada kalian. Siapalah saya? Saya hanya seorang remaja yang masih mentah. Tidak mahir dan amat kurang pengetahuan mengenai sejarah Kedayan. Secara jujur saya baru berusia 21 tahun dan berdarah campuran. Ayah saya adalah berdarah Kedayan+Melayu Dalek+Melanau manakala ibu saya adalah seorang wanita Iban. 

Nama sebenar saya ialah Schaffronny ibni Safar ibni Boben ibni Dohak ibni Abdul Ghafur. 

Saya lebih dikenali sebagai Aaron dikalangan kawan-kawan kerana saya adalah seorang peminat Aaron Kwok. 

Manakala Bonafides adalah gelaran yang diberikan kepada saya kerana saya suka membangkang berdasarkan ketepatan fakta, dan sebelum mengaku kalah saya akan sedaya upaya mempertahankan pendapat saya berdasarkan fakta. Minat saya terhadap kaum Kedayan bermula semasa saya berada di dalam tingkatan satu. Atas sebab yang demikian andainya pendapat saya kurang tepat kemaafan jua yang dipinta. 

Oh ya kalau boleh...kalau boleh, KOL ditulis di dalam Bahasa Malaysia kerana tidak semua artikel di dalam KOL dapat saya fahami.

Saya juga ingin memberikan sedikit pendapat mengenai asal-usul perkataan Kedayan. Ada seorang penkaji yang mengetengahkan bahawa perkataan Kedayan itu berasal dari perkataan Melayu lama iaitu KODIAN. Pengiring orang-orang besar di Nusantara kebiasaanya dikenali sebagai orang kodi-an. Ada satu kisah mengenai hal ini. Ianaya mengenai pengiring Datu Di Pati yang tersesat di Negeri Banjar dan sampai ke jajahan Brunei. Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai orang Kedayan oleh generasi terkemudian.

Suatu ketika dulu ada seorang responden yang mengatakan bahawa ketua rombongan puteri Jawa ialah Tun Manda Lela. Saya ingin memberi sedikit pendapat mengenai hal ini. Nama itu tidak bercirikan Jawa tetapi lebih bercirikan Melayu Semenanjung. Kita tentu tahu siapa itu Tun Sri Lanang, Tun Teja, Tun Ali (Bendahara Seri Nara Di Raja. Bendahara Melaka sebelun Tun Perak. Dan kebetulan pula beliau mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Tun Manda yang berkahwin dengan Pengeran Surabaya.).

Aaron

KOL

End


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Monday, October 23, 2000

Politik ras dan Kesukuan - part 1

23 Oktober 2000. Ramai pembaca cuba menarik perhatian KOL supaya membincangkan politik ras dari kacamata orang kedayan. Setelah melalui vol ke 11 dengan jayanya, KOL cuba membincangkan apa yang dimaksudkan dengan konsep politik Ras ini secara umum.

Ya, pada amnya Malaysia mengamalkan politik ras dan kesukuan dengan jayanya dan liberal. Sekurang kurangnya dari sudut parti, parti yang bersifat pelbagai bangsa kurang mendapat sambutan di dalam masa yang lama di Malaysia. Umum tahu bahawa BN walaupun terbuka kepada semua, terasnya adalah politik ras pelbagai parti dengan UMNO tetap berdiri sebagai teraju utama. UMNO adalah parti untuk orang melayu, MCA parti Cina dan MIC adalah untuk orang India. SAPP mungkin bersifat multiracial, tapi kita tahu terasnya ialah orang Cina. Begitu juga dengan PBRS di mana terasnya ialah masyarakat Kadazandusunmurut.

Terlalu umum? kita cuba kecilkan skop perbincangan ini. Politik ras tidak salah jika diamalkan dengan betul. Pelbagai parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang bergabung di bawah BN mampu menjadi peneraju politik Malaysia hingga sekarang. Jadi apa salahnya dengan konsep politik yang bersifat nasionalis? kebangsaan? menjaga kebajikan anak bangsa sendiri?. Semuanya bertitik tolak dari kesanggupan untuk menjaga kebajikan anak bangsa sendiri, tetapi di dalam masa yang sama tidak pula menghimpit kebebasan kawan kawan mereka dari suku / bangsa yang lain.

Memandangkan konsep ini berjaya dan bertahan untuk tempoh yang lama, ia bermaksud konsep berkenaan diterima oleh masyarakat. Dalam masa yang sama pula, oleh kerana ia boleh dilaksanakan diperingkat kebangsaan, peringkat akar umbi di daerah daerah juga sudah tentu sebati dengan konsep ini. Kebangsaan dan Khalayak teras. 

Bagaimana di Sipitang? mengikut angka yang tidak rasmi, Kedayan adalah kaum yang terbesar di Sipitang. Jadi mereka adalah suku teras di Sipitang. Ini mungkin betul berdasarkan sejarah politik Sipitang sejak merdeka. Kaum teras ialah kedayan dan mereka adalah asas penumpuan kuasa di sini, baik dari segi koleksi YB dan juga bilangan sebenar penduduk. Tetapi di dalam masa yang sama seperti juga yang berlaku di peringkat kebangsaan; ini tidak bermaksud kebajikan kaum lain harus diabaikan. 

Sambungan pada Vol yang akan datang

KEDAYAN ONLINE

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...